Kemahiran Variasi Rangsangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN.

1.0 OBJEKTIF.
Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami :
Prinsip-prinsip penggunaan variasi rangsangan.
Objektif penggunaan variasi ransangan.
Kesan penggunaan variasi ransangan ke atas pengajaran pembelajaran.
Komponen kemahiran variasi ransangan.
. Cara Pengendalian pengajaran Mikro
2.0 VARIASI RANSANGAN.
Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian
guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti
pengajarannya.
Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan
hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan.
Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah
laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar
corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan
teknik mengajar.

3.0 PRINSIP PENGUNAAN VARIASI RANSANGAN.


Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan
tujuan dan isi pelajaran. Ianya mesti mempunyai perkaitan dengan matlamat am
dan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.
Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkahlangkah penyampaian diantara satu sama lain.
Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagai pengalihan saluran deria
harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.
Setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti yang berbeza. Jika
masa pemyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi 5 minit, corak aktiviti
pengajaran harus dipelbagaikan.

Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati


daripada pelajarnya.

4.0 OBJEKTIF PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN.


Memusatkan perhatian pelajar & mengekalkan perhatian mereka terhadap
pengajaran guru.
Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam
pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran deria untuk
memperoleh ilmu.
Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti
pengajaran guru.
Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok.
5.0 KESAN PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN KE ATAS
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih
ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya
meninggalkan kesan yang mendalam.
Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti
pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran
guru dengan lebih baik lagi.
Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan
diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan
sebagainya.
Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari
sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkan
P&P.
Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuan
ABM yang sesuai dapat merangsangkan P&P kanak-kanak.

Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh


perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.
6.0 KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN.
Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen.
Komponen perubahan pergerakan langkah guru.
Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Ia perlu
dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanakkanak.
Komponen perubahan pergerakan anggota guru.
Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya
tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.
Komponen perubahan nada suara guru.
Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah
nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.
Komponen perubahan fokus deria pelajar.
Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar
dengan menggunakan ABM.
Komponen perubahan bentuk lisan pelajar.
Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa.
Komponen perubahan bentuk fizikal pelajar.
Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.

7.0 AKTIVITI-AKTIVITI VARIASI RANGSANGAN DENGAN KOMPONENKOMPONENNYA

8.0 CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO.


Guru pelatih yang memilih kemahiran variasi rangsangan harus merancang
satu aktiviti pengajaran dengan berbagai-bagai aktivitirangsangan.
Semasa menjalani sesi pengajaran mikro, tumpuan haruslah diberikan kepada 3
komponen yang berasaskan kepada perubahan tingkah laku guru dan 3
komponen yang berasaskan kepada perubahan tingkah laku pelajar.
Gunakan borang kemahiran variasi rangsangan sebagai aktiviti penilaian antara
pensyarah dan guru-guru pelatih yang terlibat.

9.0 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN


Tandakan (/) dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru
dan murid dapat diperhatikan.
Komponen

30 saat bagi tiap-tiap ruang

Kemahiran

1 2

Pergerakan
langkah guru yang

3 4

5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

sesuai
Pergerakan
anggota guru
yang berpatutan
Perubahan nada
guru dalam
pertuturan
Perubahan fokus
deria pelajar
Perubahan bentuk
lisan pelajar
Perubahan bentuk
fizikal pelajar
Tandakan ( / ) dalam ruang yang berkenaan apabila
perubahan tingkah laku guru dan murid dapat diperhatikan.

10.0 SOALAN- SOALAN KEFAHAMAN


1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN VARIASI RANGSANGAN?
2. NYATAKAN KOMPONEN-KOMPONEN VARIASI RANGSANGAN
3. NYATAKAN AKTIVITI-AKTIVITI VARIASI RANGSANGAN DENGAN
KOMPONEN-KOMPONENNYA.

You might also like