Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Pendahuluan

"

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. "
- Falsafah Pendidikan Malaysia-

Pernyataan di atas menekankan bahawa misi utama Kementerian Pendidikan


Malaysia adalah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf
dunia bagi memperkembang potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
Negara Malaysia. Maka kurikulum sekolah di Malaysia bertujuan memperkembang
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu daripada aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani berteraskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Sejurus dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
subjek Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah. Matlamat utama subjek Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT) adalah bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan,
menguasai asas kemahiran praktis, kemahiran mereka bentuk dan mengamalkan
asas keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah
melahirkan murid yang kritis, kreatif dan inovatif.
Maka prancangan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan
menarik serta pelbagai pendeketan perlu digunakan supaya suasana pembelajaran
menjadi lebih kondusif dan bermotivasi kepada murid. Murid juga digalakkan untuk
membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu maslah dengan menggunakan idea
dan hipotesis yang telah dibina (Mohd.Fazli, 2001).

Salah

satu

pendekatan

yang

sesuai

adalah

pembelajaran

secara

berkumpulan atau pembelajaran koperatif. Di dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran ini, murid akan memainkan peranan penting manakala guru bertindak
sebagai pemimpin atau fasilitator yang membimbing murid dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran


Pengkaji telah melaksanakan praktikum fasa 3 di Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Jalan Setesyen Paloh dan diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Reka
bentuk dan Teknologi bagi tahun 4 dan tahun 5 serta matapelajaran Bahasa Tamil
bagi tahun 4.
Berdasarkan pengalaman sewaktu kali pertama mengajar mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi bagi Tahun 4 dan Tahun 5, pengkaji mendapati bahawa
murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Setesyen Paloh, kurang
berbincang atau bertanya dengan kawan apabila diberi masa untuk berbincang
dalam kumpulan.
Pada awalnya pengkaji menganggap murid berasa takut ataupun malu untuk
berbincang tetapi selepas masuk beberapa kali ke kelas-kelas tersebut mereka
masih berkelakuan sebegitu. Lebih-lebih lagi mereka sentiasa mengharapkan guru
dalam segala aktiviti yang dijalankan iaitu dalam erti kata lain guru dianggap sebagai
penyuap di mana guru memainkan peranan utama dan murid hanya menjadi
penonton sahaja.
Daripada pemerhatian pengkaji, didapati murid-murid di sekolah tersebut
tidak didedahkan tentang kaedah pembelajaran koperatif secara meluas oleh guruguru reka bentuk dan teknologi. Hal ini menyebabkan pengkaji tidak dapat mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran sepertimana yang telah diharapkan.
Apabila pengkaji mencari punca bagi masalah ini, didapati proses pengajaran
dan pembelajaran sebelum ini lebih berpusatkan guru sehinggakan teknik mengajar
terarah kepada penyampaian fakta-fakta sahaja. Pembelajaran lebih kepada
mengingat dan menghafal fakta, dan pelajar gagal atau tidak berupaya untuk
membuat interpritasi terhadap sesuatu isi pengajaran.
Pengkaji juga mendapati interaksi diantara pelajar lemah dan sifat-sifat positif
sosial pelajar tidak dapat dibangunkan, dan pelajar menjadi kurang berinisiatif dan
kreatif. Menurut Dr. Howard

Gardner (1983), terdapat lapan jenis kecerdasan

pelbagai. Dua daripadanya sangat berkaitan dengan pembelajaran secara koperatif


iaitu kecerdasan kinestetik

pergerakan( Bodily-kinesthetic Intelligence)

kecerdasan interpersonal ( Interpersonal Intelligence).

dan

Melalui pembelajaran koperatif murid dapat mengasah kemahiran kinestetik


pergerakan mereka kerana masing-masing belajar dalam kumpulan untuk
menyiapkan tugasan. Secara tidak langsung wujudnya satu perikatan sosial antara
ahli kumpulan dimana mereka dapat mengasah kecerdasan interpersonal.

Fokus Kajian

You might also like