Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.0.

PENGENALAN
Pembentukan objektif, stratergi dan polisi merupakan proses ketiga dalam peringkat
penggubalan stratergi. Proses inilah yang menterjemahkan kemampuan perancang
stratergi menggabungkan segala maklumat penting yang telah diperoleh menerusi
analisis persekitaran dalaman dan luaran. Mungkin ramai yang boleh melakukan
penilaian persekitaran tetapi tidak yang boleh membuat penilaian yang benar-benar baik
kerana penialaian yang baik ialah penilaian yang berasaskan kepada kemampuan
penilainya menggabungkan realiti (fakta) dengan firasat. Pengetahuan dan pengalaman
yang tinggi adalah dua komponen utama yang membezakan seorang perancang
stratergi yang baik dari perancang stratergi biasa.

2.0.

STRATERGI
Stratergi merupakan pelan tindakan komprehensif syarikat yang sering menjadi wadah
atau perantara yang boleh digunakan oleh syarikat untuk mencapai objektif, misi dan visi
yang telah ditetapkan. Terdapat lima jenis stratergi iaitu, stratergi jaringan, stratergi
perniagaan, stratergi bahagian, stratergi operasi dan yang diberi penekanan disini ialah
stratergi korporat.

Stratergi korporat merupakan stratergi terpenting untuk semua syarikat konglomerat.


Ianya turut dirujuk sebagai satu set stratergi yang amat penting dalam membantu
syarikat mencapai objektif, misi dan visinya. Stratergi korporat mempunyai empat jenis
stratergi utama. Empat stratergi utama ini dikenali sebagai, stratergi pertumbuhan,
stratergi bertahan, stratergi kestabilan dan stratergi kombinasi. Stratergi-stratergi ini
yang dapat membantu syarikat-syarikat yang bertaraf global mahupun syarikat-syarikat
kecil dalam mencapai kemuncak berpandukan objektif, misi dan visi yang telah
ditetapkan.

2.1.

Organisasi di Malaysia

2.1.1. Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton)


Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) merupakan sebuah
syarikat permotoran negara yang terbesar. Syarikat ini mendapat
kerjasama dengan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) sebagai
pengedar sah produk-produk yakni kereta-kereta yang dikeluarkan oleh
Proton. Salah satu stratergi korporat yang telah digunapakai oleh Proton
adalah, stratergi pertumbuhan. Stratergi ini berkait rapat dengan
pertumbuhan positif yang berlaku ke atas pasaran dan industri yang
diceburi oleh sesebuah syarikat itu. Stratergi boleh dibahagikan kepada
lima

substratergi,

pengembangan

iaitu,

stratergi

pembangunan

pasaran, stratergi penembusan

produk,

stratergi

pasaran,

stratergi

integrasi menegak, startergi integrasi mendatar dan stratergi pelbagaian.

Proton secara berterusan berusaha meningkatkan lagi kualiti model


keretanya. Bermula dengan Proton Saga hingga ke model terkininya
Proton Suprema iaitu model yang lebih dinamik dan canggih serta
mengikut perubahan dan keperluan terkini dunia, berbanding model
pertamanya. Komitmennya yang tinggi dalam industri ini dapat dilihat
menerusi kejayaan model Proton Saga FLX, yang mendapat sambutan
hangat dikalangan rakyat Malaysia. Buka itu sahaja kejayaan yang
ditonjolkan melalui penciptaan Proton Satria GTI dan terkini Proton Satria
Neo yang telah mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan
dan juga antarabangsa terutama dikalangan anak-anak muda.

Proton Satria GTI telah diundi sebagai kereta ke 10 terlaris di Australia.


(Wheels Magazine, Disember 1999). Stratergi pertumbuhan yang telah
digunapakai oleh Proton ini adalah stratergi Pembangunan Produk.
Stratergi ini berorentasikan kepada usaha-usaha membangunkan produk
sedia ada ataupun baru, iaitu dalam erti kata lain adalah usaha-usaha
kea rah menambahbaikkan kualiti produk yang telh dilaksanakan oleh
Proton.

2.1.2. Wal - Mart Stores Corp.

Wal Mart Stores Corporation merupakan sebuah syarikat runcit yang


terbesar di dunia. Salah satu stratergi korporat yang telah digunakan oleh
syarikat Wal Mart Stores Corp. adalah stratergi kombinasi, dimana
stratergi ini merupakan stratergi keempat ataupun stratergi terakhir dalam
jenis-jenis stratergi korporat. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu
statergi kombinasi berbilang produk dan stratertgi kombinasi berbilang
perniagaan. Wal Mart Stores Corp. telah menggunakan stratergi
kombinasi berbilang perniagaan. Stratergi ini merujuk kepada syarikat
yang terlibat dalam banyak jenis perniagaan (konglomerat). Matlamat
utama

syarikat

induk

menggunakan

stratergi

ini

adalah

untuk

mewujudkan sebanyak mungkin sinergi antara anak-anak syarikatnya.

Wal Mart Stores Corp. pada asalnya hanya terlibat dengan barangan
runcit sahaja tetapi kini ia telah berkembang dan menceburkan diri ke
dalam

perniagaan-perniagaan

minuman,

dan

barangan

baru

mandian

seperti
yang

membaiki
menggunakan

computer,
jenama

SamChoice. Tujuan utama ia melibatkan diri dalam pelbagai bidang


perniagaan ini adalah untuk mencari lebih banyak peluang sinergi dan
untuk mengekspoiltasi jumlah rangkaian kedainya yang besar itu sebaik
mungkin. Di samping untuk mengurangkan kebergantungannya kepada
satu jenis perniagaan atau industry itu sahaja iaitu peruncitan.

3.0.

KEKUATAN & KELEMAHAN


Setiap stratergi yang dipilih dan digunakan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang
tersendiri.

3.1.

Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton)

Stratergi yang dipilih stratergi pembangunan produk telah dapat menarik ramai
pembeli-pembeli dengan rupa bentuk yang diperbaharui serta teknologi yang
canggih selaras dengan pembangunan modenisasi seluruh dunia. Ini merupakan
kekuatan dalam penggunaan stratergi pembangunan produk.

Kelemahannya adalah apabila syarikat dan idea idea yang dikeluarkan tidak
dapat menangani produk-produk yang sama namun lebih maju dan canggih.
Tenaga mahir amat diperlukan dalam melahirkan dan membentuk pembaharuan
bagi mengatasi persaing pesaing yang sengit diluar.

3.2.

Wal - Mart Stores Corp.


Melalui pemilihan dan penggunaan stratergi kombinasi berbilang perniagaan,
kekuatannya, syarikat berpotensi untuk membentuk sinergi. Disamping itu
stratergi ini turut mampu membantu syarikat induk mengurangkan risiko seperti
terlalu bergantung kepada satu jenis perniagaan sahaja. Namun pun begitu
stratergi yang dipilih ini turut ada kelemahannya. Sesebuah syarikat itu perlu
mampu mengenalpasti kekuatan dan peluang yang ada di persekitaran dalaman
dan luaran unit-unit perniagaan. Sekiranya pengetahuan dan kemahiran ini tidak
diperoleh serta tidak dikuasai, sesebuah syarikat itu tidak akan mampu
merealisasikan segala stratergi yang telah dibentuk. Kelemahan lain stratergi ini
adalah hanya dapat dilaksanakan tatkala ekonomi berkembang dengan baik.
Keadaan ekonomi negara yang tidak menentu akan mendatangkan risiko besar
kepada pemilihan stratergi ini.

4.0.

PENAMBAHBAIKAN
4.1.

Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton)


Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad atau pun lebih dikenali sebagai
Proton, perlulah melahirkan tenaga-tenaga kerja yang lebih mahir dalam bidang
automotif yang boleh mengkaji bagaimana untuk mengatasi pesaing pesaing
lain. Proton perlu melatih tenaga-tenaga kerja ini dengan melaksanakan kelas
mahupun kursus-kursus khas, dalaman mahupun luaran bagi melengkapkan lagi
pengetahuan dan kemahiran dikalangan pekerja.

Kepentingan dalam kualiti perlu lebih diutamakan. Hal ini kerana, pengguna
pengguna sekarang lebih bijak menilai kualiti daripada rupa luaran yang cantik
dan moden. Selain itu, syarikat juga perlu melakukan penambahbaikkan
daripada segi harga produk dipasaran selaras dengan kualiti yang dikeluarkan.
Dengan rupa bentuk produk yang menepati cita rasa masa kini, serta kualiti yang
baik setanding dengan produk-produk lain yang ada dipasaran dan harga yang
berpatutan, syarikat akan mempu bersaing malah mengatasi pesaing-pesaing
dengan syarikat-syarikat global yang lain.

4.2.

Wal - Mart Stores Corp.


Seperti mana Syarikat Otomobil Nasional Berhad, Wal Marts Stores Cop. Juga
perlu melahirkan tenaga tenaga kerja yang lebih mahir dalam mengenalpasti
kekuatan dan peluang yang ada di persekitaran dalaman dan luaran unit unit
perniagaannya. Justeru itu, pihak syarikat perlu memberi latihan serta kursus
kursus yang bersesuaian dengan kemahiran kemahiran yang diperlukan.

Pihak syarikat juga perlu membuat beberapa perancangan bagi menghadapi


ketidaktentuan ekonomi negara pada masa kini. Dengan perancangan
perancangn awal yang telah dibuat. Pihak syarikat pasti dapat mengatasi
sebarang kemungkinan ekonomi yang mendatang.

5.0.

KESIMPULAN
Bagi menjamin kelanjutan dan kemajuan sesebuah syarikat, stratergi-stratergi korporat
yang dipilih perlulah bersesuaian dengan jenis pengeluaran sesebuah syarikat.
Kemampuan syarikat menyesuaikan stratergi dengan peluang, ancaman, kekuatan dan
kelemahan yang dimilikinya akan mempertingkatkan lagi kemampuannya untuk
mencapai objektif, misi, dan visi di samping daya saing yang disasarkan.

Sebaik - baik stratergi ialah stratergi yang boleh memenangkan sesebuah syarikat tanpa
perlu berkonfrontasi dengan pesaing-pesaing yang mempunyai kepentingan secara
langsung dan tidak langsung kepada kita.

RUJUKAN
Haim Hilman Abdullah; Pengurusan Strategik: Konsep dan Kes, Edisi Kedua McGraw Hill.
Fred R.

David; Strategic Management: Concept and Cases, sixth edition Pearson

Education.
Fred R.

David; Strategic Management: Concept and Cases, nineth edition Pearson

Education.
Fred R.

David; Strategic Management: Concept and Cases, twelfth edition Pearson

Education.
http: / / www.progress.org / trade03.htm 5k
http : / / www.1worldcommunication.org / labornews.htm

You might also like