Majlis Perpisahan Mantan Pengetua SMK Cyberjaya Puan Norma BT Daud

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK CYBERJAYA

PUAN NORMA BT DAUD

[ HADIRIN BERDIRI ]
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Mantan Pengetua SMK Cyberjaya,
Puan Norma bt Daud bersama barisan pentadbir ke Majlis Perpisahan.
[ HADIRIN DUDUK ]
Yang berbahagia Puan Norma bt Daud, Mantan Pengetua SMK Cyberjaya,
Yang Berusaha Puan Ng Sie Fong, Pengetua SMK Cyberjaya,
Yang Dihormati Puan Habshah bt Mohamad PK Akademik,
Puan Che Supiah bt Che Awang, PK HEM,
Puan Aslaniah bt Jamali, PK Kokurikulum,
Puan Nor Asiah bt Bahrin, PK Tingkatan 6,
En Rushdan bin Mohamed, YDP PIBG SMK Cyberjaya,
Guru2 Kanan M/Pelajaran, barisan pendidik anak bangsa serta pelajar2 yang
disayangi sekalian...
Assalamualaikum wbt
Batu kecubung warna ungu
Ditatah berlian batu bermutu
Adat Melayu menyambut tamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Alhamdulillah, puji2an dirafakkan ke hadrat Allah swt kerana atas keizinanNya dan rahmat-Nya dapatlah kita berkumpul bersama dalam majlis
perpisahan mantan Pengetua SMK Cyberjaya, Puan Norma bt Daud.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput saudara Hanif
Hanafi bin Rosdi dari kelas 4 Akaun untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
***************************************
*******************************************

BACAAN

DOA

Amin ya Rabbal Alamin. Terima kasih saudara Hanif Hanafi atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini dilimpahi keberkatan
daripada Yang Maha Esa.
Hadirin sekalian,
Majlis nan damai ini akan diteruskan dengan ucapan daripada Wakil Pelajar.
Untuk itu, majlis mempersilakan saudara Muhammad Faris bin Rosli untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

****************************************
UCAPAN
WAKIL
PELAJAR
***************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Muhammad Faris
atas ucapan yang disampaikan. Bagi meneruskan acara, majlis
mempersilakan Yang Berusaha Puan Ng Sie Fong, Pengetua SMK Cyberjaya
untuk menitipkan ucapan. Dengan setulus kasih, majlis mempersilakan.
********************************
***************************

UCAPAN

PENGETUA

PUAN

NG

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Ng Sie Fong atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
Warga dewan sekalian,
Tanpa melengahkan masa lagi, marilah sama-sama kita dengarkan bingkisan
kata dan amanat daripada mantan Pengetua SMK Cyberjaya, Puan Norma bt
Daud. Dengan setulus takzim, majlis mempersilakan.
***************** UCAPAN MANTAN PENGETUA - PUAN NORMA BT DAUD
**************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Norma bt Daud atas
ucapan yang penuh bermakna itu tadi.
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati
Hadirin sekalian,
Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenang2an
daripada warga SMK Cyberjaya kepada mantan Pengetua. Untuk itu, majlis
menjemput semua pentadbir mengiringi Pengetua SMK Cyberjaya Puan Ng
Sie Fong untuk bersama-sama Puan Norma bt Daud di atas pentas
Dipersilakan.
1. Dijemput Puan Ng Sie Fong mewakili barisan pentadbir untuk
menyampaikan cenderamata kepada Puan Norma.

2. Majlis menjemput YDP PIBG EN Rushdan Bin Mohamed mewakili PIBG


utk menyampaikan cenderamata.
3. Seterusnya, dijemput Puan Norliza bt Karim mewakili guru2 untuk
menyerahkan cenderamata.
4. Dipersilakan pula Puan Fauziah bt Idrus mewakili kakitangan SMK
Cyberjaya utk menyampaikan cenderamata yang seterusnya.
5. Dipersilakan
Pengerusi
Pengawas
Pusat
Sumber,
___________________________________________
untuk
menyampaikan
cenderamata daripada Pusat Sumber.
6. Dipersilakan saudara Muhammad Faris bin Rosli mewakili anak2 didik
SMK Cyberjaya untuk menyampaikan cenderamata.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Norma dan Puan Ng
Sie Fong.
Majlis kini akan dihiburkan dengan persembahan Nasyid daripada Kumpulan
Shoutul Ikhwan dengan lagu mereka, Hayyatun Toyyibah. Dipersilakan.
****************** PERSEMBAHAN
********************

NASYID

HAYYATUN

TOYYIBAH

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Shoutul Ikhwan


atas persembahan itu tadi. Untuk makluman semua, kumpulan ini telah
dibimbing oleh Ustazah Masturah bt Yusof.
Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan dengan persembahan multimedia yang dikendalikan
oleh Cik Norhasmah bt Mahmod. Mari kita sama-sama saksikan.
******************************
*********************************

PERSEMBAHAN

MULTIMEDIA

Terima kasih Cik Norhasmah atas persembahan multimedia itu tadi. Kini,
majlis mempersilakan kumpulan Shoutul Ikhwan sekali lagi untuk
mempersembahkan nasyid yang berjudul Doa Perpisahan. Dipersilakan.
*********************
*********************

PERSEMBAHAN

NASYID

DOA

PERPISAHAN

Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap


pantun.

Dari mana hendak kemana


Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
Saya mewakili warga sekolah memohon ribuan ampun dan maaf atas segala
salah dan silap terhadap mantan pengetua. Dengan ini maka berakhirlah
Majlis Perpisahan Mantan Pengetua SMK Cyberjaya.
Wabillahi taufik walhidayah wsslm wbt

You might also like