Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

2.

0 Kemahiran Menggunakan Papan Tulis Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


2.1 Definisi Papan Tulis
Papan tulis ialah sejenis permukaan untuk menulis dan melukis menggunakan kapur
(sejenis bahan yang diperbuat daripada kalsium sulfat) dan boleh digunakan berulang-ulang kali.
Pada zaman dahulu, papan tulis pada asalnya hanyalah diperbuat daripada batu loh atau papan
batu yang licin dan nipis berwarna hitam atau kelabu gelap. Fesyen yang terbaru pula biasanya
berwarna hijau atau coklat dan oleh sebab itu, ia kadang-kadang dipanggil juga papan hijau.
Papan tulis biasanya digunakan dalam proses pengajaran di kebanyakan institusi pendidikan,
walaupun dalam kebanyakan negara kaya, penggunaannya telah dihapuskan. Tulisan kapur pada
papan tulis amat mudah dipadam dengan menggunakan kain, span atau pemadam papan hitam
khas. Walau bagaimanapun, tulisan kapur yang ditulis di atas papan hitam yang basah agak sukar
untuk dipadamkan. Oleh sebab itu, pengeluar papan tulis selalunya menasihatkan supaya papan
tulis yang baru dibeli disapu dengan sisi sebatang kapur tulis sepenuhnya dan dipadamkan
semula agar dapat digunakan seperti biasa. Namun, papan tulis mempunyai sedikit kelemahan; ia
menghasilkan habuk kapur dan jumlahnya bergantung kepada kualiti kapur tulis yang digunakan.
Sesetengah orang tidak gemar akan situasi ini dan ada juga yang alah kepadanya. Pada masa
yang sama, terdapat juga pertikaian tentang habuk kapur ini dengan masalah pernafasan. Habuk
ini juga boleh menimbulkan masalah kepada bahan yang sensitif habuk seperti komputer.
Cakaran kuku pada papan tulis termasuk cakaran menggunakan objek keras seperti logam
diketahui umum akan menghasilkan bunyi yang tidak digemari (mengilukan). Ramai juga yang
enggan bukan sahaja melihat bahkan membayangkan bunyi ini.
Papan tulis juga selalu digunakan di berbagai-bagai tempat (seperti kedai ), restoran
sebagai alat pengiklanan bagi menu serta untuk merekod mata dalam acara-acara sukan di
peringkat bawahan. Papan tulis dengan mudahnya dibina daripada papan yang dicat dengan cat
berwarna gelap yang tidak berkilat (biasanya hitam atau hijau gelap). Fesyen yang lebih moden
mengandungi helaian plastik yang boleh digulung dengan bantuan 2 penggulung yang
ditempatkan selari antara satu sama lain. Hal ini memberi ruang untuk tulisan tambahan
sementara tulisan sebelumnya disimpan tanpa perlu memadamnya. Gred papan tulis yang paling
tinggi diperbuat daripada porselin yang lebih kasar yang menyelaputi besi( hitam, hijau, biru,
atau kadang-kadang warna -warna lain). Porselin adalah kukuh dan papan tulis yang dibina

daripada porselin biasanya tahan sehingga 10-20 tahun walaupun digunakan secara intensif.
Batang-batang kapur yang berwarna putih dan pelbagai warna lain khas direka untuk menulis
diatas papan tulis. Bahan ini sebenarnya bukan diperbuat daripada batu kapur bahkan daripada
kalsium sulfat (lihat kapur tulis).
Papan tulis pada zaman dahulu hanyalah sekeping batu untuk mencatat nota di atasnya
tanpa menggunakan kapur tulis kerana pada masa itu kapur tulis masih belum wujud lagi.
Kanak-kanak hanya menggunakan batu kecil untuk menulis di atasnya. Tulisan dengan
mudahnya dipadam menggunakan sehelai kain buruk bagi membolehkan nota atau masalah lain
ditulis. Pada lewat kurun ke-18 dan awal kurun ke-19, papan batu ini sering digunakan di
sekolah-sekolah di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Papan batu ini ditambat pada
rangka kayu untuk membantu mengukuhkannya dan mengelakkannya daripada retak. Pada masa
itu, kertas amat mahal dan sukar untuk didapati dan oleh sebab itu, papan batu ini amat sesuai
sebagai pengganti. Namun, pada suatu ketika, papan batu ini mula digunakan dengan kaedah
terbaru. Seorang guru geografi yang bekerja di Scotland dilaporkan telah mengambil papan
batu daripada pelajar-pelajarnya dan menggantungkannya pada dinding. Dia kemudiannya
menggunakannya untuk membuat papan tulis yang boleh diubah untuk menulis maklumat
geografi yang membolehkan pelajarnya membaca bersama-sama. Revolusi papan hitam bermula
dari sini. Idea ini diaplikasikan dengan cepat.
Penggunaan papan tulis dalam cara ini yang pertama sekali direkodkan ialah di benua
Amerika Utara, iaitu apabila papan tulis digunakan di Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat di
West Point. Akademi ketenteraan yang lain juga kemudiannya mengikut kaedah penggunaan
papan tulis ini dan akhirnya, kaedah ini telah tersebar di semua sekolah-sekolah yang lain.
Kebanyakan pelombongan papan batu di Amerika Syarikat bertempat di bahagian timur laut,
iaitu di kawasan seperti Maine, Vermont, Pennsylvania dan sedikit di bahagian selatan di
Virginia. Apabila Amerika Syarikat mula berkembang ke sebelah barat, jalan-jalan raya batu
membolehkan papan batu untuk dijadikan papan tulis dihantar dari negeri-negri ini ke sekolah
sepanjang Great Plain dan kawasan prairi pada sekitar tahun 1840-an. Papan hitam ini tetap
tersebar ke sekolah-sekolah kemana sahaja Amerika Syarikat berkembang. Pada sekitar 1850-an,
sekolah-sekolah telah dilengkapkan dengan papan tulis bersama-sama dengan beberapa perkakas

lain seperti dapur (yang menggunakan kayu untuk memasak) dan bangku. Walau bagaimanapun,
penggunaan papan tulis masih lagi belum menjadi sesuatu yang biasa.
Apabila teknologi semakin maju, batu yang digunakan untuk menulis pada papan tulis
telah digantikan dengan kapur tulis. Kapur tulis yang lembut ini lebih mudah untuk digunakan
pada papan tulis dan juga lebih mudah untuk dibersihkan. Kain buruk yang pernah digunakan
untuk memadam tulisan pada papan tulis telah digantikan dengan pemadam papan tulis yang
baru, yang mana mampu menyerap lebih banyak habuk kapur tulis dan mengelakkannya
daripada berterbangan di udara. Papan tulis juga tidak lagi diperbuat daripada papan batu
tetapi kepingan besi dengan porselin. Sejak kebelakangan ini, banyak sekolah telah
menggantikan papan tulis dengan papan putih kerana bimbang dengan masalah kesihatan yang
mungkin timbul akibat habuk kapur tulis.Papan tulis merupakan alat yang digunakan oleh guru
untuk menulis penerengan atau maklumat lain. Penggunaan papan tulis seharusnya terancang dan
berstruktur serta menggunakan tulisan yang jelas dan mudah dibaca. Papan tulis adalah penting
dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran di bilik darjah.
Kemahiran ini memerlukan guru merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi dan
gambar rajah di atas papan tulis dengan baik. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis
dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat
mereka mengikuti pelajarannya. Papan tulis atau papan hitam yang digunakan dengan cara yang
betul dan sistematik akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Ia
digunakan meluas dan guru haruslah mengambil kira peranan yang dapat dimainkan oleh papan
tulis sebelum memulakan sebarang pengajaran. Bagi Brown (1969), guru yang berkebolehan dan
cekap selalunya mengambil berat penggunaan papan tulis supaya ia benar-benar efektif. Papan
tulis merupakan salah satu alat bantu mengajar yang termurah dan paling meluas digunakan.
Kebanyakan guru pelatih, tidak menggunakannya secara efektif.

2.1.1

Langkah-Langkah Yang Perlu Ketika Menggunakan Papan Tulis:


Sebelum memulakan pegajaran, pastikan papan tulis telah dibersihkan. Sekiranya papan

tulis tidak bersih, tumpuan murid akan terganggu. Papan tulis yang tidak bersih boleh
dibersihkan dengan menggunakan pemadam papan tulis yang diperbuat daripada kain atau span.
Papan biasanya amat senang dibersihkan.
Tulisan guru hendaklah besar dan jelas. Semasa menggunakan papan tulis sebagai alat atau
bahan dalam pengajaran, guru haruslah mengambil berat soal tulisan kerana sekiranya guru tidak
menitikberatkan soal tulisan maka murid-murid mugkin tidak dapat memahami apa yang ditulis
oleh guru tersebut. Oleh hal yang demikian, guru haruslah menggunakan tulisan yag agak besar
dan jelas supaya murid-murid dapat melihatnya dengan jelas terutama murid yang duduk di
belakang bilik darjah.
Kebanyakan papan tulis di dalam bilik darjah adalah dari jenis yang panjang. Bagi
memastikan supaya penggunaaannya lebih teratur dan berkesan, papan tulis itu eloklah
dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian dengan membuat garisan sempadan. Keadaan ini
lebih memberi kesenangan kepada guru untuk menulis perkara yang ingin disampaikan.

Bahagian di tepi sebelah kiri dan bahagian tengah digunakan untuk menulis isi-isi
pelajaran penting yang mungkin perlu disalin oleh pelajar. Guru haruslah tahu mengunakan
papan tulis dengan betul supaya p&p dapat berjalan dengan lancar. Guru harus menggunakan
bahagian di tepi sebelah kiri dan bahagian di sebelah kanan pula digunakan untuk menulis
perkataan dan kiraan atau untuk membuat lakaran dan sebagainya, yang akan dipadam setelah

tidak diperlukan. Jawapan atau kenyataan dari pelajar juga patut ditulis di papan tulis. Mereka
juga boleh disuruh menulis sendiri. Dengan cara ini akan dirasakan penglibatan pelajar proses
P&P

2.1.2 Ciri-ciri Papan Tulis dan Penggunaanya


Papan tulis terdapat dalam pelbagai warna hitam, hijau, biru dan putih. Warna-warna
tersebut dipilih kerana ianya sesuai dengan jenis pena yang digunakan. Sebagai contoh papan
tulis warna hitam dan hijau sesuai kerana kapur putih digunakan sebagai pena untuk menulis. Di
sebabkan itu, tulisan yang ditulis akan jelas dan terang.
Papan tulis merupakan satu-satunya alat yang boleh didapati disetiap bilik darjah selain
buku teks. Hal ini demikian kerana, papan tulis merupakan ruang bagi seseorang guru untuk
menjelaskan isi pelajaran yang dipelajari pada waktu tersebut.oleh itu, segala isi-isi penting atau
catatan dapat ditulis pada papan tulis tersebut. Guru haruslah pandai menggunakan papan tulis
sebagai media pengajaran. Selain itu, penggunaannya jug tidak memerlukan bakat atau peralatan
istimewa (tetapi perlu ada sedikit kemahiran).
Dengan menggunakan papan tulis dalam P&P maka perubahan atau tambahan isi boleh
dilakukan dengan cepat dan mudah oleh guru. Sekiranya, berlaku kesalahan penerangan, ejaan
atau sebagainya guru dapat memperbetul dengan cepat dan mudah. Oleh itu, ianya tidak
membazirkan masa dan tenaga guru.
Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan. Papan tulis amat
senang digunakan dan ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Sebagai contoh, papan
tulis boleh digunakan oleh penceramah ketika memberi ceramah atau motivasi kepada muridmurid. Segala isi-isi penting dapat ditulis pada papan tulis ketika ceramah dilaksanakan supaya
murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan dengan lebih jelas.
Kejelasan saiz tulisan yang sesuai, tulisan kemas dan tepat. Sekiranya guru menggunakan
papan tulis sebagi media pengajaran maka, saiz tulisan, kekemasan dan ketepatan tulisan tersebut
perlu dititikberatkan supaya murid-murid tidak keliru dan mampu membacanya dengan baik.

Saiz tulisan mestilah sesuai, tidak boleh terlalu kecil kerana tulisan yang kecil akan
menyebabkan murd-murid tidak mampu melihat dan membaca setiap perkataan yg ditulis oleh
guru. Oleh sebab itu, tulisan guru haruslah agak besar supaya murid-murid dapat melihat dan
membacanya dengan jelas.
Dalam penggunaan papan tulis untuk menerangkan mengenai sesuati gambar rajah, aspek
kejelasan dan ringkas amat penting. Gambar rajah yang jelas dan ringkas akan lebih
menyenangkan murid-murid untuk memahami perkara yang diajar oleh guru. Gambar rajah
tersebut haruslah sesuai dengan tahap dan umur murid-murid.
Penonjolan dan penekanan penggunaan kapur warna yang sesuai penggunaan kapur warna
yang menarik. Guru haruslah pandai menggunakan kapur sebagai pena penulisan. Kapur terdapat
dalam pelbagai warna sebagai contoh putih, biru muda, pink, dan hijau muda. Penggunaan kapur
yang berwarna ini sangat penting kerana guru boleh menukar penggunaanya bagi menerangkan
isi-isi pelajaran terutama dalam rumusan Bahasa Melayu. Sebagai contoh, kapur putih untuk
pendahuluan, kapur biru untuk isi tersurat, kapur hijau untuk isi tersirat dan kapur pink untuk
kesimpulan. Keadaan ini membolehkan murid-murid dapat membezakan antara pendahuluan
dengan aspek-aspek isi yang lain.

2.1.3 Cara Penggunaan Papan Tulis


Memperkenalkan kata / istilah (baru)
Papan tulis boleh digunakan oleh guru sebagai media pengajaran bagi mempekenalkan
kata atau istilah (baru) dalam P&P. sebagai contoh, dalam penulisan karangan guru boleh
memperkenalkan kata atau istilah-istilah baru kepada murid-murid dengan menulis perkataan
tersebut berserta maksud perkataan itu pada papan tulis.
Menulis latihan tatabahasa / ujian
Guru juga boleh menggunakan papan tulis sebagai media untuk murid-murid membuat
latih tubi. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan papan tulis untuk menulis latihan tatabahasa
kepada murid. Soalan latihan boleh ditulis dengan jelas dan tepat pada papan tulis.

Menulis isi penting


Sebagai media pengajaran dalam bilik darjah, papan tulis digunakan oleh guru untuk
menulis isi-isi penting dalam P&P. sebagai contoh, dalam pengajaran karangan kepada muridmurid, guru boleh senaraikan isi-isi penting tajuk karangan tersebut supaya murid-murid mampu
memahaminya.

2.2 Objektif Penggunaan Papan Tulis


Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Untuk menarik perhatian
murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran. Untuk
memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang di huraikan. Untuk mendemonstrasikan
langkah-langkah penyelasaian masalah secara sistematik. Untuk mempelbagaikan aktiviti
pengajaran guru dan pembelajaran murid. Untuk memberikan peluang kepada murid-murid
mencatit nota dari papan tulis.

2.3 Prinsip-Prinsip Penggunaan Papan Tulis


Rancang penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar rajah dapat di
letakkan ditempat yang sesuai. Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis
gambar rajah yang menarik. Tulisan dan gambar rajah yang di gunakan hendaklah jelas kelihatan
kepada seluruh kelas. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan penonjolan atau
penekanan. Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan. Pelajar-pelajar hendaklah
diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis. Masa penggunaan papan
tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan
papan tulis dengan masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

2.4 Menggunakan papan tulis secara optima


Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian
kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif untuk
mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila:
(1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik.
(2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain.
(3) Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran.
(4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebagian besar murid.
(5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya dengan
penggunaan warna, grafik, jadual).
(6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid.

Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh, maka bidang tersebut dapat
dibahagikan secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian. Bahagian tersebut komposisinya
adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di sebelah kanan. Bahagian kiri untuk
menuliskan fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian
ini harus dipertahankan tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri. Bahagian tengah dapat
digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran dan juga digunakan sebagai tempat
untuk unjuk kerja murid dalam menyelesaikan soalan latihan. Bahagian tengah dapat ditulisdihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung. Bahagian kanan dari papan tulis
digunakan untuk menuliskan kesimpulan-kesimpulan hasil proses pembelajaran. Kesimpulan
tersebut harus ditulis secara sistematik dan dapat dibandingkan korelasinya dengan indikator
hasil belajar. Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian di
papan tulis kanan tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat mengingatkan
kepentingan maklumat selama proses pembelajaran.

Papan tulis juga dapat digunakan sebagai media untuk menempelkan atau menayangkan
maklumat. Poster-poster atau hasil pembuatan peta konsep murid dan guru pada kad manila
dapat ditampalkan pada papan tulis untuk menggantikan kaedah menulis. Jika papan tulis yang
dimiliki sekolah berwarna putih, papan tulis tersebut juga dapat dimanfaatkan sebagai pengganti
layar untuk menayangkan slide OHP atau slide dari LCD Projektor.

2.6 Etika Penggunaan Papan Tulis


1. Jangan bediri tepat
Ketika anda sedang menggunakan papan tulis sewaktu mengajar, jangan berdiri tepat di
depan papan tulis. Ini kerana perbuatan anda akan melindungi pandangan anak murid/pelajar
untuk melihat apa yang anda tulis di papan tulis. Berdirilah dengan keadaan badan yang agak
menyerong sehingga tubuh anda tidak menghalangi pandangan mereka.

2. Gunakan alat penunjuk


Gunakan pembaris atau alat penunjuk untuk menunjukkan apa yang anda tulis di papan
tulis. Ini adalah cara terbaik agar tubuh anda tidak menghalang pandangan anak murid ketika
melihat tulisan di papan tulis.

3. Jangan penuhkan dengan tulisan


Janganlah memenuhi papan tulis dengan tulisan. Terlalu banyak tulisan mengakibatkan
papan tulis menjadi tidak menarik dan membingungkan pelajar. Biarkan sebahagian papan tulis
kosong secara proporsional, khususnya bahagian bawah papan kerana para pelajar yang duduk di
bahagian belakang besar kemungkinan tidak dapat melihat dengan jelas apa yang anda tulis di
bahagian bawah papan tulis berkenaan.

4. Tulisan besar
Perhatikan agar tulisan anda cukup besar dengan bentuk huruf yang tegak, sehingga dapat
dibaca dengan jelas. Tulisan tidak perlu terlalu berseni atau `fancy. Yang penting tulisan anda
mesti cukup tebal.

5. Padam tulisan yang tidak dipakai


Hapuskan tulisan yang sudah tidak diperlukan. Para pelajar tidak dapat memusatkan
perhatian pada banyaknya tulisan yang bercampur aduk dan tidak teratur.

6. Tulisan yang kontras


Jika anda menulis di white board (bukan papan tulis kayu yang berwarna hitam),
dianjurkan anda menggunakan pena (marker) dengan warna gelap (hitam atau biru tua), kerana ia
akan menghasilkan tulisan yang lebih kontras dan jelas.

http://ipislam.edu.my/kplir/tek-pdk/bahan/papan_pengajaran.htm
http://bmp3013x.blogspot.com/2008/09/kemahiran-menggunakan-papan.html
http://bmp3013x.blogspot.com/2008/09/menggunakan-papan-tulis-secara-optima.html
http://catatannota.blogspot.com/2011/08/komponen-pengajaran-komponen-papan.html

You might also like