Terapi Main

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Terapi Main

Bermain merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan merupakan suatu cara
bagaimana murid-murid khas mengenal dunia. Murid khas memerlukan belbagai variasi
permainan

untuk

perkembangan

fizikal,

mental

dan

emosi.

Melalui

aktiviti

permainan,murid-murid istemewa dapat merangsang pertumbuhan otot-otot tubuh,


mengembangkan keupayaan kognitif dan juga emosi mereka.
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang
aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa
main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.
Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak
untuk berurusan dengan realiti sebenar.
Tujuan terapi main kepada murid pendidikan khas

Mengurangkan masalah tingkah laku


Meningkatkan komunikasi
Mempu menilai diri sendiri
Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri
Membolehkan melahirkan masalah
Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan
Meningkatkan tahap perkembangan kognitif kanak kanak
Mendorong kanak kanak untuk lebih aktif
Membantu pembelajaran menjadi lebih konkrit
Mendapat sokongan emosi
Belajar untuk memahami tentang perasaan dan pemikiran mereka
Belajar mengurus perhubungan

Perbezaan terapi main dengan bermain ialah terapi main :


Mempunyai objektif yang ditetapkan

Mempunyai perancangan awal


Mempunyai kawalan spesifik
Menggunakan alatan tertentu untuk mencapai objektif
Mengikut masa yang telah ditetapkanTerapi alternatif

Pelaksanaan aktiviti terapi main


i) Bilik terapi
Kelengkapan bilik terapi bergantung kepada kesesuaian dan keperluan murid-murid
pendidikan khas. Bilik terapi mestilah mempunyai kelengkapan seperti bahan-bahan
resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan bahan-bahan lain yang
bersesuaian.
ii) Media mainan (kritirea)
Media mainan mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan murid khas dan merupakan
satu peluang untuk menguji realiti murid-murid. Media mainan ini membantu murid-murid
istemewa

dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak

diingini. Salah satu ciri media mainan ialah bahan mestilah mudah dimanipulasi oleh
murid-murid.
iii) Kategori mainan
a)mainan mencirikan kehidupan sebenar
set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak
set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon
b)mainan bercirikan luahan perasaan agresif

gari
penukul
peralatan militari
topeng

c)mainan bercirikan luahan perasaan kreatif

crayon
playdoh
kad
boneka bekas air

Masalah pelaksanaan terapi main


i). Guru
kurang kepakaran
tidakmempunyai masa ynag mencukupi untuk menjalankan sesi terapi
kurang kerjasama dan perhatian murid
ii). Murid

perbezaan individu
ganguan emosi dan tingkah laku
masalah kesihatan
kerencatan mental murid

iii). Ibubapa
sikap ibubapa ynag kurang kesedaran dan pendedahan keperluan terapi untuk
anak yang mengalami masalah pembelajaran.
taraf ekonomi keluarga
Cadangan penambahbaikan.
Mengadakan lawatan ke pusat-pusat terapi yang mempunyai kelengkapan yang
cukup.
Sokongan dan pengorbanan dari ibi bapa untuk anak-anak mereka
Seminar atau kursus disediakan untuk guru akar pengetahuan dan kepakaran
semakin meningkat terutamanya untuk kaedah pelaksanaan terapimain kepada
murid.
Guru merancang aktiviti yang menarik dan merangsang minda murid khas. Guru
hendaklah memastikan peraturan permainan tidak memerlukan pemikiran minda
yang tinggi.

You might also like