Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Nama

Radzuan

: Muhamad Izzat Farhan Bin Mat

Kursus

: Tahun 2 Teknologi Pembinaan

Tajuk

: bumbung

Nama Pensyarah

: En.Fazuan

Pengenalan bumbung
Bumbung merupakan struktur binaan yang terletak pada bahagian yang
palingatas bagi satu struktur bangunan. Pembinaannya bertujuan untuk
memberikanperlindungan terhadap penghuni dari ancaman angin, panas
terik, hujan dansebagainya. Dari segi definisi, bumbung ialah satu struktur
berbentuk rata atau curamyang dibina bagi melindungi struktur bangunan.
Struktur bumbung terdiri daripada tigabahagian utama iaitu.
i.
ii.
iii.

Kerangka Bumbung
Kekuda Bumbung
Penutup Bumbung.

Kerangka bumbung dan kekuda bumbung merupakan struktur yang dibina


bagimenyokong penutup bumbung. Ia juga berperanan sebagai asas
dalam pembinaanstruktur bumbung dan memberikan bentuk struktur
bumbung yang dikehendakiberdasarkan kepada lukisan pelan yang
disediakan. Kerangka bumbung dan kekudabumbung biasanya diperbuat
daripada kayu, keluli atau bahan komposit yangbersesuaian.
Penutup bumbung pula merupakan struktur yang penting dalampembinaan
bumbung. Tanpa penutup bumbung, struktur bumbung yang dibina
tidaksempurna. Biasanya bahan-bahan binaan yang digunakan untuk
menghasilkan struktur penutup bumbung terdiri daripada konkrit, kepingan
zink, aluminium, genting, atau polikarbonat.

JENIS-JENIS BUMBUNG
1.Bumbung Rata

Bumbung rata adalah adalah bumbung yang mempunyai kecerunan tidak


melebihi 10. Cara pembinaanya hampir sama dengan pembinaan lantai
atas.
Selalunya dibina daripada bahan konkrit dan kayu.Pembinaan sama
dengan pembinaan lantai kayu. Jeriau kayu yang berukuran 50mm tebal
dan lebarnya di antara 100mm300mm, diletakkan menegak pada sisi
masing-masing dengan jarak antara 375mm450mm. Biasanya kayu akan
mengecut akan ini mungkin mengakibatkan jeriau bengkok. Untuk
mengelakkan ini, jermang digunakan ialah jermang insang pari.Cara
pembinaanyahampirsamadenganpembinaanlantaiatas.
Bumbung ini adalah bumbung yang mana kecerunannya tidak melebihi
10. Cara yang paling mudah untuk membina bumbung ini ialah dengan
melintangkan kayu atau konkrit dan dilapikkan dengan bahan yag kalis air
seperti aspal. Dalam hal ini, papan kayu setebal 19mm digunakan untuk
melapik bumbung rata, di mana di atasnya dilapikkan pula dengan aspal.

2.BUMBUNG CURAM
Bumbung curam ialah bumbung yang mempunyai kecerunan
melebihi 10 dan biasanya dibina bagi memudahkan air hujan mengalir.
Bumbung curam berbentuk simetri dengan permukaan yang mempunyai
keceruman yang sama dan condong ke arah tulang perabung.

Pembinaan bumbung curam biasanya dilakukan dengan


menegakkan kasau-kasau kayu dengan cerun dan meletakkan satu hujung
ke atas dinding dan satu lagi keatas tulang bumbung. Bumbung ini
merupakan satu bentuk yang menarik pada pandangan awam. Ia
membekalkan satu ruang udara yang bertindak sebagai penebatudara bagi
bilik-bilik di bawahnya. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai
ruanguntuk meletakkan tangki air. Cerun bumbung berubah-ubah dari
sudut 10-45 darjah dari garis lintang.
Jenis Bumbung Curam:
1. Minang Kabau
2.Pisang Sesikat
3.Tebeng Layar
4.Limas
5.Limas Belanda
6.Gabriel
7.Layang
8.ManSard

1.Bumbung jenis minangkabau

Reka bentuknya sama seperti reka bentuk rumah di Sumatera, Indonesia.


Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di Negeri
Sembilan dengan membuat rumah.Orang Minangkabau membuat rumah
mereka dengan mengekalkan reka bentuk rumah seperti reka bentuk
rumah di Minangkabau.

2 Jenis bumbung pisang sesikat

3. Bumbung Tebeng layar

4.LIMAS
Bumbung yang mengandungi empatcerun permukaan. Dua
daripadanyaberbentuk segitiga.
Terdiri daripada kasau limas, tulang perabung, kasau betina, kasau
pendek, gulung-gulung dan papan tumpu kasau.

5. LIMAS BELANDA

6. GABRIEL

7. LAYANG

9. Mansard
Bumbunglimas yang
salingbertindih.Bahagianbawahbumbunginilebihcuramdaripadabahagianata
s.

Struktur Bumbung
Pemilihan Jenis Bumbung
Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan,
nilai estetika dan ekonomi.Saiz dan bentuk bangunan - bangunan yang berbentuk
sederhana sesuai dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya
kompleks sesuai menggunakan bumbung rata.Rentang juga boleh menentukan jenis
bumbung yang dipilih. Nilai estetika - nilai keindahan semulajadi menentukan jenis
bumbung.Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung
rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.
Ekonomi - kos pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa hendaklah di
ambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung. Sesetengah penutup
bumbung seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani tidak tahan lama dan kos
penyelenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan.

Bumbung Curam
Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau-kasau kayu dengan cerun dan
meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke atas tulang bumbung.
Bumbung ini merupakan satu bentuk yang menarik dipandang.Ia membekalkan satu
ruang udara yang bertindak sebagai penebat udara bagi bilik-bilik di bawahnya. Selain
dari itu, ia boleh juga digunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air. Cerun
bumbung berubah-ubah dari sudut 10-45 dari garis lintang.

Jenis-jenis bumbung curam.

Bumbung ganding (couple roof)

Bumbung ganding tertutup (closed couple roof)


Bumbung simpai (collar roof)
Bumbung gulung-gulung (purlin roof)
Bumbung pisang sesikat (lean to roof).

Bumbung Ganding
Bumbung curam yang mengandungi kasau dan tulang bumbung digandingkan di
sebelah atasnya.Jenis ini biasanya digunakan untuk bangunan-bangunan kecil, di mana
lebarnya tidak melebihi 4 meter. Kasau berpasangan dan kepala kasau dipakukan
kepada plat dinding. Jika rentang terlalu besar beban dari penutup bumbung dan beban
angin akan menyebabkan struktur bumbung berkuak dan dinding akan terbalik.
Biasanya rentang maksima bagi bumbung ganding ialah 3.5 meter
Bumbung Ganding Terikat
Kaki kasau bumbung ini diikat dengan alang pengikat atau geleger siling. Dengan cara
ini, beban kasau dapat diimbangi oleh alang pengikat dan ini dapat mengelakkan kaki
kasau daripada berkuak dan dinding terbalik. Bumbung ini dapat menanggung beban
yang lebih besar dengan rentang maksimum 5.5 meter. Dalam istilah lain, untuk
mengekalkan kasau daripada mengembang keluar dan menolak dinding, perlulah diikat
kaki kasau ini dengan menggunakan satu kayu panjang melintang yang dipanggil jeriau.
Jeriau ini dipakukan ke kasau dan pelit tembok.
Bumbung Simpai
Satu cara lagi untuk mengelakkan kasau dari mengembang ialah dengan mengikat
kasau di tengah-tengah diantara kedua-dua kasau iaitu pada jarak 1/3 tinggi bumbung
dari paras atas dinding. Kebaikan jenis ini ialah ianya dapat memberi sebahagian ruang
untuk bilik dan ini dapat mengurangkan tinggi bangunan.Biasanya simpai berukuran
100mmx38mm.Kebiasannya rentang bagi bumbung jenis ini ialah 4.5
meter.Sambungan alang kecil kepada kasau dengan menggunakan tanggam lekap
bajang. Jenis ini mempunyai ruang kepala yang lebih berbanding dengan bumbung
yang lain.

Bumbung Gulung-Gulung
Saiz yang jimat untuk kasau ialah 100mmx50mm tetapi bagi bumbung ganding dan
simpai, saiz ini hanya boleh digunakan untuk rentang tidak melebihi 15 kaki. Bagi
rentang yang melebihi 5 meter pula cara membina bumbung curam ialah dengan
membuat bumbung gulung-gulung. Gulung-gulung ialah kayu yang melintang di bawah
kasau-kasau berukuran 175mmx75mm untuk menumpangnya di antara tulang
bumbung dan pelit tembok.Gulung-gulung ini pula ditumpang oleh jemang iaitu kayu
yang ditegakkan di atas dinding sekatan. Gulung-gulung menupang kasau pada jarak
sama tengah antara tulang bumbung dan cucur bumbung dan ditupang oleh jermang
serta diikat oleh simpai pada jarak setiap empat kasau antara satu sama lain sepanjang
gulung-gulung tersebut. Dengan ini, ia menguatkan lagi ikatan gulung-gulung di
atasnya. Jermang yang digunakan berukuran 75mmx38mm.

Bumbung Pisang Sesikat


Bumbung jenis ini bukanlah satu bumbung yang penting bagi sesebuah bangunan
tetapi merupakan sebahagian kecil sahaja.Bumbung ini adalah bumbung curam dan
bahagian perabung bumbung tersandar kepada tembok dinding yang pugak.Bumbung
ini adalah contoh mudah jenis bumbung selapis dengan satu dinding dibina lebih tingi
daripada dinding yang bersetentang dan kasau direntangkan antara kedua-duanya.
Bumbung jenis ini adalah binaan tambahan kepada bangunan utama seperti anjung,
dapur, verendah dan garaj dengan rentangnya tidak melebihi 2.5 meter.Ia boleh dibina
secara tunggal atau berkembar. Bahagian atas kepala kasau dipasangkan kepala plat
dinding yang disokong sama ada oleh sesangga bata atau pendakap sesangga keluli.
Selain itu boleh juga menggunakan membina masuk palam kayu ke dalam dinding pada
jarak 750mm dari pusat ke pusat di sepanjang permukaan dinding. Plat dinding
kemudian dipakukan atau diskrukan pada palam kayu tersebut. Plat dinding juga boleh
dipakukan terus kepada dinding dengan menggunakan alat khas.

Bumbung Rata
Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu. Jeriau kayu yang berukuran 50mm
tebal dan lebarnya di antara 100mm300mm, diletakkan menegak pada sisi masingmasing dengan jarak antara 375mm450mm. Biasanya kayu akan mengecut akan ini
mungkin mengakibatkan jeriau bengkok. Untuk mengelakkan ini, jermang digunakan
ialah jermang insang pari.

Bumbung ini adalah bumbung yang mana kecerunannya tidak melebihi 10. Cara yang
paling mudah untuk membina bumbung ini ialah dengan melintangkan kayu atau konkrit
dan dilapikkan dengan bahan yag kalis air seperti aspal. Dalam hal ini, papan kayu
setebal 19mm digunakan untuk melapik bumbung rata, di mana di atasnya dilapikkan
pula dengan aspal.
STRUKTUR BUMBUNG:Biasanya mengandungi komponen :
a) Plat dinding
b) Kasaubiasadanpendek
c)

Kasau miring dan lurah

d) Perabung
e) Gelegar siling dan alang

You might also like