Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah (Sebelum

dan Selepas)
Contoh Laporan PBS
Ini adalah dokumen rasmi yang saya hasilkan untuk setiap laporan PBS saya. Saya
harap kalian tidak plagiat. Boleh ambil sebagai rujukan. Berlakulah jujur kepada diri
sendiri. Kita bakal guru. Integriti amalan kita.Moga Bermanfaat
Laporan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah
Pengenalan
Saya, Syafawani binti Jamil, daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi Semester 2 untuk PISMP di Sekolah
Kebangsaan Taman Midah 2, Cheras, Kuala Lumpur. Pengalaman Berasaskan Sekolah
adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua guru pelatih dari IPG bertujuan
memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai pengalaman dan pendedahan
yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.
Dengan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, guru pelatih dapat
mencapai beberapa objektif iaitu :

Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah

Menghayati kerjaya seorang guru

Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah

Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid

Memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran

sekolah

Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran,


pembelajaran dan budaya sekolah.

Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis


dan analitikal

Membina kemahiran berinteraksi dengan guru, murid dan kakitangan

Membina sikap positif terhadap profesion perguruan

Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab

Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi


refleksi selepas PBS dilaksanakan.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh guru pelatih semasa menjalani
PBS selama seminggu di sekolah demikian. Perkara-perkara tersebut ialah memperoleh
maklumat umum mengenai sekolah serta melaksanakan aktiviti PBS yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan atau jabatan matapelajaran major/elektif
berdasarkan semester.

Kesimpulannya, aktiviti PBS dapat memberi pelbagai faedah kepada guru pelatih.
Dengan menjalani aktiviti PBS juga, guru pelatih yang berkarisma dapat dilahirkan
seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru yang mahu melahirkan guru yang
mampu menjamin pembangunan individu.
Perancangan Strategi Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah
Guru pelatih yang terlibat dalam PBS perlu melaksanakan Pernyataan
Profesional yang mengandungi laporan sebelum, semasa dan selepas menjalankan
aktiviti PBS tersebut. Perkara yang perlu dilakukan ialah guru pelatih perlu meletakkan
harapan/aktiviti/matlamat yang perlu dilakukan dalam tempog seminggu di sekolah.
Guru pelatih perlu meletakkan fokus tertentu untuk mencapai objektif yang disasarkan.
Pernyataan Profesional perlu dilampirkan dalam Portfolio yang mengandungi dokumen
yang menilai mengenai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan , matlamat
dan pencapaian semasa PBS dijalankan. Pada peringkat akhir, guru pelatih dikehendaki
membuat refleksi yang bertujuan guru pelatih dapat mengingat kembali, menaakul,
menganalisis, dan membuat penilaian kendiri tentang aktiviti yang telah dijalankan
semasa PBS.
Terdapat beberapa aktiviti utama yang dirancang untuk PBS di sekolah ini iaitu :
Mengumpul maklumat umum mengenai sekolah
Menemu bual guru mengenai intervensi awal dan perkembangan kanak-kanak
Mendapatkan maklumat dan profil murid yang mempunyai masalah dalam komunikasi
dan bahasa daripada Guru Penolong Kanan Hal ehwal Murid
Merancang dan melaksanakan strategi penting untuk proses Pengajaran dan
Pembelajaran (jika mengganti kelas)
Dengan ini, amalan PBS ini dapat mematangkan guru apabila guru pelatih
menjalankan perkara-perkara yang memberi pendedahan awal mengenai profesion
perguruan.
Laporan Semasa
Pengalaman Berasaskan Sekolah
Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah
Hari Pertama
Isnin , 19 Ogos 2013

Bil.

1.

Aktiviti yang Dirancang

Perlaksanaan

Catatan

2.

3.

4.

5.

6.

7.

You might also like