Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN
sinopsis ( matlamat utama, cadangan )
2.0 PASARAN SASARAN
pasaran (bakal pelanggan )
4 kelas : pengguna, pengeluar, penjual balik, kerajaan
kenal pasti sasaran pelanggan
3.0 TREND DAN SAIZ PASARAN
saiz /jumlah pasaran yg berpotensi
analisis pasaran
4.0 ANALISIS PESAING
5.0 SYER PASARAN
6.0 RAMALAN JUALAN
anggaran jualan
jangkaan jualan
7.0 STRATEGI PEMASARAN
4P - PRODUK, PRICE, PLACE, PROMOTION
8.0 PROMOSI
9.0 MASALAH PEMASARAN

1.0 PENGENALAN

Penyediaan Portfolio Rancangan Perniagaan ini adalah bertujuan untuk menjadi


tunggak dan asas kepada pembentukan sebuah perniagaan milikan yang diberi nama
IRISSENTIAL BEAUTY ENTERPRISE serta sebagai garis panduan untuk menguruskan
perniagaan, merancang
perlaksanaan projek, penilaian daya persaingan di pasaran terbuka, menarik pelanggan
mengkomersialkan produk baru. IRISSENTIAL BEAUTY telah ditubuhkan dan diasaskan di
negeri Kelantan pada 16 Disember 2012.

IRISSENTIAL BEAUTY adalah syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan badan


dan telah mengeluarkan 5 jenis produk penjagaan badan dan muka yang berasaskan bahan
semulajadi. Produk IRIS yang pelbagai corak dan bungkusannya yang lain dari yang lain telah
berjaya menarik minat ramai pelanggan tidak mengira usia.

Selain itu, produk ini sangat berkesan kerana ia hanya menggunakan bahan semulajadi
yang berkualiti yang menepati ciri-ciri dan kehendak pelanggan. Malahan, produk ini didaftar di
bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah no pendaftaran KT 0343191-H.
Matlamat utama kami menubuhkan syarikat ini adalah mampu menjual lebih daripada seribu
unit setiap tiga bulan dan mencapai pulangan sebanyak 200 peratus.

Ini menunjukkan perniagaan ini mempunyai potensi perkembangan yang tinggi dan
berdaya maju. Berdasarkan analisis keseluruhan, jelaslah produk yang ditawarkan mempunyai
prospek masa depan yang baik dan berdaya maju bagi pengkomersialan daripada pasaran dan
keuntungan supaya dapat bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain. Berdasarkan unjuran
kewangan projek, perniagaan ini akan berjaya merealisasikan perniagaan dengan keuntungan
yang lumayan. Ini menunjukkan bahawa perniagaan ini adalah berdaya maju dan dapat
menghadapi pelbagai cabaran dan masalah akibat daripada perubahan yang tidak dijangka.

2.0 PROFIL SYARIKAT

Nama syarikat: Irissential Beauty Enterprise


Jenis milikan: Milikan Bersama
Tarikh mula operasi: 16 Disember 2012
No. pendaftaran syarikat: KT 0343191-H
No. telefon: 60134563821
Alamat syarikat: Lot 8018, Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. 16150 Kota Bharu, Kelantan
E-mail: irissentialbeauty@gmail.com
Jenis industri: Produk Kecantikan
Jenis produk: Scrub Badan, Scrub Muka, Sabun Badan dan Muka
Modal permulaan: RM 2000

3.0 MISI, VISI, OBJEKTIF

3.1 Misi
Untuk mengeluarkan produk-produk penjagaan badan dan muka yang berkualiti tinggi dengan
harga yang berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat.
Berusaha untuk memastikan produk-produk kami tidak ketinggalan zaman dan sentiasa
menepati kehendak dan keperluan pelanggan dari semasa ke semasa dan bersedia untuk
melakukan perubahan untuk meningkatkan pasaran produk kami.
3.2 Visi
Profit: Memaksimumkan pulangan kepada agen-agen yang bersedia untuk menjual produk
kami.
Orang: Menjadi tempat yang memberi peluang kepada orang-orang yang ingin memulakan
bisnes.
Portfolio: Membawa kepada dunia portfolio produk kecantikan yang dapat menjangka dan
memuaskan masyarakat, keinginan dan keperluan.
Mitra: memelihara rangkaian rakan yang bereffisien dan membina kesetiaan bersama.
Planet: Menjadi warga dunia yang bertanggung jawab yang membuat perbezaan.
3.3 Objektif
Menjana lebih banyak keuntungan dan juga mengembangkan jenama Syarikat IRISSENTIAL
BEAUTY ke pasaran antarabangsa.

4.0 PASARAN SASARAN

4.1 Sasaran
Sasaran pelanggan yang kami fokuskan ialah pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja.
Misalnya, pelajar-pelajar universiti tempatan ataupun kolej adalah meminjam PTPTN. Bahan
semulajadi yang kami gunakan menjadi bahan mesti bagi pengguna kini. Pengguna lebih
mementingkan bahan semulajadi yang berkualiti untuk kecantikan kulit badan dan muka. Oleh
sebab itu, produk ini mendapat banyak sambutan terutama dari remaja-remaja zaman kini.

4.2 Faedah
Antara bahan-bahan semulajadi yang digunakan dalam produk-produk IRISSENTIAL
BEAUTY adalah beras, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jujube, garam mineral dan juga
madu. Semua produk-produk ini membawa kelebihan pemutihan dan melembutkan semua jenis
kulit. Selain itu, kehadiran minyak-minyak semulajadi akan mengecutkan jerawat, melicinkan
kulit, menghilangkan parut, menghilangkan selulit dan memastikan kulit badan dan muka
sentiasa lembap dan berseri.

4.3 Objektif Pemasaran

Objektif syarikat adalah untuk menjana keuntungan yang maksimum dan


mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Dengan ini, kami hendaklah menjana
sasaran pasaran dahulu dan seterusnya baru dapat menjana keuntungan syarikat. Apabila
sasaran pasaran dapat dijamin dan dikekalkan, syarikat dapat mengekalkan perniagaan dan
seterusnya mengembangkan ke luar negara

5.0 TREND DAN SAIZ PASARAN


5.1 Trend Pasaran
Pada masa kini, pelbagai produk penjagaan badan dan muka telah banyak di pasaran.
Trend terkini produk kecantikan adalah produk yang berkesan untuk setiap jenis kulit. Oleh
sebab itu, produk yang kami keluarkan menepati kemahuan pengguna. Oleh sebab itu, kami
haruslah berfikir luar dari kotak dengan mengeluarkan produk yang mampu bersaing dengan
produk-produk lain yang ada di pasaran.
Selain itu, kami juga mengeluarkan produk ini untuk pelbagai acara mengikut
permintaan pelanggan. Contohnya untuk majlis perkahwinan, untuk pengembara yang ingin
mengembara kami menyediakan produk kami dalam saiz yang lebih kecil. Berdasarkan kajian
yang kami lakukan untuk pasaran ini, kami mendapati produk kami lebih murah dan mampu
dibeli oleh semua pengguna . Kebanyakan pengguna yang membeli produk kami semuanya
berpuas hati dan cenderung untuk membuat pembelian lagi. Hal ini secara tidak langsung dapat
menyumbang kepada keuntungan syarikat yang konsisten.

5.2 Saiz Pasaran


Strategi syarikat Irissential adalah sentiasa mampu untuk bersaing dengan produkproduk terkini dan meningkatkan lagi saiz pasaran untuk menarik pelanggan dan memudahkan
pelanggan untuk mendapatkan produk ini di mana-mana.
5.1 Pelanggan Berpotensi
=Kakitangan sekolah
=Orang awam
=Pelajar universiti dan kolej
=Golongan bekerjaya
=Pelajar sekolah rendah dan menegah
=Golongan berpendapatan rendah hingga tinggi

6.0 PERSAINGAN

6.1 Analisis Pesaing


1. BODYSHOP
Menawarkan pelbagai jenis produk kecantikan yang berasaskan sumber semula jadi.
2. PERLA
Pelbagai jenis produk ditawarkan untuk kecantikan luaran dan dalaman.
3. NAKED BODYSCRUB
Produk skrub badan berperisa kopi untuk penjagaan kulit badan dan muka.

4. FELLERA
Beberapa produk kecantikan yang dikeluarkan adalah berasaskan garam mineral dan bercirikan
spa.

6.2 Kelemahan dan Kekuatan Pesaing

Pesaing-Pesaing
Bodyshop

Perla

Kelemahan
1. Harga yang tinggi

Kekuatan
1. Produk yang berkualiti

2. Hanya dijual di mall-mall

2. Bentuk dan pembungkusan

yang besar.
1. Tidak dikeneli ramai.

yang lebih menarik.


1. Produk yang berkesan.

2.

Naked Bodyscrub

Produk

yang

bari

2. Harga yang murah.

dikeluarkan.

3. Lokasi yang senang untuk

1. Susah untuk didapati.

didapati.
1. Produk yang berasaskan

2. Tidak begitu terkenal.

bahan semulajadi.
2. Bahan yang digunakan
tidak

Fellera

mempunyai

banyak

persaingan.
1. Bungkusan yang cantik.

1. Produk baru.
2. Sangat limited

6.3 Kelemah dan Kekuatan Syarikat Irissential Beauty

KEKUATAN

KELEMAHAN

promosi yang menggalakkan

terdapat banyak pesaing

servis dan layanan yang memuaskan

kebanyakkan pelanggan hanya dalam talian


(online)

produk yang dihasilkan oleh bahan yang


berkualiti

bahan susah untuk didapati

kebanyakkan produk adalah homemade

pusingan stok pendek

7.0 SYER PASARAN

Setelah mengambil kira kelemahan dan kekuatan pesaing, berikut adalah anggaran
antara pesaing-pesaing dan syarikat IRISSENTIAL BEAUTY.

BODYSHOP
PERLA
NAKED
FELLERA
IRISSENTIAL BEAUTY

50%
15%
10%
10%
15%

Bodyshop merupakan jenama internasional yang dikenali di seluruh dunia. oleh sebab
itu, ia memonopoli syer pasaran sebanyak 50 % dalam perniagaan skrub badan. Anggaran
sebanyak 15% untuk IRISSENTIAL BEAUTY didapati setelah mengambil kira semua aspek.

8.0 RAMALAN JUALAN

Pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan pengunjuran jualan bulanan untuk


tahun pertama dan anggaran jualan untuk tahun kedua dan ketiga dan perlu mengkaji beberapa
faktor iaitu :
Kesedaran pelanggan tentang barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
Mengambil kira musim perayaan, cuti sekolah, perubahan cuaca
Mengenal pasti jenis perniagaan atau projek yang ingin dijalankan sama ada dalam
sektor perniagaan atau industri, penternakan ataupun perladangan.
Formula di dalam menentukan ramalan jualan: Tentukan saiz pasaran
Kenal pasti siapa pesaing
Menganggarkan syer pasaran
Meramal jualan

RAMALAN JUALAN

BULAN
JANUARI
FEBRUARI
MAC
APRIL
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPTEMBER
OKTOBER
NOVEMBER
DISEMBER
JUMLAH

NILAI
RM 10000
RM 20000
RM 40000
RM 30000
RM 30000
RM 40000
RM 25000
RM 30000
RM 30000
RM 30000
RM 35000
RM 40000
RM 360000

9.0 STRATEGI PEMASARAN


4P : PRODUCT, PRICE, PLACE, PROMOTION

9.1 PRODUCT ( PRODUK )


9.1.1 Penjenamaan

Syarikat IRISSENTIAL BEAUTY mengeluarkan 5 jenis produk yang berasaskan bahan


semulajadi. Pengeluaran bilangan produk ini bertambah dari semasa ke semasa menepati
pasaran tempatan.

Produk utama IRIS adalah Skrub Badan yang berasaskan garam mineral yang boleh
didapati dalam tiga perisa iaitu perisa Mixfruit, Tomato dan Milk & Yogurt. Kelebihan utama
produk ini adalah untuk mencerahkan kulit, menghaluskan kulit, melembapkan kulit dan
berkesan untuk menanggalkan kesan-kesan gelap di sesetengah bahagian badan.

Produk kedua yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah sabun susu beras. Kelebihannya
adalah untuk mengecutkan jerawat, mengawal minyak di muka, mengecilkan pori,
mencerahkan kulit, menghilangkan daki di badan dan mengurangkan bau badan.

Seterusnya, IRISSENTIAL memperkenalkan produk skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit
mati di bibir dan menjadikan lembap dan lembut. Produk keempat adalah skrub kopi yang
dihasilkan 100 peratus menggunakan kopi kisar semulajadi. Produk kelima adalah skrub muka
yang berasaskan beras pitera dan aloe vera.

9.1.2 Pembungkusan dan Reka Bentuk

Gambar -gambar rajah tersebut menunjukan reka bentuk pembungkusan produk


IRISSENTIAL BEAUTY. Ia mengandungi nama syarikat kami di setiap produk. Yang pasti,
bungkusan ini dapat menarik perhatian pembeli terutama dalam kalangan remaja kerana
pembungkusannya yang comel, moden dan lain dari yang lain.

9.1.3 Kualiti

Antara matlamat utama syarikat IRISSENTIAL BEAUTY adalah untuk menjual produk
penjagaan kulit badan dan muka yang berkualiti dan murah. Pegawai Kualiti dilantik untuk
memastikan kualiti setiap barangan dalam keadaan yang baik. Selain itu, produk IRIS disimpan
di tempat yang bersih dan selamat dari apa-apa kotoran.

9.1.4 Jaminan dan Perkhidmatan

Produk IRIS tidak mempunyai tarikh luput dan keselamatan pengguna semasa mengguna
produk ini diyakini selamat. Jika pelanggan mempunyai sebarang masalah, mereka boleh
membuat aduan kepada syarikat kami melalui laman-laman sosial yang telah kami sediakan.
Syarikat akan berusaha memberikan bukan sahaja produk yang berkualiti tetapi juga
perkhidmatan yang berkualiti dan menangani segala masalah pelanggan dengan penuh
keikhlasan. Layanan perkhidmatan berserta senyuman ikhlas akan diterapkan ke atas semua
pekerja. Selain itu, syarikat akan menyiapkan kerja tempahan mengikut masa yang ditetapkan
oleh pelanggan dan membuat penghantaran ke lokasi tepat pada waktu yang dijanjikan.

9.2 PLACE ( TEMPAT )


9.2.1 Agihan

Saluran agihan atau saluran pengedaran memainkan peranan yang penting dalam sesuatu
perniagaan. Hal ini kerana ia akan menentukan sama ada produk tersebut mudah diperolehi
atau tidak. Pihak yang terlibat akan memastikan produk yang ditawar sentiasa tersedia dan
mudah didapati oleh pengguna. Secara ringkas, saluran agihan dapat memastikan produk yang
diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang diperlukan dalam kuantiti yang
diharapkan. Dalam saluran agihan, orang tengah atau perantara pemasaran dapat membantu
dalam mengerakkan produk. Orang tengah terdiri daripada pemborong, peruncit, ejen, broker,
wakil pengilang dan sebagainya.
Peranan orang tengah adalah seperti berikut:
1.Sumber penyampai maklumat
Mengumpul dan mengagihkan maklumat penyelidikan pemasaran berkenaan

faktor-faktor

dan tekanan dalam persekitaran yang diperlukan untuk tujuan pertukaran, perancangan dan
bantuan. Syarikat dapat mengubahsuaikan produk sendiri mengikut cita rasa pengguna untuk
memenuhi kehendak pengguna supaya meningkatkan jualan

2.Penghubung
Ahli-ahli dalam saluran agihan dikatakan dapat mencari dan berkomunikasi dengan
pembeli berpotensi. Syarikat dapat mengetahui maklum balas pengguna terdapat produk
tersebut. Selain itu, orang tengah dapat menerangkan faedah-faedah produk kepada
pengguna supaya mereka lebih memahami tentang produk IRIS.

3.Promosi
Mereka boleh membentuk dan menyerbarkan komunikasi persuatif berhubung deangan

sesuatu tawaran.
4.Pemadanan
Membentuk dan menyesuaikan tawaran mengikut keperluan para pembeli, termasuk
aktiviti-aktiviti seperti pengeluaran, penggredan, pemasangan dan pembungkusan.
5.Pengagihan fizikal
Mengangkut dan menyimpan produk.

9.2.2 Rangkaian Pengedaran

1. Jualan Runcit
Saluran kedua ialah peruncit. Peruncit membeli produk kami dan meletakkan di kedaikedai di mana-mana lokasi. Pelanggan boleh memperolehi produk kami di kedai-kedai tersebut.
Menjual produk secara runcit di butik-butik yang menjual produk kecantikan di seluruh
Malaysia. Jumlah jualan runcit IRISSENTIAL BEAUTY adalah dijual di beberapa buah butik di
seluruh Malaysia iaitu di :
= IrissentialxWellnesz di Kelantan
= Butik Sincerelybyus di Shah Alam dan Johor Bahru
= Butik Popdonna di Seremban dan Melaka
= Butik Monsterdeal di Bangi, Selangor
= Butik Dear Sister di Kelantan

2. Jualan Borong
Saluran ketiga mempunyai dua tahap orang tengah iaitu pemborong. Syarikat menjual
produk kepada pemborong dengan harga yang lebih murah dalam kuantiti yang lebih banyak
dan menjual produk kepada pengguna. Syarikat tidak galak banyak tahap orang tengah kerana
ia akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kurang kawalan. Selain itu, tahap orang tengah
terlalu banyak akan menyebabkan masalah tertentu dan syarikat ingin memastikan produk
sentiasa berkualiti tinggi. Menjual secara borong untuk pembeli yang membeli produk dengan
bilangan yang banyak. Terbuka kepada mana-mana pelanggan dengan syarat order minimum
yang ditetapkan.

9.3 PRICE

Harga yang ditetapkan untuk produk IRIS depersutujui setelah mengambil kira semua
aspek. Harga yang ditetapkan adalah sangat berpatutan dan mampu untuk dimiliki oleh semua
golongan masyarakat.
9.3.1 Strategi Harga

Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan harga syarikat.
Apabila pengguna ingin membeli produk, mereka akan mempertimbangkan produk tersebut
dengan produk-produk persaing. Hal ini kerana pengguna adalah sensitive terhadap harga
produk. Selain itu, syarikat akan mengetahui tentang harga dan kualiti yang ditawarkan oleh
pesaing. Oleh itu, syarikat telah mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dengan harga yang
lebih rendah jika berbanding dengan peersaing. Syarikat akan memberikan harga yang lebih
istimewa kepada pelanggan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Sebagai contoh,
memberikan diskaun kepada pelanggan yang membeli dengan kuantiti yang banyak.

Penentuan Harga Tinggi


Produk baru syarikat Iris yang tidak lagi mempunyai banyak persaingan
ditetapkan dengan harga yang lebih tinggi.

Penentuan Harga Rendah


Produk pengenalan yang baru dikeluarkan dan mempunyai banyak persaingan di
dalam industri ini ditetapkan dengan harga yang lebih rendah. Harga jualan
ditetapkan lebih dari kos jualan dengan untung yang lebih kecil.

Contoh Senarai Harga Produk Irissential Beauty

JENIS PRODUK

HARGA

BODY SCRUB
RICE MILK SOAP
LIPS SCRUB
FACE SCRUB
COFFEE SCRUB

RM 18
RM 18
RM 8
RM 28
RM 25

10.0 PROMOTION( PROMOSI )

10.1 Pengiklanan

Pengiklanan produk IRISSENTIAL BEAUTY selalu disiarkan di laman-laman social


selebriti-selebriti tempatan. Selain itu, pengiklanan kami juga dilakukan melalui pelbagai media
seperti melalui televisyen, internet, radio dan surat khabar.

10.2 Promosi Jualan


Dijalankan secara langsung kepada pelanggan untuk meningkatkan jualan dalam jangka
masa pendek melalui festival-festival jualan yang sering diadakan di setiap negeri di seluruh
Malaysia.

Jualan produk IRISSENTIAL di salah satu festival jualan yang diadakan di PWTC
Kuala Lumpur.

10.3 Publisiti

Syarikat Irissential Beauty telah banyak menaja pelbagai majlis seperti majlis
perkahwinan dan agensi pelancongan untuk menarik perhatian pelanggan.

Produk IRIS di Maldives. Syarikat ini telah menaja satu agensi pelancongan yang
bernama Bucketlist Abroad yang semakin popular di Malaysia.

IRISSENTIAL BEAUTY merupakan salah satu penaja utama untuk majlis perkahwinan
selebriti tanah air iaitu Sharifah Sakinah yang merupakan seorang pelakon.

11.0 MASALAH PEMASARAN

You might also like