Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

MINAT PELAJAR DALAM PENDIDIKAN SAINS :

STRATEGI DAN CABARAN


Hazirah Azhar ,Norhalina Ramli, Ong Sy Ing, Suriyati Shamsudin dan Zarah Ahmad
Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
azieazhar@gmail.com,tamuranichiko@yahoo.com,ongsying@gmail.com,
peace_msn@yahoo.com, zarah@smkdabb.edu.my
Abstrak
Kertas konsep ini membincangkan strategi dan cabaran dalam meningkatkan minat pelajar
dalam pendidikan sains. Penurunan minat dalam kalangan pelajar terhadap subjek sains
telah di kenal pasti oleh penyelidik bidang pendidikan. Minat merupakan satu unsur
penting yang mempengaruhi pencapaian akademik dan penglibatan pelajar dalam kerjaya
sains pada masa depan. Kajian perpustakaan dilakukan bagi membolehkan kerangka
konsep mengenai minat dari segi strategi dan cabaran dirancang secara terperinci. Kertas
konsep ini berfokus kepada empat aspek mengenai alat bantu mengajar dan
e-pembelajaran; pedagogi (instructional congruence); amali dan pembelajaran di luar
sekolah. Kesemua aspek ini memberikan kesan yang positif terhadap minat pelajar dalam
pendidikan sains melalui penyelidikan awal yang telah dijalankan di sekolah. Beberapa
cadangan telah dinyatakan dalam kertas konsep ini bagi memastikan minat pelajar dalam
pendidikan sains sentiasa diperkukuhkan.
Kata kunci: minat, strategi, cabaran, pendidikan sains

1.0 PENGENALAN
Pendidikan Sains di Malaysia bertujuan membentuk pelajar yang mempunyai literasi
sains yang dinamik dan berdaya saing di peringkat global. Pengetahuan literasi sains adalah
melalui pemupukan sikap positif seperti minat terhadap sains. Menurut Kamisah Osman dan
rakan-rakan (2009), dapatan daripada Harlen,1996 telah menjelaskan bahawa seseorang yang
mencapai tahap literasi sains mempunyai sikap positif terhadap sains, dapat menguasai
pengetahuan sains dengan baik, memahirkan diri dengan kemahiran saintifik dan
membudayakan diri dengan nilai-nilai sains dalam setiap dimensi kehidupan. Penyelidikan
mengenai minat pelajar terhadap Sains perlu diperluaskan dengan pendekatan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang menarik. . Menurut Dewey (1913), minat mempengaruhi
pencapaian motivasi dan pencapaian pendidikan. Tokoh tersohor teori berkaitan minat dalam
pendidikan iaitu Johann Friedrich Herbart (1776-1841) menegaskan bahawa interest must not
only be regarded as a desirable motivational condition of learning but also as an important
goal or outcome of education. Melalui idea beliau, pelbagai kajian mengenai minat telah
dijalankan dalam pelbagai bidang pendidikan penyelidikan psikologi. Kajian mengenai
peranan minat di dalam pembelajaran dan pembangunan manusia semakin giat dijalankan
seperti kajian yang dilakukan dalam Programme for International Student Assessment (PISA)
dalam rangka kerja program tersebut telah mengiktirafkan minat sebagai salah satu
komponen literasi saintifik . Pelajar yang mempunyai minat terhadap sains akan mempunyai
sikap ingin tahu terhadap sains, menunjukkan kesanggupan untuk memperoleh pengetahuan
dan kemahiran tambahan saintifik,menggunakan pelbagai sumber dan kaedah dan
menunjukkan kesediaan untuk mendapatkan maklumat serta mempunyai kepentingan
berterusan dalam sains, termasuk pertimbangan kerjaya berkaitan sains (OECD 2007). Minat
pelajar terhadap sains juga dapat dipupuk melalui pelbagai cara. Salah satunya adalah melalui
persekitaran yang kondusif. Menurut Fraser (1998), tempat di mana pembelajaran berlaku
sama ada dalam konteks sosial, psikologikal mahupun pedagogikal yang seterusnya
mempengaruhi pencapaian dan sikap. Kepuasan pelajar terhadap pembelajaran akan
terbentuk dan seterusnya memberi impak kepada pembentukan sikap yang positif
(Henderson, Fraser & Fisher 2000; Kim, Fisher & Fraser 2000).

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Pelbagai maksud mengenai minat ditakrifkan bagi meneguhkan pemahaman konsep


berkaitan minat. Menurut Prenzel & Krapp (2011), dapatan daripada Gardner, 1996; Hidi,
Reningger & Krapp 2004; Schiefele, 2009 menyatakan bahawa minat adalah satu
multidimensi konstruk yang ditakrifkan secara operasi serta memerlukan kedua-dua kategori
kognitif dan emosi. Selain itu, penulis juga menyatakan menerusi dapatan Rennie &
Punch,1991 dan Steinkamp & Maehr, 1983 menakrifkan minat sering kali disifatkan sebagai
pembolehubah afektif. Selain itu, Gardner juga menerangkan mengenai konstruk minat yang
sentiasa ke arah sesuatu objek, aktiviti lapangan, pengetahuan atau tujuan: Seseorang tidak
boleh hanya mempunyai minat tetapi

dia mesti berminat dalam sesuatu . Minat juga

ditakrifkan sebagai kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu; menggemari sesuatu atau
kesukaan kepada sesuatu .
Punca kemerosotan minat terhadap subjek sains dipengaruhi oleh beberapa aspek.
Menurut Hidi & Renninger (2006) tahap kemunculan minat individu dan pembangunan
minat individu adalah berdasarkan kepada tahap komitmen dan domain minat.Pelajar yang
mempunyai markah pencapaian yang rendah dalam subjek sains, merujuk kepada minat yang
sedikit dalam subjek tersebut (M. Ainley & J. Ainley, 2008). Selain itu, petikan Berita Harian
pada 29 Mac 2012 menyatakan Kajian Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun
2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi menyaksikan peratusan pelajar
yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan sehingga 27 peratus
pada 2012. Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang 2020
masih jauh daripada jangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan teknologi berbanding
aliran lain di universiti belum tercapai. Kajian yang dilakukan oleh Kamisah Osman dan
rakan-rakan pada tahun 2007 juga menyatakan fenomena penurunan minat pelajar terhadap
sains di dalam dapatan Razila,1998 disebabkan mata pelajaran tersebut adalah membosankan
dan terlalu abstrak, terdapat anggapan menyatakan kerjaya sains tidak membawa kepada
pekerjaan serta pendapatan lumayan.

3.0 KERANGKA KONSEPTUAL

Alat bantu
mengajar dan
epembelajaran

Isi kandungan
pengajaran
dan
pembelajaran

Pedagogi
(Instructional
Congruence)

Minat pelajar

Amali

Pembelajaran di
luar sekolah

Kertas konsep ini menggunakan gabungan pendekatan yang pelbagai dalam


meningkatkan minat. Semua komponen dalam konsep ini telah diadaptasi dari kajian-kajian
mengenai minat pelajar dalam pendidikan sains. Isi kandungan atau sukatan pelajaran yang
sama telah digunakan di semua sekolah di seluruh Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia
memainkan peranan yang penting dalam mengubal sukatan pelajaran sains sekolah.
Menurut Petr Sladek et al (2010), Laura Monica Gaurghiu et al (2010) dan Ahmad
Nurulazam Md Zain et al (2010), penggunaan alat bantu mengajar seperti penggunaan
komputer dan e-pembelajaran dapat meningkatkan minat pelajar dalam bidang sains.
Pendekatan ini menjadikan P&P pendidikan sains lebih mudah difahami dan menarik bagi
pelajar dalam proses pemahaman teori dan konsep sains. E-learning dari sudut pandangan
pelajar menurut kajian Petr Sladek menyeronokkan dengan adanya animasi dan grafik
tentang sesuatu teori. Eksperimen maya (Virtual experiment) dalam kajian Laura Monica
Gaurghiu dan kawan-kawan membuktikan pembelajaran sains terutamanya eksperimen dapat
meningkatkan dan mengekalkan tahap minat pelajar.
Pendekatan kedua yang digunakan dalam kertas konseptual ialah dari segi pedagogi.
Pedagogi instructional congruence dari kajian Ahmad Nurulazam Md Zain et al (2010) telah
diadaptasikan dalam kertas konsep ini. Instructional congruence merupakan satu proses yang
menjadi pengantara kandungan akademik dengan bahasa dan pengalaman kebudayaan pelajar
bagi memastikan kandungan akademik itu mudah didapati, bermakna dan relevan dengan

kepelbagaian pelajar. Teknik ini menghubungkaitkan pembelajaran sains dengan budaya dan
bahasa pelajar. Sikap pelajar dan minat dalam pembelajaran sains terutamanya dalam kerja
amali, sains di luar sekolah dan penglibatan dalam sains pada masa depan menujukkan
perubahan yang signifikan melalui kajian. Rasional pedagogi ini diambil dalam kertas konsep
ini ialah pembelajaran akan menjadi lebih interaktif dan bermakna bagi pelajar kerana mereka
mempunyai tahap pemahaman dan penguasaan yang lebih merangsangkan.
Kerja amali atau praktikal merupakan satu pendekatan yang wajib digunakan dalam
P&P sains. Ini adalah kerana pembelajaran sains secara teori tidak dapat menyumbangkan
kepada tahap pemahaman yang menyeluruh mengenai sesuatu teori atau konsep. Menurut
Petr Sladek et al (2011), bagi menjadikan kerja amali bermakna kepada pelajar, bahan
eksperimen yang mudah didapati dalam kehidupan harian perlu digunakan dalam
eksperimen. Kerja amali perlu merangkumi objektif P&P sains dalam pembelajaran teori.
Minat pelajar bukan bergantung sepenuhnya dengan aktiviti di sekolah tetapi juga
dipengaruhi oleh aktiviti di luar sekolah. Guru boleh menggalakkan pelajar untuk melibatkan
diri dalam semua aktiviti di luar sekolah yang berunsurkan sains bagi memupuk minat
mereka. Menurut kajian Ahmad Nurulazam Md Zain et al (2010), usaha bagi meningkatkan
minat pelajar dalam sains melalui aktiviti seperti penglibatan kelab sains, menonton
rancangan televisyen yang berunsurkan sains, lawatan ke muzium sains dan penglibatan
dalam aktiviti sains di luar sekolah dan melalui pembacaan buku dan majalah sains.
4.0 STRATEGI DAN CABARAN
Menurut Ahmad Nurulazam et al (2010), sikap pelajar terhadap sains mendapat perhatian
dalam kalangan penyelidik pendidikan sains bagi meningkatkan minat, pencapaian dan
prestasi. Kajian mendapati objektif utama kurikulum kebangsaan ialah melahirkan pelajar
yang memiliki sikap positif terhadap sains. Sikap pelajar yang positif adalah penting bagi
melahirkan pelajar yang memberikan penglibatan yang positif yang akan mempengaruhi
minat pelajar dalam pembelajaran sepanjang hayat (Simpson Oliver, 1990 dalam penulisan
Ahmad Nurulazam et al (2010). Realiti yang berlaku di sekolah adalah guru sains hanya
berfokus kepada isi kandungan pengajaran tanpa mengambil kira tahap pemahaman dan
penguasaan pelajar. Ini telah menyebabkan pelajar melihat subjek sains sebagai satu mata
pelajaran yang susah, membosankan dan tidak relevan dengan kehidupan harian (Delpech

2002). Implikasinya, pelajar tidak memahami dan menguasai ilmu serta kemahiran sains.
Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi dan cabaran berkaitan minat yang boleh
diperbincangkan untuk penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kertas
konseptual ini, perbincangan strategi dan cabaran meliputi aspek alat bantu mengajar dan epembelajaran, pedagogi berbentuk pengajaran kongruen, amali dan pembelajaran di luar
sekolah
4.1

ALAT BANTU MENGAJAR DAN E-LEARNING


Penambahbaikan dan perubahan yang membina perlu dilakukan oleh warga pendidik

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran dan pembelajaran


berpandukan ICT merupakan perubahan yang berimpak tinggi dalam dunia pendidikan.
Pendekatan ini telah menjadi alternatif kepada teknik pendekatan traditional di sekolah.
Instrumen visual dapat digunakan untuk memberikan gambaran dan simulasi sesuatu proses
serta memberi ilustrasi proses yang rumit dalam sistem sebenar. Proses rumit seperti
pembahagian sel (mitosis dan meiosis) dapat diilustrasikan kepada pelajar melalui video klip.
Pelajar lebih mudah faham dengan kejadian manusia melalui visual dan gambaran.
Penggunaan bahan ICT ini dapat mengukuhkan tahap pemahaman teori pelajar dengan baik
dalam sesuatu kejadian. Perubahan teknik pendekatan dari bahan bercetak kepada bahan ICT
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih produktif di mana guru perlu berbincang
dengan pelajar mengenai kandungan tersebut. Pembelajaran menjadi lebih interaktif dan
berpusatkan pelajar tetapi bukan lagi berpusatkan guru (Laura Monica Gorghiu et al. 2010).
Selain itu, pembelajaran menerusi video berjaya membangunkan minat, ingatan dan
keseronokan murid mempelajari sains (Zahara dan rakan-rakan 2011). Penggunaan video
mampu meningkatkan kefahaman pelajar di dalam fakta sains kerana kesukaran memahami
konsep merupakan halangan utama di dalam pengajaran sains khususnya pelajar sekolah
rendah. Namun begitu dari segi cabaran terdapat beberapa kekangan dalam menerapkan alat
bantu mengajar berasaskan teknologi seperti kemudahan melayari internet yang terhad
khususnya kawasan luar bandar, kurang perkakasan dan perisian pembelajaran, kekurangan
sumber kemahiran teknikal dan pengurusan sumber kewangan yang tidak cekap
menyebabkan guru tidak mahir dalam penggunaan ICT.

4.2

PEDAGOGI BERBENTUK PENGAJARAN KONGRUEN

Pengajaran kongruen (instructional congruence) ialah satu proses menggabungkan


kandungan pembelajaran dengan bahasa dan budaya pelajar supaya isi pembelajaran menjadi
bermakna, mudah akses dan relevan kepada ramai pelajar (Lee dan Fradd 1998).
Pembelajaran ini merupakan panduan untuk pedagogi di dalam membantu pelajar mencapai
kefahaman saintifik dan amalan inkuiri. Kaedah ini dapat dipupuk jika guru menggabungkan
budaya contoh analogi dan fakta yang biasa bagi pelajar itu di dalam pembelajarannya. Selain
itu, kaedah ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap sikap pelajar dalam mempelajari
sains terutamanya di dalam menjalankan amali sains, pengetahuan sains di luar sekolah dan
penglibatan pelajar di masa hadapan. Selain tu, kaedah ini juga membantu kefahaman pelajar
terhadap sains serta membantu pelajar memahami dengan lebih mudah, bermakna dan juga
relevan terhadap pelajar dalam kehidupan seharian. Menerusi pengajaran ini , pelajar berasa
seronok dan pengetahuan sains di luar sekolah dapat memberikan kesan yang lebih baik
terhadap minat pelajar berbanding pengetahuan di dalam sekolah. Walau bagaimanapun,
kaedah ini jarang digunakan kerana kaedah ini memerlukan pengetahuan guru mengenai
budaya dan amalan sesebuah kumpulan pelajar.

4.3

AMALI
Menurut Laura Monica Gorghiu et al 2010, pengajaran dan pembelajaran sains berkait

secara langsung dengan fenomena alam semula jadi dan dikaji melalui eksperimen makmal.
Kadang kala eksperimen tidak dapat dijalankan di makmal disebabkan masalah seperti
eksperimen mungkin berbahaya atau toksik, guru tidak berkesempatan untuk melaksanakan
eksperimen atas sebab kekurangan ralat dan bahan kimia. Masalah ini dapat diselesaikan
dengan penggunaan eksperimen maya dalam kelas bagi menerangkan sesuatu kejadian di
samping teori. Bahan eksperimen maya mudah didapati dalam internet dan guru boleh
membuat eksperimen maya sendiri mengikut kehendak. Teknik ini dalam pembelajaran sains
dapat mengukuhkan pemahaman konseptual pelajar.
4.4 PEMBELAJARAN DI LUAR SEKOLAH
Minat terhadap sains juga boleh dipupuk melalui kaedah pembelajaran di luar bilik
darjah. Pengintegrasian objektif pendidikan luar digabungjalinkan dengan pemupukan minat
ke dalam diri pelajar. Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan dalam memastikan
pelajar melibatkan diri dalam semua aktiviti di luar sekolah yang berunsurkan sains. Menurut

Jessica et al (2009), pembelajaran luar bilik darjah menerusi pemberian maklumat kepada
pelajar. Usaha bagi meningkatkan minat pelajar dalam sains melalui aktiviti seperti
penglibatan kelab sains, menonton rancangan televisyen yang berunsurkan sains, lawatan ke
muzium sains dan penglibatan dalam aktiviti sains di luar sekolah dan melalui pembacaan
buku serta majalah sains (Ahmad Nurulazam Md Zain et al 2010). Cabaran pembelajaran ini
adalah dari segi aspek pengawasan guru yang kurang dan pelajar secara langsung dipengaruhi
oleh faktor luaran atau persekitaran luar seperti pengaruh rakan sebaya atau komitmen
terhadap tugasan keluarga.
5.0 CADANGAN
Menerusi kajian- kajian yang dilakukan berkaitan minat dalam pelbagai pendekatan, oleh
yang demikian strategi pengajaran dan pembelajaran perlu diperkukuhkan bagi memberi
impak yang berkesan terhadap tahap minat pelajar di dalam mata pelajaran sains. Minat
pelajar terhadap sains juga dapat dipupuk melalui pelbagai cara. Menurut Ahmad Nurulazam
dan Azman (2010), dapatan daripada Simpson & Oliver ,1990 menyatakan komitmen yang
positif terhadap sains akan memberi kesan dan minat sepanjang hayat pelajar.
Sehubungan dengan itu beberapa cadangan bernas diutarakan bagi memantapkan minat
pelajar terhadap subjek sains. Satu pendekatan yang sesuai dan realistik diperlukan untuk
membentuk minat pelajar terhadap mata pelajaran sains. Selain itu, pembentukan kemahiran
saintifik sains perlu diasah bermula dari kalangan kanak-kanak lagi dengan menyediakan
persekitaran yang kondusif. Pihak pengurusan sekolah juga perlu menyediakan kelengkapan
atau infrastruktur yang lengkap dan canggih bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran sains berlaku secara efektif dan menarik. Justeru itu, pihak kerajaan juga
memainkan peranan penting dengan menyediakan kursus bagi melatih tenaga pengajar dari
segi teknikal dan ICT dalam pendidikan sains dengan menjemput kumpulan pakar dari dalam
dan luar negara. Menerusi pendedahan secara lebih intensif dan sistematik, kemahiran
menggunakan perkakasan berteknologi tinggi di kalangan warga pendidik mampu
memastikan kaedah pengajaran guru yang berkesan dapat menarik minat pelajar.
6.0 RUMUSAN
Sains adalah subjek yang memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi
negara. Minat terhadap sains juga mempengaruhi pencapaian pelajar dalam akademik dan
pemilihan kerjaya masa depan. Menurut Mary Ainley & John Ainley (2011) pelajar yang
mempunyai markah pencapaian yang rendah dalam subjek sains, merujuk kepada minat yang

sedikit dalam subjek tersebut.Sehubungan dengan itu, satu pendekatan yang sesuai diperlukan
untuk membentuk minat pelajar terhadap subjek sains. Pendekatan yang dicadangkan harus
dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains bagi mengatasi masalah
penurunan minat. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dari segi tenaga pengajar,
kelengkapan teknikal dan golongan pelajar adalah perlu bagi memastikan minat pelajar
terhadap mata pelajaran sains dapat diperkukuhkan dan berkekalan.

RUJUKAN
Kamisah Osman, Zanaton Hj Ikhsan dan Lilia Halim. 2007. Sikap terhadap Sains dan sikap
saintifik di kalangan pelajar sains. Jurnal Pendidikan 32, hlmn : 39-60
Ahmad Nurulazam Md Zain, Rohandi dan Azman Jusoh. 2010.Instructional congruence to
improve Malaysian students attitudes and interest toward science in low performing
secondary schools. European Journal of Sciences. Volume 13, Number 1.hlmn: 89-100
Zahara Aziz, Shurainee Hanim Mohammad Nor dan Rozalina Rahmat.2011.

Teaching

strategies to increase science subject achievement: Using video for year five pupils in
primary school. World Applied Sciences Journal (14) hlmn: 8-14
Andreas Krapp & Manfred Prenzel.2011. Research on interest in science: teori, methods and
findings.International Journal of Science Education. Volume 33. No.1. hlmn : 27-50
Chun- Yen Chang & Wei-Ying Cheng. 2008. Science achievement and students selfconfidence and interest in science: A Taiwanese representative sample study. International
Journal of Science Education. Volume 30. No. 9. hlmn: 1183-1200

Mary Ainley dan John Ainley. 2011. A cultural perspective on the structure of student interest
in science.International Journal of Science Education. Volume 33. No.1. hlmn : 51-71
Laura Monica Gorghiu, Gabriel Gorghiu, Crinela Dumitrescu, Radu Lucian Olteanu, Mihai
Bizoi & Ana- Maria Sudue. 2010. Implementing virtual experiments in sciences educationchallenges and experiences achieved in the frame of VeeSSe comenius 2.1.project.
Petr Sladek, Tomas Miler dan Renata Benarova (2011) How to increase studentsinterest in
science and technology. Procedia Social and Behavioral Sciences (12).hlmn: 168-174
Jessica E.Bartley, Laurel M. Mayhew and Noah D. Finkelstein. 2009. Promoting childrens
understanding and interest in science through informal science education. AIP Conference
Proceedings. hlmn :93-96
Minkee Kim & Jinwoong Song.2009. The effects of dichotomous attitudes toward science on
interest and conceptual understanding in physics. International Journal Science Education.
Vo.31, no.17.hlmn : 2385-2406

You might also like