Minit 9-2-2015

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR

MINIT MESYUARAT ANGGOTA KOPERASI SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR PULAU PINANG BERHAD

Tarikh

: 9 Februari 2014

Masa

: 3.00 petang

Tempat

: Bilik mesyuarat

Kehadiran :

1. En Omar Bin Abd.Rashid (Pengetua)


2. En Zulkifli Bin Ahmad (Penolong Kanan Kurikulum)
3. Pn Fadillah Binti Salleh(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
3. Pn Nuru Syahida Bt Ahmad (Setiausaha)
4. Pn Nur Izzati Bt Ali (Pengurus Promosi)
5. Pn Teh Kui Chin (Bendahari)
7. Cik Muhaini Bt Mohamad (Pengurus Belian )
8. Pn Shazmim Bt Mohd Nor (Penolong Bendahari)

1.0 PENDAHULUAN / UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Encik Omar Bin Abd.Rashid selaku pengerusi mesyuarat ahli lembaga koperasi pada kali ini
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan ahli-ahli lembaga koperasi yang sudi
menghadiri mesyuarat koperasi kali pertama bagi tahun 2015.
1.2 Tujuan utama mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pembelian
komputer dan penggunaan tabung kewangan koperasi.

2.0 PEMBELIAN KOMPUTER ATAU KOMPUTER RIBA


2.1 Tuan Pengetua iaitu En Omar Bin Abd.Rashid meminta pandangan guru-guru koperasi
tentang kerelevenan penggunaan komputer atau komputer riba dalam pengurusan
koperasi.Beliau juga meminta guru koperasi mendapatkan sekurang-kurangnya tiga sebut harga
sebelum membeli komputer atau komputer riba.
2.2 Pn Nuru Syahida telah menerangkan penggunaannya untuk pengurusan koperasi berdasarkan
perbincangan dalam mesyuarat agung pada tahun 2014 dan telah dibincangkan dalam mesyuarat
tersebut untuk membeli komputer dan printer .
2.3 Pn Teh Kui Chin telah memberikan cadangan untuk membeli komputer riba kerana boleh
dibawa ketika mesyuarat penutupan akaun kewangan koperasi selain dapat memudahkan
pengurusan koperasi yang lain. Oleh itu, beliau mencadangkan pihak koperasi membeli
komputer riba.
2.4 Tuan Pengetua telah memutuskan untuk membeli komputer riba bagi memudahkan urusan
koperasi secara menyeluruh. Beliau turut menekankan tempat simpanan komputer riba mestilah
disimpan dengan baik seperti dalam peti besi dan meminta guru koperasi mendapatkan satu
tempat untuk menyimpan komputer riba tersebut dengan sempurna. Perkara tersebut turut
dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat.
Tindakan : Makluman
3.0 PROJEK ANGKAT KOPERASI
3.1 Tuan Pengetua selaku pengerusi koperasi mencadangkan koperasi mengadakan program
projek angkat koperasi. Program yang akan dijalankan ialah melibatkan projek penambahbaikan
tandas murid dan makmal biologi yang akan digunakan untuk peperiksaan amali. Program
tersebut dapat memberi manfaat kepada murid sekolah .
3.2 Tuan pengetua akan meminta guru yang menguruskan keceriaan sekolah untuk membuat
kertas kerja projek angkat koperasi sebelum pengeluaran wang tabung koperasi diluluskan.
Beliau menyatakan jumlah anggaran kewangan yang diperlukan untuk menjayakan projek angkat
ini ialah RM 2500 melibatkan makmal biologi , tandas murid lelaki dan perempuan.

Tindakan : Makluman

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1 Tuan Pengetua meminta bendahari koperasi menyatakan bil-bil yang masih belum dibayar
oleh pihak koperasi. Puan Teh Kui Chin menyatakan bahawa bil yang masih belum diselesaikan
ialah fail sijil (Hoon Soon) dan pembayaran buku dan alat tulis kepada MSPP.
4.2 En Zulkifli Ahmad mencadangkan supaya Pn Teh Kui Chin merujuk bendahari PIBG sama
ada bayaran daripada bendahari PIBG telah diselesaikan atau tidak semasa majlis hari anugerah
cemerlang.
4.3 En Zulkifli Ahmad mencadangkan laporan kewangan perlu dinyatakan setiap kali mesyuarat
diadakan bagi makluman semua ahli koperasi.
Tindakan : Makluman
9.0 PENUTUP
9.2 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dalam mesyuarat
pada kali ini dan beliuan mengharapkan agar guru yang memegang jawatan dalam koperasi
melakukan tugasan dengan penuh amanah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang .
Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

.
(Nuru Syahida Ahmad)
Setiausaha,
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Gambir Pulau Pinang Berhad.

......
(Omar Bin Abd.Rashid )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Gambir.

You might also like