Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Pengenalan

Pembentukan Konvensyen Undang-undang Laut Pertama (UNCLOS I) adalah bertitik


tolak daripada tuntutan dan perbincangan hal ehwal kelautan yang tidak mencapai matlamat pada
masa sebelumnya iaitu sekitar tahun 1949 hingga 1956. Pada awal perjalanan menuju kata
sepakat dalam penyelesaian isu-isu maritim, telah dibentuk UN International Law Commission
(ILC) pada tahun 1949 yang meliputi perbincangan dalam dua masalah utama iaitu berkenaan
regim laut lepas dan regim wilayah kelautan. Sesi perbincangan yang pertama bagi ILC ini
menyentuh kedua-dua aspek tersebut dan setelah mengambil kira laporan daripada Profesor
Francois beserta cadangan daripada kerajaan-kerajaan negara terlibat hasilnya ialah ILC dapat
membentuk draf yang melibatkan tiga masalah iaitu berkaitan pelantar benua (continental shelf),
perikanan (fisheries) dan zon sempadan (contiguous zone).1 Namun semasa draf ini dibincangkan
dalam Perhimpunan Agung ILC (ILC General Assembly), Iceland telah bangkit menyuarakan
persoalan berkenaan kesepaduan pelbagai masalah undang-undang laut dan menekankan
ketidakwajaran membincangkan pelbagai masalah itu secara berasingan. Perhimpunan ini dalam
resolusinya ada pertimbangan atas fakta bahawa masalah yang berkaitan dengan laut lepas,
wilayah kelautan, zon dampingan, pelantar benua dan superjacent waters mempunyai hubungan
rapat dengan bidang kuasa termasuk secara fizikalnya, menerima pandangan ini dan mengambil
keputusan tidak akan memasukkan mana-mana masalah sehingga semuanya telah dikaji dan
direkodkan oleh ILC.
Pada sesi perbincangan yang seterusnya ILC telah mengakui dan mengambil kira pandangan
berkenaan penyatuan hal-hal kelautan tersebut (the idea of the unity of the subjects). Namun
1 R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law
Revisited, pg175, USA: Martinus Nijhoff Publishers
1

masalah berkaitan pemuliharaan sumber hidupan laut yang mana ILC telahpun menyediakan
draf, oleh kerana ianya melibatkan aspek teknikal dan saintifik yang mendahului keupayaan ILC,
Perhimpunan bersetuju untuk membentuk suatu persidangan berkaitan teknikal yang akan
mengkaji masalah berkaitan pemuliharaan sumber hidupan laut dan akan membuat suatu
cadangan tepat tentang kaedah teknikal dan saintifik dalam hal tersebut. Segala laporan dan hasil
kajian dalam persidangan teknikal ini akan tetap dirujuk kepada ILC. Oleh itu, Persidangan
Teknikal Antarabagsa dalam Pemuliharaan Sumber Hidupan Laut telah pun diadakan di Rom
dari 18 April sehingga 10 Mei 1955, dan menghantar laporannya kepada ILC semasa sesi
ketujuhnya pada 1955.2 Dalam laporannya yang terakhir pada tahun 1956, ILC mencadangkan
supaya Perhimpunan Agung patut adakan persidangan antarabangsa bagi mengenalpasti undangundang laut, mengambil kira bukan hanya soal keabsahannya tetapi juga meliputi aspek teknikal,
biological, ekonomi dan politik, dan untuk menyempurnakan keputusan hasil kerjanya dalam
satu atau lebih konvensyen antarabangsa atau melalui instrumen yang seumpama dengannya.
Bersesuaian dengan cadangan yang dikemukakan oleh ILC, akhirnya Perhimpunan Agung
terpanggil untuk mengadakan persidangan bagi pembentukan undang-undang laut yang telah
diadakan di Geneva daripada 24 Februari sehingga 29 April 1958. Persidangan ini lah yang
dikenali sebagai United Nations on Law of The Sea 1 (UNCLOS I). Sebanyak 86 buah negara
yang menyertai persidangan ini dan kesemuanya sebulat suara menjadikan laporan daripada ILC
yang telah diperoleh sebelum itu sebagai asas pembentukan undang-undang laut. Perkara
pentingnya ialah buat pertama kali dalam sejarah majoriti negara yang menyertai persidangan
iaitu 54 daripada 86 buah negara, terlibat untuk menyusun atau membentuk undang-undang
antarabangsa yang baru, adalah terdiri daripada sama ada negara Asia-Afrika yang baru merdeka,
2 R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law
Revisited, pg176, USA: Martinus Nijhoff Publishers
2

yang mana sejak abad ke-17 tidak pernah mempunyai peranan dalam pembentukan apa-apa
undang-undang antarabangsa pun, begitu juga negara Latin-Amerika yang bergolak sebelum ini
hanya didesak untuk main peranan sebagai negara kurang penting.
Secara umumnya, UNCLOS 1 mengandungi empat perkara yang menjadi perbincangan
utama bagi negara2 yang terlibat iaitu meliputi soal wilayah kelautan, zon sempadan, laut lepas
dan pemuliharaan sumber hidupan laut dan perikanan. 3 Setiap daripada perkara ini telah
diadakan konvensyen bagi membincangkan hal teersebut secara khusus. Oleh itu, dalam melihat
UNCLOS I ini maka lebih mudah dengan melihat setiap konvensyen yang dapat dinyatakan
seperti berikut: The Convention on The Territorial Sea, The Convention on Contiguos Zone, The
High Seas Convention, dan The Convention on Fishing and Conservation of The Living
Resources of The Sea.
Pun begitu, terdapat banyak masalah yang timbul dalam UNCLOS I ini apabila sejak awal
lagi wujud sentimen ketidakpuasan hati di antara dua blok negara maritim iaitu negara-negara
berpantai yang kecil dan lemah (smaller and weaker coastal state) dengan kuasa-kuasa besar
maritim (big maritime Powers). Kuasa-kuasa besar maritim yang terdiri daripada Amerika
Syarikat, UK, Perancis, Holland dan Jerman Barat dikatakan masih mengamalkan penguasaan
laut secara hegemoni demi kepentingan sendiri . Keadaan ini memberi tekanan terhadap negara
kecil dalam usaha untuk turut menikmati kekayaan dan kepelbagaian sumber laut. Selain itu,
masalah

dari

segi

tuntutan

yang

berbeza,

keengganan

untuk

saling

bekerjasama,

ketidakseragaman bentuk undang-undang dan sebagainya turut menjadi elemen permasalahan


dalam UNCLOS I yang akan dikupas dalam perbincangan ini.
3 R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg14. London: George
Allen And Unwin.
3

Isu-isu dalam UNCLOS 1 yang gagal mencapai persetujuan:


Convention on The Territorial Sea
Perkara penting yang perlu dinyatakan dalam perbincangan mengenai Konvensyen Wilayah
Kelautan bagi UNCLOS 1 ini ialah ianya tidak menetapkan had bagi sempadan luar walaupun
telah memperkenalkan pelbagai inovasi baru, bertepatan dengan penyusunan undang-undang
lazim sedia ada. Konvensyen ini telah diratifikasi pada Januari 1977 oleh 45 buah negara
daripada 157 negara yang ada, disahkan dalam artikelnya yang pertama bahawa kedaulatan bagi
sebuah Negara diperluas, melepasi sempadan wilayah tanahnya dan bahagian dalaman airnya,
sebagai ikatan terhadap laut bersebelahan pantainya, dinyatakan sebagai wilayah kelautan, iaitu
kedaulatan ini diperluaskan merangkumi ruang uadara di atasnya (isi penting kerana setiap
perluasan wilayah kelautan secara automatiknya meluaskan pengawalan negara berpantai
terhadap udara, yang mana ini bukan kes dengan pengembangan hanya zon fungsi yang
mengekalkan status mereka sebagai laut lepas), dan kepada dasar laut di bawahnya. Konvensyen
ini menambah- bagaimanapun, kedaulatan ini adalah merujuk tidak hanya pada artikel yang lain
tetapi kepada undang-undang antarabangsa lain yang mana tidak diperjelas.
Konvensyen Wilayah Kelautan ini telah menyentuh tentang tiga perkara iaitu berkaitan
laluan bebas (innocent passage), laluan selat antarabangsa (passage through international
straits) dan garis dasar bagi wilayah kelautan (the baselines of the territorial seas). Ketiga-tiga
perkara yang dibincangkan dalam konvensyen ini menghadapi masalah yang hampir serupa dan
akhirnya menyebabkan persetujuan di antara negara-negara yang terlibat tidak dapat dicapai
seterusnya menemui jalan kegagalan.

(1) Innocent Passage


Perkara pertama yang menjadi perbincangan dalam konvensyen ini ialah berkenaan
dengan hak laluan bersih/bebas (the right of innocent passage) yang mana provisi ini adalah
berkenaan dengan laluan selat. Konvensyen ini menyatakan bahawa setiap kapal bagi manamana negara sama ada negara berpantai (coastal state) ataupun tidak, adalah berhak
menikmati/bebas/mempunyai hak terhadap laluan selat (innocent passage). Hal ini disebut dalam
artikel 14(4) konvensyen ini bahawa negara berpantai tersebut tidak boleh menghalang
penggunaan laluan selat dan dikuatkan lagi dengan pernyataan berikut- passage is innocent so
long as it is not prejudicial to the peace, good order or security of the coastal state4. Pernyataan
ini bermaksud laluan selat adalah bebas selagi tidak mendatangkan kesan terhadap keamanan,
arahan atau keselamatan negara berpantai tersebut. Masalah timbul apabila kriteria ini tidak
ditetapkan secara terperinci tentang kaedah pengamalannya. Definisi sebenar bagi undangundang innocent passage ini tidak dihurai dengan lebih mendalam. Hal ini dapat dilihat apabila
undang-undang berkaitan innocent passage ini dibiarkan pengamalannya kepada negara-negara
terlibat mengikut acuan mereka sendiri. Negara-negara yang mempunyai selat menafsir undangundang ini berdasarkan pemahaman sendiri dan lama-kelamaan tafsirannya menjadi kian sempit
(menjadikan hak laluan selat ekslusif bagi mereka sahaja) mengakibatkan laluan tersebut tidak
lagi dianggap mempunyai kebebasan setelah berlaku pencemaran dan kekalutan di kawasan selat
tersebut. Masalah juga timbul apabila berlaku kemasukan kapal-kapal tangki (supertankers)
yang membawa muatan besar disertai dengan penutupan Terusan Suez pada 1956, dan juga

4 R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg14. London: George Allen
And Unwin.

diperkenalkan pula liquid natural gas carriers (LNG) dan oil/bulk/ore carriers (OBO)5.
Kewujudan kapal-kapal jenis ini telah menyebabkan negara-negara berpantai menolak doktrin
tersebut (undang-undang innocent passage) dan mencadangkan supaya laluan kapal yang
terdedah kepada ancaman persekitaran patut dirujuk sebagai non-innocent, iaitu perlu
mendapatkan keizinan daripada mereka serta hanya dibenarkan mengambil beberapa tempat
tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang mereka sendiri.
Tambahan lagi, kebanyakan negara turut menyatakan pandangan yang sama mengenai
hak innocent passage terhadap kapal-kapal tentera, seperti di atas, iaitu perlu juga mendapatkan
kebenaran laluan.6 Konvensyen menyelesaikan isu ini dengan menyatakan bahawa mana-mana
kapal selam yang melalui kawasan selat perlu timbul di permukaan dan tunjukkan bendera
mereka. Cara ini mendatangkan masalah apabila sekiranya wilayah kelautan (territorial sea)
diperluaskan, kawasan laut lepas yang menjadi tempat kapal-kapal selam beroperasi turut akan
terikat dengan peraturan ini. Kaedah mempamerkan bendera bagi memudahkan pengenalpastian
identiti sememangnya amat baik bagi mengelakkan kejadian pelanunan dan kapal hantu (ghost
ship) yang mengancam keselamatan perairan negara, namun sekiranya ia perlu diamalkna di
kawasan bebas seperti laut lepas maka hal ini mendatangkan kesusahan dan kelecehan misalnya
kapal selam perlu timbul di permukaan laut. Oleh sebab banyak negara yang mempertikaikan
kaedah peraturan ini akhirnya persetujuan tidak dapat dicapai dalam perbincangan tersebut.

5 R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg15. London: George


Allen And Unwin.
6 R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg15. London: George
Allen And Unwin.
6

(2) Passage through international straits


Perbincangan kedua dalam konvensyen yang sama ialah berkaitan pelebaran saiz wilayah
kelautan (the extended of territorial sea) yang dituntut oleh kebanyakan negara-negara terlibat
dalam UNCLOS 1 ini. Isunya ialah, timbul beberapa masalah apabila terdapat kawasan laut lepas
yang berada dalam selat yang sempit. Dari segi ukuran kelebaran, sekiranya selat itu kurang
daripada 24 batu nautika dan jika negara tersebut meluaskan wilayah laut mereka kepada 12 batu
nautika maka sempadan selat itu sudah menghampiri laluan laut lepas. Artikel 16(1) menyatakan
bahawa negara berpantai mempunyai kuasa untuk mengambil langkah-langkah yang perlu
(yang lazimnya adalah tidak jelas) bagi mencegah non-innocent passage, tetapi artikel 16(4) pula
tidak membenarkan mereka menggantung tindakan setelah mengambil langkah itu, kerana di
bahagian lain dalam wilayah kelautan, innocent passage melalui selat digunakan untuk
pelayaran antarabangsa di antara bahagian laut lepas atau di antara mereka dan wilayah laut
asing.7 Hubung kaitnya ialah, kapal-kapal asing di innocent passage adalah tertakhluk di bawah
bidang kuasa jenayah negeri berpantai tersebut hanya sekiranya kesan jenayah tersebut
menyebabkan ganggu gugat kepada keamanan dan keselamatan terhadap wilayah laut bagi
negeri itu (artikel 19), tetapi di bawah artikel 17, mereka perlu patuh pada undang-undang dan
peraturan negara itu, terutamanya yang berkaitan dengan pengangkutan laut, walaupun secara
amalan lazimnya negara tersebut tidak terikat dengan disiplin kapal berkenaan dari segi
7 R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg15. London: George
Allen And Unwin.
7

pembinaan dan reka bentuk, jumlah krew kapal, kecuali setakat yang telah dipersetujui dalam
konvensyen antarabangsa iaitu the International Labour Organisation (ILO) dan InterGovernmental Maritime Consultative Organisation (IMCO). Wujud undang-undang sebegini
memberikan masalah kepada negara yang menggerakkan tentera lautnya kerana sepatutnya
mereka bebas apabila berada di laut lepas tanpa terikat dengan undang-undang negara berpantai
semasa melalui selat tersebut.
Bahagian ketenteraan sering dikaitkan dengan aktiviti kelautan kerana hal ini berkait
rapat dengan pertahanan dan keselamatan wilayah sesebuah negara. Oleh itu sudah pasti
sesebuah negara terutamanya negara yang tergolong dalam kuasa besar maritim dunia seperti
Amerika Syarikat dan Britain akan melaksanakan aktiviti ketenteraan lautnya. Kebanyakan
negara kuat seumpama ini akan melalui banyak kawasan-kawasan selat di serata dunia.
Sekiranya kawasan tersebut adalah berada di bawah kedaulatan sesebuah negara maka mereka
terpaksa mematuhi undang-undang negara pemilik selat tersebut. Cara ini mendatangkan
kesusahan kerana kapal tentera sepatutnya bebas berada di kawasan yang dikatakan laut lepas
tetapi memandangkan peraturan daripada akta yang telah disebut tadi menyebabkan
pelaksaannya adalah wajib. Oleh hal yang demikian, perkara ini akhirnya ditentang oleh
beberapa negara terutamanya kuasa besar maritim kerana tidak mendatangkan kepentingan
kepada pihak mereka. Perkara berhubung hal ini telah gagal mencapai persetujuan bersama
dalam perbincangan UNCCLOS 1.

(3) The Baselines of the Territorial Sea


Seperkara yang amat penting dalam perbincangan konvensyen ini ialah baselines (garis dasar)
bagi wilayah kelautan perlu diukur walau sejauh mana pun jaraknya. Hal ini penting kerana lebih
jauh garis dasar itu diletakkan daripada pantai, lebih besar kawasan laut yang akan terletak di
bawah kedaulatan negara berpantai kerana batas luarnya/sempadan lautnya telah diperlebar.
Berdasarkan daripada keputusan yang ditetapkan oleh ICJ semasa menyelesaikan AngloNorwegian Fisheries Case 1952, bahawa baselines adalah tidak selamanya perlu mengikut aliran
pantai semulajadi (walaupun ia adalah normal untuk menggunakan low-water mark di sepanjang
pantai), tapi, kes dianggap luar biasa sekiranya garis pantai itu kedalamannya sangat leku dan
terpotong sebegitu, atau terdapat pinggir pulau yang berdekatan dengannya, maka kaedah garis
pantai lurus boleh digunakan, dengan mengambil kira kepentingan ekonomi khusus bagi negara
berkenaan.8 Isu dalam hal ini mula bangkit apabila konvensyen menyatakan bahawa pelabuhan
dan paras air pasang surut juga boleh digunapakai sebagai basepoints. Masalahnya ialah saiz
pelabuhan adalah tidak sama di antara negara-negara dan paras air pasang surut pula adalah
semestinya tidak tetap. Jadi, penentuan jarak untuk continental shelf, juga contiguous zone
adalah diukur daripada baselines. Oleh itu, cara sebegini, sudah tentu akan memberi peluang
pelebaran/peluasan bidang kuasa negeri berpantai itu. Hal ini menjadi kelebihan bagi negara
8 R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law Revisited,
pg180, USA: Martinus Nijhoff Publishers

berkenaan dan menimbulkan pertikaian kepada negara-negara yang tidak mempunyai peluang
sedemikian.
Jelasnya di sini ialah, penentuan dalam pelebaran wilayah kelautan berpandukan garis dasar
adalah tidak kukuh. Hal ini kerana, umum mengetahui bahawa keadaan laut adalah sentiasa
bergelora dan berlaku turun naik paras air laut. Oleh itu, ombak yang senantiasa memukul pantai
akan sedikit sebanyak mengubah keadaan garis dasar tersebut sama ada dari segi bentuknya atau
kedalamannya di sepanjang gaaris pantai tersebut. Perkara ini menjadi hujah bantahan oleh
beberapa negara yang terlibat dalam perbincangan ini atas faktor ketidaklogikan dan
ketidakseragaman garis dasar antara sebuah negara dengan negara yang lain. Bagi negara yang
mempunyai garis dasar yang panjang akan dapat melebarkan wilayah kelautannya manakala bagi
negara yang pendek garis dasar adalah sebaliknya. Oleh itu hal ini dilihat sebagai tidak adil
seterusnya gagal mencapai kata sekapat. Tambahan pula, menurut akta yang disebutkan saiz
pelabuhan bagi sesebuah negara adalah dikira sebagai kayu ukur dalam menentukan keluasan
wilayah kelautan. Sekali lagi dilihat sebagai berat sebelah kerana bagi negara yang mempunyai
pelabuhan yang besar akan mempunyai kelebihan dapat meluaskan wilayah lautnya dengan
banyak berbanding negara yang mempunyai pelabuhan yang kecil atau langsung tiada
pelabuhan. Maka dengan itu hal ini telah gagal mencapai persetujuan bersama dalam
menentukan keluasan wilayah kelautan.
The Convention on Contiguous Zone
Perkara penting dalam Konvensyen ini ialah ia telah mengiktiraf zon baru yang telah
ditolak semasa diadakan League Conference 1930 dan membenarkan negara berpantai
mempunyai contiguous zone dalam territorial seas tetapi tidak melebihi 12 batu nautika daripada

10

baselines nya supaya dapat mengelak dan menghukum perlanggaran adat, fiskal, imigresen, atau
peraturan kebersihan di antara wilayah atau wilayah kelautannya. 9 Ianya penting untuk
dinyatakan bahawa zon tersebut setelah itu hanya tinggal bahagian laut lepas yang lazimnya
terikat dengan kebebasan, sebahagian daripada had tersebut. Tambahan lagi, walaupun
konvensyen tidak menetapkan had bagi territorial seas, yang mana selepas wilayah kelautan
ialah bahagian contiguous zone, dengan ini akan memberi implikasi yang terrritorial seas ini
tidak boleh melebihi 12 miles dan boleh jadi jaraknya adalah di antara angka tersebut.
Perbalahan dalam penetapan had batas luar ini telah mendatangkan masalah apabila ia telah
menyumbang kepada konflik antarabangsa iaitu insiden Gulf of Tonkin (yang membawa kepada
peningkatan perang di Vietnam) dan penahanan USS Pueblo dan Mayaguez.10
Berdasarkan daripada peristiwa yang disebutkan di atas, kes bagi penahanan dua kapal perang
US bernama Pueblo dan Mayaguez menunjukkan krisis terhadap persefahaman dan persetujuan
bersama yang gagal dicapai dalam hal contiguous zone. Apabila kapal perang US ini telah
dengan secara tidak sengaja memasuki kawasan perairan Vietnam mengakibatkan pihak tentera
Vietnam salah sangka terhadap kedatangan kapal tersebut. Puncanya ialah pihak US telah
berpegang kepada doktrin asal dalam UNCLOS yang menyebut bahawa kawasan contiguous
zone adalah bebas untuk laluan bagi kesemua kapal-kapal di laut sama ada bagi tujuan perikanan
atau ketenteraan. Namun pihak Vietnam telah menggunapakai fahaman yang mereka tidak
bersetuju dengan doktrin itu dan menganggap kawasan contiguous zone juga adalah tertakhluk
9 R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law Revisited,
pg181, USA: Martinus Nijhoff Publishers

10 R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of International Law Revisited,
pg181, USA: Martinus Nijhoff Publishers

11

kepada kedaulatan negara berkenaan. Kali pertama kapal Pueblo US ini melalui Teluk Tongkin
(kawasan contiguous Zone yang dimaksudkan), pihak Vietnam memberi kelepasan dan
menyatakan amaran supaya US tidak mengulangi lagi perbuatan mereka. Semenjak itu hubungan
di antara keduanya menjadi keruh. Pihak US tanpa mempedulikan amaran itu sekali lagi
menggerakkan kapal tenteranya di teluk berkenaan kali ini dengan kapal Mayaguez. Akibatnya
Vietnam berasa amat marah dan terus melakukan serangan. Kejadian ini menjadi antara punca
berlakunya perang di Vietnam. Jelas di sini akibat daripada pegangan dan fahaman yang berbeza
berkaitan terma contiguous zone menyebabkan perbalahan yang besar di antara negara sehingga
mencetuskan peperangan. oleh out dapat dikatakan perbincangan dalam hal ini juga tidak
mencapai persetujuan bersama.

Gambar 1: Teluk Tonkin di kawasan perairan Vietnam

12

Gambar 2: Kapal Pueblo (kiri) dan Mayaguez milik US pada tahun 1967.
The High Seas Convention
Melalui konvensyen ini, pendefinisian bagi laut lepas telah dikenalpasti dalam artikel 1
iaitu laut lepas adalah semua bahagian laut yang tidak tergolong dalam wilayah kelautan atau di
dalam kawasan air dalaman bagi negara itu. 11 Laut lepas tidak boleh diletakkan di bawah
kedaulatan bagi mana-mana negara. Semua negara termasuk negara tidak berpantai (landlord
state) mempunyai kebebasan laluan, bukan hanya mempraktikkan empat jenis kebebasan ini:
perikanan, kebebasan meletakkan kabel kapal selam, saluran-saluran (pipelines), dan freedom of
overflight tetapi juga lain-lain yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa (artikel 2).
Definisi yang kurang spesifik tentang hal ini telah membawa kepada pertikaian yang besar
mengenai identiti sebenar kebebasan yang tidak jelas ini (unnamed freedom) kerana berlaku
perkembangan teknologi dan pemesatan industralisasi. Persoalan ditimbulkan, adakah kebebasan
termasuk dalam kajian saintifik, untuk melupuskan bahan buangan di laut dengan lambakan atau
pelepasan, dan untuk mengendali percubaan senjata atau gerakan ketenteraan? Jawapan yang
dinyatakan konvensyen adalah tidak jelas, tetapi apa jua kebebasan mestilah dilaksanakan oleh
11 Miller, Lynn H. (1998). Global order : values and power in international politics. Pg234. USA: Westview Press

13

semua negara dengan pemerhatian yang munasabah untuk kepentingan negara lain dalam
menjalankan kebebasan mereka. be exercised by all States with reasonable regard to the
interests of other state in the exercised of their freedom. Tiada definisi bagi kemunasabahan itu,
tapi ia sekurang-kurangnya dapat menuntut supaya laut tidak akan digunakan untuk pelupusan
bahan buangan (waste disposal) sehingga mendatangkan kes di mana aktiviti perikanan dan
pelayaran terjejas atau berlaku pencemaran terhadap laut.

(1) Flags of convenience


Setiap negara termasuk lanlord state (negara tidak berpantai) mempunyai hak untuk belayar
dengan benderanya sendiri di laut lepas. Sesebuah kapal itu mesti mengibarkan benderanya
tetapi oleh sebab konvensyen membenarkan negara itu sendiri mendaftar untuk menetapkan
syarat kewarganegaraan mereka, untuk pendaftaran kapal mereka dalam wilayah mereka dan
untuk hak mengibarkan bendera, maka tidak ada keadaan yang seragam atau standard yang sama
dalam pendaftaran negara-negara. Konvensyen berkeras dalam artikel 4 bahawa kapal
mempunyai nationality terhadap bendera mereka tetapi artikel 6 menuntut tidak lebih daripada
itu di sana mesti ada hubungan yang asli (genuine link) sekali lagi tidak dijelaskan maksud
hubungan di antara negara itu dengan benderanya.12 Oleh itu, memandangkan tidak terdapat
penjelasan yang terperinci tentang hal ini, berlaku pengamalan tidak terhad (open-ended
practiced) berkenaan dengannya yang meliputi pemiliknya, kaptennya, krewnya, pembina
kapal, dan sebagainya. Hal ini mendatangkan kesusahan kepada negara-negara terlibat untuk
12 R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg17. London: George Allen
And Unwin.

14

membuat pendaftaran, akhirnya mereka melaksanakan sendiri bidang kuasa kapal mengikut cara
masing-masing, walaupun mereka bimbang untuk berbuat demikian (tidak mendaftar) namun
mereka tetap dapat menjalankan bidang kuasa ke atas kapal mereka sendiri, memungkinkan
mereka tidak akan kembali kepada hal pendaftaran tadi.
Oleh itu, dapat dilihat di sini bahawa kepayahan dalam mengikuti atau mematuhi prosedur yang
telah ditetapkan menyebabkan kebanyakan negara akhirnya mengambil langkah mengabaikan
sahaja peraturan tersebut. Hal ini ditambah lagi dengan akta atau kenyataan tertentu yang tidak
jelas cara pengamalannya. Tiada huraian yang lebih lanjut berkenaan akta atau peraturan itu
menyebabkan negara-negara terlibat menjadi keliru dan melaksanakan aktiviti perkapalan
mengikut kefahaman masing-masing.
(2) Prevention of Pollution
Artikel 24 menuntut supaya setiap negara hendaklah membentuk peraturan berkaitan
dengan pencegahan pencemaran laut yang melibatkan tumpahan minyak daripada pipelines
(saluran paip) atau kesan daripada penerokaan dan pengeksploitasian dasar laut (seabed).
Permasalahan wujud dalam hal ini apabila konvensyen tidak dapat meletakkan semua negara
adalah tertakhluk di bawah undang-undang ini kerana berdasarkan undang-undang lazim
antarabangsa, mana-mana negara yang tidak menandatangani atau menyertai sesuatu perjanjian
itu adalah tidak boleh diikat dengan intipati perjanjian tersebut. Satu lagi masalah ialah terdapat
artikel 25 yang berkaitan dengan bahan buangan radioaktif tetapi juga tidak spesifik huraiannya.
Artikel ini menuntut supaya setiap negara mencegah pencemaran laut dengan melonggok bahanbahan tersebut sambil mengambil kira apa-apa peraturan yang mungkin di bentuk formulasinya

15

oleh badan antarabangsa yang sah.13 Masalah timbul apabila negara-negara yang terlibat dengan
konvensyen ini tidak diwajibkan untuk menggabungkan peraturan mereka tentang pencegahan
pembuangan sisa radioaktif dengan peraturan yang telah dibentuk oleh International Atomic
Energy Agency, dan negara yang bukan ahli konvensyen pula merasa mereka tidak mempunyai
kaitan dengan tuntutan walaupun penglibatan mereka di ambil kira sebenarnya. Frasa yang tidak
jelas tentang hal ini mendatangkan pertikaian tentang maksud sebenar bahaya (harmful), bukti
kemudaratan itu, dan identiti agen yang termasuk dalam kategori ini.
Dapat dilihat dalam hal ini isu yang timbul ialah keterikatan konvensyen dengan undang-undang
lazim antarabangsa yang menghalang pembentukan perjanjian secara bersama. Hal ini kerana
undang-undang antarabangsa menetapkn bahawa negara yang terikat dengan sesebuah perjanjian
itu mestilah terdiri daripada negara yang menandatangani perjanjian tersebut sebagai tanda
bersetuju untuk mengikut segala peraturan yang dibentuk. Oleh yang demikian, dalam
memastikan peraturan berkaitan pengawalan pencemaran laut ini dapat direalisasikan maka
konvensyen telah menyatakan bahawa setiap negara mesti merangka peraturannya sendiri
berkaitan pencegahan pencemaran ini dan menggabungkan peraturannya dengan

badan

antarabangsa. namun hal ini tidak dapat dicapai kerana terdapat beberapa negara yang enggan
melaksanakannya dan konvensyen tidak dapat memaksa negara-negara ini disebabkan terbatas
oleh undang-undang lazim antarabangsa tadi. Oleh itu hal ini gagal mencapai persetujuan seperti
yang dikehendaki.
(3) Hot Pursuit
13 R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg18. London: George Allen
And Unwin.

16

Isu yang timbul berkaitan perkara ini ialah masalah tentang hak menjalankan pengejaran
atau penangkapan kapal yang melanggar undang-undang laut mana-mana negara berpantai.
Atikel 23 menyebut berkenaan hak hot pursuit iaitu sesebuah negara berpantai yang mempunyai
sebab kukuh mempercayai bahawa kapal yang melanggar undang-undang negaranya boleh
dikejar dan ditangkap seandainya kapal bersalah itu berada di laut lepas selagi penangkapan itu
dilakukan semasa kapal asing tersebut, atau salah satu botnya, adalah berada di antara kawasan
air dalam negara berpantai itu, dalam kawasan wilayah kelautannya, atau dalam kawasan
contiguous zone yang baru disahkan, serta kes ini hanya untuk pelanggaran peraturan terhadap
zon yang disebutkan.14 Di sini Konvensyen Laut Lepas telah membentuk undang-undang malah
ianya adalah bertujuan untuk menguatkuasakannya. Pengejaran pesalah (pursuit) ini boleh terus
dilakukan di laut lepas hanya sekiranya ia tidak dicampuri atau dicelah oleh pihak lain. Hak
terhadap hot pursuit ini merupakan senjata yang berguna untuk penguatkuasaan undang-undang
berkaitan dengan perikanan dan pencegahan pencemaran laut. Tambahan pula, hak ini menjadi
semakin penting dengan wujudnya bentuk penetapan baru iaitu 200 batu zon perikanan dan
cadangan mengadakan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) yang mungkin negara berpantai akan
mengawal aktiviti-aktiviti lainnya.
Hak hot pursuit yang diwujudkan ini mendatangkan pertikaian apabila ianya memberi
kelonggaran kepada negara-negara berpantai untuk memiliki kuasa menahan kapal-kapal di laut
lepas. Hal ini sekali lagi menjadi persoalan apabila laut lepas sepatutnya adalah bebas daripada
mana-mana kuasa negara. Apabila hak ini dikuatkuasakan ia seolah-olah menunjukkan
kebebasan laut adalah tidak wujud kerana laut lepas masih tertakhluk kepada bidang kuasa
14 R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg19. London: George Allen
And Unwin.

17

sesebuah negara. Bagaimanapun, terdapat negara yang mempertahankan hak ini terutamana
negara-negara kuasa besar maritim kerana mendatangkan kelebihan kepada mereka dari segi
meluaskan kuasa kelautan. Seperkara lagi yang menjadi sebab hak ini ditentang ialah tidak
semua negara mempunyai undang-undang yang sama di antara satu sama lain. Oleh itu, tidak
adil sekiranya sesebuah kapal dikenakan apa-apa hukuman kerana telah melanggar peraturan
sesebuah negara sedangkan kapal tersebut tidak mengetahui sebarang peraturan dari negara asing
lebih-lebih lagi sekiranya ia berada di kawasan laut lepas. Perbincangan ini juga menemui
kegagalan dalam mencapai persepakatan bersama.
The Convention on Fishing and Conservation of The Living Resources of The Sea
Isu yang timbul dalam konvensyen ini pula ialah ia tidak membuat sebarang peruntukan
terhadap hal perikanan. Ia mengelak persoalan ini hanya dengan melibatkan hal pemuliharaan
perikanan di laut lepas yang dikenalpasti dalam artikel 6 iaitu: negara berpantai mempunyai
kepentingan (special interest) dalam menguruskan produktiviti terhadap sumber hidupan di
mana-mana kawasan di laut lepas yang bersebelahan dengan wilayah kelautannya tanpa merujuk
pada mana-mana had.15 Dalam mengenalpasti kepentingan negara berpantai terhadap aktiviti
perikanan yang luar daripada bidang kuasa negaranya ia membuka jalan kepada zon perikanan
tetapi Konvensyen Wilayah Kelautan juga tidak menyatakan had bagi perkara itu, jadi negara
berpantai boleh, dengan dua buah konvensyen ini, menuntut hak ekslusif untuk mengeksploit dan
memelihara perikanan (conserve fisheries) dalam wilayah kelautan iaitu dengan jaraknya tidak
melebihi 12 batu nautika. Konvensyen menyatakan bahawa, masalah yang timbul melibatkan
pemuliharaan sumber hidupan di laut lepas ini jelas sekali mereka perlu selesaikannya, dengan
15 R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg19. London: George Allen
And Unwin.

18

apa-apa cara pun, berdasarkan asas dalam kerjasama antarabangsa yang wujud, melalui
kesepaduan tindakan semua negara berkenaan. Pernyataan konvensyen ini seolah-olah
merupakan suatu harapan yang samar, kerana bukan ikatan yang diwajibkan apabila negara yang
berdaulat tidak boleh dipaksa untuk menuruti perjanjian ini. Peruntukan konvensyen ini terhadap
hal pemuliharaan sumber hidupan laut terlalu jauh bagi negara-negara untuk merealisasikannya,
yang menganggap hal ini telah melanggar kedaulatan, dan belum cukup baik bagi yang lain
seperti negara-negara Amerika Latin yang telah pun menuntut 200 batu nautika zon. Oleh sebab
ianya tidak diratifikasi secara menyeluruh, konvensyen ini gagal untuk menyelesaikan masalah
dalam hal perikanan ini. Kerjasama peraturan seperti yang dinyatakan tadi adalah tidak beroleh
kejayaan, kerana negara-negara enggan untuk menyerahkan hak kedaulatan mereka pada manamana International Fishery Commissions.16
Masalah yang jelas timbul dalam perkara ini ialah konvensyen tidak menetapkan sebarang had
bagi pengeksploitasian sumber hidupan laut selepas daripada kawasan wilayah kelautan. Hal ini
menjadikan negara-negara berpantai bebas menjalankan perusahaan perikanan dan sebarang
usaha pemuliharaan sumber marin tanpa batasan. Kebebasan sebegini boleh menyebabkan
pergelutan di antara negara-negara yang kawasan perairan mereka adalah terletak berdekatan
kerana berkemungkinan berlaku pertembungan. Konvensyen pula tidak menetapkan suatu
panduan yang jelas berhubung perkara inni dan hanya memberi kenyataan bahawa setiap negara
adalah tertakhluk kepada had sempadan wilayah kelautan iaitu 12 batu nautika. Namun perkara
ini tidak dapat disabitkan kepada semua negara kerana bagi negara yang tidak menandatangani
perjanjian adalah bebas daripada keterikatan tuntutan itu. Oleh yang demikian, terdapat negara16 R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. pg20. London: George Allen
And Unwin.

19

negara seperti Amerika Latin yang kemudiannya menuntut kawasan ekslusif zon perikanan yang
lebih luas iaitu 200 batu nautika daripada sempadan garis dasarnya. Kesemua ketidakseragaman
dan kenyataan longgar ini telah menyebabkan hal ini akhirnya tidak mencapai sebarang
persetujuan bersama sekaligus gagal mencapai matlamat yang diinginkan.

Kesimpulan
Usaha bagi membentuk suatu undang-undang dan peraturan yang baik dalam mengurus
tadbir hal ehwal kelautan sememangnya amat perlu dilakukan bagi menjamin kesejahteraan
sejagat. Namun sekiranya usaha yang ingin dibentuk ini tidak mendapat kerjasama dan
persetujuan sepenuhnya daripada anggota-anggota yang terlibat akan menyebabkan jalan
perundingan mencapai kegagalan. Hal ini jelas dapat dilihat daripada UNCLOS 1 yang pada
awalnya merupakan usaha baik ke arah mencapai kesejagatan global dalam bidang kelautan
namun akhirnya gagal mencapai tujuan dan metlamatnya kerana timbul beberapa isu hasil
ketidaksepakatan ahli bersama.
Isu-isu yang timbul dalam perundingan UNCLOS 1 ini hampir kesemuanya menjurus
kepada masalah tiada kerjasama yang padu dan erat dalam kalangan ahli. Terdapat negara-negara
yang tidak mahu memberi kerjasama seperti enggan membentuk undang-undang laut selaras
dengan peraturan oleh badan dunia. Hal ini meenyebabkan negara berkenaan dengan sewenang20

wenangnya boleh melaksanakan peraturan mengikut kehendak dan kepentingan sendiri. Selain
itu, sikap negara-negara yang ingin mempertahankan kepentingan masing-masing juga menjadi
punca ketidaksepakatan. Negara-negara besar maritim terus menguasai doktrin yang ada
manakala negara berpantai yang lebih kecil tidak dapat menikmati kesamarataan dan
kesaksamaan yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan wujudnya keadaan yang tidak adil dan
akhirnya negara-negara terlibat tidak mahu memberikan kerjasama selagi peraturan atau undangundang yang dibentuk adalah menyebelahi sebelah pihak sahaja.
Di samping itu, kita dapat lihat juga kegagalan dalam mencapai persetujuan terhadap
perbincangan UNCLOS 1 ini disebabkan oleh kurangnya penelitian dan perincian tentang
sebarang akta yang digubal. Jika dilihat terdapat beberapa dan boleh dikatakan hampir kesemua
akta yang dibentuk tidak memberikan definisi dan penerangan yang jelas. Kebanyakan akta-akta
tersebut hanya menyatakan bentuk peraturan yang perlu dipatuhi tetapi tidak memberikan
penerangan lanjut berkenaan cara pelaksaan, medium yang boleh digunapakai dan maksud
tertentu yang agak sukar diterjemah sendiri. Hal ini memberikan kesukaran kepada negaranegara terlibat dalam mengikuti dan mematuhi akta yang telah digubal kerana tiada panduan
yang jelas untuk melaksanakannya. Keadaan ini akhirnya menyebabkan negara-negara yang ada
melaksanakan dan menjalankan peraturan tersebut berdasarkan kefahaman masing-masing. Hal
ini seterusnya mengundang ketidakseragaman dan kekalutan serta percanggahan kaedah
pelaksanaan di antara satu sama lain dalam hal ehwal kelautan dunia. Maka tiada kata sepakat
dan persetujuan yang dapat dicapai.
Tuntasnya, akibat daripada isu-isu yang timbul dalam perbincangan UNCLOS 1 akhirnya
membawa kepada pembentukan UNCLOS 2 bagi mencari jalan penyelesaian melalui
perundingan antara negara-negara berkenaan. Pembentukan satu lagi konvensyen undang21

undang laut ini diharapkan dapat memberi jalan penyelesaian terhadap isu-isu yang dibangkitkan
sebelumnya. Walaubagaimanapun, sekiranya masih terdapat percanggahan dan perbalahan yang
menyebabkan wujudnya ketidaksepakatan atau tiada kerjasama yang baik di antara negaranegara terlibat maka masalah yang sama juga akan tetap berlaku.

Rujukan.

1. http://www.un.org/depts/los/convention_agreements/texts/unclos/unclos_e.pdf
2. http://www.un.org/depts/los/convention_agreements/texts/unclos/UNCLOS-TOC.htm
3. http://www.un.org/depts/los/index.htm
4. http://www.unclos.com/
5. http://www.unlawoftheseatreaty.org/
6. Miller, Lynn H. (1998). Global order : values and power in international politics. Pg234.
USA: Westview Press.
7. R. P. Anand. (1982), Origin and Development of The Law of The Sea, History of
International Law Revisited, pg176, USA: Martinus Nijhoff Publishers.
8.

R. P. Barston, B. Patricia. (1980). The Maritime Dimension. London: George Allen And
Unwin.

22

You might also like