Laporan Reflektif

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Laporan Reflektif Bina Insan Guru Fasa 4 / 2014

Pada hari Sabtu, 3 Mei 2014, kumpulan kami dari PPG IPGKTB Pendidikan
Islam kumpulan1 (Kohort 1) seramai 25 orang telah menjalankan Program Bina
Insan Guru Fasa 4 bersama 15 orang murid dan 10 orang guru termasuk guru
besar serta barisan penolong kanan, 5 orang pekerja dan 5 orang Ahli
Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sitiawan,
32000 Sitiawan Perak.
Alhamdulillah,tepat pukul 07.30 pagi, pelajar telah mendaftarkan diri di ruang
legar kantin sekolah. Sesi pendaftaran berjalan lancar. Sementara menanti
kedatangan pelajar selebihnya, ahli jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang
telah diamanahkan. Menyambut kedatangan pagi dengan sesi bergambar bagi
tujuan laporan nanti. Kami juga tidak memberikan apa-apa bantahan mengenai
posisi pembahagian tugas kerana kami bersepakat bahawa kita harus melakukan
apa-apa sahaja dengan sedaya upaya dalam apa jua bidang kerja.
Kehadiran Tn.Guru Besar ( Pn.Hjh.Rosni Bt Abu Bakar ), Penolong Kanan
Pentadbiran ( Pn.Hjh.Latun Adida Bt Kamaruddin ) dan Penolong Kanan
Kokurikulum ( Pn.Rohadza Bt Abdul Hamid ) telah melahirkan satu petanda bahawa
dengan kerjasama yang mantap daripada semua pihak akan membuahkan hasil
yang cukup maksimun bagi menjayakan program ini. Kami juga sangat menghargai
kehadiran Pensyarah Pembimbing kami iaitu En.Kahiruddin Bin Saidin yang
berusaha sedaya upaya meredah liku-liku jalanan batu bata, sambil menghirup
udara segar sehingga berjaya sampai di SK Sitiawan. Kami amat berbesar hati
menyambut kehadiran beliau. Harapan beliau agar peserta dan pihak sekolah dapat
mengekalkan penjagaan dan pengurusan taman herba.
Selesai pendaftaran, semua peserta program mengambil tempat duduk yang
disediakan. Kedatangan Pegawai Pendidikan Daerah Manjung, Perak, En.Zuraidi
bin Samad ( Pegawai Penyelia Hal Ehwal Murid ) tambah menyerikan lagi suasana
program pada hari ini.

Ketibaan beliau disambut dengan penuh senyuman dan

kegembiraan oleh Tuan Guru Besar SK Sitiawan, barisan guru Penolong Kanan dan
Penolong Ketua Kumpulan Pendidikan Islam 1 serta beberpa orang guru lain.

Sesi perasmian pembukaan Projek Taman Herba ini diadakan secara


santai. Semua peserta berkumpul di hadapan Taman Herba yang pasti akan menjadi
kenyataan dengan kerjasama semua pihak. Kehadiran YDP PIBG SK Sitiawan
semakin memberi semangat yang kental bagi menjayakan projek ini. Bagi
memberkati majlis, acara ini didahului dengan bacaan doa oleh pelajar PPG IPGKTB
PA1 iaitu Muhammad Sah bin Daeng. Ucapan Pengerusi Projek lebih membakar
semangat kami yang berlobar-kobar untuk memulakan projek ini. Kami sangat
memahami bahawa kerjasama yang mantap dan sumber tenaga adalah amat
penting bagi memastikan semua kerja yang diamanahkan dapat disiapkan pada
masa yang telah ditetapkan pada kadar yang efektif dan optimum.
Ucapan Guru Besar SK Sitiawan yang mengharapkan supaya projek ini
sentiasa dipantau secara berterusan.

Dengan janaan idea yang mantap ,

Pn.Hjh.Rosni Bt Abu Bakar menamakan taman ini sebagai Taman Herba Setia Alam.
Harapan beliau, jika ada kelapangan masa, semua peserta dialu-alukan untuk
melawat Taman Herba ini pada masa akan datang. Ucapan Perasmian daripada
En.Zuraidi Bin Samad, PPD Manjung ( Penyelia Hal Ehwal Murid ) telah menyuntik
semangat kami untuk memulakan sesi penanaman pokok herba.
Gimik Perasmian diteruskan dengan memotong reben untuk masuk ke tapak
projek serta menanam sejenis tanaman herba sebagai satu mesej yang diharapkan
dalam penjagaan kesihatan secara tradisional. Semasa menjalankan tugas, kami
sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain demi memastikan kerja
kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa
kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting bagi
mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang selesa dan kondusif. Ia juga
penting bagi memastikan sebarang pertenglikahan dan persengketaan dapat
dielakkan bagi melahirkan alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni.

Kesannya, kami berjaya menyiapkan segala tugas yang diamanahkan kepada

kami dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Jadi, jelaslah di sini bahawa
program khidmat masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan
silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami
menjadi lebih akrab dan kukuh. Kami sangat gembira dan teruja dengan situasi ini.
Program Bina Insan Guru bermatlamatkan untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya
ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Berdasarkan matlamat ini, kami merasakan berlaku peningkatan dalam diri kami
terhadap kepentingan mengikuti program BIG ini .
Setelah mereflek setiap individu peserta tentang program ini, dapatan
daripada analisis kumpulan kami, beberapa aspek penting yang perlu diberi
perhatian yang sewajarnya iaitu aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
( SWOT ). Program ini mengajak dan melatih diri kami untuk berfikir sejauhmanakah
kami berkeyakinan menanam ciri-ciri seorang guru yang mampu menjadi agen
perubahan yang diperlukan pada zaman ini.
Bermula dengan kekuatan yang saya perolehi sekitar 10 jam program dan
aktiviti berlangsung di mana satu pengajaran yang sangat bermakna dan penting
melalui aktiviti kemasyarakatan ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan
memudahkan

menganalisis

persekitaran

pembelajaran

untuk

keperluan

pembelajaran pelbagai dalam masyarakat. Ini adalah kerana kita sebagai manusia
tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang
hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan berbudaya.
Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara
komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi
masalah dan mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan masalah kita.

Semua

maklumat atau informasi berguna yang kami peroleh sepanjang aktiviti tersebut
adalah amat penting untuk kami jadikan sebagai panduan pada masa hadapan.
Sesungguhnya, program BIG ini adalah satu wacana ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.


Selain itu, kekuatan lain yang kami peroleh daripada program ini, di mana
sangat terujanya kami dalam berinteraksi dan bekerjasama secara berpasukan
sehingga tidak sedar perjalanan masa yang terlalu pantas dan jam telah usai dinihari
iaitu menghampiri masa untuk bersurai. Malah, kami sedari bahawa komitmen
kepada kecemerlangan, akauntabiliti integriti, bertanggungjawab dan empati perlu
dipamerkan dalam melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan.
Kami juga mempunyai kekuatan dalam usaha mendapatkan pelbagai jenis
tanaman herba . Di negeri Perak sendiri terdapat Projek Taman Herba Negeri yang
mampu memberi kepelbagaian jenis pokok herba. Dengan kata lain usaha
mewujudkan Taman Herba menjadi lebih mudah dengan adanya bekalan anak
pokok oleh pihak Jabatan Pertanian Perak.
Melihat kepada kelemahan sepanjang program ini, kos kewangan adalah
menjadi agenda utama. Walaupun wujudnya penaja dalam membuat persediaan
projek, tetapi permulaan mencari penaja menghadapi kesukaran kerana tidak ramai
penaja yang bersikap ikhlas serta jujur dalam memberi bantuan..Ada yang
mengharapkan balasan daripada tajaannya itu. Selama lebih kurang sebulan
mencari penaja untuk projek ini, kami diberi jalan mudah oleh yang maha kuasa , di
mana dua orang kontraktor binaan sukarela untuk memberi bantuan seikhlas
mungkin .
Peluang seterusnya, saya mendapat menimba ilmu tentang Standard
Operational Procedure (SOP) merangkumi aspek sebelum, semasa dan selepas
aktiviti telah memantapkan dan menjayakan program ini mengikut prosedur
berkenaan. Setiap peringkat prosedur ini dipelajari dan diikuti agar perlaksanaannya
teratur dan sistematik
Tidak banyak halangan atau ancaman yang berlaku sepanjang Program ini
kerana persediaan awal yang telah dilakukan oleh pelajar. Tetapi, kekangan yang
saya rasa perlu dinyatakan disini ialah kekangan keletihan bagi semua guru apatah
lagi kepada sebahagian guru yang perlu datang awal. Namun begitu kami tetap
merasai satu kepuasan yang membahagiakan kerana berjaya melaksanakan projek

yang menelan perbelanjaan yang besar.


Secara keseluruhannya, program bagi Projek Taman Herba ini
berjalan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk
insan guru yang mampu merancang, megendali dan menghadiri bengkel dengan
sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang
berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri
dalam apa-apa jua keadaan,
rintangan,

lantas

melahirkan

juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau


guru

yang

seimbang

serta

meningkatkan

profesionalisme kendiri berterusan. Program ini juga akan dapat memberi


pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak
bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja,
diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar
mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata,
kami sangat berterimakasih kepada pihak yang terlibat dalam menganjurkan
program Bina Insan Guru Fasa 4 kali ini.

ANALISA SWOT :

Kekuatan (S)

Kelemahan (W)

S1 Sokongan kuat daripada Guru

W1 Sukar mendapatkan tajaan.

Besar dan PIBG sekolah yang terlibat.

W2 Tugas yang diberikan tidak jelas

S2 Pelarasan dan agihan tugas yang

memandangkan peserta PPG tinggal

disediakan membantu guru untuk

jauh dari tempat program.

melaksanakan tugas mereka.


S3 Persediaan barang dan
kelengkapan untuk pembinaan yang
mencukupi.

W3 Terdapat beberapa jenis pokok yang


tidak diketahui nama dan khasiatnya.
W3 Sukar untuk membuat pemantauan
berterusan.

S4 Menyediakan sijil dan laporan

Peluang(O)

Ancaman (T)

O1 Hubungan yang baik antara guru

T1 Khuatir akan faktor cuaca.

dan pentadbir.
O2 Sokongan moral dan kewangan .
O3 Bantuan peruntukkan dari sumber
lain.

T2 Bimbang kewangan tidak mencukupi.


T3 Bimbang akan ketahanan pokok.
T4 Ancaman daripada serangga perosak.

O4 Pelajar PPG tinggal di sekitar


kawasan sekolah.

Cadangan dan Penambahbaikkan.

Urusetia perlu mengambil kira masa dan tarikh supaya tidak mengganggu

waktu cuti pelajar dalam menjalankan aktiviti BIG ini.

Pihak pengurusan menyediakan barang-barang keperluan yang mencukupi


pada masa akan datang.

Taklimat atau mesyuarat kali kedua untuk tindakan susulan sebelum aktiviti.

Mengadakan mesyuarat post mortem untuk meninjau masalah selepas


aktiviti.

Pemberitahuan atau menghebahkan Program di media massa.

Memohon tajaan dan kerjasama daripada jabatan pertanian untuk mendapatkan


nasihat dan pandangan.

Memohon pihak tertentu datang melawat tapak projek bagi penambahbaikan.

Mendakan

program

bersama

kepentingannya.

Disediakan oleh:
Zalina Binti Hashim
Setiausaha Program BIG Fasa 4

murid

bagi

mengenali

tanaman

herba

dan

You might also like