Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

6.

Kaedah Penilaian Bahasa

Dalam menilai pengajaran bahasa, terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu
penilaian melalui portfolio dan penilaian melalui pemerhatian.

6.1

Penilaian Portfolio.

6.1.1 Pengenalan
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan
merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui
bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran
yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang
lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh. Portfolio
berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan
dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk
mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif
serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.
Arter dan Spandel (1991) mendefinisikan portfolio sebagai satu koleksi hasil
kerja kanak-kanak yang bermatlamat yang menunjukkan usaha, kemajuan dan
pencapaian kanak-kanak dalam satu atau lebih bidang pembelajaran. Menurut
Grace (1992) portfolio adalah satu rekod proses pembelajaran yang dilalui oleh
kanak-kanak. Rekod ini menunjukkan apa yang telah dipelajari dan bagaimana ianya
dipelajari oleh kanak-kanak; bagaimana dia berfikir, menyoal, menganalisis,
mensintesis, menghasilkan dan mencipta sesuatu dalam usaha menyiapkan tugasan
yang diberi. Portfolio juga menunjukkan bagaimana kanak-kanak berinteraksi secara
intelektual, emosi dan sosial dengan orang lain.
Menurut Bhasah (2003) pula berpendapat portfolio merupakan satu rekod
penyimpanan maklumat dalam bentuk fail atau sebagainya yang mengandungi
bahan-

bahan

kutipan

yang

dikumpulkan

untuk sesuatu

tempoh

bagi

menggambarkan dan menjelaskan atau menerangkan perkembangan kanak-kanak


dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

Grace (1992) menyatakan bahawa portfolio mampu menilai perkembangan


kanak-kanak secara autentik kerana portfolio adalah bukti pencapaian kanak-kanak
yang sebenar dan bersesuaian dengan proses pembelajaran. Proses pembelajaran
boleh direkod melalui portfolio kerana kandungan portfolio mampu menunjukkan apa
yang telah dipelajari, bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana
kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dalam menyempurnakan tugasan
mereka. Portfolio dapat memantau kemajuan kanak-kanak kerana portfolio merekod
kejayaan dan bukannya kegagalan kanak-kanak. Usaha memantau kemajuan
kanak-kanak perlu dijalankan di konteks persekitaran di mana pembelajaran berlaku
(Appl 2000).

6.1.2 Prinsip Penggunaan Portfolio


De Fina (1992) menyenaraikan lima prinsip penggunaan
portfolio iaitu seperti berikut:

Merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang sistematik dan bermakna dalam
satu atau lebih komponen pembelajaran.
Pelajar bersama guru memilih hasil kerja yang sepatutnya dimasukkan
berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Mengandungi pelbagai hasil kerja yang terdiri dari pelbagai bentuk media.
Boleh merefleksi pembelajaran sebenar yang dialami setiap hari.
Dilakukan secara berterusan agar boleh memperlihatkan usaha, kemajuan
dan pencapaian dalam satu jangka masa.

Dalam memastikan penggunaan portfolio yang sistematik dan bermakna Ward dan
Murray-Ward (1999) mencadangkan langkah penyediaan portfolio seperti berikut:

Tentukan tujuan.
Nyatakan kandungan dan kemahiran yang akan ditaksir atau diberi perhatian.
Tentukan sasaran yang akan dinilai dan peringkatnya.
Nyatakan bahan-bahan yang perlu dikutip.
Tetapkan kaedah pengumpulan bahan dan tempoh bagi sesuatu aktiviti itu
dijalankan.
Pastikan pelajar terlibat sama dalam pengumpulan bahan.
Perjelaskan kaedah pengredan untuk menaksir tugasan portfolio.
Sediakan satu ruang yang mencukupi untuk menyimpan portfolio.

6.1.2 Tujuan Penggunaan Portfolio


Tujuan yang jelas tentang penggunaan portfolio akan membolehkan
pelaksanaannya berjalan dengan berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia
(2003) telah menetapkan penggunaan portfolio di sekolah sebagai; Rekod
penyimpanan pengalaman, usaha, kemajuan yang diperolehi serta juga kejayaan
yang diperolehi bersama rakan-rakan lain;
Menurut Meisels et al.(1997), portfolio menunjukkan proses pembelajaran
dan aplikasi pemahaman; dan mampu mendokumentasi kekuatan dan kelemahan
kanak-kanak yang merupakan bukti perkembangan harian yang berlaku ke atas
kanak-kanak. Wortham

(2002)

menjelaskan

portfolio

mampu

merekod

perkembangan kanak-kanak dari pelbagai hasil kerja yang terkumpul. Melalui hasil
kerja dan eviden perkembangan yang ada dapat dikenal pasti perkembangan yang
telah berlaku. Ianya membolehkan pelajar mengesan, mengikuti perkembangan dan
melihat kemajuan mereka sendiri dalam satu tempoh. Dengan itu pelajar dapat
berusaha

untuk

meningkatkan

pencapaian

dengan

menggunakan

potensi

diri mereka dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.


Meisels

(1995)

berpendapat

penggunaan

portfolio

membolehkan

penilaian kebanyakan elemen pembelajaran dan perkembangan yang tidak diambil


kira di dalam ujianujian yang dijalankan. Ianya adalah satu bentuk penilaian
berasaskan pencapaian atau performance evaluation kerana ia menunjukkan apa
yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak di dalam situasi sebenar pembelajaran .
Oleh itu, penilaian yang ditadbir berasaskan portfolio adalah lebih autentik kerana
kanak-kanak dinilai berdasarkan proses dari bukti yang dilihat dan bukannya dari
satu ujian bertulis yang tidak menggambarkan proses pembelajaran kanak-kanak.
Penilaian

perkembangan

berasaskan

portfolio

adalah

lebih

memenuhi

tahap perkembangan kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak dinilai di luar rutin


harian mereka. Portfolio mempunyai kebaikan dari segi pengajaran kerana
portfolio mengintegrasikan pengajaran dan penilaian; dan bersesuaian dengan
kurikulum kerana pelbagai aspek perkembangan dapat dinilai dari sesuatu hasil
kerja (Meisels 1995;Ward dan Murray-Ward 1999; Appl 2000).

Kepada guru, portfolio dapat membantu melihat keseluruhan proses dan


produk

pengajaran,

dan

dapat

mengenal

pasti

perkembangan

pelajar. Pengintegrasian ini boleh membantu perkembangan pembelajaran yang


berjaya kerana ia mampu mendokumentasi dan menggambarkan pengajaran guru.
Kesimpulannya, tujuan penggunaan portfolio adalah untuk merekod perkembangan
kanak-kanak, menjadi asas dalam menilai perkembangan kanak-kanak, sebagai
panduan proses pengajaran dan pembelajaran dan menjadi bukti pelaporan
perkembangan kanakkanak kepada ibu bapa.

6.1.3 Kandungan Portfolio


Portfolio mengandungi hasil kerja kanak-kanak yang memenuhi tujuan dan
objektif pembelajaran harian kanak-kanak. Hasil kerja tersebut menggambarkan
pengalaman yang dialami dan yang ingin dicapai. Contoh hasil kerja adalah seperti
lukisan, kraftangan, gambar foto, sampel daripada aktiviti, hasil penulisan dan
laporan dari pemerhatian (Kementerian Pendidikan Malaysia 2003b). Hasil kerja
yang dikumpul dapat menggambarkan kemajuan atau perkembangan seseorang
kanak-kanak. Lukisan, contohnya menunjukkan kesedaran dan keperihatinan
tentang sesuatu objek manakala hasil tulisan pula menunjukkan tahap literasi kanakkanak (Rohani 2001). Menurut Engel (1991) hasil kerja dapat mengenal pasti dan
menyokong perkembangan kanak-kanak.
Hasil kerja dapat memantau kejayaan yang dicapai kanak-kanak berbanding
kegagalan

yang

dihadapi

di

samping

menunjukkan

usaha,

kemajuan

dan pencapaian mereka. Hasil kerja yang dikumpul perlu pelbagai termasuklah drafdraf kerja yang bersesuaian yang dapat menunjukkan usaha, aplikasi pengetahuan
dan kemahiran kanak-kanak. Hasil kerja dalam pelbagai bentuk media seperti hasil
kerja dalam bentuk rakaman audio video dan gambar foto mampu menunjukkan
perkembangan kanak-kanak dengan lebih jelas. Menurut Grace (1992), bergantung
kepada tujuan diadakan portfolio, kandungannya perlu boleh berkomunikasi tentang
apa yang mampu dibuat oleh kanak-kanak.Ianya perlu selari dengan aktiviti kelas
dan perkembangan kemahiran tertentu yang ingin diajar kerana ianya merupakan
refleksi matlamat pembelajaran. Kesimpulannya, kandungan portfolio adalah

pelbagai. Namun ianya perlu berdasarkan matlamat pembelajaran yang ditetapkan


dan bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak.

6.1.4 Kegunaan Portfolio

1.

Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).

2.

Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.

3.

Menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.

4.

Menilai secara sumatif pembelajaran.

5.

Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

6.1.5 Ciri-ciri Portfolio

1.
Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,
halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
2.
Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah
konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika
melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
3.
Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan,
komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu
tugasan pembelajaran.
4.
Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan
membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
5.
Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan
pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara akti

6.1.6 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina

1. Portfolio Kerja Harian


2. Portfolio Hasil Terbaik
3. Portfolio Dokumen

6.1.7 Tatacara Menilai Kandungan Portfolio

1. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan


berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahirankemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
2. Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi
gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.
Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang
mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini:
E

5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan

4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru

3 Membentuk suku kata

2 Menyebut bunyi huruf

1 Permulaan mengenal huruf

3. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil


pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran
seimbang
(on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
4. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi
matlamat
yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya
membandingkan
seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Proses menilai kandungan portfolio perlu berpandukan objektif pembelajaran


yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Setelah proses
pengumpulan dijalankan, guru menyemak, membanding dan menganalisa hasil kerja
kanak-kanak. Pada tahap ini guru perlu mengenal pasti pengetahuan, kemahiran
atau pencapaian yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam hasil kerja mereka.
Semakan hasil kerja kanak-kanak boleh dijalankan dengan pelbagai cara.
Antaranya;

Memberi ganjaran seperti bintang, gred atau stiker.


Guru boleh memberi makna kepada dokumentasi portfolio yang dikumpul
dengan memberi ulasan (Gronlund 1998).

Ulasan

menyedarkan kanak-kanak pencapaian hasil kerja mereka.


Ulasan tulisan pula akan memberi maklumat sejauh mana kanak-kanak telah

secara

lisan

yang

diberi

terus

kepada

kanak-kanak

akan

berkembang dalam masa ditetapkan.

Dengan

itu

amat

penting bagi

guru

mengetahui

kriteria

penilaian

perkembangan yang ditadbir berdasarkan pengetahuan , kemahiran dan pencapaian


kanak-kanak sebelum ulasan ditulis. Ulasan yang diberi meningkatkan kualiti
dokumentasi kerana maklumat yang terkandung di dalamnya dapat menilai proses
pembelajaran yang sedang berlaku ke atas kanak-kanak (Gronlund 1998). Selain itu
ulasan

guru

dapat

menjelaskan

konteks

di

mana

perkembangan

kanak-

kanak berlaku.
Hasil kerja kanak-kanak perlu dikumpul secara kronologi di mana setiap
semakan perlu bertarikh. Hal ini akan membolehkan perkembangan kanak-kanak
dinilai secara membandingkan hasil kerja yang terdahulu dengan yang terkini (Grace
1992). Perkembangan atau kejayaan kanak-kanak dari hasil kerja tidak boleh
dirumuskan dengan membandingkan seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak
yang lain kerana penilaian berasaskan portfolio perlu berfokus kepada kanak-kanak
itu sendiri tanpa membuat perbandingan dengan rakan

sebaya. Hal

ini

membolehkan perkembangan kanak-kanak dipantau secara individu.


Bagi

mencapai

rumusan

berkenaan

perkembangan

kanak-kanak,

kandungan portfolio seterusnya perlu dianalisa. Ini dijalankan berpandukan objektif


pembelajaran dan tahap perkembangan kanak-kanak (Meisels 1993). Menurut Appl
(2000) ini membolehkan satu indikasi kemajuan kanak-kanak dibentuk yang
konsisten

dengan

matlamat

pembelajaran bersesuaian

dengan

tahap

perkembangan kanak-kanak tersebut. Dengan berpandukan objektif pembelajaran


dan tahap perkembangan guru boleh memilih dan merancang pengalaman dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak (Zurida et.al. 2003).
Kesimpulannya, dalam menilai kandungan portfolio, hasil kerja kanak-kanak
melalui proses-proses menyemak, membanding dan menganalisa perkembangan
berpandukan matlamat pembelajaran yang ingin dicapai bersesuaian dengan tahap
perkembangan kanak-kanak.

6.1.8 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio


Sesebuah portfolio mengandungi:
Senarai semak yang disediakan oleh guru
Nota-nota yang disediakan oleh guru
Catatan jurnal
Buku log
Refleksi kendiri murid
Gambar dan foto
6.1.9 Kebaikan Penilaian Portfolio

Kajian Arter et al. (1995) ke atas guru menunjukkan antara kebaikan portfolio yang
dikenalpasti adalah ;

Membolehkan

bersesuaian

dengan

perkembangan kanak-kanak dilaksanakan.


Membolehkan pelajar menilai stail pembelajaran masing-masing.
Meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan ibu bapa

tentang

kurikulum

dan

pengajaran

yang

pembelajaran pelajar.
Kajian King & Campbell-Allen (1998) ke atas guru-guru tentang penggunaan
portfolio di Carrie E. Tompkins Elementary School di Croton, New York mendapati
bahawa penggunan portfolio membolehkan guru:

lebih memahami pelajar mereka


lebih memahami gaya belajar pelajar
lebih memahami kebolehan pelajar dalam bidang berlainan
lebih memahami pengajaran sendiri
merangka pengajaran yang berfokus kepada pelajar
berkongsi hasil kerja pelajar dengan ibu bapa

6.1.10

Kelemahan Penilaian Menggunakan Portfolio

Ward dan Murray- Ward (1999) mendapati bahawa antara masalah penggunaan
portfolio adalah:

Memerlukan masa yang banyak untuk menyemak portfolio setiap kanak-

kanak dan membuat penilaian.


Pengetahuan
guru
yang

menilai

semua

aspek perkembangan kanak-kanak berdasarkan hasil kerja.


Ketidakjelasan tujuan penggunaan portfolio samada hanya

sebagai

agak

terhad

dalam

tempat pengumpulan hasil kerja atau sebagai asas perkembangan penilaian

kanak-kanak.
Kurang bermakna kepada ibu bapa yang lebih mempercayai ujian

dapat menggambarkan kejayaan anak mereka dengan lebih tepat.


Kesahan hasil kerja sebagai pengukur kemajuan kanak-kanak
disebabkan penilaian bersifat subjektif dan hanya berpandukan analisis yang
dibuat oleh guru.

6.2

Penilaian Melalui Pemerhatian


Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek
kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan
persekitaran

6.2.1 Jenis Pemerhatian

Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:


1. Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
2. Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended.
3. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.

6.2.2 Strategi Pemerhatian


1. Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
2. Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan
objektif yang ditentukan oleh guru.
3. Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik
yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.
4. Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.

6.2.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.


Antaranya ialah:
a.

Kualiti Pemerhatian

b.

Bentuk Perancangan

c.

Jenis-jenis Pemerhatian

6.2.4 Fungsi Pemerhatian

1.

Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses


pembelajaran.

2.

Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan
sebaya dalam sesuatu pembelajaran.

3.

Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

Rumusan
Pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan
dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar
penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.

6.3

Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Penilaian

melalui

Kontrak

Pembelajaran

dikenali

juga

sebagai Perjanjian

Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru
dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara
bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju
dengan kriteria

atau

syarat-syarat

yang

telah

disenaraikan.

Biasanya

terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru
agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

6.3.1

Cara Pelaksanaan

Pelajar

menyatakan

gred

yang

diharapkan

dan

sistem

pengredan

untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.


Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses
pelaksanaan tugasan.
Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria
yang ditentukan.
Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian
tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

6.3.2

Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap


keupayaan kendiri untuk membolehkan

a. pelajar mengenal pasti dan merekod,


b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat
tersebut.

6.3.3

Cara-cara kontrak pembelajaran digunakan

Penilaian objektif tugasan


Hasil Pembelajaran
Penilaian
Format / Bentuk

6.3.4

Format Kontrak Pembelajaran

Keperluan

Kontrak

Pembelajaran

boleh

dibuat

dalam

bentuk

tertentu

mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan


memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan
jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara
tidak formal tetapi terancang dan jelas.

6.3.5

Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu

KONTRAK PEMBELAJARAN
Mata Pelajaran : ............................................................
Nama : ........................................................................
Tahun/Tingkatan :...........................................................
Tugasan : .....................................................................

Objektif :
1..................................................................
2..................................................................
3..................................................................
Perkembangan Peringkat
1. Apa yang ingin dicapai pada peringkat ini
2. Bagaimana akan dilaksanakan pada peringkat ini
3. Tempoh masa pelaksanaan peringkat ini
4. Bagaimana penilaian peringkat ini dibuat

Catatan

Tandatangan murid
..............................
Nama:

Tandatangan rakan sebaya


....................................
Nama:

Tandatangan guru
...............................
Nama:

6.4

Penilaian Melalui Soal Jawab.

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan
dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu,
ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi
penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan
pelajar.

6.4.1

Cara Pelaksanaan

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang


berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas
yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar
berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk
menguasai teknik menyoal.

6.5

Penilaian Melalui Projek.

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa
yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu
laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara
amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan
dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan
pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi


atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar.
(Wiggins, 1989).

Tujuan pembelajaran Projek sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa


tujuan berikut:

Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.


Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar
bilik darjah.

6.5.1

Ciri-ciri Penilaian Projek

Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).


Jangka masa yang panjang
Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang

benar.
Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek

atau dalam kumpulan.


Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang,

integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.


Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

6.5.2

Jenis-jenis penilaian Projek

Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau

bertulis.
Extended

dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.


Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
Tugasan prestasi drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

tasks

assignment

seperti

menulis

puisi,

melaksana

6.5.3

Langkah-langkah untuk menjalankan Projek

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.


Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

6.6

Penilaian Melalui Kertas Kerja.


Umumnya,

kertas

kerja

ditulis

dengan

tujuan

untuk

mengutarakan

penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan
sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan bagi
menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.
Dalam bidang akademia penulisan 'kertas kerja' (academic working paper)
pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau
keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah
reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan
menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap
penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.
Organisasi kertas kerja dengan kertas cadangan hampir serupa. Sungguhpun begitu
ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja.
a) Pengenalan dan Latar Belakang
b) Tinjauan Bacaan
c) Penerangan yang terperinci tentang tujuan kertas kerja
d) Implikasi Kewangan
e) Proses Pelaksanaan

f) Implikasi Pelaksanaan
g) Keputusan dan Perbincangan
h) Penutup
i) Bibliografi/Rujukan
j) Lampiran/Apendiks (Appendix)

You might also like