Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kolej Vokasional Kuala Krai

Multimedia Kreatif (Animasi)


KMK 104
Semester 1
Tajuk :Mematuhi Etika Dalam Penggunaan Komputer
Nama Pelajar :Wan Muhammad Syafeeq B. Wan Mohd Nasir
Kelas :1 KMK
I/C :990121-59-5019
Nama Pensyarah :-

KANDUNGAN

M/S

Pengenalan

Definisi Hak Cipta dan Penerangan

Kesan-kesan Pelanggaran Hak Cipta

Maksud Penggunaan Tidak Beretika


Komputer
Senaraikan Pelbagai Penggunaan Tidak
Beretika Komputer
Kesan-kesan Penggunaan TIdak Beretika
Komputer
Contoh-contoh Penyalahgunaan Komputer
Penutup
Rujukan

Definisi Hak Cipta


Hak cipta adalah satu perakuan undang-undang yang melindungi pencipta-pencipta
harta intelek daripada ditiru oleh orang lain untuk sebarang tujuan. Ini menetapkan
hak-hak pembeli untuk menggunakan perisian dan pada masa yang sama
penciptanya mengekalkan hak milik dari segi undang-undang.
Perlindungan hak cipta adalah jelas. Ia melindungi program daripada ditiru
sebahagian atau seluruhnya. Ganti rugi akan diperolehi sekiranya undang-undang
ini dilanggar. Kekurangan dalam perlindungan hak cipta ini ialah idea-idea tersirat di
sebalik suatu hasil kerja itu tidak dilindungi, hanya manifestasi daripada hasil kerja
itu sahaja yang dilindungi. Seorang pesaing boleh menggunakan perisian orang lain,
memahami bagaimana ia berfungsi dan membuat perisian baru yang mengikut
konsep yang sama tanpa melanggar hak cipta.
Saman pelanggaran hak cipta lihat & rasa adalah mengenai perbezaan di
antara satu idea dan bagaimana ia dinyatakan atau diluahkan. Sebagai contoh,
pada awal tahun 1990-an, Apple Computer telah menyaman Microsoft Corporation
dan Hewlett Corporation Inc. Atas perlanggaran hak cipta rupa paparan pengantara
(interface). Apple Macintosh mendakwa bahawa defenden meniru rupa Window
yang berlapis-lapis. Defenden membalas dakwaan bahawa idea Window yang
berlapis-lapis hanya boleh dinyatakan dalam satu cara dan oleh sebab itu, ia tidak
boleh dilindungi di bawah doktrin gabungan dalam undang-undang hak cipta.
Apabila idea-idea dan pernyataan bergabung, pernyataan tersebut tidak boleh
dijadikan hak cipta. Secara umum, mahkamah mendapati bahawa konsep, fungsi,
ciri-ciri fungsi umum (contohnya menu drop-down) atau warna-warna tidak
dilindungi oleh undang-undang hak cipta.
Di Malaysia, Akta Hak Cipta 1987 secara jelas memberi perlindungan kepada
perisian komputer atau kompilasi perisian komputer. Individu atau syarikat yang
didapati bersalah kerana memiliki salinan perisian komputer cetak rompak boleh
didenda sehingga RM10,000 untuk setiap salinan atau penjara selama lima tahun
atau kedua-duanya sekali.
Menurut akta yang sama, jika didapati membuat atau mempunyai alat sama ada
digunakan atau bertujuan menghasilkan salinan perisian tanpa kebenaran denda
sehingga RM20,000 untuk setiap alat atau hukuman penjara sehingga 10 tahun atau
kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997 memberikan perlindungan penuh kepada
pembangunan multimedia, memastikan kerja seseorang pencipta tidak boleh
dipersembah sebagai kerja orang lain, melarang persembahan sesuatu kerja dalam
bentuk yang telah diubahsuai serta mengelakkan pindahan dan pengubahsuaian
maklumat pengurusan hak elektronik.

Kesan-kesan Pelanggaran Hak Cipta

You might also like