Management

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KRISIS EKONOMI 2008

SEBAB-SEBAB DAN MASALAH


Bermula dengan krisis pinjaman sub prima di Amerika Syarikat (AS) iaitu satu bentuk
pinjaman yang merujuk kepada amalan pemberian pinjaman untuk pembelian rumah
kepada peminjam yang secara amnya tidak mampu membayar pinjaman mengikut kadar
faedah semasa pasaran telah tidak dapat dibendung lagi.
Kegagalan institusi-institusi kewangan AS mengatasi masalah ini membawa kepada
peningkatan jumlah keseluruhan pinjaman sub prima ini. Difahamkan pada March 2007
jumlahnya ialah AS$1.3 trilion iaitu meningkat sebanyak 79 peratus berbanding 2006.
Kegagalan ini menyebabkan pembiaya utama pasaran kredit iaitu institusi kewangan
mengalami kerugian besar. Ada antara mereka bankrap, diambil alih dan memohon
bantuan penyelamat 'bail out' daripada kerajaan AS.
Dari aspek kemanusiaan mungkin langkah memudahkan pemberian pinjaman kepada
golongan tidak layak sebagai baik tetapi dari segi prinsipnya tindakan tersebut salah dan
berisiko tinggi kerana kegagalan mereka membayar kembali pinjaman mengundang padah
yang bukan hanya kepada mereka tetapi AS dan dunia.
Polisi perbankan yang lemah, longgar dan mudah dimanipulasi oleh eksekutif-eksekutif
kewangan menyebabkan dunia kini di ambang kemeletan ekonomi.
Saham-saham di bursa-bursa saham utama dunia jatuh menjunam. Sebagai contoh Dow
Jones Industrial Average (DJIA) mengalami kejatuhan terburuk iaitu jatuh sekitar 4,800
mata dari kadar semasa tertingginya pada 9 Oktober, 2007 iaitu 14,164.53.
Pasaran saham Malaysia juga mengalami nasib yang sama apabila indek komposit yang
pernah berada pada paras sekitar 1400 mata pada awal tahun 2008 jatuh menjunam ke
paras 800 mata.

Apa yang dapat disimpulkan di sini krisis ekonomi hari ini jauh lebih buruk dan teruk
berbanding krisis kewangan akibat serangan spekulator kewangan yang melanda Asia
pada 1997/98. AS dan dunia mengetahui bahawa krisis ini jika tidak ditangani dengan bijak
akan memusnahkan ekonomi dunia.
Di samping itu kenaikan harga minyak dunia sehingga mencecah AS$135 setong baru-baru
ini merupakan ancaman yang sebenar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan secara
tidak langsung menekan beberapa ekonomi yang telah sedia lemah dan boleh memaksa
kerajaan meningkatkan defisit belanjawan di celah-celah inflasi yang melonjak .
Ahli ekonomi AS, Joseph Stiglize turut meletakkan kesalahan di bahu AS yang
melancarkan pencerobohan ke atas Iraq sehingga mencetuskan kemelut tenaga sehingga
sekarang.Krisis minyak ada kaitan dengan keadaan perang di Iraq. Kesan perang
menyebabkan krisis minyak.

KESAN-KESAN
Negara-negara yang mempunyai pasaran domestik yang besar yang tidak terlalu
bergantung kepada pasaran eksport seperti China dijangka tidak akan melalui kesan yang
ketara.Ini kerana pasaran eksport China hanya berjumlah 11 peratus dari jumlah
keseluruhan ekonomi negara itu.
Negara kuasa besar ekonomi seperti AS, Jepun dan negara-negara Eropah dijangka lebih
terkesan dan mungkin berlarutan akibat kemelesetan ekonomi kali ini.
Iklim pertumbuhan ekonomi dunia dijangka hanya berlegar di paras satu peratus tahun
depan dan negara-negara maju pula dijangka akan mengalami pertumbuhan sekitar 0.1
peratus.
Pertumbuhan ekonomi AS akan menguncup kepada 0.9 peratus pada tahun depan
manakala ekonomi Jepun kepada 0.1 peratus.Negara-negara di Eropah pula akan
mengalami pertumbuhan sekitar 0.5 peratus.
Dalam persekitaran ekonomi lembab ini golongan rakyat berpendapatan rendah akan
menerima kesan paling teruk. Peningkatan kos sara hidup yang bermula dari krisis
kenaikan harga minyak baru-baru ini melonjakkan perbelanjaan isi rumah rakyat. Kualiti
hidup mereka merosot dan ini menjadikan mereka golongan yang boleh dikategorikan
berpendapatan di bawah garis kemiskinan.
Menurut kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia
pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di
bawah RM1,000 sebulan daripada jumlah keseluruhan kajian 495,500 isi rumah.
Ini menunjukkan 61 peratus daripada rakyat Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai
miskin adalah orang Melayu. Hidup dengan pendapatan sebegitu rendah terutamanya buat
mereka yang tinggal di bandar besar pastinya amat memeritkan.
Kecenderungan untuk berbelanja melebihi kemampuan menyebabkan semakin ramai
rakyat menanggung beban hutang dan ada yang sampai ke tahap muflis. Gejala ini amat
wajar diberi perhatian kerana perancangan kewangan yang lemah akan memusnahkan
ekonomi individu, keluarga, bangsa dan negara.

Berbelanja di luar kemampuan pastinya membawa permasalahan ini. Krisis subprima yang
meletakkan AS dan dunia di ambang kemelesetan ekonomi jelas menunjukkan bahawa
sikap suka berhutang iaitu melebihi kemampuan kewangan sebenar adalah sangat
berbahaya.
Krisis ekonomi ini juga akan turut menjejaskan sektor perdagangan dan perniagaan yang
menjadi nadi penting dalam ekonomi sesebuah negara akibat kurangnya perbelanjaan
berikutan hilangnya kuasa beli pengguna.
Lebih membimbangkan krisis kali ini dijangka mengakibatkan jumlah mereka yang
kehilangan pekerjaan lebih tinggi berbanding krisis sebelum ini.Terbaru laporan yang
dikeluarkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berdasarkan pemantauan yang
dilakukan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tentang situasi ekonomi antarabangsa,
lebih 20 juta penduduk dunia akan kehilangan pekerjaan tahun depan kesan dari ekonomi
yang suram.
Industri pembinaan, hartanah, khidmat kewangan dan automotif akan terjejas teruk dan
semua ini dijangka semakin parah menjelang suku pertama tahun depan.
Jumlah penduduk dunia yang hilang pekerjaan dijangka meningkat kepada 210 juta pada
penghujung tahun depan daripada 190 juta tahun lepas.
Bagaimanapun jumlah ini dijangka meningkat jika IMF terpaksa memotong perbelanjaan
menyelamatkan ekonomi beberapa negara yang kini semakin tenat seperti Pakistan dan
negara-negara di Eropah Tengah.
Secara global, krisis minyak juga memberi kesan kepada ketidakstabilan sektor-sektor
utama seperti pengangkutan udara, darat dan laut, perikanan serta industri yang berkaitan
dengan pengguna.
Ia telah memaksa syarikat penerbangan mengurangkan perkhidmatan penerbangan dan
memberhentikan pekerja, nelayan melancarkan mogok, pemandu bas yang marah
menyebabkan pengangkutan awam tergendala, belian panik dalam kalangan pemandu dan
demonstrasi yang tidak terkira jumlahnya terhadap kerajaan.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Antara langkah segera yang diambil oleh kuasa besar ekonomi dunia sebagai contohnya
AS ialah menyediakan pakej penyelamat bernilai ASS$700 bilion, Great Britain 500 bilion
pound, dan China 4 trilion Yuan.
Malaysia yang peka tentang kesan buruk krisis ini turut memperuntukan dana berjumlah
RM5 bilion menerusi agensi pelaburannya Valuecap Sdn. Bhd. yang berperanan membeli
saham rendah tetapi berpotensi bagi pihak kerajaan.
Tindakan ini diharap dapat memberi keyakinan baru kepada pelabur di pasaran saham
tempatan. Terbaru kerajaan memperuntukkan dana RM7 bilion lagi untuk menggerakkan
projek-projek berimpak besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Hubungan baik sedia ada di antara kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) wajar
diperkukuhkan lagi kerana suasana ekonomi segetir hari ini menuntut kerjasama erat di
antara pemerintah dan penggubal dasar kewangan negara.
Begitu juga perlunya diwujudkan hubungan baik di antara kerajaan, BNM dan institusiinstitusi kewangan negara yang lain agar dasar-dasar baru dapat dibentuk mengikut
perubahan persekitaran ekonomi negara dan dunia.
Ini akan membantu mereka kekal kompetitif dan mampu menyalurkan pinjaman untuk
projek-projek yang mempunyai impak besar kepada ekonomi negara, pelabur domestik dan
FDI (Foreign Direct Investment).
Di samping itu, usaha menarik lebih ramai FDI menerusi penawaran pakej-pakej pelaburan
menarik wajar terus menjadi agenda utama negara. Kemerosotan jumlah FDI akan
melembapkan proses pemulihan ekonomi, mengurangkan aliran kemasukan mata wang
asing, meningkatkan kadar pengangguran yang turut menjadi punca masalah sosial dan
jenayah.
Sektor-sektor yang menjadi penyumbang utama kepada KDNK seperti perkhidmatan,
pembuatan dan pertanian perlu terus diberi sokongan. Pakej-pakej rangsangan untuk
setiap sektor dan di setiap peringkat perlu dikenalpasti dan dilaksanakan dengan telus.

Industri termasuk sektor kecil dan sederhana (SME) perlu menumpukan haluan mereka
dengan memulihkan kembali sektor pekerjaan manakala sektor perbankan pula perlu
kembali kepada fungsi asal mereka iaitu sebagai pemberi pinjaman daripada terlalu
menumpukan kepada melakukan pelaburan dalam urusniaga yang menguntungkan.
Sektor korporat pula perlu mengurangkan kos operasi masing-masing dengan mengambil
beberapa langkah penjimatan termasuk melabur dalam teknologi baru yang berasaskan
sumber tenaga alternatif.

KESIMPULAN

Masalah kelembapan ekonomi ini tidak harus ditangani oleh satu golongan sahaja. Dengan
kata lain institusi kerajaan dan swasta, penguasa dan rakyat jelata, peniaga dan pengguna
harus memainkan peranan secara positif iaitu bersama-sama membentuk persekitaran
ekonomi domestik yang kondusif dan kukuh. Daya tahan ekonomi sesebuah negara
terletak di tangan rakyatnya.
Kerajaan dan pengusaha industri wajar membentuk kerjasama lebih erat agar kesan
daripada apa juga pakej rangsangan yang diperkenalkan benar-benar memberi impak
kepada industri tersebut dan negara.
Di sinilah penjawat awam dituntut menjadikan diri mereka benar-benar professional dalam
memastikan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Kecekapan dan ketepatan tindakan mereka mampu mengembalikan kedudukan
Malaysia salah sebuah destinasi pelaburan utama di kalangan pelabur domestik dan
antarabangsa. Jika usaha ini dapat direalisasikan maka masalah kadar pengangguran
tinggi yang dialami oleh negara hari ini dapat dikurangkan
Seluruh rakyat Malaysia wajar bersatu dan melihat kelembapan ekonomi hari ini sebagai
satu peluang untuk memperbetul, membina dan mengukuhkan asas ekonomi negara ke
tahap lebih baik lagi kerana dengan komitmen sedemikian Malaysia mampu mendepani
cabaran kemelesetan eokonomi yang sedang melanda dunia kini.
Kerajaan pula perlu terus mengenalpasti pendekatan-pendekatan jangka pendek,
sederhana dan panjang yang mampu menggerakkan dan meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara. Pakej-pakej rangsangan ekonomi harus diperkenalkan dari masa ke
semasa.
Bagaimanapun keadaan dijangka semakin pulih pada 2010 dengan pertumbuhan dijangka
meningkat sebanyak 1.6 peratus di AS, Eropah 1.2 peratus dan negara ekonomi kedua
terbesar dunia, Jepun pula meningkat kepada 0.6 peratus.

Berkemungkinan suasana ekonomi dijangka menjadi lebih baik sedikit pada suku ketiga
dan keempat tahun depan. Ini kerana kadar inflasi akan lebih sederhana dan dibantu
dengan stimulasi makro ekonomi tambahan yang diperlukan setelah pemotongan cukai

diberikan kepada mereka yang dibebani masalah hutang sekali gus mencergaskan kembali
pergerakan ekonomi

You might also like