Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

rtikel mengenai buah keriang dot pernah muncul di salah sebuah akhbar tempatan yang

bertajuk Buah Keriang Dot yang semakin Pupus. Jadi, tanpa melengahkan masa, biarlah saya
ringkaskan serba sedikit mengenai buah ini. Bagi mereka yang tinggal di kawasan utara tanah
air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali
pokok dan buah keriang dot kerana pokok ini semakin sukar diperoleh. Jika dahulu ia mudah
didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung, kini buah ini semakin lama semakin
berkurangan.
Dipercayai, pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga
Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta
meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa
sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi
perubatan.
Apa yang menarik mengenai buah ini ialah gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama
dengan buah anggur. Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam
darah bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan,
ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.
Bagi sesiapa yang pernah mencubanya, anda pasti mempunyai sesuatu pengalaman untuk
dikongsikan

You might also like