Telekerja - Rahman

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT INDUSTRI

(AH30903)
PENSYARAH : EN AZIZAN BIN MORSHIDI
ABD RAHMAN BIN HAMID (BA12110002)
TAJUK : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN TELEKERJA : TINJAUAN DAN
AMALAN KERJA SERTA CABARAN MASA KINI.
1.0

PENGENALAN

Globalisasi telah memberi impak kepada organisasi di seluruh dunia


sehinggakan ianya menjadi isu yang hanya berkaitan dengan orientasi
perniagaan di seberang laut, pelaburan asing secara langsung dan
sebagainya. Akan tetapi globalisasi juga memberi kesan terhadap
pengurusan domestik sesebuah organisasi. Salah satu impak globalisasi
ialah kemajuan teknologi yang pesat berkembang dan berubah dari masa
ke semasa. Selain itu ianya juga memberi impak yang besar terhadap
bidang perniagaan, pendidikan, pelaburan, perbankan dan pengurusan
sumber manusia atau hubungan industri (Balakrishnan, 1999). Teknologi
maklumat juga telah diakui sebagai teknologi penggerak yang strategik
untuk

menyokong

pertumbuhan

ekonomi

malaysia

dan

juga

meningkatkan kualiti hidup penduduknya (Zuraidah dan Yuzita, 1999).


Salah satu pembahruan dan perubahan yang jelas berlaku dalam
pengurusan sumber manusia ialah pelaksanaan budaya telekerja. Ramai
yang tertanya-tanya apakah yang di maksudkan dengan telekerja?.
Secara Umumnya, telekerja merujuk kepada pekerjaan yang dijalankan di
luar pejabat utama dengan menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi. Konsep kerja ini telah muncul sejak tahun 70an dan telah
digunakan secara meluas dalam pengurusan sumber manusia di negara
maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara maju di Eropah. Namun
begitu, penerimaan konsep telekerja di malaysia masih lagi di tahan yang
rendah (Utusan malaysia, 6/7/1999). Kajian yang dijalankan oleh United
Nations University Institude for New Technologies bersama-sama MIMOS
Berhad, tentang telekerja di malaysia pada bulan Mac 1999, mendapati
bahawa hanya 3.45 daripada 1000 pekerja adalah pekerja telekerja

manakala jumlah syarikat tempatan yang terlibat dengan telekerja


hanyalah 7.8 % (New Straits Times Management Times, 2000)

2.0

KONSEP TEKNOLOGI MAKLUMAT

Chartrad Morent dalam bukunya Information Technology Seouring Society


menjelaskan teknologi maklumat bermaksud mengumpul, memproses,
mengagih dan menggunakan maklumat (Zorkoezy, 1982: 2-9). Manakalah
mengikut pusat Teknologi Maklumat (1999) teknologi maklumat ialah
gabungan teknologi elektronik mikro, peralatan telekomunikasi dan
kecanggihan komputer yang dapat memberi maklumat kepada kita.
Dalam

hal

ini,

komputer

merupakan

alat

yang

penting

untuk

mengendalikan maklumat terkini dengan tepat. Oleh itu, teknologi


maklumat

merupakan

organisasi

melalui

satu

kuasa

peaburan

dalam

mengukuhkan

berkomputer

dan

kemajuan

komunikasi

untuk

mempertingkatkan peluang persaingan, perkhidmatan pelanggan dan


lain-lain (Wang, 1997:3)
Salah satu teknologi baru dalam dunia IT ialah internet. Kedatangan
Internet telah dipersoalkan dan menjadi perbahasan oleh sesetengah
pihak yang tidak dapat menerima kehadiran internet tersebut. Persoalan
ini wujud kerana pada pandangan golongan ini, internat lebih banyak
mendatangkan

keburukan

daripada

kebaikan.

Walaubagaimanapun,

penggunaan internat tetap meluas di kalangan rakyat malaysia dalam


urusan pekerjaan mahupun urusan lainnya.

3.0

KONSEP TELEKERJA

Telekerja

merujuk

kepada

penggunaan

teknologi

maklumat

dan

komunikasi moden untuk melaksanakan kerja-kerja harian di tempat kerja


terpincil yang jauh dari pejabat utama (olsen, 1991:4). Lazimnya, kerjakerja ini dilakukan di rumah dengan masa kerja yang tersendiri dan
flaksibal. Telekerja juga dikenali sebagai kerja rumah industri (Lewis, 1984)
dan pemprosesan data teragih rumah. Kerja terpincil bermakna segala

tugasan harian dijalankan di luar daripada pejabat biasa dan juga dari
kawasan terpencil dari bandar. Oleh itu, dalam masyarakat pasca industri,
telekerja dan teknologi komunikasi yang wujud amat sesuai bagi fungsi
organisasi. Contohnya di Britain, syarikat British Telecom menganggarkan
lebih kurang 46.000 syarikat UK dengan 50 pekerja ke atas telah
mengambil pekerja berbentuk pekerja telekerja. Syarikat tersebut juga
percaya bahawa ada 1.8 juta pekerja fleksibal dan ini akan meningkat
menjadi 4.2 juta dalam masa lima tahun lagi. Manakala di Amerika ada 39
juta orang yang melaksanakan tugas pejabat dari tempat kediaman
(Hizamnuddin Awang, 1999:59-60).
Telekerja

akan

memberi

kebebasan

kepada

seseorang

untuk

melaksanakan sesuatu kerja dimana jua mereka berada. Komunikasi yang


berbentuk data yang banyak dan murah seiring dengan perkembangan
kuasa komputer pribadi telah memberi peluang kepada golongan pekerja
supaya tidak terkongkong dengan kawalan dan peraturan organisasi yang
biasa. Telepon awam yang memberikan kemudahan panggilan 24 jam dan
tujuh hari seminggu telah memudahkan orgaisasi menjalinkan hubungan
dengan pekerja yang bekerja di bawah konsep telekerja walaupun pekerja
tersebut berjauhan dengan kawasan organisasi.
Telekerja sebenarnya boleh dilakukan dari pelbagai tempat yang
mempunyai

kemudahan

perhubungan.

Menurut

kajian

yang

telah

dijalankan oleli Link Strategic Research Ltd and Sulzer Infra CBX (1999),
Vowles (1996), Kurland dan Bailey (1999), Bibby (2001), Cheali, Ng dan
Mitter (1 999), secara ringkasnya, telekerja boleh dilaksanakan dari:a)
b)
c)
d)

Kawasan terpencil
Pejabat klien
Nagara lain atau lebih dikenali sebagai teleperdagangan
Rumah - Telekerja jenis ni merujuk kepada pekerja yang menjadikan
rumah sebagai pejabat. Biasanya kemudalian telekomunikasi seperti
e-mel dan komputer peribadi yang dihubungkan kepada pelayan
(server) pejabat utama, telefon dan mesin faks yang disediakan oleh
pihak organisasi.

e) Pejabat satelit/cawangan konsep ini membolehkan pekerja untuk


melaksanakan semua tugas mereka bukan di rumah atau di ibu
pejabat tetapi di lokasi lain yang sesuai kepada pekerja dan
pelanggan. Pejabat satelit biasa dilengkapi dengan kemudahan
perabot dan peralatan pejabat yang lain. Pejabat ini disediakan dan
diselanggarakan oleh majikan atau kerajaan tempatan.
f) Mobile atau pelbagai lokasi konsep pekerjaan ini membolehkan
pekerja untuk berhubung, menghantar dan menerima maklumat
perniagaan daripada ibu pejabat menggunakan peralatan-peralatan
mudah alih seperti telefon dan komputer peribadi dari pelbagai
lokasi seperti dari rumah, kereta, kapal terbang atau hotel.
Golongan ini sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang
lain.

4.0

SEJARAH TELEKERJA

Sejarah telekerja telah bermula awal tahun 1970-an untuk mengatasi


masalah kekurangan minyak. Salah satu cara ialah memajukan industri
teknologi maklumat di mana golongan pekerja tidak perlu menjelajah ke
suatu

tempat

dengan

menggunakan

kenderaan.

Telekerja

boleh

menjimatkan kos minyak kenderaan. Beberapa tokoh yang menerajui


bidang ini ialah Toffler (1980), Kinsmen (1987), Handy (1989), Stanworth
(1991), Hodson (1992) dan Huws (1992).
Kesatuan Eropah pula berpendapat bahawa telekerja telah menjadi
sebahagian daripada bentuk kerja baru pada masa akan datang. Revolusi
telekomunikasi dan komputer telah membuka jalan ke arah bentuk kerja
yang lebih fleksibel kerana sebahagian daripada masa bekerja digunakan
di luar pejabat pada umumnya. Oleh itu, Kesatuan Eropah menjangkakan
bahawa telekerja akan berkembang secara pesat berikutan dengan
persaingan tinggi dalam dunia perniagaan.
Manakala, di Malaysia konsep telekerja masih baru dan mulai
popular

selepas

pelancaran

Seminar

Kebangsaann

Pembangunan

Telekerja. Kajian yang baru disiapkan oleh pihak United Nations University
for Technologies dan Mimos Berhad mengenai sesauh mana konsep ini
diterima pakai di malaysia masih di tahap yang rendah. Dengan ini pihak
kementerian Sumber Manusia telah bercadang untuk mengkaji semula
undang-undang buruh negara sekiranya syarikat-syarikat di Malaysia
sama ada sektor swasta atau awam akan terlibat sepenuhnya dalam
telekerja. Ini adalah penting bagi memberi perlindungan yang sewajarnya
bagi pekerja telekerja dan pekerja berasas rumah.

5.0

FAKTOR YANG MENJAYAKAN TELEKERJA

Menurut

John

Curran,

seseorang

penganalisa

perniagaan

di

firma

perundingan perniagaan Saltzer,Sutton dan Endicott menyatakan bahawa


organisasi yang ingin mencapai tahap produktiviti yang tinggi melalui
telekerja perlu mengikut konsep 3R iaitu Right reasons, Right people,
Right job. Kebanyakan organisasi ynag ingin melaksanakan telekerja
hanya melihat kepada faedah yang boleh dinikmati melalui telekerja
tanpa melihat ia sebagai strategi perniagaan dalam meningkatkan
produktiviti. Selain daripada mempunyai sebab yang rasional untuk
melaksanakan telekerja, organisasi juga perlu memilih pekerja yang
benar-benar

sesuai

dan

berkelayakan.

Pekerja

yang

dipilih

perlu

dilengkapi dengan pelbagai kemahiran seperti menggunakan komputer,


mesin faks, melektronik dan juga kemahiran dari segi pengurusn stres
bagi membantu mereka melaksanakan tugasan dengan baik (Vowles,
1996).
Pekerja telekerja yang berjaya dan cekap menjalankan tugas juga
perlu memiliki kualiti diri yang tertentu seperti pandai menguruskan
masa, berupaya untuk bekerja sendiri dengan pengawasan yang minima,
mempunyai kemahiran menulis dan lisan yang baik, mempunyai disiplin
kendiri yang tinggi, mampu berkomunikasi dengan baik, berupaya
menepati had masa yang ditetapkan dan merupakan seorang yang
berorientasikan hasil (Cheali, Ng & Mitter, 1999).

Dari aspek pekerjaan pula, keputusan untuk menggunakan telekerja


tidak boleh hanya berasaskan kepada pegangan bahawa dengan adanya
kemudahan telekomunikasi, semua jenis pekerjaan boleh dibawa keluar
dari tempat kerja konvensional. Beberapa faktor yang perlu diambil kira
sebelum

melaksanakan

telekerja

termasuklah

mengkaji

bentuk

kelancaran kerja, kekerapan dan tempoh masa yang diperlukan oleh


sesuatu kerja, melihat sama ada kerja tersebut memerlukan pemeriksaan
atau tidak, jumlah interaksi yang diperlukan antara rakan sekerja dan
kaedah yang digunakan untuk mengukur output yang dihasilkan. Proses
kerja yang ideal untuk telekerja biasanya memerlukan arahan dan
pemeriksaan yang minimum, mempunyai tempoh masa yang ditetapkan
dan mengeluarkan ouput yang boleh diukur (Fowler, 1996).
Selain itu juga, majikan perlu memahami jenis budaya kerja yang
diperlukan dalam menjamin kejayaan telekerja. Organisasi yang ingin
melaksanakan telekerja perlu mempunyai budaya kerja yang lebih telus,
saling percaya, mempunyai arahan dan panduan kerja yang khusus dan
jelas, ada rancangan luar jangkaan yang baik jika berlaku kegagalan
sisteim dan rangkaian pasukan kerja yang kuat bagi mengelakkan pekerja
telekerja berasa bosan dan tidak bermotivasi (Clieah,Ng & Mitter, 1999).

6.0

FAEDAH DAN CABARAN TELEKERJA

A. Faedah Terhadap Pekerja @ Individu


Bagi pekerja, faedah yang paling besar yang mungkin boleh dinikinati
ialah keupayaan untuk mengimbangi antara kerja dan keluarga. Dengan
mengurangkan masa untuk berulang alik ke tempat kerja, pekerja
mempunyai lebih masa untuk bersama keluarga dan melakukan aktivitiaktiviti kemasyarakatan. Seterusnya, isu keletihan dan tekanan yang
berkait rapat dengan perjalanan ulang alik ke tempat kerja juga dapat
dikurangkan dan ini membawa kepada peningkatan produktiviti individu.
Seperti yang ditekankan oleh Pejabat Buruh Antarabangsa (ILO), apabila
pekerja tidak lagi membuang masa dan berasa kecewa semasa perjalanan
ke

tempat

kerja,

mereka

mempunyai

tumpuan

terhadap

kerja;

meningkatkan motivasi dan semangat serta lebih bertenaga dalam


mengharungi hari-hari bekerja.
Selain

daripada

dapat

mengurangkan

kos

minyak

dan

penyelenggaraan kereta, telekerja juga mampu membuka ruang untuk


gaya hidup yang lebih sihat kerana pekerja tidak perlu menghadapi
tekanan akibat daripada perjalanan yang panjang dan sesak. Kajian yang
dilakukan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United
Kingdom

dan

Kanada,

telekerja

berjaya

membantu

mengurangkan

masalah kesesakan lalulintas dan pencemaran akibat penjanaan trip


kenderaan persendirian yang memasuki kawasan bandaraya. Seterusnya,
telekerja

juga

membuka

peluang

pekerjaan

kepada

mereka

yang

mempunyai kepayahan untuk berulang alik seperti warga tua, kurang


upaya dan wanita berkarier yang bertanggungjawab menjaga ahli
keluarga serta mereka yang terpaksa berhenti kerja akibat pasangan
bertukar tempat.
B. Faedah Terhadap Majikan
Bagi majikan dan organisasi, pengenalan budaya telekerja mampu
mengurangkan kos yang berkaitan dengan penyelenggaraan pejabat
(seperti penghawa dingin dan peralatan pejabat), kos penempatan pekerja
dan keluarga mereka, penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dan
tempat

meletak

kereta

(Kurland

&

Bailey,

1999).

Ia

juga

boleh

mengurangkan kadar berhenti dan sekaligus akan membawa kepada


pengurangan kos latihan dan pengambilan sumber manusia yang baru.
Dengan adanya telekerja, pekerja-pekerja mahir mampu di kekalkan yang
mana ini dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak. Pembentukan
budaya telekerja memungkinkan sesuatu kerja dapat dilaksanakan
walaupun ketika berlakunya sesuatu malapetaka atau masalah yang
berkaitan dengan pergerakan fizikal . Contohnya tatkala hujan lebat atau
apabila banjir melanda sesuatu tempat. Tidak dapat dinafikan lagi,
membudayakan telekerja akan membuka ruang baru kepada pekerja

untuk

menjadi

lebih

bermotivasi

dan

kreatif

apabila

menjalankan

tugasnya serta membentuk peribadi yang berdisiplin.


Mengikut Chabrow, kepercayaan dapat diwujudkan diantara pihak majikan
dan pekerja apabila membuat satu perjanjian telekerja. Ini secara tidak
langsung akan memperbaiki taat setia dan moral pekerja kepada
sesebuah syarikat atau organisasi. Apabila skim telekerja diperkenalkan di
beberapa buah syarikat di South Carolina, Amerika Syarikat didapati
tekanan yang dialami oleh pekerja dan masalah pengeluaran yang rendah
telah berjaya diatasi.
Cabaran Telekarja
A. Cabaran terhadap pekerja
Namun begitu, telekerja ini bukan tiada kekurangannya malah cabaran
yang perlu dihadapi. Dari perspektif individu @ pekerja, masalah
kesunyian akibat daripada pemisahan daripada rakan-rakan sekerja
merupakan cabaran utama yang perlu dihadapi. Kajian di luar negara
mendapati ramai pekerja berasa kecewa dan bosan kerana tidak dapat
berinteraksi bersama rakan-rakan sekerja mereka Malah ada berasa risau
akan dianaktirikan daripada kenaikan pangkat dan ganjaran kerana
mereka jarang berada di pejabat. Memandangkan telekerja menggalakkan
penggunaan

kuasa

autonomi

daripada

saling

bergantung

dan

bekerjasama, ramai pekerja melaporkan tahap komitmen dan kepatuhan


kepada

organisasi

semakin

terhakis.

Selain

daripada

terhakisnya

komitmen dan kepatuhan terhadap organisasi, pengasingan yang berlaku


juga turut menghalang individu daripada mempelajari budaya organisasi
dan mengurangkan pengaruh mereka dalam organisasi.
Selain daripada itu bagi mereka yang bekerja di rumah terutamanya
kaum wanita, ramai yang menghadapi kesulitan untuk mewujudkan
persekitaran kerja yang kondusif. Ada antara mereka yaiig gagal untuk
membezakan antara tugas dan keluarga, Tambahan pula, ramai antara

pasangan dan anak-anak yang tidak menghormati dan memberi ruang


kepada mereka untuk melaksanakan tugas semasa di rumah.
B. Cabaran terhadap organisasi
Di

pihak

majikan

pula,

salah

satu

cabaran

besar

mereka

ialah

ketidakupayaan memantau prestasi pekerja secara fizikal. Bagaimanakah


seseorang

majikan

itu

boleh

mengukur

produktiviti,

membina

kepercayaan dengan pekerja dan mengurus mereka jika mereka tiada di


depan mata, Jika pengurus tidak dapat melihat subordinat ketika
bertugas,

bagaimanakah

pengurus

boleh

mengetahui

sama

ada

subordinatnya menghadapi masalah atau melakukan kerja dengan baik.


Dengan itu, pengurus tidak mampu menyediakan maklumbalas yang
tepat ketika melakukan penilaian prestasi. Sesetengah pengurus mungkin
boleh memfokus terhadap hasil dan bukannya proses kerja dengan
mengandaikan output yang dihasilkan senang diukur dan dipantau seperti
tugas seorang jurujual. Namun bagi sesetengah pekerjaan, pengamalan
telekerja mungkin mendatangkan masalah.
Cabaran lain yang dibawa oleh telekerja ialah pemecahan jaringan sosial
di organisasi. Contohnya, telekerja mungkin boleh mengganggu pasukan
kerja

yang

telah

ditubuhkan

dan

memecabelahkan

pekerja

serta

menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pekerja yang tidak terpilih
untuk menjadi pekerja telekerja. Sinergi pasukan juga mungkin hilang
tidak ada lagi percambahan idea di tempat kerja. Hubungan antara
Pekerja

menjadi

semakin

renggang

kerana

jarang

bertemu

dan

komunikasi menjadi semakin formal. Tidak ada lagi pembelajaran dan


interaksi secara tidak formal yang mana banyak membantuh dalam
pengimbangan kerjaya seseorang individu.

C. Cabaran terhadap pasaran kerja di abad-21

Konsep telekerja pada tahun 2000 telah menjadi pemangkin terhadap


pekerja mahupun organisasi dalam pengapikasian sistem kerja ini. Namun
seiring dengan perubahan atau pola pekerjaan di masa kini konsep
telekerja semakin dilupakan kerana jenis pekerjaan ini tidak mendapat
sambutan dan tiada satu pu

undang-undang yang melindungi jenis

pekerjaan ini. Oleh itu para pekerja atau pihak majikan semakin
melupakan sistem pekerjaan telekerja kerana ianya kurang diamalkan di
malaysia, jika ada pun jumlah nya mungkin sedikat. Tidak dapat dinafikan
pada zaman ini perkembangan teknologi semakin berkembang pesat,
namun yang menjadi persoalan mengapa jenis pekerjaan telekerja ini
samakin dilupakan walhal teknologi sekarang semakin canggih. Oleh itu
pihak yang berkepentingan atau pihak pemerintah harus mencari jalan
dalam mengembangkan kembali sistem pekerjaan ini dan sekaligus dapat
mencorakkan lagi sistem pekerjaan yang ada di malaysia.

7.0

IMPLIKASI TELEKERJA KEPADA PERUNDANGAN BURUH DAN


TINDAKBALAS KESATUAN SEKERJA

Mengikut Khoo Kay Jin, 1999 telekerja merupakan konsep yang baru
dimana kesatuan sekerja mengambil berat tentang ahli-ahli mereka
(pekerja telekerja) akan dilindungi dengan terma dan keadaan kerja yang
dipersetujui oleh pihak majikan dan golongan pekerja. Tetapi terma ini
tidak ditujukan kepada pekerja home based telewokers yang dikenali
sebagai pekerja informal di bawah undang-undang buruh negara.
Tambahan lagi di malaysia, pekerja telekerja tidak dilindungi oleh
perundangan malaysia terutamanya di bawah akta hubungan industri @
akta pekerjaan 1955. Oleh itu, akta ini harus disemak semula bagi
mendefinisikan pekerja telekerja sebagai tergolong dalam ketegori
pekerja.
Beberapa

kesatuan

sekerja

seperti

MTUC

bimbang

akan

pengiktirafan pekerja ini untuk dimakukkan kedalam kesatuan. Di Sweden,


terdapat undang-undang buruh yang menggalakkan pekerja telekerja
boleh menjadi ahli kesatuan sekerja. Di samping isu ini, kesatuan sekerja

telah menimbulkan masalah keadaan kerja dan terma kerja minimum


yang sepatutnya dilindungi kepada pekerja telekerja. Sekiranya tiada
minimum terma dan keadaan kerja maka eksploitasi terhadap pekerja
jenis telekerja akan berlaku secara berleluasa di malaysia.
8.0

MASA DEPAN TELEKERJA

Walaupun halangan dan cabaran yang perlu dihadapi, telekerja tetap


dilihat akan menjadi satu amalan bekerja yang popular pada masa akan
datang. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh perkembangan teknologi
telekomunikasi dan multimedia yang memungkinkan komuikasi berlaku
antara kawasan yang terpencil dengan pejabat utama. Pasukan projek
contohnya, boleh berhubung sesama sendiri tanpa perlu bersemuka
dengan

menggunakan

e-mel,

e-papan

kenyataan

dan

sistem

penjadualan, berkongsi sistem fail elektronik, mesin faks dan pelbagai


borang dalam bentuk elektronik (New Straits Tiines - Management Times,
2000). Bukan sahaja teknologi mudah diperolehi tetapi harga komputer
peribadi juga sudah semakin murah dan mampu dimiliki oleh setiap
orang. Di Malaysia contohnya, kerajaan menggalakkan satu rumah satu
komputer dengan memberi kemudahan pengeluaran wang Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) orang ramai bagi membiayai pembelian
komputer.
Berdasarkan kepada sokongan berterusan yang ditunjukkan oleh
kerajaan, adalah tidak mustahil pelaksanaa telekerja akan diterima di
negara ini. Ini dapat dilihat melalui Rancangan Malaysia Kelapan 20012005.

Antara

beberapa

memperuntukkan

rancangan

sebanyak

RM4.708

yang
bilion

digariskan
untuk

termasuklah
meningkatkan

pembangunan sains dan teknologi, prasarana ICT akan terus dibangun


dan diperluas ke kawasan luar bandar manakala Akta Pekerjaan 1955 juga
akan dipinda bagi memasukkan peraturan kerja yang baru dan anjal
seperti telekerja, kerja sepanih masa dan perkongsian kerja (Berita Harian,
24/4/2001).

Selain daripada itu, telekerja juga dilihat mempunyai potensi dari


segi memberi faedah kepada ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi, kos
pembinaan jalan raya, penjagaan kesihatan dan perubatan, pembinaan
pejabat dan penempatan boleh dikurangkan. Menurut laporan kajian
dalam London Times, pembesaran satu lebuhraya bagi mengelakkan
kesesakan lalulintas dijangkaakan menelan belanja sebanyak 1,450 juta
pound sterling pada tahun 2007 nanti manakala kos bagi pembinaan
pusat telekerja hanya menelan kos sebanyak 450 juta pound sterling iaitu
penjimatan sebanyak 1 juta pound sterling (Telework benefits all,1997).
Dari segi sosial pula, ia boleh membantu mengurangkan gejala gangguan
seksual di tempat kerja, membantu pasangan dwi-kerjaya menguruskan
keluarga dan membuka peluang pekerjaan yang lebih kepada golongan
kurang upaya, warga tua, ibu tunggal dan mereka yang terpaksa menjaga
kaum keluarga.
Namun dapat dilihat dalam konteks dunia pekerjaan sekarang
khususnya tahun 2014 pekerjaan telekerja semakin dilupakan. Hal ini
kerana pemerkasaan sistem pekerjaan telekerja tidak diberi perhatian,
ianya hangat diperbincangkan sekitar tahun 2000 dimana kerajaan telah
memsukkan ianya dalam rancangan malaysia ke-8. Jika dilihat jurang
masa diantara tahun 2000 hinggah tahun 2014

terdapat kekurangan

dalam memperkasakan sistem pekerjaan telekerja, kerana pekerjaan ini


kebiasaannya digunakan bagi pekerja yang mahir dalam menganalisis
sesuatu data atau mengiriman sesuatu maklumat kepada syarikat. Dalam
hal ini melihat konteks ekonomi malaysia yang berasaskan pembuatan
syarikat atau organisasi lebih kerap menggunakan pekerja yang bekerja di
dalam organisasi berbanding pekerja yang bekerja di luar organisasi.
Penggunaan

pekerja

yang

bekerja

di

dalam

organisasi

lebih

menguntungkan dan mampu memberi imput kepada syarikat kerana


pekerja akan menghasilkan sesuatu barangan atau perkhidmatan secara
langsung berbanding dengan pekerja telekerja.
Oleh itu, sistem pekerjaan telekerja diharapkan mampu bersaing
dengan sistem pekerjaan yang ada pada masa sekarang khususnya pada

tahun 2014 dan mampu memberi kelebihan kepada organisasi agar


penerimaan sistem pekerjaan telekerja dapat diguna pakai dalam sistem
pekerjaan sekarang. Pihak pemerintah juga perlu menggubal dasar dan
undang-undang
dilindungi

khususnya

daripada

pegi

pekerjaan

dieksploitasi

oleh

ini

agar

mereka

dapat

yang

tidak

pihak-pihak

bertanggungjawab agar kesejahteraan dan hubungan dapat diantara


pekerja telekerja dan pihak majikan mendapat menfaatnya.

9.0

KESIMPULAN

Walaupun pelaksanaan telekerja mendapat reaksi yang berbeza dari


individu, organisasi dan masyarakat, namun ia dijangka akan
menggantikan bentuk kerja konvensional yang sedia ada. Perkembangan
teknologi yang menjadi pemangkin bentuk alternatif ini, faedah- faedah
yang boleh dinikmati daripada pelaksanaannya mula mendapat minat
ramai pihak. Apatah lagi, telekerja mampu meningkatkan produktiviti,
mengurangkan kos pejabat, menarik dan mengekalkan pekerja yang
terbaik, menggalakkan budaya husahawan dan mengajar pekerja
menggunakan teknologi dengan berkesan. Kesadaran tentang telekerja
harus dilakukan secara besar-besaran agar semua pihak boleh
mengatahui kepentingan dan kebaikan penggunaan telekerja di tempat
kerja. Pihak syarikat telekomunikasi seperti Telkom, Maxis, Celcom dan
Digi sewejarnya meluaskan perkhidmatan mereka ke kawasan luar bandar
dan terpencil. Dengan ini semua, orang boleh menggunakan kemudahan
teknologi maklumat dalam usaha meluaskan konsep telekerja di kawasan
luar bandar. Konsep ini boleh diperluaskan melalui iklan dalam media
massa elektronik dan cetak. Tambahan pula, pihak kementrian sumber
manusia harus memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan
konsep ini melalui bengkel telekerja yang diadakan di seluruh negeri di
malaysia. Dalam menempuh abad ke-21 telekerja akan menjadi satu tren
yang baru dalam dunia pengurusan sumber manusia pada masa kini.

RUJUKAN
Aminuddin,M. 1999. Malaysian Industrial Relations and Employment Law,
3 Ed, Petaling Jaya: McGraw-Hill.
Balakrishnan Parasuraman. 2000. Konsep Fleksibiliti dan Telekerja:
Implikasi KepadaPengurusan Sumber Manusia. Kertas Kerja (Kuala
Lumpur, 10-11 mei).
Budaya Telekerja. (6 Julai 1999) Utusan Malaysia.
Siti Zubaidah Othman. 2000. Telekerja: Satu Amalan Kerja Alternatif Masa
Kini.

You might also like