Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

AMALAN KESELAMATAN KEBUN

Posted by Senthamarai Kothandan |

undefinedundefined

Langkah keselamatan
1. Keselamatan diri:

Guru telah menyampaikan pengajaran tentang langkahlangkah keselamatan diri semasa berkebun .

Semasa berkebun pelajar dikehendaki berpakaian


seperti:

Baju T' shirt dan seluar panjang

Kasut sukan dan bersarung kaki

Kasut but getah

Sarung tangan

Topi bulat
2. Keselamatan semasa berkebun yang diikuti pelajar:

Menjalankan aktiviti berkebun bersama guru.

Mengikuti arahan guru sebelum menjalankan sebarang


kerja di kebun.

Tidak boleh berlari atau bising semasa berkebun.

Duduk di atas kerusi pendek sambil berkebun seperti,


mencabut rumput, mengembur tanah atau meratakan tanah.

Menggunakan perlatan yang betul dan sesuai semasa


berkebun, contohnya, menggunakan pencakar tangan untuk
mengempur tanah dan memecahkan tanah.

Elakkan menggunakan peralatan yang rosak.

Mengambil peralatan dari bilik stor .

Memakai kasut but bergetah apabila diperlukan seperti


mencangkul tanah dan menyiram tanaman.

Memakai sarung tangan apabila menggunakan pencakar


tangan untuk mengemburkan tanah, mengumpul sampah
dan meratakan tanah.

Memakai sarung tangan dan topeng muka apabila


menyembur racun perosak serangga.Guru sentiasa
mengawasi pelajar semasa menjalankan kerja penyemburan
racun perosak.
3. Keselamatan selepas berkebun yang diikuti pelajar:

Berhenti menjalankan sebarang kerja kebun apabila


guru memberi arahan .
Membersihkan peralatan kotor sebelum disimpan di stor.
Simpan semua peralatan di stor pada tempat yang
dilebalkan.

Semua sampah dimasukkan ke dalam tong sampah.

Memastikan kebun dalam keadaan bersih dan selamat.

Tiada peralatan tajam dan bahaya bertaburan di


kawasan kebun seperti cangkul, sudip dan cakar tangan.

Bersihkan tangan dengan bersih untuk membuang


kotoran.

Sabunkan tangan dengan menggosok di celah jari dan


kuku.
Bilas tangan dengan air sehingga bersih.

TOPI KESELAMATAN

SARUNG TANGAN

KASUT BUT
BERGETAH

BAHAN-BAHAN BERKEBUN
Posted by Senthamarai Kothandan |

undefinedundefined

Bahan-bahan keperluan
menanam pokok jagung dan
sayur bendi
1. BIJI BENIH JAGUNG

Biji benih jagung telah dibeli dari kedai dan memilih biji benih
yang elok untuk ditanam di kebun.

Biji benih jagung yang baik terdiri daripada jenis jagung yang
bermutu.

Biji jagung dikeringkan didahulu sebelum ditanam.

2.

BIJI BENIH BENDI

Biji benih bendi dibeli dari kedai .

Biji benih yang terpilih dari segi saiz dan warna yang elok
sahaja ditanam di kebun.

Biji benih bendi yang baik terdiri daripada bendi tua yang
dikeringkan di pokok.

Setelah dipetik bendi tua yang telah kering dijadikan sebagai


biji benih bendi untuk disemai di tapak semaian.
3 . TANAH LOAM

Tanah loam merupakan tanah berwarna hitam yang digunakan


untuk tanaman sayur-sayuran .

Tanah loam mengandungi galian yang amat penting untuk


pertumbuhan tanaman subur.

Tanah loam telah digunakan sebagai medium tanah yang utama


di kebun untuk

menanam pokok jagung dan pokok bendi.

4. TANAH CAMPURAN PASIR

Tanah campuran pasir merupakan medium tanah yang kedua


penting tanaman sayur-sayuran .

Penambahan campuran pasir penting sebagai tambahan mineral


untuk tanah sebelum menanam pokok jagung mahupun bendi.

5 . BAJA TANAMAN

Baja tanaman amat sesuai untuk pokok jagung dan juga


tanaman sayur seperti bendi .

Baja digunakan untuk pertumbuhan tanaman subur dan


memperolehi hasil tanaman yang baik dan bermutu.

6 . PLASTIK POLITENA

Beg politena digunakan untuk menanam anak benih pokok


jagung dan kacang bendi dari tapak semaian .

Beg politena amat sesuai menanam anak pokok sehingga


membesar 7 cm , sebelum ditanam di batas .

7 . BAHAN ORGANIK

Bahan organik merupakan tanah campuran baja yang amat


sesuai untuk tanaman jagung dan bendi.

Bahan organik kelihatan seperti tanah.

Bahan organik dicampurkan bersama tanah loam dan tanah


campuran pasir di setiap batas tanah sebelum menanam anak benih .

8 . RACUN PEROSAK DAUN

Racun perosak digunakan untuk menyembur pada daun


tanaman supaya tidak ada serangga yang makan daun dan hasil
tanaman (jagung & bendi).

Racun perosak serangga dicampurkan dalam air dan disembur


pada daun bendi 2 minggu sekali.

Guru akan mengawasi pelajar apabila menggunakan racun


perosak tersebut.

9 . BAKUL MENGUTIP HASIL

Bakul ini digunakan untuk mengutip hasil tanaman seperti


jagung .

Bakul ini, mudah diangkat pelajar semasa mengutip hasil


jagung dan dimasukkan ke dalam bakul supaya tidak tercicir atau
jatuh.

Pelajar berasa selesa mengangkat bakul tersebut dan berasa


bangga mengutip hasil tanaman .

Read User's Comments(0)


Posted by Senthamarai Kothandan
Email This

PERALATAN KEBUN DAN


KEGUNAAN
Posted by Senthamarai Kothandan |

undefinedundefined
Peralatan yang digunakan oleh pelajar sepanjang
proses pembelajaran menanan pokok jagung dan
kacang bendi adalah seperti berikut:
1.PENYIRAM AIR

Penyiram merupakan sejenis bekas untuk mengisi air dan


menyiram pokok dan tumbuhan termasuk tanaman sayur-sayuran.
Penyiram mudah diangkat oleh pelajar dengan cara mengisi air
sendiri dan menyiram tanaman pokok jagung dan kacang bendi di
kebun sekolah.( lihat gambar foto) Penyiram jenis plastik adalah
ringgan digunakan oleh pelajar dan tidak mudah rosak, walaupun
jatuh. Bekas penyiram digunakan untuk menyiram air baja supaya
menyuburkan tanaman sayuran di kebun .

Pelajar sedang menyiram tanaman bendi di kebun dengan


menggunakan penyiram. Tiga orang pelajar sedang menyiram air
di kebun untuk tanaman bendi. Pokok bendi memerlukan air yang
banyak untuk cepat membesar.Memandangkan pada bulan
september hujan pada waktu pagi dan petang telah membantu
mempercepatkan pembesaran pokok bendi di kebun sekolah .

2 . SEKATEUR

Sekateur merupakan alat untuk mengemas dahan tanaman dan


mencantas dahan tanaman yang layu. Seketeur telah digunakan
untuk memotong dahan pokok bendi yang tidak diperlukan. Dahan
pokok bendi yang layu atau semak dipotong menggunkan alat ini.
Kerja-kerja membuang dahan batang bendi dilakukan oleh pelajar
dengan diawasi oleh guru.

3. SUDIP TANGAN

Sudip tangan dipegang dengan tangan untuk menggali lubang


supaya menanam biji benih dan memindahkan anak benih. Sudip
tangan juga digunakan untuk mencampurkan tanah dan bahan
-bahan organik seperti baja untuk tanaman bendi .

Pelajar ini sedang menggemburkan tanah dengan menggunakan


sudip tangan sambil duduk. Sudip tangan mudah digunakan dan
senang untuk dipegang kerana ia adalah ringgan dan selamat
digunakan pelajar

4. PENCAKAR
TANGAN

Pencakar tangan digunakan untuk mengembur dan meratakan


tanah. Peralatan ini juga digunakan untuk mengumpulkan rumput

dan daun kering di atas batas. Di samping itu, pencakar tangan


digunakan untuk mengaduk tanah yang padat serta mencungkil
batu-batuan. Pencakar tangan amat mudah digunakan oleh pelajar
. Pencakar tangan diperbuat daripada besi dan plastik dalam
pelbagai saiz mata yang panjang dan pendek.

5 . CANGKUL

Cangkul digunakan untuk menggembur dan memecah tanah.Digunakan


untuk menggali lubang dan meratakan tanah.Cangkul digunakan untuk
kerja menggali tanah dan kerja ringan di kebun.Cangkul digunakan untuk
membuat batas serta lubang menanam biji benih tanaman sayuran
.Kebiasaannya guru yang menggunakan cangkul untuk membuat batas dan
memecahkan tanah

KERETA

SORONG

Kereta sorong digunakan untuk mengangkat tanah, bahan organik dan


kompos.Kereta sorong digunakan untuk mengangkat tanah dengan
bilangan banyak ke kawasan kebun semasa membaja tanah .kereta
sorong ditolak oleh pelajar yang lasak dengan menggunakan tenaga
yang banyak.

7 . SERAMPANG TANGAN

Serampang tangan untuk merumput dan menggemburkan tanah.


Serampang tangan terdapat pelbagai saiz dan warna serta diperbuat
daripada besi dan plastik.Serampang tangan mudah untuk digunakan oleh
pelajar bagi tujuan merumput sambil duduk.

Kemahiran Hidup
Perkebunan Program
Integrasi Pendidikan
Khas Sekolah Menengah
Kampung Jawa Klang

Hasil tanaman jagung di kebun sekolah yang


diusahakan oleh pelajar Pada bulan Januari hingga
April 2012

Hasil tanaman bendi yang diusahakan oleh pelajar


pada bulan September hingga November 2012

Kemahiran Hidup perkebunan merupakan salah satu komponen


kemahiran hidup bagi program integrasi bermasalah pembelajaran di
Sek Men Keb Kampung Jawa.
Tumpuan utama kemahiran hidup perkebunan adalah kepada
perkembangan motor halus, motor kasar dan pengamatan.
Kemahiran hidup yang diperolehi oleh pelajar melalui
perkebunan merupakan satu persedian dengan kemahiran asas
dalam kehidupan seharian supaya pelajar berdikari dengan sempurna
dan lebih berkeyakinan.
Kemahiran hidup perkebunan dijalankan dua kali seminggu ,iaitu
pada hari selasa dan jumaat selama 1 jam 30 minit.
Semua pelajar terlibat bersama dalam pengajaran dan
pembelajaran perkebunan dengan bimbingan guru.
Pengetahuan Kemahiran hidup perkebunan disampikan kepada
pelajar-pelajar
di
bawah
Program
Integrasi
Bermasalah
Pembelajaran .
Pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan pada
tahun 2012 melalui kemahiran perkebunan melibatkan penanaman
dua jenis tanaman, iaitu pokok jagung dan pokok kacang bendi .
Pengajaran dan pembelajaran menanan jagung dan kacang
bendi melibatkan semua pelajar dari kumpulan A sehingga kumpulan
F.
Semua guru turut terlibat dalam perkebunan dan membimbing
pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui kemahiran asas

perkebunan yang boleh dijadikan panduan hidup bagi pelajar-pelajar


yang mempunyai minat dan kebolehan berkebun .

Pelajar yang berjaya melepasi Penilaian Menegah Rendah


(PMR) , kategori ( bermasalah pembelajaran ) diberi peluang untuk
melanjutkan pelajaran di bidang Vakosional di sekolah-sekolah
Vakosional Malaysia .

Sebagai guru pendidikan khas ,telah menjadi tanggugjawab


untuk menyampaikan kemahiran perkebunan bagi memastikan pelajar
berkeperluan khas memperolehi kemahiran yang boleh digunakan
dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran perkebunan adalah


fleksibel untuk memenuhi keperluan individu yang pelbagai tahap
keupayaan supaya mencapai kehidupan bermakna .

LANGKAH -LANGKAH MENANAM


BENDI
Posted by Senthamarai Kothandan |

undefinedundefined
Prosedur menanam pokok
bendi serta penjagaan

2 orang pelajar mengemburkan tanah dengan pencakar tangan


sebelum membuat
batas untuk menanam bendi

pelajar ini sedang mengumpulkan daun dan meratakan dan padatkan


tanah di sekeliling anak bendi

3 orang pelajar sedang menyiram anak pokok bendi pada waktu


pagi

pokok bendi telah tumbuh besar dalam masa tiga bulan

pokok bendi telah mengeluarkan hasil dalam masa tiga bulan

Hasil tanaman bendi

Pokok bendi mengeluarkan bunga berwarna kuning bersama bendi


Biji benih bendi telah disemai di dalam beg
politena terlebih dahulu.
2.
Membuat batas untuk menanam anak pokok bendi
dan jagung.
3.
Menyiram air setiap batas untuk melembapkan
tanah.
4.
Membuat lubang sebesar cawan di atas batas.
5.
Mengubah anak benih bendi menggunakan
penyodok dan dimasukkan ke dalam lubang yang telah
dibuat di atas batas .
6.
Rata dan padatkan tanah di sekeliling anak bendi .
7.
Siram anak bendi perlahan menggunakan
penyiram ( lihat gambar)
8.
Mencabut rumput di kawasan pokok bendi .
9.
Menggemburkan tanah di sekeliling pokok bendi .
10.
Menyiram pokok bendi pada waktu pagi.
11.
Mencantas dahan pokok yang tidak diperlukan .
12.
Menyembur racun perososk 2 minggu sekali.
13.
Apabila hasil tanaman cukup matang boleh
dipetik.
1.

KERTAS CADANGAN
Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Demak Baru 2010

Disediakan Oleh :
Muhammad Safwan Bin Alias
SMK Demak Baru, Kuching, Sarawak

UK
Kertas Cadangan Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Demak Baru 2011.

TLAMAT
Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang
penanaman sayuran dan pokok menggunakan kaedah Fetirgasi.

JEKTIF
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh


mengusahakan pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata
pencarian mereka kelak.
Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman
bertani secara moden.
Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan
pertanian.
Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan
(Gigih) PPKI SMK Demak baru.
Menambahkan lagi dana tabung PPKI SMK Demak Baru dengan
penjualan hasil dari pertanian ini.

ATAR BELAKANG
Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50%
- 70% OKU tidak mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan
yang minima. Matlamat utama program pendidikan khas untuk
golongan istimewa bertujuan mengajar kemahiran yang

membolehkan pelajar bersedia sebelum tamat alam persekolahan


kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak
dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima.
(Groupil, Tasse, Garcimdore, 2002).
Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan
konsep masyarakat penyayang yang bertujuan memberi peluang
kepada mereka integrasi dengan ahli masyarakat lain membina
sikap positif terhadap warga OKU serta memastikan mereka
menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup berkualiti. Kajian
Norasmah dan Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila
terdapat kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar
bermasalah penglihatan dengan pelajar normal. Ini menunjukkan
bahawa orang kurang upaya juga mempunyai ciri-ciri
keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri keusahawanan orang kurang
upaya adalah sama atau hampir sama dengan golongan normal.
(Norasmah & Safani, 2004).
Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid
khas ini, PPKI SMK Demak Baru telah mengambil langkah
memperkenalkan Projek Mini Penanaman Sayuran Menggunakan
Kaedah Fertigasi mulai tahun 2011. Pada pringkat awal, projek ini
akan dibimbing oleh Encik Muhammad Safwan Alias serta akan
dilaksanakan di tapak pertanian PPKI bersebelahan kawasan pakir
motosikal pelajar. Pokok yang akan ditanam adalah pokok cili padi
kerana berdasarkan ketahanan pokok dan buah tersebut melawan
penyakit. Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin berubah
mengikut kesesuaian dan permintaan pasaran. Hasil tanaman akan
diserahkan kepada bahagian keusahawanan yang dibimbing oleh
Puan Nozita Mohamed untuk dijual.
5.

PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI


Apa Itu Fertigasi?

Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah


singkatan daripada perkataan "fertilization" (pembajaan) dan
"irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu teknik penanaman
dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titis beberapa kali
sehari mengikut keperluan. Melalui kaedah ini, pemberian nutrien
lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh dikawal mengikut
keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan
sesuatu tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan
dan pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.
Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu
pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya,
semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh ditanam
menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang
bernilai tinggi seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan
strawberi adalah digalakkan. Dengan menggunakan kaedah
fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada
dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia
dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah.
Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana
sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan
mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan yang
digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan
larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran.
Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan
baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat
pokok diberikan terus ke akar tanaman. Musim bagi tanaman
adalah bergantung mengikut jenis pokok yang ditanam.
Kebanyakan tanaman mengambil masa 6 bulan untuk setiap musim
sebelum pengeluaran hasil berkurangan dan perlu ditanam dengan
pokok baru.

Kelebihan Kaedah Fertigasi


Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak
tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu
tanaman.

Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan


menghindarkan masalah penyakit.
Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit
dan perosak.
Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
Kualiti hasil yang lebih baik.
Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah
tabur hanya 30%.
Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya
jika jejaring kalis serangga diguna pakai.
Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali
ganda.
Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan
menggunakan teknik berselang.
Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang

6.

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid pendidikan khas SMK Demak Baru yang mengambil
aliran Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian). Mereka akan
keluar bertani mengikut jadual yang telah ditetapkan

7.

TEMPAT
Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada
bersebelahan pakir motosikal pelajar. Tempat yang dipilih ini sesuai
kerana mempunyai tanah yang rata dan sesuai untuk fertigasi.
8.

JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN FERTIGASI

Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK

Ahli
PELAKSANAAN

: En. Rambli bin Hj. Hasbi


: En. Jamal Shukuri bin Bolhassan
: En. Muhammad Safwan bin Alias
: Pn. Norzita bte Mohamed
: Cik Ruhana bte Bujang
Pn. Chong Fui Fong
Cik Nillip a/k Kevas (PPM)
Pn Norfauziah (PPM)
: Pelajar PPKI SMK Demak Baru

Bil. Peralatan
Kos (RM)
1. EC Meter
150
2. Sisitem Fertigasi:
- 30 helai Polibeg Putih 16 x 16
- 30 unit mikro tube
- 30 unit dripper
- 30 unit joiner
- 6 unit penyambung polypipe
- 2 unit end clip
- 1 unit penebuk mikro tiub
- 1 unit Pam
- 1 unit tapak semaian
- 1 unit racun serangga
- 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital
Timer)
- 1 set Baja Fertigasi A dan B
- 16mm polypipe (10 meter)
- Silvershine
- Media semaian
300
- Biji benih
3. Tong 100 gelen
50
4. Sabut kelapa/sekam padi
30
5. Pendawaian elektrik
50
6. Pam racun
50
7. Media semaian
20
8. Lain-lain keperluan
50
Jumlah
700

10.

JADUAL PELAKSANAAN
Bil. Jangka
Masa
1. Januari
Febuari

Perkara
- Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada
pelajar
- Penyediaan tapak fertigasi untuk musim
pertama

2.

3.

4.

Febuari
Mac
Mac Jun Jun Julai -

Menyemai benih
Penjagaan anak benih
Menanam anak pokok
Meracun dan merawat pokok
Memancang tiang sokongan
Pendebungaan
Mencantas dahan
Memetik hasil
Menjual hasil yang diperolehi
Meracun dan merawat pokok
Pendebungaan
Mencantas dahan
Mencabut pokok
Merawat media
Menyemai benih
Menyediakan semula tapak untuk musim
kedua
- Perbincangan kesimpulan hasil semusim

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim


setahun dan mereka akan ke tapak tanaman mengikut jadual yang
akan ditentukan kelak secara bergilir-gilir.
10.

PENUTUP

Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini


adalah projek yang pertama kali dijalankan di SMK Demak Baru
dan seumpamanya di Program Pendidikan Khas Integrasi di
Kuching dan ianya dirasakan mampu untuk memberikan impak
yang cukup besar di dalam memperkatakan mengenai hala tuju
program pendidikan khas itu sendiri.
Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di PPKI SMK
Demak Baru, projek ini diharapkan akan dapat membantu pelajar
selepas tamat menempuh alam persekolahan kelak serta dapat
memberikan satu definisi yang jelas bukan sahaja kepada para
pelajar dan ibu bapa yang terlibat tetapi kapada masyarakat juga

secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak amat


diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan.
Terima kasih.
Disediakan oleh,

(MUHAMMAD SAFWAN BIN ALIAS)


SHUKURI BOLHASAN)
Guru PPKI,
SMK Demak Baru.
You might also like:

Disemak oleh,

(EN JAMAL
Penyelaras PPKI,
SMK Demak Baru.

You might also like