Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Kepimpinan

Carta organisasi persatuan pandu puteri Malaysia.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun


Penaung Diraja

YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor


Yang Di Pertua

DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah
Timbalan Yang Di Pertua

YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib


Ketua Pesuruhjaya

Lembaga Eksekutif Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri


Malaysia.
Bil
.

Jawatan

Pegawai

Tempoh

1.

Yang Di Pertua

YABhg Datin Paduka Seri


Rosmah Mansor

2.

Timbalan Yang Di Pertua

DYAM Raja Puan Muda Perak


Raja Nor Mahani Binti Raja Haji
Shahar Shah

2010 2013

3.

Ketua Pesuruhjaya

YBhg Datin Seri Hajah Zalillah


Bte Mohd Taib

2008 2013

4.

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian


Antarabangsa

Cik Jeyadhevi Subramaniam

2012 2015

5.

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu


Puteri Tunas

Puan Tee Huey Ghee

2011 2014

6.

Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri


Remaja

Cik Margaret Lim Pei Tee

2010 2013

Cik Ainil Shahnaz bt Muhamad


Sham

7.

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu


Puteri Renjer

2012 2015

8.

Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet

Puan W. Hasnah bt Abdullah

2011
2012

9.

Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan


Dewasa

Puan Nurulain bt Hj. Ngah

2011
2014

10. Pesuruhjaya Guild Kebangsaan

Puan Lucy Lee

2011
2014

11. Pesuruhjaya Program dan Latihan

Puan Tek bt Mohamad Noor

2011
2014

12. Pesuruhjaya Keahlian

YBhg Datin Zainon bt Zainuddin

2012

2015
13.

Pesuruhjaya Perhubungan dengan


Masyarakat

14. Pesuruhjaya Struktur & Pengurusan

Cik Joyce Ong Choon Kim

2011
2014

Puan Hjh Salbiah bt Ma'arof

2011
2014

Ahli Ex-Officio

Bil.

Jawatan

Pegawai

1.

Setiausaha Kehormat

Cik Nabihah bt Badar

2.

Bendahari Kehormat

Puan Zahridah Hanum bt


Mazlan

3.

Penasihat Undang-Undang

Puan Rusnita bt Noor

Sejarah Bermulanya Pandu Puteri Di Malaysia

1917

Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di
Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin
berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah
didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA.
Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai
Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya

1919

Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang

1921

Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak

1920an

Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung
Baru, Kuala Lumpur

1923

Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang

1924

Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924

1925

Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan

1925

Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.

Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.

1928

Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa
ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi
pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi
sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.

1932

Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan
merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam
bahasa Melayu.

1934

Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah
mengadakan lawatan ke Malaya.

19371946

Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta


pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.

1947

Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usahausaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila
penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah
Melayu.
Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil
bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.

19481960

Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di


seluruh negara.

1957

Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan


Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai
untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.

1960

PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan


Dunia ke-17 di Athens, Greece.

1962

PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan
Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan
Disember.

1964

Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan


Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah,
Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari
pembentukan negara Malaysia pada 1963.

19671976

Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti aktiviti
Perkhemahan Jubli Emas.

1969

Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu

Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM
Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum
Tengku Seri Setia Raja Terengganu.

19771986

Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan
Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan UndangUndang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis
Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian
seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di
seluruh negara.

1986

PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP
Selangor.

19871996

Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan
sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh
negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia
Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri
Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu
Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program
Pandu Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet
Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our
Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.

1997

Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.

1998

Sempena SUKOM 98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan


Komanwel 98.

1999

Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula
dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.

2000

8 15 Febuari Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri


Malaysia oleh Jan Mac Intyre.
Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang Ketua Kontinjen
Bilateral Exchange Programme with China.
Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di
UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan
Sedunia (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian.
20 26 November Aktiviti Antarabangsa;
Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with

The Chinese Young Pioneers (Program Pertukaran Malaysia China)

2001

7-12 September Kem Integrasi 2001:


Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives,
Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan
Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.
Projek Asia Pasifik: PPPM Fiji GGA: Lend A Hand

2002

April Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.

2003

Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di


Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini
akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan
Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan
ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di
wad kanak-kanak (pediatrik).
Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di
setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki
Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang
bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.

2004

Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli
WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama
antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM
menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai
beberapa matlamat.
Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri
berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanakkanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke
Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.
Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian
Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di
Malaysia".

21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel


Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai
105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia
Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.
Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran
dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh
Kementerian Pertahanan.

2005

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS


diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia.
Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.
16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama
Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang
diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.
17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar AlHaj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia
Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di
Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober
- YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke
Rahmatullah.

2006

Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:


Nama Lama

Nama Baru

Tunas Puteri

Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri

Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri

Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri

Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada
Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu
Puteri Renjer.
13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan
di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.
1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature
Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong,
Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO

Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley


Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan
rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi,
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga
menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku
Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.
26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4
malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri.
PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.
9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan
diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.
9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera:
Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid,
Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis
Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri
Selangor.
2007

Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative
Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering
Potential Consultancy.
19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di
Istana Negara
1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan
Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9
3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional
Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua
acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di
Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat
sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia
Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.
6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan

sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja
dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.
7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM
6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah,
Yang Di Pertua baru PPPM
9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said,
Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke
Wisma Pandu Puteri
25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan
Pandu Puteri Malaysia
19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat
Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah

2008

6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan


Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk
Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011
17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem
Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh
500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan
United Kingdom

Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti,


bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan
dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam
pelbagai program baru
Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah
kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpin-pemimpin yang
berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Pandu Puteri untuk Pesuruhjaya
Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan, PPPM akan
terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin dan terlibat dalam
aktiviti antarabangsa.

Penaung-Penaung Di Raja
1917 - 1957
Ratu England
1957 - 1960
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Khurshiah Ibni Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
1960 - 1965
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tengku Badriah Ibni Almarhum Tengku Ismail
1965 - 1970
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Sri Setia Raja
1970 - 1975
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
1975 - 1980
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Zainab Binti Tengku Mohamed Petra
1980 - 1984
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tengku Hajjah Afzan Binti Tengku Muhammad
1984 - 1989
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Sultanah Zanariah

1989 - 1994
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Bainun Binti Mohd. Ali
1994 - 1999
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Najihah Binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
1999 - 2001
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Siti Aishah
2001 - 2006
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid
2006 - 2011
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah

Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia


1919

Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang

1921

H.E. Lady Guillimard

1930

H.E. Lady Clement

1947

H.E. Lady Gent

1948

H.E. Lady Gurney

1952

Y.B. Toh Puan Lady Templer

1953

H.E. Lady Mac Cilivary

1957

Y.B. Datin Puteh Mariah binti Ibrahim Rashid

1962

Y.B. Toh Puan Norashikin Ismail

1963

Y.B. Toh Puan Rahah Razak

1977

Y.B. Datin Suhaila Hussein

1981

Y.A.B. Dato' Seri Dr Siti Hasmah bt Haji Mohd. Ali

2003

Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Endon bt Mahmood

2007

Y.A.Bhg Datin Seri Jeanne Abdullah

2009

Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia


1921 - 1933

Mrs A. Cavendish (Malaysia dan Singapura)

1934

Mrs P.M. Robinson

1934 - 1941

Mrs L.A. Thomas

1942 - 1945

1946

Miss J. Kil Gour

1947

Mrs A.W. Pinnick

1953

Y.B. Datin H.E. Mac Kenzie

1955

Mrs R.G. Health

1958

Puan L. Navaratnam

1973

Puan Hajjah Hendon bt Haji Din

1983

Puan Nik Faizah bt Nik Mustapha

1993

Puan Hajjah Halimah bt Mohd Taib

1998

Puan Hajjah Fatimah bt Mohamad

2003

Puan Salbiah bt Abdul Aziz

2008

YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib

World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS)


PERSATUAN PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PUTERI
SEDUNIA

Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi
yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia.
Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut

lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10
juta orang ahli individu.
Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang
berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup
melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar
melalui pengalaman.

You might also like