Surat Mohon Dana Sukan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN (HOKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN SUPA, PUSA


KAMPUNG SUPA
94570 PUSA.
Ruj Kami : JPS(h)/Jld.1(02)
Tarikh : 3 April 2015
Yang Berhormat,
Encik Mohd Razi B Sitam,
Ahli Dewan Undangan N.30 Saribas.
Yang Berhormat,
MEMOHON BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENYERTAI KARNIVAL HOKI
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2015
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembangunan Sukan (Hoki) Sekolah
Kebangsaan Supa akan menghantar wakil pasukan menyertai Karnival Hoki Peringkat Negeri
Sarawak 2015 di Kuching pada 20-24 April 2015. Untuk pengetahuan pihak tuan, ini adalah
penyertaan julung kalinya bagi pasukan bawah umur 12 Tahun ke peringkat Negeri Sarawak.
3.
Sehubungan dengan itu, kami memerlukan bantuan kewangan untuk membeli peralatan
dan pengurusan pasukan kerana ketiadaan peralatan yang cukup untuk pasukan. Atas dasar
pembangunan sukan dan keperihatinan pihak tuan dapatlah kiranya untuk membantu pasukan ini
untuk terus maju dan berkembang menjadi satu sukan yang diminati di daerah dan bahagian
Betong. Dengan ini, Saya sertakan Kertas Kerja untuk pertimbangan pihak tuan.(Sila Rujuk
Lampiran).
4.
Semoga pertimbangan dan perhatian dari pihak tuan ke atas permohonan kami dapat
memberi ruang dan peluang untuk kami bergiat lebih aktif dan memajukan sukan hoki ini
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(Awangku Syahrudin B Awang Dzulkarnain)

Pegawai Teknik Hoki


Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah
Sekolah Kebangsaan Supa

You might also like