Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 21

BAB 6

LAPORAN
TAHUNAN
SYARIKAT
1

OBJEKTIF
1. Menjelaskan akta dan peraturan yang
menguatkuasakan keperluan pelaporan
kewangan di Malaysia.
2. Menerangkan apa itu laporan kewangan.
3. Mengenalpasti kandungan laporan
kewangan.
4. Membincangkan apa itu laporan
tahunan.
5. Menghuraikan kandungan laporan
tahunan syarikat

Pengenalan
Maklumat kewangan & bukan kewangan
diperlukan oleh pihak pengurusan &
pihak luar
Mendedahkan maklumat yang perlu
diketahui oleh pengguna (dalam/luar)

Keperluan Perundangan & Pendedahan


Maklumat Kewangan Syarikat
1. Akta Syarikat 1965
2. Keperluan Penyenaraian oleh Bursa
Saham Kuala Lumpur (BSKL)
3. Akta Peaporan Kewangan 1997
4. Peraturan-peraturan Industri Sekuriti
1999
5. Akta Cukai Pendapatan 1967
4

Akta Syarikat 1965


Seksyen 169 (1) ,
sesebuah syarikat yang baru ditubuhkan
hendaklah menyediakan dan membentangkan
penyata pendapatan dalam mesyuarat agung
tahunan dalam masa tidak lebih daripada lapan
belas bulan semenjak ditubuhkan.
Seksyen yang sama juga menetapkan agar bagi
tahun-tahun yang berikutnya, penyata
pendapatan perlu disediakan dan dibentangkan
sekurang-kurangnya sekali bagi setiap tahun
perakaunan syarikat.

Akta Syarikat 1965


Seksyen 169(14) - menekankan agar lembaran
imbangan yang disediakan hendaklah memberi
gambaran yang sebenar dan adil tentang
keuntungan atau kerugian yang dialami oleh
syarikat dan hal-hal berkaitan kedudukan
kewangan syarikat pada akhir tempoh kewangan.
Penyata pendapatan dan lembaran imbangan
yang disediakan mestilah mematuhi kehendak
Jadual Sembilan, Akta Syarikat 1965.
6

Keperluan Penyenaraian oleh Bursa


Saham Kuala Lumpur (BSKL)
BSKL mengkehendaki semua syarikat
yang disenaraikan agar menyediakan
akaun mengikut standard perakaunan
yang dikeluarkan oleh MASB

Akta Peaporan Kewangan 1997

Satu set penyata kewangan yang lengkap


mengandungi lima (5) komponen, iaitu
a. Kunci kira-kira
b. Penyata pendapatan
c. Suatu penyata yang menunjukkan sama ada
(i) Semua perubahan dalam ekuiti; atau
(ii) Perubahan dalam ekuiti selain daripada
perubahan yg timbul drpd urus niaga modal
bersama pemilik & pengagihan kepada pemilik.
d. Penyata aliran tunai.
e. Polisi perakaunan dan nota penjelasan.

Peraturan-peraturan Industri
Sekuriti 1999

Mulai 2001, menguatkuasakan Peraturan


Berasaskan Pendedahan (Disclosure-based
Regulation)
Syarikat yg berurusan dgn pasaran sekuriti
dikehendaki menyediakan maklumat yg lengkap,
tepat & sesuai pd masanya (timely).
T/jawab utk sediakan maklumat - promoters,
pengarah & penasihat termasuk advising
merchant bank, reporting accountants, peguam
dan jurunilai.
9

Akta Cukai Pendapatan 1967


Penyata tentang keuntungan atau
kerugian perniagaan perlu dikemukakan
kepada pihak LHDN untuk membolehkan
taksiran cukai dibuat ke atas
pendapatan daripada operasi perniagaan
bagi setiap tempoh perakaunan.

10

LAPORAN KEWANGAN
1. Laporan Pengarah
2. Laporan Juruaudit
3. Lembaran Imbangan, Penyata
Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti,
Penyata Aliran Tunai dan Nota Kepada
Akaun
4. Kenyataan Pengarah
5. Perisytiharan Berkanun
11

Laporan Pengarah
Nama pengarah2 dan jawatan masing2 sehingga
tarikh laporan, aktiviti-aktiviti utama syarikat
dalam tahun kewangan dan apa-apa perubahan
aktiviti atau peristiwa penting jika ada,
Amaun bersih untung @ rugi selepas peruntukan
cukai pendapatan, amaun dan butir pemindahan yg
material dalam simpanan @ peruntukan, hal-hal
berkaitan terbitan saham & debentur, maklumat
tentang aset dan liabiliti syarikat, peristiwa
kewangan yg penting, manafaat & kepentingan
pengarah serta maklumat-maklumat lain yg
diperlukan di bwh Seksyen 169(6), (11) dan (12) dan
Seksyen 172(2).
12

Laporan Juruaudit
Penyata pendapatan & lembaran imbangan yang
akan dibentangkan dlm mesyuarat agung
tahunan mesti diaudit terlebih dahulu seperti
yang dikehendaki oleh Seksyen 169(4), Akta
Syarikat 1965.
Maklumat yg perlu - pendapat mereka tentang
kecukupan rekod-rekod kewangan yang
disimpan oleh syarikat, sama ada akaun telah
disediakan mengikut kehendak akta dan
standard perakaunan yang diluluskan.
13

Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan,


Penyata Perubahan Ekuiti, Penyata Aliran
Tunai dan Nota Kepada Akaun

Lembaran Imbangan dan Penyata Pendapatan


mestilah disediakan mengikut peruntukan di
bawah Jadual Sembilan (9), Akta Syarikat 1965
dan mengikut MASB 1.
Penyata Perubahan Ekuiti disediakan bagi
menerangkan perubahan yang berlaku (jika ada)
dan baki akhir bagi saham modal, saham
premium, rezab penilaian semula (revaluation
reserve), rezab terjemahan (translation
reserve) dan unappropriate profit.
14

Lembaran Imbangan, Penyata


Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti,
Penyata Aliran Tunai & Nota Kpd Akaun
Penyata Aliran Tunai juga dikenali
sebagai penyata perubahan dana perlu
disediakan.
Penyata ini menunjukkan sumber dan
penggunaan tunai daripada aktiviti
operasi, pelaburan dan pembiayaan serta
baki akhir tunai atau tunai yang setara
(cash equivalent)
15

Anak-anak syarikat -syarikat subsidiari


@ syarikat bersekutu, - sediakan
penyata pendapatan, lembaran
imbangan, penyata perubahan ekuiti dan
penyata aliran tunai yang disatukan.
Kesemua penyata ini perlu dibaca
bersama dengan Nota kepada Akaun
yang turut disediakan. Keperluan
penyediaan Nota kepada Akaun ini
dinyatakan di bawah Jadual Sembilan (9)
16

Kenyataan Pengarah
Seksyen 169(15), Akta Syarikat 1965, penyata
pendapatan dan lembaran imbangan yg
dibentangkan perlu disertai dgn kenyataan
pengarah.
2 org pengarah sykt perlu menandatangani
kenyataan - mengesahkan bahawa penyata
pendapatan dan lembaran imbangan yang
disediakan memberi gambaran yg sebenar & adil
ttg hasil operasi perniagaan dan hal ehwal
kewangan syarikat serta anak-anak syarikat (jika
ada)
17

Perisytiharan Berkanun
Penyata pendapatan dan lembaran
imbangan syarikat yg disediakan perlu
disertakan dengan perisytiharan berkanun.
Perisytiharan berkanun ini perlu
ditandatangani oleh 2 orang pengarah
syarikat yang tidak terbabit dengan
pengurusan kewangan syarikat &
ditandatangani di hadapan pesuruhjaya
sumpah.
18

LAPORAN TAHUNAN SYARIKAT


Dikeluarkan sekali bg setiap thn kwgn
Laporan kewangan, falsafah , maklumat &
struktur korporat, ringkasan peristiwa
penting, penyata pengerusi, imbasan
peristiwa penting berkaitan operasi dan
kewangan, ringkasan kewangan 5 tahun,
analisis pemegangan saham dan senarai
hartanah syarikat.
Notis mesyuarat agung tahunan dan
borang proksi.
19

KANDUNGAN LAPORAN TAHUNAN


SYARIKAT
Laporan seperti yang ditetapkan di bwh
Seksyen 169, Akta Syarikat 1965
i. Notis Mesyuarat Agung Tahunan
ii. Maklumat dan Struktur Korporat
iii.Penyata Pengerusi
iv.Maklumat Penting Kewangan
v. Kalendar Peristiwa Penting dan Aktiviti
Korporat

20

KANDUNGAN LAPORAN TAHUNAN


SYARIKAT
vi. Laporan Kewangan
vii. Kenyataan Berkenaan Kawalselia
Korporat (Statement on Corporate
Governance)
viii. Analisis Pemegangan Saham
ix. Senarai Hartanah Syarikat
x. Borang Proksi
21

You might also like