Aspek Kajian Komsas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

ASPEK KAJIAN KOMSAS

TEMA
Tema ialah isu utama atau persoalan pokok yang mendasari sesebuah karya sastera.
Hanya satu tema dalam setiap karya. Tema dapat dikesan dan disarai setelah membaca dan
memahami keseluruhan sesebuah karya.
PERSOALAN
Persoalan ialah isu atau pemikiran sampingan yang ingin disampaikan oleh penulis sesebuah
karya sastera di samping tema. Ia biasanya dapat dikesan melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku
dalam sesebuah karya. Terdapat lebih daripada satu persoalan dalam setiap karya.
NILAI
Mengikut Kamus Dewan, nilai merupakan sifat ketinggian pekerti pada diri seseorang. Dalam
karya sastera, nilai dapat difahami sebagai unsur ketinggian pekerti yang dapat dikesan oleh
pembaca. Ia merupakan rumusan terhadap seseuatu gagasan penulis dan tindakan watak.
PENGAJARAN
Pengajaran ialah unsur teladan dalam sesebuah karya sastera. Sebahagian daripada pengkaji sastera
menyebutnya sebagai mesej. Ia dapat dikesan melalui gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran
watak dalam sesebuah cerita. Pembaca dapat mengesan unsur ini dalam sesebuah karya sastera
dengan menggunakan pemikiran positif. Pembaca akan dapat membuat kesimpulan bahawa sesuatu
gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak itu patut diikuti dicontohi atau tidak.
NADA
Nada ialah perasaan yang terdapat dalam sesebuah karya sastera yang berbentuk puisi terutamanya
sajak. Perasaan itu boleh terdiri daripada perasaan penulis dengan penggunaan bahasa dan juga
perasaan pembaca apabila karya tersebut seperti nada sedih, marah, cinta, patriotik dan lain-lain.
RIMA
Rima ialah persamaan bunyi suku kata terakhir antara dua baris atau lebih dalam karya puisi. Ia
dikenali sebagai rima akhir sekiranya persamaam itu terdapat pada akhir baris puisi. Jika terdapat
pada tengah baris, ia dikenali sebagai rima tengah.
GAYA BAHASA
Gaya bahasa ialah pemilihan dan susunan kata-kata yang digunakan oleh penulis. Pemilihan dan
susunan itu dipersembahkan dalam karya mereka sama ada puisi atau prosa. Ia merupakan
individualiti setiap penulis dalam menyampaikan pemikiran, gagasan atau perasaan mereka.
Terdapat beberapa unsur pemilihan dan susunan kata yang biasa digunakan oleh penulis.
(a) Diksi merupakan aspek utama dalam gaya bahasa. Ia merujuk kepada pemilihan dan penggunaan
kata oleh penulis dalam karyanya. Kata-kata tersebut dipilih supaya sesuai dengan pemikiran dan
maksud yang hendak disampaikan dalam karya mereka.
(b) Hiperbola merupakan perbandingan atau perlukisan melampau. Contohnya;
suaranya bagaikan singa, kesabaran suaminya itu meledak..
(c) Anafora merupakan unsur perulangan kata pada awal baris dalam puisi. Contohnya;
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib memang begitu.
(d) Epifora pula merupakan unsur perulangan kata pada akhir baris dalam karya puisi. Contohnya;

kumasuki pasar ini


Kususuri sungai sibuk ini
(e) Inversi merupakan susunan kata dalam ayat yang tidak mengikut susunan yang biasa atau
dikenali juga dengan susunan kata terbalik. Contohnya;
Ke negeri Patani berjalan segera
Pada Laksamana ibu saudara
(f) Metafora merupakan salah satu bentuk gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Perbandingan
itu diungkapkan secara terus menggunakan dua perkataan yang berlainan maksud. Namun dari segi
makna, dua perkataan itu membawa satu makna. Contohnya;
ruang hidup
bangku bijaksana
sungai manusia
suara kosong
(g) Simile juga merupakan gaya bahasa perbandingan dengan mengguanakn kata banding seperti,
bak, bagai, umpama dan seumpamanya. Contohnya;
teratur laksana seorang primadona
dia bagaikan gunung berapi pendam
(h) Repitisi merupakan satu lagi gaya bahasa perulangan. Namun pada ia biasanya diaplikasikan
dalam karya prosa. Antara aspek yang terkandung dalam unsur bahasa ini adalah perulangan kata
dalam satu ayat, perulangan kata serta perulangan ayat dalam perenggan.
(i) Personafikasi merupakan pemberian sifat-sifat manusia sama ada dari segi perasaan,
perwatakan atau perbuatan kepada objek-objek lain. Contohnya;
Daun pokok pisang melambai-lambainya
Pungguk di belakang rumahnya terus merintih
LATAR
Latar adalah ruang sama ada ruang masa, tempat atau persekitaran iaitu masyarakat yang
mendasari sesuatu peristiwa dalam karya prosa. Ia bertujuan menjadikan sesuatu persitiwa lebih
konkrit, realistik dan tidak berlaku pada ruang kosong.
(a) Latar Masa merupakan ruang zaman, musim, hari atau waktu sesuatu peristiwa berlaku. Ia
dapat dikesan melalui penceritaan penulis, dialog watak atau gambaran suasana ketika itu.
(b) Latar Masyarakat merupakan ruang persekitaran yang terdiri daripada watak-watak dalam
sesuatu peristiwa. Ia merujuk kepada ciri-ciri sesebuah masyarakat yang terdapat dalam sesebuah
cerita. Watak dalam cerita merupakan wakil untuk menggambarkan masyarakat sebenar. Ia juga
dapat dikesan melalui penceritaan penulis, tindakan serta pemikiran watak-watak dalam cerita
berkenaan.
(c) Latar Tempat merupakan ruang tampat yang melatari sesuatu peristiwa dalam cerita. Ia boleh
terdiri daripada perlukisan tempat semulajadi dari segi geografi dan semulajadi seperti bukit,
hutan, sungai, laut dan sebagainya atau tempat yang menggambarkan ciri-ciri budaya seperti
rumah, masjid, padang, istana dan sebagainya.

PLOT
Plot merupakan jalinan atau hubungan peristiwa dalam sesebuah karya prosa berdasarkan
hukum sebab dan akibat. Ia berkait rapat dengan tindakan dan pemikiran watak-watak dalam
cerita tersebut. Sesuatu peristiwa yang berlaku boleh menyebabkan berlakunya satu peristiwa lain
yang lebih rumit atau sebaliknya. Perkembangan peristiwa itu boleh dibahagikan kepada empat
peringkat utama.
(a) Permulaan / eksposisi merupakan peringkat awal dalam cerita. Pada peringkat ini penulis
mendedahkan watak, latar dan juga masalah yang dialami oleh watak berkenaan. Melalui teknik
plot yang digunakan oleh penulis, peringkat ini tidak semestinya berada pada permulaan cerita. Ia
mungkin berada di tengah atau akhir cerita melalui teknik imbas kembali.
(b) Perkembangan / perumitan merupakan peringkat kedua dalam perkembangan peristiwa dalam
cerita. Pada peringkat ini, konflik dan ketegangan telah timbul antara watak dengan watak
utama. Semakin panjang cerita tersebut, konflik menjadi semakin rumit. Dalam perkembangan
plot, peringkat ini merupakan peringkat yang paling panjang.
(c) Kemuncak / klimaks merupakan peringkat akhir konflik dan ketegangan. Pada peringkat ini,
konflik antara watak dengan watak utama mencapai peringkat paling tegang dan rumit. Selepas
peringkat ini, sebahagian besar atau semua konflik selesai.
(d) Pengakhiran / antiklimaks merupakan peringkat penyelesaian konflik dan ketegangan mulai
hilang. Biasanya peringkat ini terdapat pada bahagian akhir cerita dan perkembangannya agak
pendek.

TEKNIK PENCERITAAN
Teknik penceritaan adalah cara atau kaedah seseorang penulis menyampaikan cerita dalam karya
prosa mereka. Terdapat empat teknik penceritaan yang biasa digunakan oleh penulis.
(a) Pemerian merupakan teknik yang paling tua dan paling banyak digunakan oleh penulis dalam
karya-karya mereka. Mengguakan teknik ini, penulis telah bercerita secara langsung tentang apa
sahaja sama ada peristiwa, watak dan perwatakan atau latar cerita tersebut.
(b) Dialog merupakan percakapan watak dengan watak dalam cerita. Dua orang watak atau lebih
akan berbalas kata. Teknik ini juga banyak terdapat dalam cerita. Melalui teknik ini, penulis
menyampaikan cerita secara tidak langsung. Pembaca akan dapat mengetahui sesuatu peristiwa,
watak dan perwatakan serta latar melalui dialog antara watak.
(c) Monolog Luaran merupakan percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan
diri sendiri dengan mengeluarkan suara sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya
sahaja. Biasanya penulis menggunakan pengikat kata untuk monolog ini.
(d) Monolog Dalaman merupakan percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya
sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Sesetengah penulis menggunakan tanda pengikat kata bagi
monolog ini manakala sebahagiannya tidak menggunakan tanda pengikat kata.
telah menghasilkan pelbagai andaian peristiwa yang akan berlaku.
WATAK
Watak merupakan pelaku atau pelakon dalam sesebuah cerita. Selain daripada manusia biasa,
watak dalam cerita boleh terdiri daripada binatang ataupun makhluk lain seperti jin, peri, raksasa
dansebagainya. Setiap watak ini mempunyai identiti mereka tersendiri. Watak terbahagi kepada
golongan utama.
(a) Watak utama dalam sesebuah cerita. Ia berkembang mengikut jalan cerita. Watak ini juga
dikenali sebagai watak bulat. Pada kebiasaannya wayak ini akan memperjuangkan nilai-nilai
positif.
(b) Watak sampingan dalam sesebuah cerita. Ia merupakan watak penentang kepada watak utama.
Pertembungan watak utama dengan watak antagonis ini akan mewujudkan konflik dan
membolehkan plot berkembang.
PERWATAKAN
Perwatakan merupakan sifat peribadi seseorang watak dalam cerita sama ada sifat luaran atau
dalaman. Sifat luaran termasuklah perlukisan tentang bentuk badan, perlakuan atau tindakan dan
juga pertuturan.Manakala sifat dalaman termasuklah pemikiran dan perasaan watak. Perwatakan
dalam dikesan oleh pembaca melalui pemerian penulis secara langsung, pemikiran watak itu
sendiri, dialog watak itu sendiri dan dialog watak lain tertentang watak berkenaan.
SUDUT PANDANGAN
Sudut Pandangan adalah kedudukan penulis dalam mempersembahkan cerita mereka. Penulis boleh
berada dalam beberapa kedudukan semasa mempersembahkan cerita mereka. Mereka boleh berada
dalam cerita sebagai satu watak atau di luar cerita sama ada sebagai pencerita yang serba tahu
atau sebagai pencerita yang objektif.

Plot
Binaan plot:
1. Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa
dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir
berdasarkan hukum sebab dan akibat.
2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu
terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab
dan akibat.
3. Susunan
cerita bergantung
pada
fantasi
dan kreativiti
pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya
berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot
ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan
pengarang.
4. Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan
peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap,
kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
5. Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu
untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
7. Peristiwa berkembang kepada
iaitu perumitan (komplikasi).

peringkat

8. Perumitan
menuju
kepada puncak
tercapainya konsentrasi yang maksimum.

pertengahan

cerita,

(klimaks) apabila

9. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang


puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

Teknik Plot:
1. Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya
supaya menarik.
2. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:

(a)

Imbas kembali
1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang
semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang
atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman

(b)

Imbas muka
1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan
bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang
akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita
berkenaan.
2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan
pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.

(c)

Saspens
1. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang
menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu
di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku
selanjutnya.

(d)

Konflik
1. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak
atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.

2. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik


dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara
watak dengan watak yang lain atau antara watak
dengan alam sekitar.
3. Konflik
dapat
juga
digambarkan
melalui
pertentangan pendapat, idea, sikap, atau
pemikiran?

(e) Kejutan
1. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku
secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
2. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama
dengan yang diduga oleh pembaca.

(f) Dialog
1. Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih
daripada dua watak.
2. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar
pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.

Latar
Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan
manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot,
watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika
berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan,
bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(a) Latar tempat
Merupakan
ruang
atau
tempat
berkaitan dengan lokasi geografi.

peristiwa berlaku yang

(b ) Latar waktu atau masa


Menunjukkan masa peristiwa
sejarahnya, atau musimnya.

berlaku

seperti

zaman,

era,

(c) Latar masyarakat atau citra masyarakat


Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita
merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial,
ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
(e) Latar peralatan cerita dan watak
Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.

http://www.bmspm.net/aspeksastera.htm#Tema dan Persoalan

You might also like