Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sistem pemerintahan Mahatma Gandhi sememangnya berasaskan disiplin dan beliau sama

sekali tidak mempraktikkan aspek keganasan semasa memerintah. Prinsip pemerintahan


Mahatma Gandhi dapat dibahagikan kepada lima cabang, iaitu Sathya, Ahimsa, Dharma, Shanti
dan Prema.
Prinsip pertama ialah Sathya, yang berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud
kebenaran. Mahatma Gandhi pernah memberi kenyataan bahawa satu-satunya agama yang beliau
percayai adalah agama kebenaran. Beliau pernah menekankan bahawa kebenaran perlu
didedahkan dan diterima. Dalam melakukan sesuatu keputusan politik, beliau sentiasa
mengambil kira fakta-fakta yang tulen supaya keputusan itu sahih dan adil. Perkara ini
membuktikan bahawa Gandhi merupakan seorang pemimpin yang sentiasa berpegang teguh
pada kebenaran dan memperjuangkannya secara berterusan dalam apa jua keadaan.
Prinsip seterusnya ialah Ahimsa, yang bermaksud kesederhanaan. Pada pendapat beliau,
kekerasan bukannya suatu jalan penyelesaian masalah malah mengundang kepada rasa kebencian
dan rasa dendam. Motif keganasan tidak patut wujud dari segi percakapan, perbuatan dan
pemikiran. Gandhi menyeru pemimpin supaya menjauhi segala bentuk keganasan dan kekejaman
dalam memimpin rakyat. Beliau berpegang pada prinsip bahawa kita hanya perlu takut kepada
Tuhan yang maha berkuasa.
Prinsip ketiga merangkumi Dharma, yang bermaksud keadilan. Pemerintahan mesti adil
dan tidak menyebelahi sebarang pihak, dan kebajikan rakyat perlu dijamin tanpa
memperhitungkan kepentingan sendiri, atau golongan tertentu. Hal ini merupakan salah satu
sebab Mahatma Gandhi dihormati dan dihargai oleh bukan saja oleh masyarakat India, tetapi
masyarakat dari seluruh pelosok dunia. Beliau menekankan bahawa sekiranya ketidak adilan
dalam politik dapat dihapuskan, rakyat akan bersatu padu dan menyokong pemimpin.

Prinsip seterusnya ialah Shanti, yang bermaksud keamanan. Salah satu informasi penting
yang perlu diambil perhatian ialah Mahatma Gandhi pernah bermeditasi selama 2 jam setiap hari,
yang menunjukkan betapa pentingnya keamanan bagi beliau. Beliau berpendapat bahawa
pemerintahan perlu merangkumi kriteria keamanan dan rakyat memainkan peranan penting
dalam hal ini. Kebebasan perlu diberikan kepada rakyat untuk melakukan apa sahaja asalkan
tidak menggugat kebebasan rakyat yang lain. Dengan ini, kestabilan negara dan pemerinthan
dapat dijamin.
Prinsip terakhir ialah Prema, yang bermaksud kasih sayang yang tidak terhingga.
Mahatma Gandhi berpendirian bahawa kasih sayang mempunyai kuasa untuk menakluk apa-apa
sahaja di dunia ini. Perkara yang sama dipraktikkan oleh beliau dalam pemerintahan, di mana
Gandhi menyarankan masyarakat supaya memberi kasih sayang antara satu sama lain dan
mengelakkan diri daripada menyakiti mana-mana pihak.

You might also like