Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Huraikan perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman kerajaan Abbasiyah pada abad

ke 11-13
Ilmu-ilmu dalam tamadun islam secara umumnya terbahagi kepada dua cabang yang jelas
iaitu ilmu naqli dan aqli. Ilmu naqli merupakan ilmu yang tertinggi kerana ilmu ini datang dari
sumber yang sentiasa benar dan tidak diragui, manakala ilmu aqli jatuh sebagai ilmu kedua
kerana bersumberkan akal fikiran manusia yang boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan ada
kalanya benar atau salah. Kerajaan Abbasiyah telah muncul sebagai pusat perkembangan ilmu
sejak pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dan mencapai zaman kemuncaknya ketika
pemerintahan Khalifah al-Mamun. Meskipun kerajaan ini melalui era kemerosotan pada zaman
pemerintahan Bani Buwaih dan Bani Saljuk, namun peranannya dalam bidang ilmu tetap utuh.
Terdapat beberapa perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman Kerajaan Abbasiyah.
Pada tahap ketiga pemerintahan kerajaan Abbasiyah, ia berada di bawah kekuasaan Bani
Buwaih. Pada zaman ini, telah muncul ahli-ahli fikir terkenal seperti al-Farabi, Ibn Sina, alBiruni, Ibn Miskawayh dan golongan pelajar Ikhwan al-Safa. Al-Farabi, Ibn Sina dan al-Biruni
merupakan ilmuwan terkenal dalam bidang falsafah. Manakala Ibn Miskawayh pula bukan
sahaja dapat menguasai ilmu falsafah tetapi juga merupakan seorang ahli sejarah yang
berwibawa. Menjelang abad ke-11 M, al-Istakhri merupakan tokoh falsafah yang turut terlibat
dengan aktiviti pelayaran, di samping juga merupakan seorang ahli ilmu bumi. Sementara alNasawi pula menyumbangkan kemahirannya dalam bidang matematik dengan memperkenalkan
huruf (angka) India ke wilayah Arab.
Seterusnya, pada zaman kekuasaan Bani Saljuk (1055-1199 M), seorang Wazir kepada
pemerintah Abbasiyah zaman Saljuk bernama Nizam al-Muluk sangat berminat dalam bidang
ilmu. Beliau banyak berjasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan . Beliau telah mendirikan
Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada tahun 1067 M. Madrasah ini merupakan institusi
pengajian tinggi Islam yang pertama. Antara guru yang mengajar di sini termasuklah Imam alGhazali dan Abu Ishaq al-Syirazi. Kedua-dua tokoh ini merupakan guru kepada Nizam al-Muluk.
Selain itu, dalam bidang falsafah muncul Ibn Maskawih yang terkenal sebagai ahli
falsafah akhlak terutama melalui karyanya Tahzibul-Akhlak. Pada zaman ini juga muncul
seorang tokoh matematik iaitu Umar Khayyam. Beliau merupakan ahli dalam bidang algebra.
Beliau Berjaya menyelesaikan persamaan isi padu. Beliau juga terkenal dalam bidang geometri.
Beliau telah diperintahkan oleh pemerintah Saljuk iaitu Malik Shah Jalal untuk memperbaiki
sistem takwim kerana kehebatannya dalam bidang matematik.

Perkembangan pesat dalam ilmu aqli ini pada zaman kekuasaan Bani Saljuk bukan sahaja
disebabkan oleh kemunculan tokoh ilmuan, tetapi turut dibantu oleh peranan pentadbir seperti

Nizam al-Mulk (Perdana Menteri), yang sentiasa bersama dengan pemerintah seperti sultan
Malik Shah (Jalal al-Daulah Malik Shah I) dan khalifah al- Qaim bagi menaungi kegiatan ilmu
pengetahuan di samping sikap mereka yang amat gemar mendampingi para ulama.

You might also like