Laporan Jawatankuasa Hadiah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN JAWATANKUASA HADIAH / CENDERAHATI

Syukur ke hadrat Illahi kerana kami telah diberikan kekuatan fizikal dan mental untuk
menjalankan Lawatan Penanda Aras ke SK (P) Methodist 2, Melaka. Lawatan tersebut telah
diadakan pada 7 April 2015 yang bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada 5.00
petang. Lawatan ini melibatkan pelajar PISMP Bahasa Inggeris Januari 2013 dan seorang
pensyarah pembimbing iaitu Puan Muna Binti Alasri.
Sebelum menjalankan Lawatan Penanda Aras ke SK (P) Methodist 2, Melaka, ahli
jawatankuasa telah dilantik dalam kalangan pelajar PISMP Bahasa Inggeris Januari 2013
supaya perjalanan program dapat dijalankan dengan lancar. Kemudian, Ajk Cenderahati
membuat perbincangan dengan ahli yang lain bagi membincangkan jenis hadiah atau
cenderahati yang akan diberikan kepada pihak sekolah dan juga para pelajar. Kami sentiasa
berurusan dengan ahli jawatankuasa yang lain bagi melicinkan perjalanan projek lawatan ini.
Kemudian, berbincangan juga telah diadakan bagi menetapkan atau merancang bajet
hadiah untuk diberikan kepada pihak sekolah sekaligus mendapatkan sumbangan daripada
pihak IPG. Setelah mendapat kata sepakat daripada semua ahli jawatankuasa, kami telah
memutuskan bahawa pihak IPG akan memberi sumbangan bagi cenderahati yang akan
diberikan kepada pihak sekolah. Bagi mendapatkan sumbangan tersebut, beberapa
prosedur telah dilakukan iaitu dengan mendapatkan tandatangan daripada pensyarah
pembimbing, ketua jabatan Bahasa serta pihak Hal Ehwal Pelajar dengan menyertakan
kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan. Seterusnya, kami juga bertanggungjawab untuk
menguruskan penempahan hadiah kepada seminggu sebelum lawatan tersebut dijalankan.
Cenderahati tersebut diambil dua hari sebelum lawatan.
Semasa lawatan tersebut, kami perlu memastikan semua hadiah telah tersedia dan
dibawa bersama ke lokasi lawatan tersebut. Kemudian, apabila tiba di SK (P) Methodist 2,
Melaka, kami membawa cenderamata tersebut di tempat yang sesuai bagi memudahkan
acara penyampaian cenderahati. Setelah itu, apabila tiba acara penyampaian cenderahati,
kami juga telah menguruskan cenderahati untuk diberikan kepada pihak sekolah. Selepas
program taklimat daripada pihak sekolah berakhir, guru pelatih PISMP Bahasa Inggeris
Januari 2013 membuat aktiviti bersama dengan para pelajar SK (P) Methodist 2, Melaka.
Selesai sahaja aktiviti yang dijalankan, kami telah mengedarkan cenderahati kepada para
pelajar yang terlibat sebagai tanda terima kasih.
Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah
bimbingan atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada kami dan seterusnya
ucapan tahniah kepada pelajar PISMP Bahasa Inggeris 2015 kerana telah berjaya

melaksanakan Program Lawatan Penanda Aras ke SK (P) Methodist 2, Melaka. Diharapkan


agar program sebegini dapat dijalankan pada generasi akan datang bagi menimba
pengalaman dan pengetahuan pelajar untuk melahirkan bakal guru yang cemerlang dari segi
fizikal dan mental.
Sekian.

Disediakan oleh,

(FARAH FARZANA BINTI MOHAMMAD DIN)


Ajk Hadiah dan Cenderahati,
Lawatan Penanda Aras ke SK (P) Methodist 2, Melaka.

You might also like