Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG

KAMPUNG SAWAH RING


LORONG 4,
KAMPUNG BARU SAWAH RING,
84700 GERSIK,
MUAR, JOHOR.

TEL : 013-6464266

Ruj. Kami :bil (29)dlmPJKKKSR/11/2


Tarikh
: 13 April 2011
Kepada ;
YB M. Asojan
Ahli Dewan Undangan Negeri,
DUN Gambir.
YB,
MOHON KELULUSAN PERLAKSANAAN SEGERA RM 3,500 PROJEK
MENGEPAM AIR BAWAH TANAH BLOK 20 KG GAUNG KEPAR SAWAH
RING
Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada YB yang telah berusaha keras hingga
terlaksananya projek bekalan letrik di Blok 20 tahun 2010 dahulu.
2.
Untuk makluman YB projek bekalan air di Blok 20 ini sampai sekarang penduduk
dua buah rumah berkenaan iaitu En. Salim Ali dan En. Rosli Sirat masih terpaksa
menggunakan air perigi walaupun YB telah usahakan sejak sebelum pilihanraya 2004
lagi.
3.
Permohonan peruntukan RM3,500 ini ada kaitan dengan rundingan antara En.
Salim dengan YB tempoh hari dan telah ada kontraktor yang sanggup melaksanakannya.
4.
Untuk menunggu perlaksanaan melalui permohonan oleh Pejabat Daerah Ledang
kepada Pembangunan Negeri masih lagi belum berjaya. Saya telah menemui En. Bakhtiar
(Penolong Jurutera) di pejabatnya di Tangkak pada 13/4/2011 jam 3.00 petang . En.
Bakhtiar telah menghubungi melalui telefon ke Johor. Maklumat yang diberi iaitu projek
bekalan air di Blok 20 tiada dalam senarai bagi perlaksanaan dalam tahun 2011 ini.
5.
Oleh itu, saya amat berharap dapat kiranya YB luluskan peruntukan RM3,500
bagi melaksanakan segera memandangkan keluarga-keluarga berkenaan telah lama
menunggu dan terpaksa menggunakan air perigi untuk keperluan harian mereka.
Kerjasama, usaha dan komitmen yang YB berikan amat dihargai dan semoga ianya
berhasil. Terima kasih,

Saya dengan hormatnya,

( HUSSIN BIN MOHAMED )

Sk. 1. Penghulu Mukim Gersik


2. Pegawai Daerah Ledang
3. En. Salim Ali
4. YAB Dato Menteri Besar Johor

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG


KAMPUNG SAWAH RING
LORONG 4,
KAMPUNG BARU SAWAH RING,
84700 GERSIK,
MUAR, JOHOR.

TEL : 013-6464266

Ruj. Kami :bil (28)dlmPJKKKSR/11/2


Tarikh
: 13 April 2011
Kepada ;
________________________________
________________________________
Tuan/puan,
UJIAN (BHG.L) KHAS PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ BIL.1/2011
Dengan hormatnya dimaklumkan dan dijemput tuan/puan hadir mengikut kenyataan di
bawah;
Hari
: Sabtu
Tarikh : 16/04/2011
Masa
: 8.00 pagi
Tempat
: Sek. Men. Keb. Bukit Gambir, Ledang
2.
Bersama-sama ini disertakan resit bayaran RM150.00 bagi menyertai ujian di atas
yang dikeluarkan oleh Kelab JPJ Malaysia Cawangan Johor Bahru, Johor untuk
penerimaan tuan/puan.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Terima kasih.
Saya dengan hormatnya,
Yang menjalankan tugas,
..............................................
(HUSSIN BIN MOHAMED)

Sk-

1. Penghulu Mukim Gersik


2. Pegawai Daerah Ledang

You might also like