Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PEMAHAMAN VIRUS ZEL UNTUK ABAH

1. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa Ada keringat dingin? [2


markah]

Frasa 'ada keringat dingin' bermaksud terdapat peluh sejuk.

2. Pada pandangan anda, mengapakah perkembangan teknologi


maklumat kadang-kadang mendatangkan kesan buruk terhadap manusia?
[3 markah]

Pada pandangan saya, perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang


mendatangkan kesan buruk terhadap manusia kerana kemungkinan
teknologi disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik. Selain itu, ada
kemungkinan berlaku pencerobohan maklumat orang lain, dan
pengaksesan bahan-bahan yang berunsur negatif dapat mendatangkan
pengaruh negatif terhadap minda golongan remaja.

3. Huraikan tema dan persoalan-persoalan cerpen di atas? [4 markah]

Cerpen ini bertemakan kekeluargaan, iaitu tekanan perasaan seorang


remaja akibat perpecahan keluarga. Contohnya, Zel menghadapi tekanan
perasaan akibat penceraian ibu bapanya sehinggakan dia mempunyai
perasaan dendam kepada bapanya. Persoalan-persoalannya pula ialah
persoalan tentang perbezaan status antara suami dengan isteri
mencetuskan konflik, iaitu bapa Zel bekerja sebagai seorang guru di
sekolah rendah kerana memiliki kelulusan yang lebih rendah berbanding
dengan ibunya, seorang usahawan. Persoalan lain ialah tanggungjawab
seorang ibu tunggal. Ibu Zel berjaya membesarkan Zel tanpa kehadiaran
seorang suami di sisinya. Akhirnya ialah persoalan tentang
penyalahgunaan teknologi untuk membalas dendam. Zel berhasrat untuk
menceroboh sistem komputer bapanya bagi memusnahkan data di
dalamnya.

You might also like