Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

UW00202

TITAS
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
SEMESTER 1, SESI 2014/2015
SEKSYEN 4

MASALAH SOSIAL
KES- KES PENCULIKAN YANG BERLAKU SECARA
BERTURUT- TURUT DI NEGERI SABAH
DISEDIAKAN UNTUK
DG HAFIZAH AG. BASIR

NAMA AHLI

NO MATRIK

NO TELEFON

LOLITA WONG LIN

BS14110471

0146843550

HO KOOI CHEE

BS14110344

0123768186

TUNG CHU LING

BS14110892

0163388578

TAN WAI YI

BS14110851

0122441036

ISI KANDUNGAN
1

TANDATANGA
N

NO
1.0
2.0
3.0

4.0
5.0
6.0
7.0
8.0

TAJUK
Pengenalan
Latar Belakang kes-kes penculikan yang berlaku
Faktor-faktor yang menyebabkan kes penculikan yang
berlaku di negeri Sabah dan langkah- langkah untuk
menyelesaikannya
Apakah yang patut dilakukan oleh masyarakat ataupun
kerajaan semasa menghadapi kes- kes penculikan
Pandangan sosial terhadap kes- kes penculikan yang berlaku
Kesan- kesan terhadap kes- kes penculikan yang berlaku
Langkah-langkah untuk mengatasi fenomena penculikan di
negeri Sabah
Lampiran

MUKA SURAT
3
4-5
5-7

8.1) Borang Soal Selidik

17

8.2) Analisis Kajian Soal Selidik

18 - 20

7-9
9 - 11
12 - 14
14 - 16

9.0

Kesimpulan

20 - 21

10.
0

Rujukan

21

1.0 PENGENALAN
TAN WAI YI
BS14110851
Penculikan merupakan satu perbuatan yang mengambil seseorang atau
menangkap seseorang dengan cara yang agresif tanpa kebenaran yang sah.
Mereka yang berbuat demikian berkemungkinan adalah untuk tujuan wang
tebusan, membalas dendam atas masalah peribadi ataupun langkah awal bagi
jenayah lain. Tidak kira apakah tujuan seseorang melakukan kes-kes penculikan
ini, perbuatan ini adalah menyalahi undang-undang yang telah ditaklukkan.
Sesiapa yang sesungguhnya melakukan perbuatan ini dan sekiranya dikenalpasti
atas kelakuan tersebut, mereka akan didakwa atas menyalahi undang- undang
negara. Seterusnya mereka perlu bertanggungjawab atas kelakuan mereka dan
menanggung hukuman yang telah ditetapkan berdasarkan akta-akta yang telah
ditentukan.
Sejak kebelakangan ini, kes-kes penculikan yang telah kian berlaku tidak
sahaja tertumpu di dalam negeri Sabah tetapi juga dalam seluruh negara
Malaysia. Walaubagaimanapun, kes-kes penculikan yang berlaku secara berturutturut di negeri Sabah dalam tiga bulan yang lalu pada awal tahun ini itelah
menarik perhatian daripada pelbagai pihak. Negeri Sabah yang dikenali dengan
keindahan alam semula jadi dan selalu menjadi tumpuan destinasi pelancongan
marin khususnya di kalangan warga asing telah dicalar oleh kes-kes penculikan
yang
berlaku
secara
berturut-turut
dalam
tahun
ini.
Sebenarnya, kes- kes penculikan bukanlah satu isu yang terbaru
dibincang dalam negara kita. Semenjak tahun- tahun yang lalu, kes- kes
penculikan yang berlaku telah bertambah buruk dalam negara kita. Kalau kita
masih ingat, seorang kanak- kanak perempuan yang bernama Sharlinie yang
didapati hilang pada 09 Januari 2008 dan dipercayai telah diculik, masih belum
dijumpai selepas enam tahun ini. Oleh itu, sebagai warganegara Malaysia, setiap
rakyat sebenarnya mempunyai tanggungjawab dalam mempertahankan
keselamatan negara. Marilah kita bersama-sama mengkaji kes-kes penculikan
yang berlaku di dalam negara kita ini dan mencadangkan langkah- langkah yang
boleh dilakukan untuk menyelesikan masalah-masalah ini.

2.0 LATAR BELAKANG CONTOH KES-KES PENCULIKAN YANG TELAH


BERLAKU
HO KOOI CHEE
BS14110344
2.1 Kes Pertama:
Kejadian penculikan ini telah berlaku pada 02 April 2014 pada jam lebih kurang
10.30 malam bertempat di Resort Singgahmata, Semporna. 1 Kejadian ini telah
melibatkan seorang pelancong yang berasal dari China dan juga seorang pekerja
yang berasal dari Filipina dan kini bekerja di Resort Singamata Adventure & Reef
Resort Sdn Bhd. Dalam kejadian ini, dua orang mangsa tersebut telah diculik
iaitu penama Marcy Dayawan, Perempuan, umur 40 tahun, warganegara Filipana
dan merupakan pekerja di resort tersebut. Seorang lagi mangsa bernama Gao
Hua Yuan, perempuan, umur 29 tahun, warganegara China dan merupakan
seorang pelajar dari Shanghai China yang menginap di resort tersebut bagi
menghadiri kursus menyelam di resort tersebut.
Dalam kejadian ini, didapati sekumpulan lelaki seramai tujuh orang telah
memasuki kawasan resort ini dengan menggunakan sebuah bot jenis speed
bot dan bersenjata api. Lebih kurang jam 11.00 malam, kesemua penculik telah
beredar dari kawasan resort dengan membawa bersama dua orang mangsa culik
tadi. Selepas mereka menculik kedua-dua mangsa tersebut, mereka telah
meminta 38 million ringgit Malaysia (US11 million) hanya untuk melepaskan Gao
Hua Yuan. Walaubagaimanapun, atas kerjasama antara Malaysia dan juga
Filipina, mangsa- mangsa ini telah dilepaskan dan diselamatkan. 2
2.2 Kes kedua:
Kejadian penculikan ini pula berlaku di kawasan Pantai Timur Sabah berdekatan
Silam, Lahad Datu. Kes ini telah melibatkan seorang warganegara China yang
bernama Yang Zai Lin, 34 tahun yang berasal dari Guangzhao, China. Mangsa ini
merupakan pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar dilarikan sekumpulan
lima lelaki bersenjata dan percaya telah menuju ke selatan Pulau Simutu, Filipina
pada 06 Mei 2014. Walaubagaimanapun mangsa Yang Zai Lin telah berjaya
dibebaskan oleh penculik berdasarkan hasil tindakan pihak berkuasa

1 Laman Rasmi Utusan Borneo:


http://www.utusanborneo.com.my/content/esscom-kenal-pasti-kumpulan-culikdua-wanita-dari-resort-di-pulau-singgahmata (19 September 2014)
2 Laman Rasmi MSTAR: http://www.mstar.com.my/berita/beritajenayah/2014/06/01/polis-cari-petunjuk-insiden-culik-sabah/
4

berpandukan maklumat risikan dan tiada wang tebusan yang dibayar terhadap
penculik.3
2.3 Kes Ketiga:
Kejadian ini telah berlaku pada 12 Julai 2014, Sabtu di Semporna. Hal ini
melibatkan seorang anggota polis Marin yang bernama Konstabel Zakia Aleip
dan dipercayai teah diculik oleh lapan orang lelaki bersenjata di Pulau Mabul.
Semasa Konstabel Zakia Aleip diculik, kami percaya dia telah dikurung di tempat
persembunyian hutan pergunungan, Pulau Jobo, selatan Filipina. Selepas
Konstabel Zakia Aleip diculik oleh penculik tersebut, PDRM dengan kerjasama
pihak berkuasa Filipina telah menjalankan proses perundingan dengan kumpulan
penculik tersebut untuk membebaskan Konstabel Zakia Aleip dengan secepat
mungkin. 4

3.0FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN KES PENCULIKAN DI NEGERI SABAH


TUNG CHU LING
BS14110892
Menurut kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz, industri pelancongan di negeri Sabah menerima
tamparan yang besar sekiranya kes penculikan dilaporkan semakin meningkat
sejak berlakunya kes pencerobohan di Lahad Datu pada bulan Februari tahun
lepas. Walaubagaimanapun, projek Sabah Tourism dipromosikan dengan giat
untuk menarik minat pelancong ke negeri Sabah. Namun, soal-soal keselamatan
telah menjadi kebimbangan pelancong. Peristiwa hitam yang berlaku pada 2
April 2014 telah menggemparkan seluruh negara Malaysia apabila seorang
pelancong warga China, Gao Hua Yuan yang berusia 29 tahun serta seorang
pekerja warga Filipina, Marcy Darawan yang berusia 40 tahun telah diculik oleh
sekumpulan lelaki bersenjata dari Resort Singamata Reef di Semporna, Sabah. 5
Peristiwa tersebut turut meruntun perasaan rakyat Malaysia sehingga soal-soal
keamanan menjadi kebebanan dan kebimbangan masyarakat. Bak kata pepatah
kalau tidak ada angina manakah pokok bergoyang , setiap masalah yang
timbul ada sebabnya, kes-kes hitam yang berlaku di negeri Sabah pun tidak
dikecualikan. Demi mendepani dunia yang berkembang, faktor-faktor kejadian
3 Laman Rasmi MSTAR: http://www.mstar.com.my/berita/beritajenayah/2014/07/10/pengurus-dibebaskan/
4 Laman Rasmi Berita Harian:
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Polissedangberundingdenganpencu
likuntukbebaskanZakiahAleip/Article/cetak
55 Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/empatditahan-dalam-kes-penculikan-semporna-33187
5

kes penculikan di negeri Sabah perlu dikemukakan untuk menangani tragedi


tersebut sebelum nasi sudah menjadi bubur.
3.1Kewujudan sikap tamak
Antara faktor-faktor yang menyebabkan kes penculikan semakin menjadijadi di negeri Sabah termasuklah kewujudan sikap tamak yang ingin mengejar
kemewahan hidup. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tamak berdefinisi
keinginan untuk memiliki sesuatu tanpa batasan yang akan menyebabkan
seseorang melakukan kerja-kerja yang terhina. 6 Sekiranya seseorang mempunyai
sikap ketamakan yang dinyatakan sebagai konsep salah terhadap perkaitan
antara kekayaan dengan kebahagiaan, seseorang ini tidak akan berfikir panjang
dan mengambil jalan mudah dengan melakukan kes-kes jenayah seperti kes
penculikan untuk mencapai kemewahan hidup dalam rangka masa yang pendek.
Sebagai contoh, wang tebusan yang tinggi sebanyak RM 36.4 juta telah dituntut
oleh kumpulan penculik bagi membebaskan Gao Hua Yuan yang diculik dari
Resort Singamata, Semporna.7 Pada pandangan kumpulan, tragedi tersebut telah
membuktikan sikap ketamakan akan mengaburi kewarasan fikiran untuk
melakukan jenayah demi kemewahan hidup.
3.2Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI)
Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri Sabah dengan
kemasukan melalui agensi-agensi haram atau penggunaan pas masuk lawatan
sosial turut menyebabkan fenomena penculikan semakin berleluasa. Kebanjiran
pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah telah menimbulkan pelbagai masalah
sosial seperti kes-kes jenayah yang membebankan negara dan menjejaskan
ekonomi tempatan. Menurut kata Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Ahmad Nadzer
Nordin, golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) dianggap sebagai dalang
utama dalam kegiatan penculikan di kawasan Pantai Timur Sabah. Berdasarkan
maklumat dari Bahagian Perisikan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas
Pantai Timur Sabah, kemasukan golongan pendatang asing tanpa izin (PATI)
dipercayai menjalankan kegiatan penculikan di negeri Sabah demi memeras ugut
wang tebusan atas mangsa culik.8 Pada pandangan kumpulan, kemasukan
golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah menimbulkan pelbagai
masalah sosial perlu dipandang serius demi keamanan dan kesejahteraan
negara.
66 Kamus Dewan, 2005. Edisi Keempat Cetakan Pertama. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Halaman 1355.
77 Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/penculiktuntut-tebusan-rm36-4-juta-untuk-wanita-33609
88 Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/pati-pantai-timursabah-dipercayai-tali- barut-kumpulan-penculik-esscom-38207

3.3Kemerosotan penghayatan nilai keinsanan dan agama


Kemerosotan penghayatan nilai keinsanan dan agama merupakan salah
satu faktor yang menyebabkan tragedi penculikan di negeri Sabah. Kekurangan
pendidikan agama akan mempengaruhi seseorang dari segi pembentukan budi
bahasa dan mendorong kemerosotan dalam aspek kerohanian etika.
Kemerosotan nilai keinsanan dan agama menyebabkan seseorang terjerumus
dalam gejala yang tidak bermoral seperti melakukan kes penculikan untuk
mencari rezeki bagi mengejar kemewahan hidup. Situasi tersebut dapat
dipaparkan melalui kes-kes penculikan dan pencerobohan yang berlaku pada 15
November 2013 di pusat peranginan Pulau Pom-Pom. Peristiwa hitam ini pula
menggemparkan seluruh negara Malaysia apabila seorang pelancong warga
Taiwan, Hsu Li Min yang berusia 57 tahun ditemui mati di bilik pusat peranginan
Pulau Pom-Pom dengan dua kesan tempakan pada dadanya. Manakala, teman
wanitanya, Chang An Wei yang berusia 58 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki
bersenjata dan sejumlah wang tebusan pula dituntut bagi membebaskan
mangsa culik.9 Pada pandangan kumpulan, fenomena penculikan dan
pencerobohan yang menjadi-jadi di negeri Sabah telah menjadi petanda
kehancuran yang meluas dalam pembangunan negara maju disebabkan oleh
kekurangan dari segi keinsanan.

3.4Kesimpulan
Pada pandangan kumpulan, faktor-faktor kejadian kes penculikan di negeri
Sabah perlu dikemukakan untuk menangani tragedi penculikan dengan bijaksana
dan proaktif demi mendepani dunia yang berkembang pesat. Konsep bahawa
golongan masyarakat merupakan focus dan sasaran utama dalam sejarah
pembinaan akhlak dan budi pekerti perlu diperkuatkan untuk mengelakkan
kemerosotan nilai keinsanan dan agama yang akan menyebabkan seseorang
terjerumus dalam gejala yang tidak bermoral seperti melakukan kes penculikan
di negeri Sabah.

4.0 APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT ATAUPUN


KERAJAAN SEMASA KEJADIAN PENCULIKAN ORANG BERLAKU
HO KOOI CHEE
BS14110344
Dalam beberapa kes penculikan orang yang berlaku di Sabah
kebelakangan ini, kita tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh pihak polis dan
masyarakat ketika kejadian penculikan orang berlaku. Oleh itu, aspek ini perlu
dikaji supaya kita boleh bertindak dengan cepat dan rasional apabila kita
99 Laman Rasmi Astro Awani: http://www.astroawani.com/news/show/kes-bunuhdan-culik-pelancongan-di-pulau-mabul-tidak-terjejas-25834
7

menghadapi kes yang sama pada masa depan. Kita boleh meningkatkan
kesedaran diri terhadap kes penculikan orang.
4.1 Mangsa
Dari segi mangsa, mangsa menjerit dengan kuat semasa penculik cuba
menangkapnya. Ini dapat menarik perhatian orang sekeliling dan mungkin boleh
diselamatkan. Mangsa juga cuba mencari peluang untuk melarikan diri. Selepas
diculik, mangsa menenangkan diri supaya tidak merangsangkan penculik.
Mereka mematuhi segala arahan penculik. Mereka juga cuba memberi maklumat
seperti masa ditangkap atau keistimewaan tempat mangsa disembunyikan jika
terdapat peluang agar mudah dikesani. Contohnya, mangsa Konstabel Zakia
Aleip yang merupakan polis Marin yang ditangkap pada pada 12 Julai 2014 di
Semporna telah membuat 42 panggilan kepada isterinya dan polis. 10 Tetapi, dia
tidak memberitahu isterinya dan pihak polis tentang kedudukannya.
Walaubagaimanapun, dia masih selamat sebab dia berjaya membuat panggilan
kepada isterinya dan pihak polis. Pada pandangan kami, ketenangan mangsa
sangat penting kerana tindakannya akan mempengaruhi emosi penculik, oleh
itu, mereka perlu bertenang dan cuba mencari jalan untuk menyelamatkan diri
sendiri.
4.2 Ahli Keluarga Mangsa
Bagi ahli keluarga mangsa kes penculikan orang, mereka cuba bertenang
selepas mengetahui berita buruk ini. Mereka juga cuba tidak bertindak dengan
terburu-buru. Apabila penculik menghubungi ahli keluarga mangsa, mereka cuba
mengenalpasti identiti mangsa dengan mendengar suara atau nama panggilan
ahli keluarga mangsa. Selepas mengenalpasti identiti mangsa, mereka
melaporkan kepada polis dengan segera. Mereka juga bekerjasama dengan polis
dan mengikut segala arahan polis supaya tidak melakukan sesuatu yang akan
merangsangkan penculik. Contohnya, pihak polis dapat mengesan kedudukan
mangsa semasa penculik menelefon keluarga mangsa dari China. Selain itu, ahli
keluarga mangsa juga sentiasa berfikiran positif dan mendoakan agar mangsa
akan kembali dengan selamat. Contohnya, isteri mangsa Konstabel Zakia Aleip
sentiasa mendoakan kesejahteraan suaminya di bawah perlindungan Allah S.W.T,
mengerjakan solat hajat setiap kali timbul perasaan rindu terhadap suaminya. 11
Pada pandangan kumpulan kami, ahli keluarga perlu memberi sokongan dari segi
mental walaupun mangsa berada di tempat yang jauh tetapi mereka akan
merasakan sokongan tersebut.
4.3 Pihak polis
1010 Laman Rasmi Malaysia Kini: http://www.malaysiakini.com/news/271299 (18
September 2014)
1111 Laman Rasmi Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kepulangan-suami-hadiah-rayaterbaik-1.301854 (18 September 2014)
8

Di samping itu, pihak polis juga bertindak dengan cepat selepas kes
penculikan orang berlaku. Mereka menyiasat kes dengan efisien dan tidak
membazir satu saat pun. Mereka cuba mencari orang saksi kejadian dan
menanya mereka terhadap proses penculikan orang. Mereka juga cuba
mengesan CCTV yang terdapat di sekeliling agar mengetahui seluruh proses
penculikan orang. Selain itu, pihak polis juga menyita tempat kejadian supaya
mudah mencari bukti seperti rambut, kesan jari dan lain lain. Mereka akan
menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada bahagian forensik. Bukti-bukti tersebut
memainkan peranan yang penting kerana kesan jari setiap orang adalah
berbeza. Jika mereka mendapati kesan jari di tempat kejadian, ini akan
memudahkan siasatan pihak polis. Selain daripada kesan jari, rambut dan fiber
buatan atau fiber dari kuku jari yang terdapat di tempat kejadian juga dapat
mambantu dalam siasatan pihak polis. 12 Pihak polis juga bekerjasama dengan
Interpol jika negara lain terlibat dalam kes penculikan orang. Mereka juga cuba
bekerjasama dengan pihak kastam dan mendapat gambar penculik jika mereka
melalui kastam semasa pergi ke luar negara. Mereka juga cuba bekerjasama
dengan polis negara yang terlibat untuk mendapatkan maklumat risikan supaya
memudahkan misi menyelamatkan mangsa kes penculikan tersebut. Pihak polis
tidak melepaskan sebarang maklumat dan bukti untuk menyelamatkan mangsa.
Mereka juga menghubungi dan cuba bekerjasama dengan ahli keluarga mangsa.
Hal ini membolehkan mereka mendapat peluang untuk mengesan kedudukan
mangsa semasa penculik menghubungi ahli keluarga mangsa untuk wang
tebusan. Mereka juga akan menghantar satu pasukan untuk berunding dengan
orang tengah yang terbabit dengan kes penculikan orang tersebut agar dapat
menyelamatkan mangsa dengan lebih cepat. Pihak polis juga memberi
kaunselling kepada ahli keluarga mangsa supaya mereka tidak berfikiran negatif
dan bertindak dengan terburu-buru.
4.4 Saksi
Dari segi saksi kejadian penculikan orang, mereka cuba menenangkan diri
semasa kejadian tersebut berlaku. Mereka cuba mengingati muka penculik jika
tidak ditutup. Mereka juga memberi perhatian kepada pakaian dan warna kulit
penculik. Terdapat saksi kejadian seluruh proses kejadian tersebut dengan teliti
dan ini membantu pihak polis dalam siasatan. Ada yang membekalkan maklumat
kepada pihak polis seperti cara penculik melakukan jenayah dan cara mereka
melarikan diri dan sebagainya. Contohnya, dalam kes penculikan di Singamat
Reef Resort di Semporna, saksi memberitahu polis bahawa mereka melihat tiga
lelaki bersenjata memasuki resort tersebut manakala empat lagi menunggu
dalam sebuah bot kayu di bawah dek. 13 Selepas menyaksikan kejadian tersebut,
1212 Barry A.J. Fisher, William J.Tilstone, Catherine Woytowicz. 2009. Introduction
to criminalistics: The foundation of forensic science. USA : Elsevier Academic
Press. Halaman 57,137
1313 Laman Rasmi KLXPRESS: http://klxpress.com.my/?p=14063 (19 September
2014)
9

mereka melaporkan kepada pihak polis dengan segera supaya mangsa dapat
diselamatkan. Mereka juga cuba menyelamatkan mangsa mngikut kemampuan
diri. Selain itu, saksi juga cuba memaklumkan orang lain untuk menyelamatkan
mangsa kejadian penculikan orang. Walaubagaimanapun, terdapat juga saksi
yang mengalami ketakutan dan tidak menghulurkan sebarang bantuan semasa
kejadian penculikan orang tersebut berlaku. Hal ini disebabkan mereka takut
akan penculik dan tidak dapat melakukan apa-apa pada masa itu.
4.5 Media
Bagi pihak media, mereka melaporkan kes penculikan orang dengan
berhati-hati agar tidak merangsangkan penculik dan membahayakan
keselamatan mangsa. Pihak media juga menyebarkan berita tentang kes
penculikan orang melalui laman web sosial supaya ramai orang membantu atau
memberi maklumat yang dapat membantu pihak polis dalam siasatan kes
tersebut. Walaubagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
berkata tidak wajar bagi pihaknya mendedahkan maklumat terkini mengenai kes
culik pada 2 April lepas.14 Mereka juga menyebarkan gambar-gambar penculik
jika ada agar orang awam dapat mengecam penculik apabila mereka terjumpa
penculik kes tersebut. Pihak media juga menyeru saksi untuk memberi maklumat
untuk membantu pihak polis dalam siasatan kes tersebut.
4.6 Kesimpulan
Pada pandangan kumpulan kami, semua pihak harus bekerjasama untuk
menyelamatkan mangsa kes penculikan kerana masa itu emas. Mangsa juga
harus bertenang dan menunggu peluang untuk melarikan diri dan saksi kes
penculikan harus melaporkan polis dengan secepat mungkin. Pihak polis harus
berusaha dengan bersungguh-sungguh agar penculik-penculik dapat ditangkapi.
Oleh itu, semua pihak harus malaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik
supaya mangsa kes penculikan dapat diselamatkan.

5.0 PANDANGAN
BERLAKU

SOSIAL

TERHADAP

KES-KES

PENCULIKAN

YANG

TAN WAI YI
BS14110851
Sejak kebelakangan ini, kes-kes penculikan yang kian berlaku telah
membimbangkan setiap masyarakat. Masalah sosial ini yang berlaku telah
menyebabkan keyakinan rakyat tempatan terhadap keselamatan negara dan
juga keselamatan diri semasa keluar dari rumah terjejas. Sebenarnya, apakah
pandangan sosial terhadap kes- kes yang berlaku ini. Adakah rakyat tempatan
benar- benar risau, ataupun masih yakin serta memberi kepercayaan yang
1414 Laman Rasmi MSTAR: http://www.mstar.com.my/berita/beritasemasa/2014/04/12/tidak-wajar-dedah-maklumat-penculikan/ (19 September
2014)
10

sepenuhnya terhadap pengawai keselamatan negara kita? Marilah kita bersamasama mengkaji pandangan sosial terhadap kes penculikan yang berlaku secara
berturut- turut di negeri Sabah dan juga diseluruh negara.
5.1 Pandangan rakyat tempatan: Bimbang dan rasa tidak selamat
Bagi rakyat tempatan, kes-kes yang kian berlaku ini tidak dapat
dinafikan telah membimbangkan rakyat tempatan terutamanya terhadap
keselamatan diri mereka tidak kira berada di mana- mana. Pada pandangan
mereka, mereka akan rasa risau semasa keluar persendirian terutamanya pada
waktu malam. Manakala bagi kebanyakan wanita pula, disebabkan terdapat
kebanyakan kes penculikan yang berlaku adalah pada waktu malam
terutamanya semasa mereka memandu persendirian dalam perjalanan balik ke
rumah ataupun semasa mereka mengambil kereta dalam pusat beli-belah pada
waktu malam. Oleh itu, mereka akan memberi lebih perhatian dalam jarang
memakai aksesori seperti tali leher emas ataupun beg yang berjenama supaya
tidak menjadi sasaran penculik.
Kebanyakan rakyat tempatan berpandangan bahawa memakai pakaian yang
tidak berjolok mata seperti pakaian yang tidak berjenama juga akan
mengurangkan peluang untuk menjadi sasaran penculik.
5.2 Pandangan Rakyat Tempatan: Haruslah mencari teman semasa
berada di luar.
Seterusnya, rakyat tempatan juga rasa mereka diri sendiri perlulah
meningkatan perhatian terdapat perkara yang berlaku di sekeliling selepas keskes penculik yang turut berlaku. Mereka akan lebih sensitif terhadap orang yang
tidak berkenal di sekeliling rumah kediaman. Bagi wanita, disebabkan
kebanyakan kes yang berlaku, mereka biasanya akan mencari teman semasa
balik perseorangan ataupun pergi ke mana- mana tempat.. Terhadap sesetengah
golongan wanita yang terpaksa balik persendirian, mereka akan berhenti dan
menunggu di hadapan rumah kediaman, selepas beberapa minit memperhatikan
kawasan rumah kediaman, pastikan kawasan sekeliling itu selamat barulah
mereka akan masuk ke dalam rumah. Bagi mereka, mereka berpandangan
bahawa perlindungan dari pihak polis juga tidak dapat memberi janjian bahawa
mereka akan selamat. Cara yang sepatutnya dilakukan adalah kesedaran diri
sendiri terhadap perkara yang berlaku di sekeliling.
5.3 Pandangan pihak keselamatan Universiti Malaysia Sabah.
Manakala dari pandangan pihak keselamatan seperti polis dan pihak
keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), kes-kes penculikan yang berlaku
telah mengancam keselamatan terutamanya pelajar yang menuntut pelajaran di
negeri Sabah. Mereka akan berasa bimbang semasa bersendirian dalam kawasan
yang sunyi. Hal ini disebabkan mereka berasa tidak terlindung. Mereka akan
mencari teman tidak kira di dalam kawasan universiti ataupun keluar dari
universiti. Kes- kes yang berlaku, bagi sesetengah pelajar, mereka memberi
pendapat bahawa tidak dapat memberi tumpuan dalam pembelajaran semasa
11

mengulang kaji pada waktu malam persendirian dekat perpustakaan. Hal ini
kerana lokasi perpustakaan yang agak jauh dari kolej kediaman telah
menyebabkan mereka bimbang semasa menunggu bas bersendirian di
perhentian bas berdekatan perpustakaan pada waktu malam. Oleh hal yang
demikian, mereka akan mengurangkan pergi ke perpustakaan pada waktu
malam dan ini telah mengganggu pelajar yang ingin mencari maklumat di
perpustakaan terutamanya bagi mereka ingin melakukan kerja kursus.
5.4 Pandangan pelancong asing dan pelajar dari luar negara.
Selain itu, berdasarkan kajian soal selidik, pelancong asing ataupun
pelajar yang berasal dari negara luar dan sedang menuntut pembelajaran di
negara kita juga berasa bimbang dan sakit hati atas kes-kes penculikan yang
berlaku ini. Mereka merisau keselamatan mereka dan mereka berasa susah kalau
didapati kawan ataupun keluarga mereka diculik disebabkan mereka berasal dari
negara luar. Oleh itu, mereka tidak tahu macam mana membolehkan mereka
meminta bantuan dari pihak lain. Dengan ini mereka akan lebih menjaga
keselamatan diri supaya tidak membimbangkan keluarga mereka di negara
mereka sendiri. Secara keseluruhannya, mereka berpendapat bahawa, jangan
mengambil keselamatan sebagai satu perlindungan yang diberi oleh pihak lain.
Namun kita diri hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri. Manakala bagi
pelancong asing pula, atas ketidakstabilan keselamatan di negara kita,
kebanyakan pelancong asing telah kekurangan yakin terhadap negara kita dan
pembatalkan pelancongan ke negara kita selepas kes- kes penculikan yang terus
berlaku telah meningkat. Hal ini dapat membuktikan keyakinan mereka terhadap
keselamatan di negara kita telah terjejas.
5.5 Pandangan pelabur luar.
Namun daripada pandangan pihak pelabur luar, keselamatan negara
yang tidak stabil ini juga merupakan faktor yang terutama mengakibatkan
mereka menarik diri dalam terus melabur di negara kita. 14 Hal ini disebabkan
mereka berasa bimbang dalam melabur di negara kita disebabkan kewangan
pelabur yang melabur adalah dalam amaun yang agak besar. Oleh itu, mereka
tidak menyanggup mengambil risiko tersebut. Kebanyakan pelabur yang
melabur di sesuatu tempat adalah berbanding daripada keselamatan negara
tersebut manakala negara kita telah kekurangan faktor yang terutamanya untuk
mendorong mereka terus melabur di negara kita. Kekurangan pelabur dalam
negara kita akan memberi impak yang agak besar terhadap ekonomi negara dan
seterusnya membalas dalam kehidupan setiap rakyat. Dengan ini, kita sebagai
warganegara Malayisa haruslah berganding bahu dalam menubuh semula nama
baik negara kita supaya menambah balik yakin lebih pelabur dalam terus
melabur di negara kita. Lagipun, hal ini juga untuk membaiki semula nama baik
serta imej negara kita dalam peringkat antarabangsa.
5.6 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, setiap pihak telah memberikan pandangan yang
berbeza terhadap kes- kes yang berlaku di negara kita. Namun, kebanyakan
12

mereka yang berpendapat bahawa, kes- kes ini yang berlaku telah menjejaskan
syarat yang paling dalam sebuah negara iaitu keselamatan sesebuah negara.
Oleh itu, sebagai rakyat tempatan yang bertimbang rasa haruslah berganding
bahu dalam menyelesaikan kes- kes ini dalam beberapa cara yang dicadangkan.

6.0 KESAN-KESAN KES PENCULIKAN DI NEGERI SABAH


LOLITA WONG LIN
BS14110471

Kita tidak dapat menafikan bahawa kes-kes penculikan yang berlaku telah
membawa banyak kesan yang buruk terhadap masyarakat serta negara kita.
Kesan- kesan tersebut hendaklah dipandang serius oleh masyarakat untuk
mengurangkan impak-impak yang lain dengan sedaya upaya. Kesan-kesan
daripada kes penculikan telah dibincangkan di bawah.

6.1 Sektor aktiviti pelancongan negara terjejas

Sektor aktiviti pelancongan negara terjejas disebabkan oleh kes


penculikan yang berlaku di kawasan pantai timur Sabah. Kesan itu dapat dilihat
apabila sebanyak 76 penerbangan dari China ke Kota Kinabalu dibatalkan sejak
akhir-akhir ini.15 Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed
Nazri Aziz berkata, kes-kes penculikan tersebut telah memberi impak yang lebih
serius kepada pelancongan negara berbanding dengan insiden kehilangan
pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Beliau juga mengatakan bahawa semua
pembatalan tersebut dibuat melibatkan penerbangan ke Kota Kinabalu kerana
kerja lebih perlu dilakukan terhadap pelancong daripada China. Usaha ini adalah
untuk meyakinkan lagi pelancong dari China bahawa Sabah adalah selamat
dikunjungi. Meskipun beberapa kejadian penculikan dilaporkan hanya berlaku di
kawasan pantai timur Sabah, namun kesannya tetap melibatkan seluruh negeri
Sabah.
Selepas peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada tahun lepas,
berlaku lagi beberapa siri penculikan di perairan tersebut. Serangan di Pulau
Mabul, menyebabkan seorang anggota polis terbunuh dan seorang lagi ditahan.
1515 Laman Rasmi ABN NEWS: http://news.abnxcess.com/bm/2014/06/kespenculikan-di-sabah-beri-impak-lebih-besar-kepada-sektor-pelancongan/ (15
September 2014)
13

Kejadian ini sudah pasti menjejaskan usaha-usaha yang telah digariskan oleh
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Terdapat banyak pakej
pelancongan dan tempahan pelancongan semasa juga telah dibatalkan oleh
pelancong-pelancong selepas kes penculikan tersebut berlaku. Walaupun
penerbangan dibuat ke Kota Kinabalu yang sah selamat tetapi ia turut
dibatalkan.
Pengarah Eksekutifnya, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata berdasarkan
laporan Indeks Pasaran Pelancongan (TMI) 2014, berlaku penurunan yang amat
besar iaitu pada 9.0 mata bagi tempoh suku pertama dan 38.6 mata bagi suku
kedua.16 Beliau menyifatkan penurunan tersebut amat membimbangkan kerana
penurunan ini juga akan menjejaskan purata perbezaan pertumbuhan bagi
industri pelancongan. Pada pandangan kumpulan kami, episod kejadian
penculikan yang berlaku berturut-turut di negeri Sabah ini sudah pasti
menggugat
bilangan
kehadiran
pelancong-pelancong
ke
negara
ini
memandangkan ia membabitkan aspek keselamatan. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan bahawa keadaan ini telah memberi kesan yang sangat serius dalam
sektor pelancongan serta kemajuan pembangunan di negeri Sabah.
6.2 Imej negara kita terjejas

Kes-kes penculikan yang berlaku di pantai timur Sabah juga telah


menjejaskan imej negara kita. Negeri Sabah sepatutnya merupakan destinasi
pelancongan yang amat menarik dan indah. Terdapat banyak pelancong asing
akan melancong ke negeri Sabah dengan imej Sabah yang baik. Dengan
berlakunya kes penculikan pada kebelakangan ini, ramai orang akan terasa
bingung dengan tiga kes penculikan dalam tempoh tiga bulan di negeri Sabah.

Negeri Sabah dikenali dengan keindahan alam semula jadi dan menjadi
tumpuan destinasi pelancongan marin khususnya di kalangan wargawarga asing. Ia sedikit banyak mencalar imej Sabah ketika negara mengalualukan kedatangan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia. Bagi
pandangan kami, imej negara juga akan dijejaskan apabila warga asing
memberikan komen yang negatif tentang negeri Sabah selepas mereka
melancong ke negeri Sabah. Imej yang negatif ini akan disebarkan ke negara
yang lain dan warga negara lain akan memberi tanggapan yang tidak baik
terhadap negeri Sabah.

1616 Laman Rasmi The Malaysian Insider:


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sektor-pelancongan-terjejasteruk-akibat-penculikan-di-sabah-dan-mh370-kata (16 September 2014)
14

6.3 Tahap keselamatan di negeri Sabah merosot

Insiden yang berlaku membuktikan kemerosotan tahap keselamatan


negeri Sabah. Pada 28 April lepas, sekumpulan penculik dari selatan Filipina yang
cuba memasuki negara ini melalui perairan Semporna dikatakan terpaksa
mengubah haluan ke perairan negara jiran di utara Sabah selepas gagal
menembusi kawalan ketat di Esszone. Keadaan ini menyebabkan pendudukpenduduk yang tinggal di kawasan tersebut berada dalam ketakutan dan
kebimbangan pada setiap masa. Dengan ini, perintah berkurung telah diberikan
di perairan pantai timur Sabah untuk menjamin keselamatan semua penduduk di
kawasan tersebut. Kebebasan pergerakan penduduk di pantai timur Sabah telah
dihadkan demi manjamin keselamatan mereka. Insiden ini bukan rompakan
pengganas bersenjata canggih kerana hanya kelompok yang tidak begitu pasti,
tiada hubungan pengganas antarabangsa. Berlakunya kes penculikan akan
membawa perubahan yang sangat besar dalam keselamatan masyarakat kerana
munculnya ancaman dari penculik asing. 17 Kita khuatir kalau ia tidak diatasi,
Malaysia akan terdedah kepada banyak serangan.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim juga tidak menafikan


wujudnya elemen kekeluargaan sehingga mendorong seseorang individu itu
menyalurkan maklumat kepada pihak lain. Beliau berkata bahawa mereka
mungkin memberi maklumat dalaman contohnya berkenaan status seseorang
individu serta lokasi mereka yang dikehendaki itu. Keadaan ini telah
memudahkan rancangan penculik-penculik untuk melakukan gejala penculikan
demi keuntungan mereka sendiri. Manusia kini sudah menjadi satu komoditi
kepada mereka (penculik) untuk mendapatkan sumber kewangan.18 Dengan
sikap dan perlakuan penculik-penculik yang mementingkan diri sendiri, gejala
yang dilakukan oleh mereka akan menjejaskan masyarakat di seluruh negara
serta dunia.19

6.4 Kemerosotan ekonomi Negara


1717 Karmen Andrew, 2007, Crime Victims, An Introduction to Victimology,
Halaman 273.
1818 Laman Rasmi The Malaysian Times:
http://www.themalaysiantimes.com.my/esscom-tekad-pastikan-kawasan-pantaitimur-sabah-selamat/ (16 September 2014)
1919 Robert C. Davis, Arthur J. Lurigio, Susan Herman, 2013, Victims of Crime,
Halaman 401-402.
15

Sektor ekonomi negara kita juga dipengaruhi oleh kejadian-kejadian kes


penculikan yang berlaku di negara Sabah. Negara-negara asing akan
mengurangkan pengimportan dan pengeksportan dengan negara kita. Keadaan
ini disebabkan kekurangan keyakinan syarikat-syarikat antarabangsa terhadap
negara kita.

Kadar pelaburan dari negara asing ke negara kita juga akan menurun
sama sekali. Terdapat banyak pelabur asing serta pelabur tempatan akan
memilih untuk melabur di negara asing berbanding dengan negara kita. Kejadian
ini akan menyebabkan pendapatan negara kita menurun dan berlakunya
pengaliran keluar mata wang ke luar negara. Pelabur-pelabur yang melabur
kepada perancangan pembinaan tempat peranginan di negeri Sabah juga akan
membatalkan rancangan mereka. Hal ini menyebabkan negara kita mengalami
kerugian dan kebaziran sumber-sumber pembinaan yang berkos tinggi. Pada
pandangan kumpulan kami, negara kita harus bekerjasama dan membina
hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar supaya membangkitkan
ekonomi negara kita.

7.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI FENOMENA PENCULIKAN DI


NEGERI SABAH
TUNG CHU LING
BS14110892
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan langkah berdefinisi cara
atau usaha yang dilaksanakan untuk mencapai sesuatu maklamat. 20 Langkah
pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk
mencegah seseorang daripada terlibat dalam gejala yang terhina. Peristiwa
hitam di negeri Sabah yang telah meruntun perasaan rakyat Malaysia perlu
ditangani sebelum kudis menjadi tokak. Demi mencegah isu-isu penculikan di
negeri Sabah, masyarakat Malaysia tidak seharusnya mendopang dagu tetapi
pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil.
7.1Mengetatkan pengawasan kawasan sempadan
Untuk mencegah fenomena penculikan di negeri Sabah, pengawasan
kawasan sempadan perlu diperketatkan untuk mengatasi masalah kebanjiran
pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai sebagai dalang utama dalam
2020 2005. Kamus Dewan: Edisi Keempat Cetakan Pertama. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 760.
16

kegiatan penculikan. Pihak imigresen dan pihak polis marin perlu berganding
bahu dalam tindakan pencegahan kes-kes tersebut secara bersepadu. Jabatan
Imigresen perlu bertindak tegas untuk mengesan dan menghantar pulang
pendatang tanpa izin (PATI) bagi mengelakkan kemerosotan sosio-budaya
Malaysia. Pihak tentera perlu giat meronda di kawasan sempadan dan membuat
tangkapan orang yang disyaki. Pada pandangan kumpulan, semua pihak perlu
bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keyakinan pelabur dan
pelancong asing demi pembangunan di negeri Sabah.
7.2

Peranan media massa

Media massa memainkan peranan yang penting dalam mencegah kejadian


penculikan di negeri Sabah. Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan untuk
memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Sejajar
dengan perkembangan teknologi telekomunikasi yang telah mendominasi
kehidupan masyarakat, pihak media massa dapat mendedahkan informasi
dengan mudah untuk menghangatkan semua lapisan masyarakat dalam usaha
membendung tragedi penculikan di negeri Sabah. Pada pandangan kumpulan,
usaha dinamik dan secara konsisten ini amat penting dalam bimbingan
masyarakat agar berada di landasan yang betul.
7.3

Mengetatkan hukuman

Fenomena penculikan di negeri Sabah merupakan jenayah berat yang


bertentangan dengan fitrah manusia dan merosakkan keharmonian masyarakat
setempat. Demi mengelakkan proses perkembangan sistem kehidupan
masyarakat terganggu, usaha yang bijaksana perlu diambil dengan megetatkan
hukuman berat sebagai peringatan masyarakat. Undang-undang negara perlu
dikuatkuasakan supaya kumpulan penculik berasa serik atau takut dalam
perbuatan yang salah di sisi agama. Pada pandangan kumpulan, hukuman sebat
atau penjara perlu dijatuhkan bagi kesalahan menculik untuk memberikan
peringatan dengan mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut agar tidak
menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah.
7.4

Menitikberatkan pendidikan agama dan moral

Pendidikan agama dan moral amat penting dan perlu disemaikan dalam
sanubari rakyat. Agama tanpa ilmu merupakan buta manakala ilmu tanpa agama
merupakan lumpuh. Hal ini membuktikan peri penting didikan agama dan moral
dalam kehidupan masyarakat untuk mengelakkan kehidupan menjadi seperti
kapal tanpa nakhoda. Pendidikan agama dan moral perlu dititikberatkan supaya
seseorang itu sihat dari segi pembentukan budi bahasa dan kerohanian etika.
Pada pandangan kumpulan, didikan agama sejak kecil perlu dititikberatkan
dengan mengamalkan budaya agama yang dapat mencegah daripada
melakukan gejala yang terhina.
7.5

Menyediakan perkhidmatan kaunseling

Perkhidmatan kaunseling merupakan elemen yang proaktif dalam usaha


pencegahan fenomena penculikan di negeri Sabah. Pihak kebajikan masyarakat
17

perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling dan memberikan nasihat kepada


mangsa culik yang mengalami ketidakstabilan emosi. Jabatan Kebajikan
Masyarakat perlu memberikan perlindungan dan perkhidmatan nasihat kepada
mangsa culik. Pada pandangan kumpulan, pusat kaunseling perlu diperbanyak di
seluruh negara untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa culik
daripada ketakutan dan ketidakstabilan emosi.
7.6

Kesimpulan

Pada pandangan kumpulan, semua lapisan masyarakat harus


menggembleng tenaga untuk membanteras kes penculikan daripada berleluasa
di negeri Sabah demi mencapai Wawasan 2020 sebagai negara maju, aman dan
sejahtera. Pihak berkuasa perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah
atau motivasi kepada masyarakat supaya informasi berkenaan gejala penculikan
yang tidak bermoral. Kita harus mempunyai keyakinan terhadap tindakan yang
diambil untuk menyelesaikan isu tersebut mengikut pendekatan agama yang
memberikan ketenangan kepada golongan masyarakat. Dengan usaha segenap
lapisan masyarakat secara bersatu-padu, isu-isu penculikan di negeri Sabah
dapat ditangani dengan lebih proaktif.

18

8.0 LAMPIRAN
8.1 BORANG SOAL SELIDIK
Tamadun Islam dan Asia
Kes-kes penculikan yang berlaku secara berturut- turut dalam negara kita.
Pada masa kini, kes- kes penculikan yang kian berlaku ini telah
membimbangkan rakyat tempatan. Borang soal jawab ini adalah untuk
mendapatkan pandangan anda terhadap kes- kes yang berlaku
ini.Recently, the kidnapped cases had occurred frequently in our country
and these cases had worried the people. This questionnaire is carry out to
collect the opinions from the people regarding these cases happened.
1) Adakah anda tahu kes-kes penculikan yang telah berlaku dalam negara
kita terutamanya negeri Sabah pada tahun ini? Do you notice the
kidnapped cases happened in our country recently?
Ya/Yes

Tidak/No

2) Adakah anda rasa keselamatan diri terancam atas kes-kes penculikan


yang berlaku? Do you feeling secure staying in this country after you
heard of these kidnapped cases happened recently?
Ya/Yes

Tidak/No

3) Apakah pandangan anda terhadap kes-kes penculikan yang berlaku?


What's your opinions towards the kidnapped cases that happened
recently?

4) Apakah anda rasa kesan daripada kes-kes penculikan ini terhadap


negara
kita?
Do you think the kidnapped cases would bring any effects to our country?
Please list down the effects.

19

5) Apakah cadangan anda yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan


dalam mempertahankan negara kita daripada terus berlaku kes
penculikan
ini?
What are your suggestions that can the government do to prevent these
cases from keep happening?

Terima Kasih atas pandangan dan masa anda dalam menyelengkapkan


borang soal selidik ini.Thank you for your patient and cooperation in filling
this form. All your efforts, we appreciate it.
8.2 Analisis Kajian Soal Selidik
TAN WAI YI
BS14110851
Secara kesimpulannya, berdasarkan 30 responden (termasuk pelajar
antarabangsa, mahasiswa/ mahasiswi UMS/ pihak keselamatan UMS) yang
kumpulan kami kaji, pandangan mereka terhadap kes- kes penculikan yang
berlaku di negara kita telah dikumpulkan.
Secara keseluruhannya, kebanyakan responden sedar atas masalah sosial
iaitu kes- kes penculikan yang berlaku di negara kita. Berdasarkan 30 responden
yang kami kaji, hanya 3 orang responden yang tidak sedar atas kes- kes
penculikan yang berlaku secara berturut- turut di negara kita.

Bilangan responden yang sedar tentang kes- kes penculikan yang berlaku di negara kita.
Sedar tentang keskes penculikan yang
berlaku
Tidak sedar tentang
kes- kes penculikan
yang berlaku

Seterusnya, berdasarkan pandangan responden terdapat 20 responden


daripada 30 responden yang kami kaji berpendapat bahawa kes- kes penculikan
20

yang kian berlaku di negara kita telah mengugatkan keselamatan negara kita.
Namun, 10 daripada jumlah responden itu berasa kes- kes yang berlaku hanya
sementara sahaja dan tidak akan mengancam keselamatan tempatan dalam
jangka masa yang panjang.

Adakah responden itu berasa keselamatan diri terancam atas kes- kes penculikan yang kian berlaku?
ya
tidak

Di samping itu, secara keseluruhannya, menurut pandangan pelajarpelajar yang melakukan kajian soal selidik berkenaan kes- kes penculikan yang
berlaku di negara kita, mereka berpendapat bahawa kes-kes penculikan yang
berlaku di negara kita telah menambah buruk keadaan keselamatan negara kita
sejak kebelakangan ini. Hal ini disebabkan kes- kes penculikan yang berlaku
bukan sahaja menggugatkan keselamatan rakyat tempatan, tetapi secara
keseluruhannya telah mengancamkan keselamatan masyarakat serta negara
kita. Imej negara telah terjejas atas peringkat antarabangsa. Rakyat tempatan
terpaksa hidup dalam kebimbangan. Mereka berasa tidak selamat semasa keluar
dari rumah. Mereka berharap kes- kes ini dapat diselesai dengan secepat
mungkin supaya keadaan ekonomi negara dapat dibaiki semula. Tambahan pula,
sesetengah pelajar berpendapat bahawa kes ini yang kian berlaku adalah
disebabkan peraturan negara yang longgar. Oleh itu, haruslah pihak kerajaan
mengetatkan peraturan atas kesalahan jenayah ini. Sebagai contohnya,
mengenakan hukuman yang lebih berat atas pesalah yang ditangkap serta
dibukti melakukan kes jenayah ini.

21

Menurut kajian, kesan- kesan utama daripada kes- kes penculikan yang
berlaku adalah keamanan negara telah terancam. Rakyat tempatan telah
mengurangkan keyakinan mereka terdapat keselamatn negara kita. Rakyat
tempatan akan sentiasa hidup dalam kebimbangan. Imej negara di peringkat
antarabangs terjejas atas kegagalan dalam mempertahankan keselmatan
negara. Hal ini akan memberi presepsi yang buruk terhadap pasukan
keselamatan negara kita. Lagipun, keyakinan pelaburan untuk melabur di negara
kita juga berkurang. Dengan ini, ekonomi negra akan terjatuh atas tiada pelabur
yang ingin melabur di negara kita. Nama baik negara juga terjejas. Negara kita
akan dipandang rendah oleh negara lain. Maruah negara terjejas. Negara kita
akan menjadi huru- hara serta tidak selamat.
Menurut cadangan yang diberikan, kebanyakan pelajar mecadangkan
bahawa mengetatkan peraturan dalam mempertahankan keselamatan negara
merupakan langkah yang paling sesuai untuk menyeselesaikan masalah ini.
Sebagai contohnya, pihak keselamatan harus mengadakan lebih rondaan di
kawasan yang kerap berlaku kes- kes penculikan terutamanya persisiran pantai,
jeti dan pulau. Selain itu, kempen- kempen untuk memperthankan keselamatan
diri juga harus diberi kepada rakyat tempatan supaya mereka dapat menangani
kes- kes tersebut semasa mereka diri menghadapinya. Di samping itu, undangundang yang lebih ketat seperti hukuman yang lebih harus diamalkan terhadap
kes- kes jenayah ini.Lagipun, pihak keselamatan juga boleh memasang CCTV
dekat kawasan yang banyak berlaku kes jenayah supaya dapat membantu dalam
siasatan ataupun menakutkan penjenayah tersebut.

9.0 KESIMPULAN
LOLITA WONG LIN
BS14110471
Secara kesimpulannya, kes- kes penculikan ini merupakan satu perbuatan
yang tidak sah dan boleh dianggap sebagai satu kes jenayah yang boleh
mengancamkan nyawa seseorang. Seseorang yang sanggup melakukan
perbuatan ini adalah perlu menanggung kesan- kesan seperti hukuman penjara
sepanjang hidup yang ditetapkan dalam akta- akta negara kalau dikenalpasti
atas kelakuan tersebut.
Kes- kes penculikan yang berlaku telah membawa kepada impak yang
besar terhadap pelbagai pihak terutamanya imej negara pada peringkat
antarabangsa serta keselamatan setiap warganegara. Hal ini dapat dibuktikan
dengan pembatalan bilangan pelancong yang melawat ke negara kita
berbanding tahun- tahun yang lalu. Di samping itu, kegiatan pelancong yang
merosot telah memberi kesan yang besar dalam ekonomi sesebuah negara.
Ekonomi negara yang jatuh akan mengakibatkan kebanyakan rakyat tempatan
yang berhidup dalam kesengsaraan. Hal ini disebabkan kemerosotan ekonomi
negara akan mengakibatkan peningkatan harga dalam semua barang dalam
market dan seterusnya pemotongan gaji dalam sesetengah syarikat. Dengan ini,
22

peluang pekerjaan juga akan berkurang dan seterusnya membawa kepada


banyak masalah sosial seperti merompak dan sebagainya.
Selain itu, kes- kes penculikan yang berlaku tidak dapat dinafikan telah
menjejaskan keselamatan penduduk tempatan dan refleksi bahawa kekejaman
masyarakat pada masa kini. Penduduk tempatan akan hidup dalam
kebimbangan dan tidak akan lagi yakin terhadap kerajaan tempatan. Oleh hal
yang demikian lagkah- langkah seperti peningkatan pihak keselamatan di
kawasan- kawasan gelap pada waktu malam, kempen mempertahankan diri
sendiri dan lain- lain telah dilakaukan untuk mempertahankan negara kami.
Sebagai contohnya, pihak keselamatan Negara sebenarnya memainkan
peranan yang amat penting dalam mempertahankan kes- kes penculikan yang
berlaku di negara kita. Mereka haruslah memberi beberapa langkah ataupun
cadangan yang efektif untuk mengelakkan kes- kes penculikan daripada terus
berlaku. Pihak keselamatan negara seperti polis dan juga tentera negara boleh
meningkatkan pemantauan dalam serta sekeliling negara supaya dapat
menakutkan individu yang berniat untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah.
Lagipun, hal ini dapat memberi keyakinan kepada rakyat tempatan atas
perlindugan daripada pehak keselamatan Negara.
Pada zaman ini, setiap trakyat tempatan juga digalakkan mempelajari
cara- cara untuk mempertahankan diri sendiri seperti wushu, silat, wudo dan
sebagainya. Hal ini disebabkan, setip individu dapat menyalamatkan diri sendiri
sebelum diselamtkan oleh orang lain semasa kejadian ini berlaku atas diri
sendiri. Di samping itu, mempelajari cara mempertahankan diri juga dapat
menubuhkan badan yang sihat.
Akhir kata, sebagai warganegara yang prihatin, kita haruslah berganding
bahu dalam menyelesaikan masalah sosial ini. Walaupun tidak dapat
menjejaskan kes- kes ini daripada berlaku tetapi kita boleh mengelakkan kes ini
daripada berlaku. Marilah kita bersama-sama menuju ke wawasan 2020 iaitu
membentuk sebuah masyarakat yang maju dan selamat.

10.0 RUJUKAN
Barry A.J. Fisher, William J.Tilstone, Catherine Woytowicz. 2009. Introduction to
criminalistics: The foundation of forensic science. USA : Elsevier Academic
Press.
Karmen Andrew. 2007. Crime Victims: An Introduction to Victimology. USA:
Belmont CA.

23

Laman
Rasmi
The
Malaysian
Times:
http://www.themalaysiantimes.com.my/esscom-tekad-pastikan-kawasanpantai-timur-sabah-selamat/ (16 September 2014)
Robert C. Davis, Arthur J. Lurigio, Susan Herman. 2013. Victims of Crime. USA:
Sage Publications.
2005. Kamus Dewan: Edisi Keempat Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

24

You might also like