Lokasi Kajian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

3.

0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 : Peta Taman Tun Dr. Ismail


Sumber : Laman Web Google Maps

Peta 1 menunjukkan Taman Tun Dr. Ismail terletak di Kuala Lumpur, dan berhampiaran
dengan Bandar Utama dan Damansara Utama. Taman Tun Dr. Ismail merupakan sebuah
lokasi yang strategik kerana mempunyai pelbagai prasarana seperti Sekolah Kebangangsaan
Taman Tun Dr. Ismail (2) (rujuk Foto 1 dan 2), Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail (rujuk Foto
5), Balai Polis (rujuk Foto 6), Klink 1 Malaysia, Masjid AT-TAQWA (rujuk Foto 3 dan 4),
dan kawasan rekreasi Lembah Kiara (rujuk Foto X). Majoriti penduduk di

kawasan

Perumahan Taman Tun Dr. Ismail merupakan golongan menegah atas dan kebanyakkan
daripada mereka juga merupkan golongan professional. Taman Tun Dr. Ismail merupakan
sebuah kawasan yang sedang membangun pesat dan banyak pusat membeli-belah seperti 1
Utama dan The Curve juga terletak berhampiran dengan kawasan Taman Tun Dr. Ismail dan
menjadikan Taman Tun Dr. Ismail mempunyai penduduk yang padat. Lokasi ini dipilih
kerana majoriti penduduk di Taman Tun Dr. Ismail adalah kaum Melayu dan hanya
memerlukan masa 15 minit untuk sampai dari rumah pengkaji. Oleh itu, lokasi kajian ini
memudahkan pengkaji untuk mengumpulkan maklumat dan membuat kajian terhadap
amalan-amalan pantang larang kehidupan seharian yang masih diamalkan oleh masyarakat
Melayu dalam kalangan penduduk di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Foto 1 dan Foto 2 : Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2)
Sumber : Kerja Lapangan 2015

Foto 3 dan 4 : Masjid AT-TAQWA


Sumber : Kerja Lapangan 2015

Foto 5 : Pasar Besar Taman Tun Dr.


Ismail
Sumber : Kerja Lapangan 2015

Foto 6 : Balai Polis Taman Tun Dr.


Ismail
Sumber : Kerja Lapangan 2015

You might also like