Professional Documents
Culture Documents
Imbuhan 100823013637 Phpapp02 PDF
Imbuhan 100823013637 Phpapp02 PDF
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat
yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Cerdik 2. Kemahiran pengimbuhan
merupakan komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan
perkataan merupakan proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu
mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan
berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid dan 2 orang guru terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra.
Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang
jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan.
Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada
perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid
telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan
kajian ini telah selesai dalam tempoh dua bulan. Maksud imlak ialah mendengar
dan menulis semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah
menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula
menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika
dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai.
Peratus (%)
10
40
26.6
16.7
6.7
100
Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7 orang) murid
telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid terdapat
empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan 7 (66.7 %),
soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %). Soalansoalan tersebut
berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan.
5.2.2 Analisis pemerhatian
Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid
semasa pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar
Tingkah laku
Peratus ( % )
Kesungguhan
50
Kurang mengambil bahagian
30
Kurang tumpuan ( bermain, berbual,
20
mengganggu kawan )
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah
ii.
iii.
iv.
v
vi
Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti
dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.
Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.
Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan
Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada
sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah
kata terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan)
Saya memperdengarkan semula petikan cerita
Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.
Pemerhatian :
Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga lebih
bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang
diperdengarkan.
Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan
Markah
Peratus (%)
( A ) 80 - 100
10
( B ) 60 - 79
43.3
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah
( C ) 40 - 59
40
( D ) 20 - 39
6.6
( E ) 0 - 19
Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan.
Refleksi :
Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita.
5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan
Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan.
Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu;
1. Awalan imbuhan yang hadir sebelum kata dasar
2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar
3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar
4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.
(Bagi murid tahun 3 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam
sukatan)
i.
ii.
Pemerhatian :
Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:
Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan
Markah
Peratus (%)
( A ) 80 - 100
25
( B ) 60 - 79
55
( C ) 40 - 59
20
( D ) 20 - 39
0
( E ) 0 - 19
0
Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 100 dan tidak ada
seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah.
Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis
perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul.
Murid juga menumpukan perhatian terhadap P & P .
Refleksi :
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya
mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan.
5.4.3
Aktiviti 3 : Membina ayat
Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat.
Murid menyatakan apa yang dilihat.
(Contoh :Monyet nampak buah pisang masak)
iii.
Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.
iv.
Perbincangan mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat
dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul.
(Contoh : Seekor monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas
sebatang pokok pisang)
v.
Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.
v.
Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti
perbincangan
Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid
Aktiviti
Bilangan murid
% pencapaian
Perbincangan
22
43.6
Membaca
26
56.4
i.
ii.
Pemerhatian :
Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan
sesuatu bahan sebagai rangsangan.
Refleksi :
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan muridmurid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam
perbualan harian.
5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos
Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian Pos
disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi
diubahkan kata dasar.
Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab
semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa
pemberian markah sebanyak 50 markah.
Bahagian A - Imbuhan awalan
Bahagian B - imbuhan akhiran
Bahagian C - imbuhan apitan
Bahagian D - membina ayat
Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.
Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30
minit.
struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa
Melayu dibantu dengan aktiviti aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media
seperti audiovisual yang menarik dan berkesan.
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Abdul Talib (1993 ). Menguji kemahiran bahasa, prinsip , teknik dan
Contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Koh Bon Boon ( 1989 ) , Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Raminah Hj. Sabran ( 1992 ) . Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu ,
Penerbitan Fajar Bakti Kuala Lumpur.
Zuriah Yusuf (1992 ). Asas kemahiran berbahasa dalam KBSR Jilid 3, Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.