Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PEMEROLEHAN PEMBELAJARAN BERMAKNA BERASASKAN

TEORI KOGNITIF PEMBELAJARAN MULTIMEDIA


ABDUL HADI BIN MAT DAWI, PhD
Jabatan Teknologi Pendidikan,
IPG Kampus Ipoh

Pengenalan
Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia telah dikemukakan oleh Mayer (2001). Teori ini adalah
berdasarkan kepada Teori Beban Kognitif Sweller (Chandler & Sweller, 1991; Sweller, 1999), Teori
Pengekodan Dual Paivio (Clark & Paivio, 1991; Paivio, 1986) dan Model Ingatan Kerja Baddeley
(Baddeley, 1992). Mayer (2001) telah mencadangkan tiga andaian dalam Teori Kognitif Pembelajaran
Multimedia iaitu (1) dua saluran pemprosesan maklumat; (2) kapasiti terbatas; dan (3) pemprosesan aktif.
Ketiga-tiga andaian ini dijelaskan dalam Jadual 1.
Jadual 1
Andaian-Andaian Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia

Andaian

Penjelasan

Rujukan Berkaitan

Dua Saluran

Manusia mempunyai saluran pemprosesan


maklumat visual dan maklumat auditori secara
berasingan

Paivio, 1986;
Baddeley, 1992

Kapasiti Terbatas

Setiap saluran pemprosesan maklumat bagi


manusia adalah terbatas bagi memproses
sejumlah maklumat pada satu masa.

Baddeley, 1992;
Chandler & Sweller,
1991

Pemprosesan Aktif

Manusia terikat dengan pembelajaran aktif


melalui pemilihan maklumat kemasukan yang
relevan, penyusunan maklumat terpilih kepada
perwakilan mental dan mengintegrasikan
perwakilan mental dengan pengetahuan lain

Mayer, 1999

Andaian-andaian Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001) digunakan bagi


menjelaskan proses pembinaan pengetahuan baru dalam pembelajaran multimedia. Mayer (2001) telah
menggabungkan pendekatan sensori-modaliti (Baddeley, 1992) dan pendekatan mod persembahan
(Paivio, 1986). Berdasarkan pendekatan sensori-modaliti, bahan dipersembahkan sama ada secara visual
(animasi, grafik, teks) atau secara auditori (penceritaan atau bunyi). Pendekatan mod persembahan pula
menjelaskan pembinaan model berasaskan piktorial (non - verbal) dan model berasaskan verbal dalam
ingatan kerja. Sehubungan itu, Mayer (2001) mencadangkan bahan verbal dan visual diproses dalam
sistem pemprosesan yang berbeza iaitu pada saluran auditori/verbal dan saluran visual/piktorial.

Berdasarkan kepada Model Ingatan (Baddeley, 1992) dan Teori Beban Kognitif (Chandler &
Sweller, 1991; Sweller, 1999), Mayer (2001) menjelaskan bahawa kapasiti saluran pemprosesan
visual/piktorial dan saluran pemprosesan auditori/verbal dalam ingatan kerja adalah terbatas. Oleh itu,
beban kognitif perlu dikurangkan bagi memudahkan pembelajaran berlaku (Sweller, 1999). Beban
kognitif merupakan jumlah sumber mental dalam ingatan kerja yang diperlukan bagi sesuatu tugasan
(Clark & Mayer, 2003; Mayer, 2001; Sweller, 1999). Beban kognitif berpunca daripada kesukaran bahan
pembelajaran (beban kognitif intrinsik) dan reka bentuk mesej pengajaran (beban kognitif ekstrinsik)
(Mayer, 2001). Beban kognitif intrinsik tidak boleh diubahsuai melalui reka bentuk pengajaran.
Sebaliknya, beban kognitif ekstrinsik boleh diubahsuai melalui penyusunan isi kandungan bahan
pengajaran (Mayer, 2001; Sweller, 1999). Oleh itu, beban kognitif ekstrinsik dalam pembelajaran
multimedia boleh dikurangkan apabila elemen ekstraneous yang tidak relevan dikeluarkan daripada
persembahan multimedia.

Pembelajaran Konstruktivis Berasaskan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia


Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia menjelaskan pembinaan pengetahuan berlaku melalui proses
aktif kognitif iaitu memilih maklumat yang relevan, menyusun maklumat menjadi perwakilan mental
(model mental), dan mengintegrasikannya dengan pengetahuan sedia ada yang sesuai. Proses aktif
kognitif ini merupakan aktiviti pembelajaran konstruktivis (Mayer, 2001). Pelajar masih boleh terikat
dengan proses aktif kognitif walaupun persembahan media tidak melibatkan aktiviti hands-on (Mayer,
2003). Seterusnya, Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001) ditunjukkan dalam Rajah 1.

Persembahan
Multimedia

Sensori Ingatan

Perkataan

Telinga

Pilih
Perkataan

Ingatan Kerja

Bunyi

Susun
perkataan

Model
Verbal

Integrasi

Gambar

Mata

Pilih
Imej

Imej

Susun
Imej

Ingatan Jangka
Panjang

Pengetahuan
Sedia Ada

Model
Piktorial

Rajah 1. Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001)

Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001) mencadangkan unit sensori ingatan dan
ingatan kerja dibahagikan kepada dua saluran iaitu saluran auditori/verbal dan saluran visual/piktorial
sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 2 dan Rajah 3.

Persembahan
Multimedia

Sensori Ingatan

Perkataan

Telinga

Pilih
Perkataan

Ingatan Kerja

Bunyi

Susun
perkataan

Ingatan Jangka
Panjang

Model
Verbal

Integrasi

Pengetahuan
Sedia Ada

Gambar

Mata

Pilih
Imej

Imej

Susun
Imej

Model
Piktorial

Rajah 2. Saluran Verbal/Auditori Dalam Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia

Persembahan
Multimedia

Sensori Ingatan

Perkataan

Telinga

Pilih
Perkataan

Ingatan Kerja

Bunyi

susun
perkataan

Model
Verbal

Integrasi

Gambar

Mata

Pilih
Imej

Imej

Susun
Imej

Ingatan Jangka
Panjang

Pengetahuan
Sedia Ada

Model
Piktorial

Rajah 3. Saluran Visual/Piktorial Dalam Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia

Pemerolehan Pembelajaran Bermakna


Berdasarkan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001) pembelajaran bermakna dalam
persekitaran pembelajaran multimedia berlaku melalui lima peringkat iaitu:
(a) Pemilihan perkataan yang relevan untuk diproses dalam ingatan kerja verbal.
Peringkat ini melibatkan perubahan perwakilan sensori bunyi yang memasuki telinga kepada
perwakilan dalaman bunyi perkataan dalam ingatan kerja. Maklumat verbal dalam bentuk suara
diterima oleh telinga dan proses ini bermula secara langsung dalam saluran auditori/verbal.
Sebaliknya, maklumat verbal dalam bentuk teks pada skrin komputer pula diterima oleh mata dan
ditukarkan secara mental kepada bunyi untuk diproses melalui saluran auditori/verbal. Peringkat
ini melibatkan penumpuan perhatian kepada perkataan yang relevan selepas melalui sensori
ingatan disebabkan oleh kapasiti saluran sistem kognitif yang terbatas.
(b) Pemilihan imej yang relevan untuk diproses dalam ingatan kerja visual.
Peringkat ini melibatkan perubahan perwakilan sensori rangsangan visual yang memasuki mata
kepada perwakilan dalaman imej visual dalam ingatan kerja. Proses ini bermula dalam saluran
visual/piktorial tetapi boleh ditukarkan sebahagiannya secara mental ke saluran auditori/verbal.
Peringkat ini melibatkan penumpuan perhatian kepada bahagian-bahagian tertentu yang relevan
dalam mesej multimedia disebabkan oleh kapasiti saluran sistem kognitif yang terbatas.
(c) Penyusunan perkataan yang dipilih ke dalam bentuk model mental verbal.
Peringkat ini melibatkan penyusunan perkataan kepada perwakilan model verbal. Proses kognitif
yang terlibat ialah penyusunan perkataan terpilih dengan membina hubungan di antara cebisan
pengetahuan verbal.
(d) Penyusunan imej yang dipilih ke dalam bentuk model mental visual.
Peringkat ini melibatkan penyusunan imej kepada perwakilan model piktorial. Proses kognitif
yang terlibat ialah penyusunan imej terpilih dengan membina hubungan di antara cebisan
pengetahuan piktorial.
(e) Pengintegrasian perwakilan verbal dan visual dengan pengetahuan sedia ada.
Peringkat ini melibatkan integrasi model visual dengan model verbal dan pengetahuan sedia ada
yang relevan daripada ingatan jangka panjang. Proses ini berlaku dalam ingatan kerja visual dan
verbal serta melibatkan penyelarasan di antara kedua-duanya. Pengetahuan sedia ada boleh
digunakan bagi membantu menyelaraskan proses integrasi.
Menurut Mayer (2001), kelima-lima peringkat proses aktif kognitif di atas berlaku berulangkali
segmen demi segmen dalam keseluruhan pembelajaran multimedia. Pengetahuan baru yang terbina akan
disimpan dalam ingatan jangka panjang (Clark & Mayer, 2003; Mayer, 2003).

Kesimpulan
Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer, 2001) berupaya menjelaskan pemerolehan
pembelajaran bermakna dalam persekitaran pembelajaran multimedia. Sehubungan, terdapat beberapa
prinsip reka bentuk dan pembangunan multimedia berasaskan teori ini. Implikasi teori ini kepada
pemerolehan pembelajaran bermakna ialah dari segi keperluan pelajar menilai dan memilih imej dan
bunyi yang paling relevan. Pelajar perlu memberi perhatian ke atas pembinaan struktur hubungan yang

mudah disebabkan kapasiti ingatan kerja yang terbatas. Proses ini bergantung kepada usaha pelajar
membina rantaian sebab dan akibat di kalangan pengetahuan verbal. Proses ini juga bergantung kepada
usaha pelajar membina rantaian sebab dan akibat di kalangan pengetahuan piktorial.

Rujukan
Abdul Hadi Mat Dawi. (2005). Kesan animasi 3D terhadap pembelajaran Lukisan Ortografik di
kalangan pelajar sekolah menengah. Unpublished PhD Thesis. Universiti Sains Malaysia
Alessi, S. M., & Trollip, S. R. (2001). Multimedia for learning: Methods and Development.
Massachusetts: Allyn & Bacon.
Baddeley, A. D. (1992). Working memory. Science, 255, 556-559.
Baddeley, A.D. (1999). Human memory. Boston: Allyn and Bacon.
Clark, J. M., & Paivio, A. (1991). Dual coding theory and education. Educational Psychology Review, 3,
149 - 210.
Clark, R. C., & Mayer, R. E. (2003). e-learning and the science of instruction: Proven guidelines for
consumers and designers of multimedia learning. San Francisco: Pfeiffer.
Lee, W. W., & Owens, D. L (2000). Multimedia based instructional design: Computer based training.
San Francisco, CA: Jossey-Bass Pfeiffer.
Mayer, R. E. (1999). Designing instruction for constructivist learning. Dalam C.M.
Reigeluth (Ed.), Instructional design theories and models. NJ: Erlbaum.
Mayer, R. E. (2001). Multimedia learning. New York: Cambridge University Press.
Mayer, R. E. (2003). The promise of multimedia learning: Using the same instructional design methods
across different media. Learning and Instruction, 13(2003), 125 139.
Paivio, A. (1971). Imagery and verbal processes. New York: Holt, Rinehart & Winston.
Paivio, A. (1986). Mental representations: A dual coding approach. New York: Oxford University Press.
Schnotz, W., & Lowe, R. (2003). External and internal representations in multimedia Learning.
Learning and Instruction, 13(2003), 117 123.
Sweller, J. (1994). Cognitive load theory, learning difficulty, and instructional design. Learning and
Instruction, 4, 295-312.
Sweller, J. (1999). Instructional design in technical areas. Victoria, Australia: ACER Press.
Toh, S. C. (2002). Multimedia learning: What works and what doesnt. Dalam Instruksi dan
Pembelajaran Berasaskan Teknologi, Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 15, Kangar,
Perlis, Anjuran Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 6 9 September 2002.

You might also like