Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Asas Biomekanik

Bio bermaksud sistem biologi (kehidupan)


Mekanik bermaksud analisis daya dan
kesannya.
Biomekanik ialah kajian tentang daya yang
bertindak ke atas tubuh manusia dan
kesan yang dihasilkan daripada daya
tersebut.

Definisi
Menurut Watkins (1999), biomekanik ialah kajian
daya yang bertindak ke atas objek dan
kesannya kepada pergerakan, bentuk, saiz dan
struktur. Menurut Mc Ginnis (1999), biomekanik
ialah kajian daya dan kesannya pada sistem
khidupan. Menurut Hay (1985), biomekanik ialah
kajian tentang tindakan daya dalaman dan
luaran pada tubuh manusia dan kesan yang
dihasilkan melalui tindakan tersebut.

Biomekanik berkaitan dengan pergerakan yang


melibatkan:
Sistem otot
Sistem rangka
Prinsip mekanikal dalam pergerakan manusia

Kepentingan biomekanik ialah:


Membantu tingkatkan kecekapan dan prestasi dalam
aktiviti fizikal
Merancang program latihan yang lebih berkesan dan
selamat

Prinsip-prinsip biomekanik dalam pergerakan


tubuh manusia ialah:
Sistem tuas
Berfungsi untuk meningkatkan daya dan menambahkan
kelajuan dalam sistem mekanikal jasad

Sistem Tuas Rangka


Tuas ialah satu struktur tegar yang bergerak pada satu
titik tetap.
Tuas terdiri daripada:
Beban = bertindak sebagai rintangan atau
kerja
Daya = bertindak sebagai penguncupan otot
Fulkrum = bertindak sebagai sendi atau paksi

Jenis-jenis Tuas
Terdapat tiga kelas tuas, iaitu:
Tuas kelas pertama
Tuas kelas kedua
Tuas kelas ketiga
Klasifikasi tuas adalah ditentukan oleh tiga
kedudukan, iaitu:
Kedudukan fulkrum
Kedudukan beban
Kedudukan daya

Tuas kelas pertama


Berlaku apabila fulkrum berada di antara daya dan
beban. Menggunakan daya yang minimum untuk mengatasi
beban yang besar tetapi pergerakan yang perlahan.
Digunakan untuk:
keseimbangan
tingkatkan kelajuan dan julat pergerakan
tidak meningkatkan daya

Contoh tuas kelas pertama


Aktiviti pukulan dalam badminton
Fulkrum = pergelangan tangan
Daya= otot bahagian lengan
Beban= berat tubuh badan

Tuas kelas kedua


Berlaku apabila beban berada di antara
daya dan fulkrum.
Menggunakan daya yang minimum untuk
mengatasi beban yang besar tetapi
pergerakan perlahan.
Digunakan untuk:
Menghasilkan daya gerakan

Contoh tuas kelas kedua

Aktiviti lonjakan
menggunakan lombol
Fulkrum =hujung jari
kaki
Daya= penguncupan
otot kaki
Beban= berat badan

Tuas kelas ketiga


Berlaku apabila daya berada di antara
beban dan fulkrum.
Menggunakan daya yang maksimum dan
pergerakan pantas.
Digunakan untuk:
Menambahkan kelajuan

Contoh tuas kelas ketiga


Aktiviti menolak bola hoki
Fulkrum= pergelangan tangan kiri
Daya= tangan kanan
Beban= bola hoki

You might also like