Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Rujukan Kami : PTSB / UPLI / PEL935 / (

Tarikh
:

no pend

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN


Tuan/Puan,

Permohonan Tempat Latihan Industri Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Sesi Disember
2014
Tempoh Latihan : 01 Disember 2014 17 April 2015 (20 Minggu)
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pembawa surat ini:
Nama

No. Pend.

No. K/P

Program

adalah merupakan seorang pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.


2.
Beliau dikehendaki menjalani Latihan Industri sepertimana tempoh yang dinyatakan di atas
sebagai salah satu syarat wajib bagi penganugerahan diploma/sijil Politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia. Untuk makluman pihak tuan, semua pelajar kami dilindungi insurans
kemalangan diri di sepanjang tempoh latihan.
3.
Sehubungan itu, sukacita sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan
beliau untuk menjalani latihan industri di organisasi tuan. Pihak tuan boleh meneliti resume dan
biodata pelajar yang disertakan bersama surat ini bagi tujuan rujukan.
4.
Sekiranya pihak tuan bersetuju menerima pelajar berkenaan, sila isikan dan kembalikan
BORANG JAWAPAN yang dilampirkan. Surat penempatan rasmi akan dihantar sebelum pelajar
melapor diri di Organisasi tuan bagi tujuan pengesahan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi
Unit Perhubungan dan Latihan Industri di talian 04-4033333 sambungan 2411/2412/2030/2032 atau
Faks 04-4032919/4033033 atau melalui e-mail kupli@ptsb.edu.my.
5.
Di atas pertimbangan dan kerjasama pihak tuan, kami dahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,
(MUHAMAD FAIRUZZAIRI BIN ABDUL HAMID)
Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Surat ini adalah janaan komputer dan tidak perlu ditandatangani

You might also like