T1a2 (1) Nazri

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

Nama

: MOHD NAZRI NAIM BIN AHMAD.

No. Matrik

: 810825115425001.

No. Kad Pengenalan

: 810825-11-5425.

No. Telefon

: 012-9432689.

E-Mail

: kubinkiller@yahoo.com

Pusat Pembelajaran

: Pusat Pembelajaran Petaling Jaya.

PENGHARGAAN

Saya sangat bersyukur kerana telah dapat menyediakan satu cadangan kajian yang
berasaskan masalah pendidikan inklusif di sekolah

dengan sempurna. Ini semua dapat

dilaksanakan dengan tunjuk ajar pensyarah saya. Dengan bantuan dan tunjuk ajar tersebut maka
saya mula memahami bagaimana caranya untuk menyediakan sebuah kajian sebegini. Di
samping itu, saya sangat berterima kasih kepada pihak sekolah khasnya En selaku Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat Sungai Besi kerana sentiasa memberi peluang
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Untuk itu saya merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua yang terlibat dengan memberi nasihat dan bimbingan untuk menyudahkan kajian
ini.

TAJUK:

Keberkesanan Bahan Bantu Belajar Maujud dan Audio Terhadap Murid Cacat
Penglihatan Dalam Matapelajaran Sains

JADUAL KANDUNGAN

Kandungan

Muka surat

Abstrak

1.0 Pengenalan

2.0 Latar Belakang Kajian

7-8

2.1 Batasan Kajian


2.2 Subjek Kajian
3.0 Tinjauan Literatur

10-11

4.0 Metadologi Kajian

11-12

4.1 Reka Bentuk Kajian


5.0 Analisis Data

12-15

5.1 Analisis Data Sebelum Pengajaran


5.2 Analisis Data Selepas Pengajaran
6.0 Kesimpulan Kajian

15

7.0 Penutup

16

8.0 Rujukan

17

9.0 Lampiran

18-19

Abstrak

Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke


dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dan perlu
mengikuti mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di
sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Program ini memerlukan penglibatan semua pihak
samaada yang terlibatsecara langsung dan tidak langsung. Daripada kajian kes yang dibuat,
murid yang mengalami masalah penglihatan telah dimasukkan ke kelas perdana iaitu kelas 6
Rajin yang mempunyai 18 murid. Kajian adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan bahan
bantu belajar (Maujud dan Audio) kepada seorang murid cacat penglihatan dalam pengajaran
sains. Kajian dijalankan dengan berpandukan borang temubual dan pemerhatian yang dibuat
sebelum dan selepas pengajaran. Hasil jawapan borang temubual dan pemerhatian ini, telah
dianalisis secara deskriptif iaitu melalui tahap penerimaan dan kefahaman murid ini terhadap
matapelajaran sains bagi tajuk bentuk bentuk asas dan rasa keselesaan murid ini apabila
dimasukkan ke aliran kelas perdana. Hasil kajian juga, akan dijadikan panduan untuk
pelaksanaan secara lebih jelas dan berfokus oleh pihak sekolah dalam menjayakan program
inklusif pada masa akan datang.

1.0 Pengenalan
Di dalam kajian ini, akan membincangkan Program Integrasi bagi murid murid
berkeperluan khas (masalah penglihatan) yang belajar mata pelajaran Sains di Sekolah
Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat. Kecacatan penglihatan atau buta adalah sejenis kecacatan
fizikal di mana sebahagiannya daripada alat alat pancaindera telah rosak sama ada rosak teruk
atau mengalami kehilangan sedikit sehingga meninggalkan kesan yang negatif terhadap
pertumbuhan seseorang kanak kanak. Dari aspek pendidikan masalah penglihatan bermaksud
cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan
melihat huruf biasa. Manakala buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu
menggunakan kod Braille untuk membaca.
Oleh yang demikian bagi kanak kanak yang cacat penglihatan, mereka juga terlibat
dengan beberapa masalah dalam aspek pembelajaran kerana pertumbuhan deria pancaindera
mengalami masalah

seterusnya memberi kesan kepada perkembangan mental. Maka tidak

hairanlah ada segelintir daripada mereka mengalami proses perkembangan yang lambat seperti
responden yang boleh dikategorikan sebagai multiple handicap. Ini bermaksud kanak kanak
tersebut mengalami cacat penglihatan dan perkembangan lambat.

2.0 Latar Belakang Kajian

Kajian dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat, dan sekolah ini telah
menjalankan pendidikan khas untuk murid khas

dan mempunyai kelas pendidikan khas.

Manakala Sekolah ini masih belum menjalankan program secara insklusif, akan tetapi dengan
kertas kerja yang telah dibentangkan, pihak pentabir sekolah telah meluluskan dan akan
melaksanakan program pendidikan inklusif ini pada tahun 2014. Oleh itu, saya
dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti dan merancang program pendidikan inklusif yang
berkesan dan berkualiti. Sehubungan dengan itu, satu kajian kes dijalankan sebagai satu langkah
persediaan untuk pelaksanaan program ini nanti. Dengan ini, saya telah membuat kajian
terhadap seorang murid tahun 6 dan telah dimasukkan ke dalam kelas tahun 6 Rajin yang
mempunyai 18 murid keseluruhannya.
Dalam kajian ini, seorang murid yang mengalami cacat penglihatan yang dikategorikan
cacat penglihatan B2 yang bermaksud mempunyai sedikit penglihatan dimana di kedua matanya
mempunyai tahap penglihatan 6/24 dan memerlukan rawatan susulan seumur hidupnya.Murid
ini bernama Retna Vello dan maklumat bapa tidak diperolehi. Ditinggalkan ibu di Rumah
Kebajikan Tengku Budriah yang terletak lebih kurang 2 kilometer dari sekolah. Kecacatannya
dikesan sebaik kelahiran dan disahkan oleh doktor mempunyai sejenis penyakit yang
menyebabkan kedua biji matanya seakan tidak seimbang dengan tahap penglihatan yang rendah.
Selain itu, kanak kanak ini mempunyai masalah perkembangan lambat dari segi fizikal dan
pembelajarannya.
Kaedah Pendidikan Inklusif adalah satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid
dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan
murid-murid biasa. Secara tepatnya perlaksanaannya adalah berdasarkan berikut:

Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan


pada tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai
keperluan khas di sekolah biasa.

Ditadbir oleh JPN


7

Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru
biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.

Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya
mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup
bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang
dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)

Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping
memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira
perbezaan individu.

Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid


khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.

Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid
berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.

2.1 Batasan kajian


Kajian dijalankan adalah terhadap murid ini dengan bantuan guru pendidikan khas di
sekolah ini. Tempoh kajian dijalankan selama 2 bulan iaitu bermula Mei hingga Julai
2013.Kajian hanya dijalankan terhadap matapelajaran sains sahaja, memandangkan saya adalah
guru sains yang mengajar kelas 6 rajin.

2.2 Subjek Kajian

Nama

: Retna Vellu

Umar

: 12 tahun

Bangsa

: India

Tarikh Lahir

: 14.10.2001

No.K/P

: 011014-16-0069

No.Surat beranak

: AY 51045

No. Kad OKU

: B 071245

Jenis ketidakupayaan : Cacat penglihatan (multiple handicap)


Maklumat Ibubapa

: Tidak diperolehi

Alamat Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat,Kem Perdana Sg Besi


57000 , Kuala Lumpur.

Alamat tempat tinggal : Rumah Kebajikan Tengku Budriah, Jalan Yaacob Latiff, 56000 Cheras,
Kuala Lumpur.

3.0 Tinjauan Literatur

Mengikut tulisan Mohd. Sharani dalam bukunya yang bertajuk, Mengurus kanak-kanak
yang susah belajar (2006) menyatakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini adalah mereka
yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa,
pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Menurut Amir
Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan
intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai,
disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang
perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum.Oleh itu ,guru perlu bijak memilih
kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru tersebut
menyediakan

bahan-bahan

pengajaran

yang

bermakna

dan

menarik

serta

mampu

memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan
Negara (Ee Ah Meng, 1997).
Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan hanya
menggunakan buku teks sebagai bahan pelajaran boleh menimbulkan suasana hambar dan
seterusnya menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar. bidang pendidikan tidak dapat lari
daripada menggunakannya sebagai ABM kepada guru-guru dalam proses menyampaikan
pengajarannya(Amir Hasan, 2002). Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi
adalah melalui deria kita sendiri seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau (Ng
Ying .2004).
Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak pancaindera yang digunakan
semakin berkesan pembelajaran itu.Dalam kajian lain, Muhamad Sobri (2000), guru-guru yang
mengajar dengan hanya menggunakan buku teks sebagai pelajaran, hanya membuktikan yang dia
tidak kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas tidak
menarik.Alat yang menggunakan warna dan bentuk yang menarik akan lebih menarik perhatian.
Demikian juga alat-alat yang dapat dipandang, didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan
kesan (Atan, 1990).Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar
agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga
10

serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan (Mok Soon Sang,
2001).Menurut Kamarudin (1990), alat bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang
digunakan oleh guru-guru untuk membantu dalam menyampaikan sesuatu pelajaran dalam bilik
darjah. ABM juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang boleh
dilihat, didengar, dipandang, dirasa, dihidu, dibaca, dikisah dan digunakan.

4.0 Metadologi Kajian


Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman murid ini terhadap isi
pelajaran sains. Kajian telah dijalankan dengan murid ini dimasukkan ke kelas perdana
(pendidikan inklusif) selama dua bulan bermula April hingga Jun.

4.1 Reka Bentuk Kajian


Kajian yang dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan
pelbagai bahan dan alatan untuk setiap proses pengajaran. Pemahaman dan minat murid dicatat
melalui pemerhatian guru. Di sini, alatan dan bahan bantu mengajar dijalankan sebagai
pembolehubah manipulasi, manakala kefahaman terhadap

isi pelajaran dan minat murid

melalui soalan temubual dan pemerhatian guru adalah pembolehubah bergerakbalas (Rajah 1).
Manakala matapelajaran sains, kelas 6 rajin dan tempoh masa adalah dimalarkan.

11

Sebelum Pengajaran

Semasa Pengajaran

Selepas Pengajaran

Temubual dan
Pemerhatian

Kaedah Pengajaran dengan


penggunaan BBB maujud
dan audio

Temubual dan
Pemerhatian

Rajah 1 : Reka Bentuk Kajian

Di sini, temubual dan pemerhatian dibuat pada sebelum dan selepas pengajaran dengan
menggunakan borang soalan yang sama terhadap murid ini (lampiran 1). Semasa pengajaran
kaedah pengajaran adalah lebih berpusatkan murid, dengan menggunakan bahan bahan maujud
dan bunyi untuk merangsang deria sentuhan dan pendengaran muriduntuk sepanjang proses
kajian. Namun sebagai bukti untuk ditunjukkan proses semasa pengajaran yang dibuat adalah
difokuskan kepada tajuk bentuk asas sahaja (lampiran 2).Murid ini diletakkan dalam kumpulan
murid normal dengan harapan mendapat bantuan rakan sebaya, meningkatkan hubungan sosial
dan keyakinan diri murid.

5.0 Analisis Data


Analisis dibuat adalah berdasarkan kepada borang temubual dan pemerhatian terhadap murid ini
pada sesi sebelum dan selepas pengajaran.

12

5.1 Analisis Data Sebelum Pengajaran

No.
item
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Ya

Hasil
Tidak/Tidak Tahu
Jadual 1

Sebelum

pengajaran

bermula

guru

telah

menemubual dan membuat pemerhatian terhadap murid


ini, dan jadual 1 adalah hasil yang diperolehi. Hasilnya
murid menjawab(Ya), untuk item 1, 3 dan 8, iaitu murid
ini benar benar adalah murid yang mengalami kecacatan
deria penglihatan (kabur). Bagi item 3 dan 8, murid ini

seorang yang suka dan berminat untuk belajar walaupun mempunyai kekurangan berbanding
dengan murid murid normal. Manakala bagi item 9 dan 10, murid ini menjawab (Tidak) , iaitu
tidak suka belajar dikelas ini dan mahu kembali ke kelas pendidikan khas. Bagi item yang lain
iaitu 2,4,5,6,dan 7, murid menjawab (Tidak tahu). Ini menunjukkan murid ini tidak didedahkan
kepada matapelajaran sains secara khusus seperti murid murid di aliran perdana.

13

5.2 Analisis Data Selepas Pengajaran

No.
item
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Ya

Hasil
Tidak/Tidak Tahu
Jadual 2

Daripada hasil yang diperolehi pada jadual 2,

murid menjawab (Ya) pada item 1,2,3,5,6,7,8 dan 9. Jelas


di sini murid masih mengalami masalah penglihatan yang

sama tetapi

lebih jelas tentang matapelajaran sains,

menjadi lebih berminat untuk belajar sains dengan rasa

seronok semasa sesi pengajaran guru, serta lebih mudah mengingat dan memahami isi pelajaran
yang disampaikan. Murid telah menjawab (Tidak) pada item 4 iaitu berbeza dengan sebelum
pengajaran murid menjawab (Tidak tahu). Ini mungkin murid boleh membezakan kesan semasa
pengajaran (penggunaan BBB Maujud dan Audio) oleh guru dan menjadikannya lebih mudah
mengambarkan isi pelajaran tentang bentuk - bentuk asas. Manakala bagi item 10

murid

menjawab (Tidak tahu), ini mungkin murid menjadi keliru dengan kelas baru yang dimasukinya
ini dengan kelas pendidikan khas telah lama didudukinya sebelum ini. Kemungkinan juga faktor
rakan yang mempengaruhi jawapan murid ini.
Daripada pemerhatian guru juga, menunjukkan murid murid normal adalah sangat
membantu murid ini, dan kerjasama yang ditunjukkan mampu meningkatkan tahap keyakinan
murid ini dan memperkembangkan perhubungan sosial antara mereka.

6.0 Kesimpulan Kajian

14

Penggunaan bahan bantu belajar sememangnya sangat membantu murid murid


memahami isi pelajaran yang disampaikan dengan lebih mudah. Hal ini bukan sahaja untuk
murid murid yang mengalami masalah pembelajaran, tetapi penggunaan bahan bantu belajar
dalam sesi pengajaran guru mampu meningkatkan tahap kefahaman dan pencapaian murid
murid normal sekali pun.
Daripada analisis data yang diperolehi, jelas murid ini menjadi lebih mudah untuk
memahami isi pelajaran yang disampaikan serta seronok untuk mengikuti pengajaran guru
apabila bahan bantu belajar (Maujud dan Audio) digunakan. Di samping itu, melalui pendidikan
secara inklusif ini dapat meningkatkan tahap keyakinan murid ini dari segi pergaulan dengan
rakan sebaya yang normal. Secara tidak langsung juga, penerapan nilai telah diterap pada murid
murid normal seperti perlu bantu membantu, tidak menghina rakan dan meningkatkan rasa
tanggungjawab.

15

7.0 Penutup

Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan inklusif di sekolah harian mampu


membangunkan sumber manusia yang terdiri daripada murid murid berkeperluan khas dalam
pembelajaran untuk kesejahteraan negara. Kejayaan program ini amat bergantung dengan corak
pengurusan kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan pembelajaran, kolaborasi dan penilaian
terhadap program dan murid inklusif. Termasuk juga soal penglibatan keluarga, sosialisasi dan
penglibatan pelajar inklusif. Dengan sokongan dari pelbagai pihak, pelaksanaan pendidikan
inklusif ini akan dapat dipertingkatkan disekolah ini serta melahirkan murid murid yang
berilmu pengetahuan dan mampu berdikari.

16

8.0 Rujukan

Ee Ah Meng (1997). Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Syarikat Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1990). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Kuala
Lumpur : Saujana.
Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (2002). Satu Kajian Mengenai
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di
Sekolah Rendah. Tesis Jabatan Matematik Maktab Perguruan Batu Lintang,
Sarawak.
Mahmud Yunus (2007). Tafsir Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani. Kuala Lumpur
Klang Book Centre.
Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru
Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia :
Tesis Sarjana Muda.
Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rosini Abu Bakar & Ramlah Hamzah (1998). Pedagogi 1 : Kurikulum Dan
Pengajaran Bilik Darjah. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

17

9.0 Lampiran
Lampiran 1 :
Borang temubual dan pemerhatian
Borang ini adalah diisi oleh guru ketika sesi temubual dan pemerhatian
(sebelum dan selepas pengajaran).

No.
item
1
2
3
4
5

Ya

Item
Anda tidak boleh melihat dengan jelas
Apakah minat matapelajaran sains
Anda suka belajar
Anda boleh gambarkan apa yang diberitahu guru sahaja
Anda mudah menggambarkan apa yang diberitahu guru

dengan bantuan bahan yang boleh disentuh


Anda akan lebih ingat jika boleh menyentuh dan menghidu

bahan yang diceritakan oleh guru


Anda akan lebih faham jika boleh menyentuh dan

menghidu bahan yang diceritakan oleh guru


Anda berasa seronok jika boleh mendengar dan

9
10

menyentuh sendiri bahan yang diceritakan guru


Anda suka belajar di kelas ini
Anda mahu terus kekal di kelas ini.

Lampiran 2
Semasa sesi pengajaran.

18

Hasil
Tidak/Tidak Tahu

19

You might also like