Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Laporan Lawatan ke Kompleks Kraf

Pada 30 Oktober 2014, seramai 20 orang guru pelatih diiringi 10 orang


pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah
mengadakan lawatan ke Kompleks Kraf, Kuala Lumpur. Lawatan ke Kompleks Kraf
tersebut adalah bersempena dengan Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman yang
berlangsung pada 23 Oktober hingga 3 November 2014.
Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dan tiba di Kompleks Kraf pada pukul
12.00 tengahari. Setibanya di sana, kami diberi taklimat ringkas oleh salah seorang
kakitangan Kompleks Kraf. Beliau memberi penerangan tentang perjalanan aktiviti
yang akan dijalankan di kompleks tersebut. Seterusnya, kami dibawa ke Muzium
Kraf untuk melihat pameran kraf warisan yang terdapat di dalam muzium tersebut.
Terdapat pelbagai jenis kraf warisan iaitu jenis pakaian perkahwinan mengikut suku
kaum, peralatan-peralatan bertani, jenis alat-alat muzik tradisional, jenis tenunan,
jenis sulaman, jenis ukiran patung , jenis permainan tradisional dan sebagainya.
Secara tidak langsung kami dapat mengenali pelbagai jenis warisan adat mahupun
kaum yang pelbagai di Malaysia.

Selepas melawat Muzium Kraf, kami dibawa ke lokasi pameran kraf. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah Pameran & Jualan Produk Baru Hiasan Dalaman &
Seni Taman. Di sini terdapat pelbagai jenis hiasan bonsai, jualan produk kayu jati
mengikut negeri-negeri serta jualan kraftangan. Kami dapat melihat pelbagai jenis
produk kayu jati dan kraftangan daripada pelbagai negeri. Antara yang menarik
perhatian ramai ialah jualan kraftangan dari negeri Sabah iaitu gelang, cincin, rantai
leher, keychain dan jenis-jenis perhiasan yang diperbuat daripada manik dan
mutiara. Kami juga tidak melepaskan peluang dengan membeli sedikit cenderamata
untuk dibuat kenang-kenangan.

Selain itu, kami juga melawat Pameran Kucing iaitu Ragam Si Comel Meow
yang bertempat di Khemah B. Terdapat pelbagai jenis baka kucing iaitu Kucing
Siam, Kucing Parsi, Kucing Rusia dan sebagainya. Kami dapat melihat pelbagai
ragam kucing yang mencuit hati pengunjung. Kami juga didedahkan dengan
cara-cara penjagaan kucing serta mengenali jenis-jenis kucing yang ada di seluruh
negara.

Lokasi yang terakhir ialah Pameran Batik. Di sini terdapat pelbagai jenis batik
daripada pelbagai negeri. Corak batik yang menarik mempunyai nilainya yang
tersendiri. Antara jenis batik yang dijual ialah Batik Kelantan, Batik Terengganu,
Tenunan Songket serta Kain Batik. Pengunjung juga berpeluang untuk melihat
dengan lebih dekat batik-batik yang dijual dengan harga yang berpatutan. Para
pengunjung juga berpuas hati kerana mereka boleh tawar-menawar dengan penjual
bagi mendapatkan harga yang lebih murah.

Kesimpulannya, banyak manfaat yang kami perolehi hasil daripada lawatan


ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Aktiviti seperti ini seharusnya perlu lebih aktif
disertai oleh guru-guru pelatih bagi memberi pendedahan yang lebih meluas dalam
pelbagai bidang dan sektor yang terdapat di Malaysia. Sekian, terima kasih.

You might also like