Professional Documents
Culture Documents
Aural & Nyanyian
Aural & Nyanyian
Aural & Nyanyian
0 Pengenalan
Solfa
Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik
KSSR, pada peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan
pengetahuan dan kemahiran. Antara kemahiran yang patut dipratikkan sebelum
mempelajari nyanyian ialah kaedah solfa. Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran
secara hafalan not dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d) digunakan
sebagai sebutan pic.
Rajah 2.0
Dalam rajah 2.0, skel tersebut menunjukkan solfa major yang selalu digunakan
dalam nyanyian. Skel major tersebut dalam nada C major, jadi nombor 1 ialah not C dan
seterusnya ialah seperti berikut.
1
3 4
5 6 7 8
Do Re Mi Fa Sol La Ti Do
Dalam Nada major, solfa bagi C major ialah seperti berikut,
Solfa pentatonik boleh dibina daripada skel major dengan menggunakan formula yang
mudah. Major pentatonic dibentuk dengan memilih 1,2,3,5, 6 dan 8 daripada skel major
C. Jadi skel pentatonik dalam nada C ialah C,D,E,G,A, C .
Do Re Mi
So La
Do
5.0 Perbandingan Solfa Major, Minor, Pentatonik Major & Pentatonik Minor.
Persamaan
Semua solfa tidak kira sama ada solfa major atau solfa pentatonik adalah
dibina daripada skel major& minor dan skel pentatonik. Selain itu, semua solfa adalah
sebagai asas kemahiran nyanyian. Pelajar adalah lebih mudah untuk menguasai melodi
sebuah lagu jika individu tersebut mempelajari solfa terlebih dahulu. Solfa major & minor
dan solfa pentatonik dapat dimainkan dalam sebuah nada. Contohnya solfa major dalam
C/Am, solfa minor dalam Cm/Am, solfa pentatonik major dalam C/A dan solfa pentatonik
minor dalam Cm/Am. Kedua-dua solfa minor dan solfa pentatonik minor dapat dibina
melalui relatif majornya.
Perbezaan
Solfa major & minor dimainkan dala 8 not, iaitu dari C ke C. Akan tetapi solfa
pentatonik major & minor hanya dimainkan dalam 5 not, iaitu major- C,D,E,G,A,C (tidak
mengandungi F dan B). Selain itu, jeda untuk semua solfa adalah berbeza-beza. Di
samping itu, solfa major dan solfa pentatonik major tidak mengandungi sebarang tanda
kromat jika berbanding dengan solfa minor dan solfa pentatonik minor. Tambahan pula,
solfa major & minor lebih kerap digunakan dalam nyanyian, tetapi solfa pentatonik lebih
kerap digunakan dalam permainan alat muzik.