Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 31

Mesyuarat menentukan

evidence dan instrumen


pentaksiran berdasarkan
band - KHB
1

MENENTUKAN DAN
MENGENALPASTI..
Evidence
Instrumen

Evidence
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat
ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan
sesuatu tugasan.
Dalam bentuk produk atau proses.
Contoh evidence:
Foto
Grafik
Artifak
Laporan

bertulis
3

Kertas jawapan
Bukti bertulis daripada respons murid
terhadap sesuatu tugasan daripada ujian
bertulis.

Artifak
Produk atau hasil kerja daripada sesuatu
tugasan yang telah dilaksanakan, dibuat atau
disempurnakan.

Tugasan bertulis (written


assignment)
Laporan atau dokumen dalam bentuk penulisan
mengikut spesifikasi atau format yang
ditetapkan.

Portfolio
Bukti autentik ( asal/asli) yang dikumpul,
dihimpun atau koleksi hasil kerja dalam
bentuk dokumen yang berstruktur yang
mempunyai tujuan tertentu yang
memerlukan perancangan dan mengikut
format pendokumentasian.

Gambar
Maklumat atau paparan yang terdiri
daripada lukisan/foto/gambar rajah/simbol
dll. untuk menyatakan/menyampaikan idea
atau maklumat.

Foto
Gambar yang diambil menggunakan
kamera.

Grafik
Maklumat atau paparan yang terdiri
daripada lukisan/ foto /gambar rajah/ simbol/
dll. untuk menyatakan/menyampaikan idea
atau maklumat.

10

Lukisan
Gambaran atau paparan yang memberikan
maklumat sebenar mengikut skala.

11

Lakaran
Gambaran atau maklumat sebenar idea
awalan dalam sesuatu proses reka bentuk,
tanpa skala.

12

1.
2.
3.
4.

Ujian bertulis
Ujian secara lisan
Demonstrasi
Ujian amali

13

INSTRUMEN
Alat, kaedah, pendekatan atau mekanisme
untuk mendapatkan maklumat atau
respons murid.
Contoh instrumen:
1. UJIAN BERTULIS

5. PERBINCANGAN

2. UJIAN SECARA LISAN

6. PROJEK

3. DEMONTRASI

7. KUIZ

4. UJIAN AMALI

8. PEMERHATIAN
14

1. Ujian bertulis
Ujian bertulis ialah satu instrumen untuk
melihat respons murid melalui penulisan.
Terbahagi kepada:
Ujian objektif
Ujian subjektif

15

***
Ujian objektif
Ujian objektif ialah ujian yang memerlukan
murid memilih respons daripada maklumat
yang diberi atau mengemukakan respons
sendiri secara objektif/spesifik/khusus.

16

***
Ujian objektif terbahagi kepada:
Ujian objektif aneka pilihan (simple MCQ)
Ujian objektif bukan-aneka pilihan (non
MCQ)

17

***
Ujian objektif aneka pilihan
Memilih respons daripada maklumat yang
disediakan.
- aneka pilihan (simple MCQ)
- aneka pilihan/gabungan ( multiple
completion)

18

***
Ujian objektif bukan-aneka pilihan (non MCQ)
Memberi respons kepada rangsangan yang diberikan.
Select type
- benar-palsu
- betul-salah
- ya-tidak
- padanan mudah
- padanan dengan pernyataan
Supply type
- isi tempat kosong
- jawapan pendek
19

***
Ujian subjektif
Ujian subjektif ialah ujian yang
membenarkan subjektiviti kepada respons
yang diberikan.
(murid boleh mempamerkan kedalaman
pengetahuan dan kefahaman dan
kemahiran)
20

***
Ujian subjektif terbahagi kepada:
Respons

terhad
Respons terbuka
Berstruktur
(dan banyak lagi)

21

***
Respons terbuka: memberi kebebasan kepada
murid untuk merancang dan memberikan
respons dengan mengundang pelbagai
kemungkinan respons.
Respons terhad: menghadkan bentuk dan
respons murid, biasanya dihadkan melalui skop
yang disoal dan markah yang diperuntukan.
Berstruktur: satu siri tugasan yang dikemukakan
yang mempunyai perkaitan antara setiap
tugasan dengan rangsangan.

22

2. Ujian secara lisan


Satu instrumen untuk mendapatkan bukti murid
mengemukakan pendapat/cadangan/idea dan
mempertahankan hujah serta kebolehannya
secara verbal (dari segi sebutan dan
kelancaran bertutur).

23

3. Ujian Amali
Satu instrumen yang memerlukan murid
melakukan sesuatu tugasan mengikut prosedur
tertentu dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

24

***Portfolio
Satu evidens yang menunjukkan bukti asal
(asli) yang dikumpul, dihimpun atau koleksi
hasil kerja dalam bentuk dokumen yang
berstruktur yang mempunyai tujuan tertentu
yang memerlukan perancangan dan mengikut
format pendokumentasian.

25

4. Projek
Satu instrumen yang memerlukan murid
melaksanakan atau membuat atau
menghasilkan satu produk berdasarkan
tugasan yang diberikan.

26

5. Demonstrasi
Satu instrumen yang memerlukan murid
membuat persembahan atau menunjukkan
sesuatu tugasan atau hasil kerja dengan
penerangan secara verbal.

27

6. Perbincangan
Satu instrumen yang memerlukan murid
mengemukakan pendapat atau idea atau
hujah tentang sesuatu perkara dalam kumpulan
perbincangannya.

28

7. Kuiz
Satu instrumen yang memerlukan murid
memberi respons kepada sesuatu rangsangan
secara segera (instant).

29

8. Pemerhatian
Satu instrumen yang memerlukan murid
melaksanakan tugasan dengan cara melihat
atau mengawasi sesuatu perkara secara
berkala atau berjadual tentang apa yang di
hasratkan.

30

***

Terima kasih.

31

You might also like