Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Nama : JUMARDI BIN MUHLIS

Unit

: PISMP PJ 1113

Refleksi Perkhemahan Pengakap


Pada tarikh 18 Ogos 2014 sehingga 21 Ogos 2014 yang lalu telah diadakan satu
perkhemahan bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3A IPG Kampus Tun Abdul
Razak di Kem Allapong Lundu bagi unit beruniform pengakap semester 4.
Perkhemahan tersebut teleh dikendalikan oleh beberapa orang pegawai pengakap
yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam berpengakap. Mereka telah
banyak memberi ajaran kepada kami dalam berpengakap. Bersyukur terhadap Allah
S.W.T kerana mempunyai pensyarah pembimbing iaitu En. Baharuddin Bin Ismail yang
sentiasa memberi motivasi dan semangat
Semasa perkhemahan 3 hari 2 malam tersebut, terdapat pelbagai kebaikan yang
telah saya kesan seperti ia memberikan input berkaitan asas yang perlu ada bagi
seseorang pengakap kanak-kanak melalui sesi lencana kepandaian, mengajarkan
istiadat bendera dan protokol dalam dewan, peranan sebagai pemimpin pengakap dan
bagaimana hendak merancang program bagi pengakap. semua ini telah diajar semasa
saya berada dalam sesi perkhemahan tersebut. Ia merupakan pengalaman dan
pengetahuan yang amat bernilai.
Kebaikan yang pertama ialah memberikan input tentang perkara asas yang
terdapat dalam pengakap. Antaranya ialah cogan kata pengakap kanak-kanak yang
perlu diingat iaitu buat sehabis baik. Ia akan memastikan bahawa setiap ahli
pengakap akan melaksanakan setiap pekerjaan dengan habis baik dan sedaya upaya.
Dalam pengakap juga mengamalkan satu sistem yang dapat merapatkan hubungan
setiap ahlinya iaitu sistem sekawan. Kebiasaannya 6 orang dalam sekawan yang
diibaratkan seperti sebuah keluarga. Mereka akan berkerjasama untuk melakukan
setiap aktiviti kerana mereka adalah sekeluarga.

Kebaikan yang kedua ialah mengajarkan istiadat bendera dan protokol dewan
yang mesti dilakukan dalam setiap sesi yang berkaitan. Istiadat bendera dan istiadat
laung agung merupakan dua istiadat yang dilakukan serentak dalam sesebuah
perhimpunan pengakap. Ia akan dapat menunjukkan semangat kepengakapan dalam
diri setiap individu. Protokol dewan juga akan dapat mengajar ahli pengakap supaya
lebih berdisiplin kerana seorang pengakap yang baik hendaklah berdisiplin.
Seterusnya ialah kami diajarkan apa sebenarnya peranan seorang pemimpin
pengakap semasa di sekolah nanti. Seorang pemimpin pengakap perlulah memahami
dan mematuhi persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap yang ada. Dengan
itu akan melahirkan seorang pemimpin pengakap yang sangat baik dan dapat
membimbing ahli pengakap iaitu murid-murid sekolah nanti. Seorang pengakap perlu
mempunyai ciri- ciri seperti patuh kepada tujuan kepimpinan, berminat dan
berkeyakinan serta ikhlas, sentiasa menambah pengetahuan dan berkemampuan.
Kami juga diajarkan cara-cara untuk merancang sesebuah program bagi
pengakap. Perancangan sangat penting supaya setiap aktiviti yang dijalankan tersusun
dan berjalan lancar. Segala aktiviti juga perlu direkodkan sebagai rujukan pada masamasa akan datang. Dengan itu, setiap program dan aktiviti yang dijalankan akan
memberikan kebaikan dan pengetahuan kepada ahli pengakap yang terlibat dan
mereka akan dapat memanfaatkannya kelak.
Namun, terdapat beberapa kelemahan yang berlaku semasa perkhemahan iaitu
dan kegagalan ahli pengakap untuk menepati masa. Masa begitu penting untuk seuatu
perkara. Melalui kursus tersebut kami dilatih agar berdisiplin dan sentiasa menepati
waktu. Kelemahan yang perlu dan sepatutnya dielakkan ialah tidak menepati masa.
Saya dapat memerhatikan bahawa peserti kurang menepati masa menyebabkan sesi
bagi kursus terpaksa diadakan lebih lewat sehinggakan tidak sempat menghabiskan
sesi tertentu kerana tidak mencukupi masa. Oleh itu, para peserta perkhemahan
pengakap perlulah berusaha untuk menepati masa dalam perkhemahan dan program
yang akan datang.

Kesimpulannya, perkhemahan bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3A


IPG Kampus Tun Abdul Razak yang telah diadakan telah memberikan banyak
pengetahuan dan pengalaman yang penting kepada bakal-bakal pemimpin pengakap.
Di harap setiap yang dipelajari akan digunakan oleh guru pelatih semasa di sekolah
nanti dan disampaikan dengan sebaik mungkin kepada ahli-ahli pengakap yang baharu
kelak.

You might also like