PERKEPIS

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENGENALAN

Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) merupakan sebuah


persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar yang bertujuan untuk menjaga
kepentingan dan kebajikan pelajar serta mewakili suara umum pelajar terhadap
mana-mana usul yang berkaitan dengan kebajikan pelajar.
PERKEPIS juga merupakan salah satu daripada badan gabungan Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) iaitu sebuah persatuan yang
memperjuangkan hak kepentingan dan kebajikan pelajar Islam seluruh Malaysia
dalam isu-isu nasional dan antarabangsa.
Dengan motto Berjasa Kepada Masyarakat, PERKEPIS komited dan konsisten
sebagai gerakan pelaar Islam dinamik yang telah dan akan terus melahirkan
generasi muda yang berkualiti sebagai ksinambungan ketamadunan negara dan
agama. PERKEPIS telah melahirkan ramai pegawai kerajaan, ahli akademik dan
professional, usahawan, aktivis sosial dan lain-lain lagi daripada kalangan
generasi muda.

VISI
Menjadi gerakan pelajar islam yang dinamik dan beriltizam melahirkan generasi
muda ke arah memartabatkan idealisme dan cita-cita besar Islam
MISI
Menjana generasi rabbaniy demi membina tamadun khayra ummah
OBJEKTIF
-memelihara kebajikan, hak-hak serat maruah kehormatan pelajar-pelajar Islam
khususnya dan yang lain amnya
- memupuk dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelajar-pelajar di
Sarawak
-menyatukan para pelajar Islam Sarawak untuk mencapai cita-cita besar Islam
-memperkasa dan membudayakan semangat keilmuan kepada pelajar Sarawak
di semua lapangan
-menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pendidikan dan penghayatan di kalangan
pelajar khususnya di Sarawak melalui aktiviti yang dijalankan tanpa mengira
perbezaan agama, taraf kehidupan, bahasa atau bangsa
- bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang sama tujuan dan
dasarnya dengan PERKEPIS dalam perkara-perkara yang bermanfaat

BUDAYA 7 PERKEPIS
-membugar budaya ilmu dan berakhlak mulia
-bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar
-penghayatan amalan kerohanian
-memperkasa semangat ukhuwwah
-menghayati amalan syura, amal jamaie dan budaya kerja terancang
-prihatin dan iltizam dengan isu semasa
Menghayati ruhul jihad fi sabilillah

YURAN
Yuran pendaftaran RM1.00
Yuran tahunan RM2.00

JARINGAN PERHUBUNGAN
-kesatuan pelajar islam perak (KPIP)
-persatuan pembimbing pelajar islam Kelantan (PPIK)
-persatuan pelajar islam Selangor (PEPIAS)
-Kesatuan pelajar islam johor (KPIJ)
-persatuan pelajar islam wilayah persekutuan (PPIWP)
-ikatan pelajar islam Pahang (IKATAN)
-Persatuan pelajar islam negeri Sembilan (PPINS)
-persatuan pelajar islam Melaka (PEPIM)
-Persatuan pelajar islam kedah (PERSIDA)
-Kesatuan pelajar islam Terengganu ( KEPITAR)
-Persatuan pembimbing pelajar islam pulau pinang (PEMBIMBING)

ORIENTASI GERAKAN
-dakwah dan tarbiah
-ilmiyyah (berbudaya ilmu)
-desekularisasi
-wasotiyyah (kesederhanaan)
-jamhiriyyah (akomodatif)
-waqiiyyah (setempat)
-tarikhiyyah (historis)
-alamiyyah (global)
-Non-partisan

Modul pembangunan kualiti generasi muda


Idealisme
-kemahiran memahami dan menangani isu semasa
-peningkatan mutu dan gaya kepimpinan
-pembaharuan dan penyegaran isealisme pelajar di Sarawak
-ziarah pemimpin
Intelektualisme
-kemahiran menguasai dwi ilmu
-penterjemahan ilmu untuk penghayatan di dunia realiti
-bahasa melayu kritikal
-kajian kes serta kaedah menanganiisu-isu pendidikan bersifat massa yang
berkaitan kepentingan ilmu
Spiritualisme
-penghayatan amalan fardhu ain dan kifayah
-kuliah-kuliah pengajian kitab agama tentang akidah, tasawwuf dan syariah
-persekitaran yang sentiasa nasihat-menasihati dan tolong-menolong
-penghayatan akhlak mulia sebagai teladan generasi muda

Aktivisme
-praktikal dakwah dan khidmat masyarakat
-kemahiran menjadi fasilitator, jurulatih serta coordinator serta pengurusan
program
-perlaksanaan program-program untuk pelajar
-latihan kempen-kempen prihatin

ALAMAT
Persatuan kebajikan pelajar islam Sarawak (PERKEPIS)
Sekretariat PERKEPIS,No 1193 Tingkat 1, Jalan Menggris, Taman Sri Wangi, 93050
Kuching, Sarawak.
Tel.: 016-8710252 | Faks: 082-442 167 | E-mel: perkepissarawak@gmail.com
Laman sawang: perkepis.blogspot.com

You might also like