Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Kumpulan 6

Topik: Mengenal komputer


Tahun: 1 Bijak
Tempoh masa: 60 minit
SK TMK: 1.0
SP TMK: 1.1, 1.2, 1.3, 1.5, 1.6, 1.7
Kreativiti : menyusun atur peralatan asas komputer mengikut keperluan individu.
Sumber : Perkakasan dan peralatan asas komputer.

Set Induksi
1. Guru menutup komputer dengan menggunakan kain hitam.
2. Murid meneka apa yang terdapat disebalik kain hitam tersebut (watak guru seperti ahli silap
mata untuk menarik minat murid)
3. Guru membuka dan menunjukkan komputer di sebalik kain tersebut

Aktiviti 1:
1. Murid meneka bahagian komputer yang ditunjukkan.
(terima semua jawapan yang diberi, untuk mengetahui pengetahuan yang sedia ada)
2. Guru memperkenalkan bahagian-bahagian komputer seperti monitor, tetikus, papan kekunci,
unit sistem, pemacu CD- ROM, pemacu cakera liut, mikrofon dan pembesar suara dengan
menggunakan kad imbasan.
3. Guru menerangkan fungsi setiap bahagian komputer. Contoh: tetikus digunakan untuk
mengawal penuding (pointer) di skrin komputer.
Aktiviti 2:
1. Guru tunjuk langkah menghidupkan komputer dengan cara yang betul.
2. Guru meminta :
A) Murid menghidupkan suis pada palam.
B) Hidupkan suis monitor.

C) Hidupkan suis unit sistem.

D) Gambar akan terpapar di skrin.

Aktiviti 3:
1. Guru menunjukan cara memegang tetikus yang betul. ( Guru mengingatkan murid
menggunakan tetikus dengan cermat supaya tidak rosak)

2. Guru menerangkan tetikus mempunyai dua butang, iaitu butang kiri dan butang kanan.

Jari
telunjuk di

3. Murid pegang dan gerakkan tetikus.


4. Murid klik butang kiri dan kemudian lepaskan.
5. Murid klik butang dua kali dengan cepat dan kemudian lepaskan.(Guru membantu murid yang
mempunyai masalah)
Aktiviti 4:
1. Guru menerangkan langkah menutup komputer yang betul.
2. Guru menerang sambil meminta murid:

A) Klik start dengan menggunakan tetikus.

Klik di sini

B) Pilih turn off.

Klik di sini

C) Klik turn off pada menu turn off computer

Klik di sini

D) Tunggu sehingga paparan di skrin monitor kosong.

E) Tekan butang tutup.


Aktiviti 5:

1. Guru memperkenalkan kedudukan kekunci abjad, kekunci nombor dan kekunci arah.
2. Murid mula menaip dengan meletakkan lapan jari pada kekunci abjad A,S,D,F dan J,K,L,:.

SD F
A

JKL

3. Guru mengingatkan murid supaya gunakan jari yang betul pada setiap kekunci.
4. Guru menggalakkan murid jangan melihat pada papan kekunci ketika menaip.
Aktiviti 6:
1. Guru menerangkan perkara yang sepatutnya dilakukan ketika menggunakan TMK.
2. Guru menerangkan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ketika menggunakan TMK.
Penutup:
1. Guru mengedarkan lampiran kerja.
2. Murid menjawab lampiran kerja 1.
Pentaksiran:
1. Lampiran Kerja 1
2. Aktiviti Pemulihan bagi murid yang tidak menguasai kemahiran hari ini
3. Aktiviti Pengayaan bagi murid yang dapat menguasai kemahiran hari ini.

Lampiran Kerja 1:
Contoh:
Labelkan bahagian-bahagian komputer dengan menggunakan kad perkataan.

Monitor
Tetikus

Pembesar
Suara

Papan

Unit Sistem

Aktiviti Pemulihan:

Suaikan gambar dengan perkataan.

Monitor

Tetikus

Pembesar
Suara

Unit Sistem

Papan

1.
Aktiviti Pengayaan:
Nyatakan fungsi-fungsi bagi setiap bahagian komputer yang
ditunjukkan dalam ruangan yang disediakan,

Papan Kekunci

2.

Pembesar
Suara

4.

Unit Sistem
5.

Tetikus

Monitor

You might also like