Model Montessori Untuk Murid Pemulihan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Model Montessori untuk murid pemulihan

Definisi
Model Montessori dipelopori oleh Maria Montessori. Beliau dilahirkan di
Chiaravalle, Itali pada tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah menamatkan
pengajiannya dalam bidang perubatan sekali gus telah menjadikan beliau
seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori terkenal kerana
penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak.Beliau juga dicalonkan untuk
anugerah Nobel Peace Prize sebanyak tigs kali iaitu pada tahun 1949, 1950
dan 1951.Walaupun beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya masih
diteruskan lagi melalui Association Montessori Internationale (AMI) di
Amsterdam, Netherlands sehingga kini.
Maria Montessori amat mementingkan perkembangan kanak-kanak
diperingkat awal lagi. Menurut Montessori, kanak-kanak akan menunjukkan
minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan
bersedia mempelajarinya. Montessori telah mengemukakan beberapa konsep
asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antara
konsep yang dikemukakan oleh Montessori adalah seperti berikut:
1. Penggunaan sensori-deria
Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat
yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan
konsep tersebut. Pernyataan Montessori ini telah disokong oleh Pensyarah
Psikologi Perkembangan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri
(2009), iaitu beliau melihat pendidikan sebagai satu proses yang berkembang
serentak dengan perkembangan seorang kanak-kanak yang belajar melalui
persekitaran dan mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan sehariannya
sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa hadapan.

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang
kanak-kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal
kepadanya.
2. Penerokaan kepada persekitaran
Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran
yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang
lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep
dan pengetahuan kanak-kanak apabila mereka memerlukannya.
Di samping itu, dalam ertikata lain pendidikan bagi seseorang kanakkanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang
telah disediakan oleh orang dewasa, aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu
sendiri dan juga bahasa atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka
dalam kehidupan seharian.
Walaubagaimana pun, pendidikan juga boleh menjadi sesuatu yang
tersembunyi

dan tidak dirancang di mana kanak-kanak belajar tanpa

disedari.Pendapat Montessori ini sekali lagi disokong oleh Mastura Badriz (2002)
dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau berpendapat, masa atau perhatian yang
diberikan terhadap sesuatu aktiviti oleh penjaga kanak-kanak, mungkin akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut merasakan perkara itu adalah lebih
berfaedah walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

3. Belajar melalui aktiviti bermain


Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu
keperluan.Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan
keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat
Montessori, apabila seseorang kanak-kanak itu bermain, secara tidak langsung
mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila
melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini

membuktikan bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula


jadi dan juga spontan. Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa
turut membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.
Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan pendapat yang hampir sama
dengan pendapat Montessori iaitu menurut beliau, setiap kanak-kanak yang
membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka akan
membina beberapa sambungan pada otak kanak-kanak tersebut. Pernyataan ini
menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain, otak kanak-kanak akan turut
berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanak- kanak tersebut
untuk menjadi lebih kreatif.

4. Tempoh sensitif
Montessori menyatakan bahawa kanak-kanak yang berusia enam tahun
dan ke bawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan
dengan kanak- kanak yang berumur enam tahun dan ke atas.Tempoh masa ini
dikenali sebagai tempoh masa sensitif, iaitu merupakan tempoh masa yang
sangat sesuai untuk mereka belajar dan memahaminya. Pada tahap ini, kanakkanak perlu dipupuk minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan berjaya jika
mereka dibimbing untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran yang
tepat. Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak
menguasai sesuatu kemahiran.Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanakkanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran
dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan
menyentuh sesuatu bahan pengajaran.
Selain daripada itu, Montessori (1870- 1952) dalam Azizah Lebai Nordin
(2002), turut menyatakan bahawa beliau percaya dalam tempoh masa sensitif,
kanak-kanak cepat mempelajari beberapa tingkahlaku dengan lebih berkesan
berbanding dengan tempoh masa biasa.Ahli pendidik awal kanak-kanak
menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan (readiness).Selain daripada

model- model kurikulum Maria Montessori yang telah dibincangkan, terdapat


juga teori yang dikemukakan oleh Maria Montessori iaitu teori interaksi.

5. Teori Interaksi
Menurut Montessori, pengalaman belajar yang tidak formal dapat
dihasilkan bukan sahaja dari interaksi dengan guru tetapi juga dengan sesama
rakannya. Interaksi antara rakan sebaya ini juga dapat menghasilkan teladan
moral dan sosial kepada diri kanak-kanak tersebut.Selain itu, teori interaksi ini
juga dapat membantu pertukaran informasi sehingga menjadi sumber yang
penting bagi pembelajaran tidak formal kanak-kanak.
Jean Piaget (1896-1980) dalam Nuriman (2009), turut mempunyai
pendapat yang hampir sama dengan Montessori iaitu bagi beliau, kanak-kanak
belajar melalui interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat. Semakin ramai
orang yang kanak-kanak tersebut berinteraksi, semakin banyak ilmu yang akan
dipelajarinya.
Montessori telah mencipta berbagai alat bantuan mengajar seperti:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

Pink Tower
Brown Stairs
Red Rods
Cylinder Block
Smelling Jar
Baric Tablets
Latihan Mengecam Warna
Sound Boxes
Temperature Jugs
Pelbagai Jenis Kain

Kelebihan
Model Montessori ini mempunyai kelebihan di mana murid disediakan dengan
kaedah dan peralatan yang sesuai dengan masalah pembelajaran yang

dihadapinya. Di samping itu, model ini mengutamakan latihan daya pengelihatan,


pendengaran dan sentuhan di mana murid dapat lebih mengenali sesuatu
pembelajaran dengan lebih mendalam.Model ini juga turut menekankan
perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi fizikal, sosial, emosi
dan juga intelek.

Kelemahan dan Isu-Isu Yang Berkaitan


Model ini mempunyai kelemahan tersendiri iaitu kaedah ini tidak sesuai
digunakan untuk semua murid dalam satu-satu masa pengajaran.
Guru tidak mempunyai bahan bantu belajar yang benar-benar sesuai bagi
setiap masalah yang dihadapi oleh setiap murid.

Cadangan
Guru perlulah membahagikan murid-murid mengikut kumpulan yang
tertentu seperti kumpulan yang bijak, sederhana dan lambat. Bagi setiap
kumpulan tersebut, murid-murid perlulah mempunyai tahap kemahiran dan
kelemahan yang hampir sama supaya guru boleh menyesuaikan kaedah
pengajaran dan bahan bantu belajar mengikut kumpulan. Untuk mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan seseorang murid, guru perlulah menjalankan Ujian
Diagnostik kepada setiap murid.

You might also like