Kertas Kerja PPDA

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KERTAS CADANGAN BAGI PROGRAM

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU
BINTULU, SARAWAK.
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0 PENDAHULUAN
Program Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program anjuran
Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan
berkemahiran dalam menolak ancaman dadah dan gejala sosial.
Program ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah
melalui aktiviti persembahan karya kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti
motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk
menyampaikan mesej dan informasi anti dadah kepada orang ramai melalui pelbagai
strategi media.
Bagi tahun 2015, pengisian program ini dimantapkan lagi selaras dengan
matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah
merealisasikan Negara Bebas Dadah Menjelang Tahun 2015.

2.0 RASIONAL
a) Pelajar merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan yang
perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan Negara.
b) Pelajar adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan
dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat yang
dinamik dan progresif.
c) Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang , ketabahan dan keyakinan
diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui Program
Pendidikan Pencegahan Dadah yang terancang dan bersepadu.

3.0 MATLAMAT

Matlamat Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan


Tanjung Batu ini, bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah dan
jauhi rokok dalam kalangan murid melalui persembahan kepelbagaian bakat pelajar dan
perkongsian maklumat dan mesej anti dadah.

4.0 OBJEKTIF
a) Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar semua peringkat
tentang bahaya dadah.
b) Menggunakan seni dan aktiviti kesenian sebagai medium penyampaian mesej
pendidikan pencegahan dadah.
c) Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan
pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina.

5.0 TEMA PROGRAM TAHUN 2015


1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

6.0 TARIKH
Sepanjang bulan April 2015

7.0 LOKASI
Kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Bintulu, Sarawak.

8.0 AKTIVITI
a) Melukis mural

b) Melukis banner

9.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu

10.0 IMPAK PROGRAM


a) Kajian menunjukkan pelajar yang terlibat secara langsung dalam Program
Pendidikan Pencegahan Dadah didapati bebas daripada pengaruh dadah. Ini
membuktikan proses pembinaan sahsiah bebas dadah dalam kalangan peserta
pertandingan telah berjaya mencapai matlamatnya
b) Penilaian program yang dibuat oleh pelajar dan guru menunjukkan mereka
memberi perhatian yang tinggi terhadap aktiviti ini.
c) Sekolah kebangsaan mempunyai jentera pelaksana aktiviti pertandingan
pendidikan pencegahan dadah yang berpengalaman dan dilaksanakan secara
terancang dalam takwim tahunan. Keadaan ini dimantapkan lagi dengan bantuan
bimbingan guru-guru terlatih yang berpengalaman dan bantuan pihak swasta,
NGO dan Lembaga Kesihatan Malaysia yang semakin prihatin.

11.0 HARAPAN
Usaha

membanteras

ancaman

dadah

dan

rokok

melalui

pendekatan

pencegahan adalah sangat penting dilaksanakan di semua peringkat. Justeru, program


ini adalah salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Kesihatan

Malaysia dalam usaha memberikan pencegahan awal kepada murid dan juga
masyarakat secara amnya. Bagaimanapun program ini akan lebih berkesan sekiranya
ia dapat dijayakan dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak sama ada dari
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, mahu pun
pihak swasta dan badan NGO. Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program
ini dapat merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan Negara Bebas Dadah Menjelang
Tahun 2015 terutama sekali dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

12.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi

: Maziziana Anak David

Naib Pengerusi

: Amirul Zakwan Bin Abu Bakar

Setiausaha

: Agien Anak Misid

Bendahari

: Siti Amalina Binti Mazni

AJK Peralatan

: a) Hafizah Binti Abdullah


b) Matthew Wong Ling Kang

AJK Kawalan Murid

: a) Nur Jannah Nabihah Binti Sabri


b) Maisara Binti Manas

AJK Dokumentasi

: Tuan Muhd Norfirdaus Bin Tuan Zakaria

AJK Kebersihan

: a) W. Halieza Binti W. Mohamad Hanapi


b) Wan Syazwani Binti Wan Md Sukri
c) Nur Syafiqah Binti Ruslan

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


a) Gunaan Pendidikan Seni Visual
BIL
.

BARANG

KUANTITI

ANGGARAN

JUMLAH

HARGA

HARGA

1.
2.

3.

4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Penyembur

cat

(merah,

3 botol

hitam, kelabu)
Cat mural (merah, kuning,

(setiap warna)
5 botol

biru, hitam)
Cat mural pelbagai warna

(setiap warna)

lain (hijau, jingga, coklat,


unggu, putih, pink)
Kain merah, hitam, putih

2 botol
(setiap warna)
3 meter

Kayu ukuran 1 inci


Nylon brush no.12
Nylon brush no. 1,2,3

(setiap warna)
20 meter
10 batang
10 batang

Nylon brush no 4,5,6

(setiap satu)
10 batang

Nylon brush 7,8,9

(setiap satu)
10 batang

Water colour

(setiap satu)
5 unit
JUMLAH

Disediakan oleh,
..
(NOR FADIDAH FADITAH BT MOHD NOR)
GURU BIMBINGAN KAUNSELING

Disemak oleh,

(RM)

(RM)

9.00

81.00

19.50

390.00

19.50

234.00

7.00

63.00

20.00
1.80

400.00
18.00

0.70

21.00

0.90

27.00

1.00

30.00

9.80

49.00
RM 1 313.00


(NORJANAH BT SEHIM)
GPK HAL EHWAL MURID

Disahkan oleh,
.
(LEO SEBLI ANAK BOYONG)
GURU BESAR TANJUNG BATU

You might also like