Bab 9 Migrasi Penduduk

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAB 9: MIGRASI PENDUDUK

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Migrasi penduduk ialah pergerakan penduduk dari satu tempat tinggal ke satu tempat
tinggal yang lain.
Migrasi penduduk biasanya akan melibatkan pergerakan jarak dan perubahan tempat
tinggal.
Migrasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu migrasi dalaman dan migrasi
antarabangsa.
Migrasi antarabangsa ialah pergerakan keluar dan masuk penduduk yang berlaku antara
negara.
Migrasi dalaman ialah pergerakan penduduk yang berlaku dalam negara.
Di Malaysia, terdapat beberapa jenis migrasi dalaman iaitu:
a. Dari luar bandar ke bandar
b. Dari luar bandar ke luar bandar
c. Dari bandar ke bandar
d. Dari bandar ke luar bandar

7. Aliran migrasi dalaman di Malaysia pada tahun 2001 ialah:


a. Dari luar bandar ke bandar = 11.9%
b. Dari luar bandar ke luar bandar = 4%
c. Dari bandar ke bandar = 67.5%
d. Dari bandar ke luar bandar = 18.5%
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk
Migrasi luar bandar ke bandar
1. Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar merupakan pola migrasi utama di Malaysia.
2. Migrasi ini juga dikenali sebagai migrasi desa bandar.
3. Kawasan bandar yang selalu menjadi tumpuan penduduk ialah bandar, bandar raya dan
kawasan perindustrian.
4. Migrasi penduduk ke bandar menyebabkan pertumbuhan bilangan penduduk di kawasan
bandar.
5. Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar ialah:
a. Peluang pekerjaan
b. Kadar upah yang tinggi
c. Kestabilan politik
d. Kemudahan asas yang lengkap
e. Melanjutkan pelajaran
f. Mengikut keluarga
g. Mengelakkan bencana alam
6. Penduduk dari luar bandar berhijrah ke kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur,
Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik
dan banyak.
7. Di bandar, kadar upah pekerjaan juga adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar
upah di luar bandar kerana taraf hidup di bandar adalah lebih tinggi daripada luar
bandar.

8. Kestabilan politik membolehkan Malaysia membangun dengan pesat dan


menggalakkan
pelabur
asing
melabur
di
Malaysia.
Keadaan
ini
dapat
memperkembangkan ekonomi negara dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
kepada penduduk. Oleh itu, terdapat ramai penduduk dari luar bandar suka berhijrah ke
bandar untuk mencari pekerjaan.
9. Kawasan bandar mempunyai kemudahan asas yang lebih lengkap berbanding dengan
kawasan luar bandar. Bekalan air dan elektrik, sekolah, sistem jaringan jalan raya dan
hospital di bandar berbanding kawasan luar bandar yang mundur. Oleh itu, penduduk
luar bandar suka berhijrah ke bandar untuk menikmati kemudahan awam di bandar.
10. Institusi pengajian tinggi di Malaysia, kebanyakannya didirikan di kawasan bandar
seperti Universiti Malaya di Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi,
Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Malaysia di Skudai,
Johor. Golongan pelajar terpaksa berhijrah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran
mereka.
11. Migrasi dari luar bandar ke bandar juga berlaku apabila ibu bapa ditukarkan tempat
kerja. Jadi seluruh keluarganya berpindah ke tempat baru untuk memulakan kehidupan
yang baru.
12.Masalah bencana alam juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
penduduk luar bandar berhijrah ke bandar. Ini adalah kerana bencana alam seperti banjir
boleh berlaku beberapa kali dalam setahun dan menyusahkan hidup penduduk. Oleh itu,
penduduk luar bandar lebih suka berpindah ke bandar kerana bandar mempunyai
pelbagai kemudahan untuk mencegah banjir.
PETA MINDA
FAKTOR TOLAKAN DI LUAR BANDAR
Kegiatan ekonomi terhad
Tumpuan pada sektor pertanian dan
perikanan
Peluang pekerjaan terhad
Kadar upah rendah
Taraf hidup rendah
Kemiskinan
Kekurangan kemudahan asas
Peluang pendidikan terhad
Bencana alam seperti banjir dan
kemarau
Pertukaran tempat kerja
Perkembangan ekonomi terhad

FAKTOR TARIKAN DI BANDAR


Pelbagai bidang kegiatan ekonomi
Penubuhan Zon Perdagangan
Bebas
Banyak peluang pekerjaan
Kadar upah tinggi
Cara hidup moden
Kemudahan infrastruktur lengkap
Sistem perhubungan dan jaringan
pengangkutan yang baik
Melanjutkan pelajaran
Kestabilan politik
Terdapat pusat rekreasi
Pasaran yang luas untuk
mengembangkan perniagaan

Migrasi luar bandar ke luar bandar


1. Migrasi penduduk dari luar bandar ke luar bandar berlaku antara negeri atau dalam
negeri dan juga dikenali sebagai migrasi antara desa.
2. Migrasi ini biasanya berlaku hasil daripada rancangan pembangunan tanah yang
dirancangkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti:

a.
b.
c.
d.
e.

Lembaga
Lembaga
Lembaga
Lembaga
Lembaga

Kemajuan
Kemajuan
Kemajuan
Kemajuan
Kemajuan

Tanah Persekutuan (FELDA)


Johor Tenggara (KEJORA)
Pahang Tenggara (DARA)
Terengganu Tengah (KETENGAH)
Kelantan Selatan (KESEDAR)

3. Agensi-agensi ini dapat memajukan kawasan luar bandar dengan membuka tanah-tanah
untuk tujuan pertanian.
4. Rancangan pembangunan tanah di kawasan luar bandar bertujuan untuk:
a. Menggalakkan migrasi penduduk dari kawasan luar bandar yang kurang maju ke
kawasan luar bandar di bawah rancangan pembangunan tanah.
b. Membasmikan kemiskinan dan mengimbangkan pembangunan ekonomi di
kawasan luar bandar.
5. FELDA merupakan agensi kerajaan yang paling berjaya meningkatkan migrasi penduduk
antara desa.
6. Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk dari luar bandar ke luar bandar
ialah:
a. Peluang pekerjaan
b. Ancaman komunis
c. Dasar kerajaan
d. Melanjutkan pelajaran
e. Mengikut keluarga
7. Penduduk dari luar bandar berhijrah ke kawasan luar bandar yang bertanih subur untuk
mengusahakan tanah kerana kawasan asal mereka tiada peluang pekerjaan.
8. Semasa Zaman Darurat di Malaysia, ramai penduduk luar bandar berhijrah ke luar
bandar yang selamat atau di bawah perlindungan kerajaan kerana ancaman
komunis mengurangkan keselamatan mereka.
9. Pihak kerajaan telah berkerjasama dengan agensi-agensi untuk membangunkan
kawasan luar bandar. Oleh itu, rancangan pembangunan tanah di adakan di kawasankawasan luar bandar di Malaysia.
10. Kawasan yang diadakan ini mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan sekolah
untuk kanak-kanak belajar.
11. Terdapat juga institusi pengajian tinggi yang dibina di kawasan luar bandar di Malaysia
seperti Universiti Utara Malaysia di Sintok dan Universiti Utara Malaysia di Bota.
Golongan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di institusi-institusi ini bermakna
mereka terpaksa berhijrah ke kawasan luar bandar.
12. Bagi ibu bapa yang bertukar tempat kerja dari sesuatu kawasan luar bandar ke luar
bandar yang lain, mereka akan memindahkan seluruh ahli keluarga mereka ke kawasan
baru untuk memulakan kehidupan baru.
PETA MINDA
FAKTOR TOLAKAN DI KAMPUNG
Pendapatan rendah
Tahap kemiskinan tinggi
Kekurangan kemudahan asas

FAKTOR TARIKAN DI FELDA


Pendapatan peneroka meningkat
Peluang pekerjaan bertambah
Kerajaan menyediakan kemudahan asas

Taraf hidup rendah


Saiz tanah pertanian kecil atau
tiada tanah

yang lengkap
Taraf hidup peneroka bertambah baik
Tanah pertanian luas dan subur

You might also like