Bahasa Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa

pemerintahan Inggeris. Di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa yang


digunakan, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya
diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu
digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab
perguruan sejak tahun 1900. Siri buku tulisan Zaba dalam bentuk tiga jilid,
iaitu Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayudigunakan sebagai rujukan.
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau
era yang berikut, iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka
(1957-1970), dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).
Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957)
Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem
persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut:
1. Laporan Barnes 1951 menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan
kaum Melayu
2. Laporan Fenn-Wu 1951 menyemak pendidikan kaum Cina
3. Ordinan Pelajaran 1952 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai
corak sistem persekolahan kebangsaan
4. Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi perkembangan sistem
pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran
Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem
peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Laporan Barnes 1951
Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J.
Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa
ini termasuklah:

Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan


meningkatkan taraf pencapaian dalam Bahasa Inggeris

Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di


maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih
bersesuaian; dan

Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama


ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan
tempatan dengan fungsi yang sama.

Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan


Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar. Apabila salah satu
daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang
satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes yang telah
menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan individu
ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan
kemahiran, menggalak, merangsang, dan membolehkan komuniti Melayu
mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam
masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara
yang bersatu padu yang merangkumi semua kaum. Laporan Barnes tidak
mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang
pembubaran pendidikan vernakular Cina. Ini membawa kepada pembentukan
jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.
Laporan Fenn-Wu 1951
Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah
Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes. Laporan ini
mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan
menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan
yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan FennWu dikatakan memperkecil keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan
pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut
melalui pengalaman pergaulan seharian. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan
bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang
ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan.
Ordinan Pelajaran 1952
Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan
Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan
sebulat suara. Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan
sistem pelajaran negara ini. Antara lain, matlamat Penyata Pelajaran 1952
adalah:
1. Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan
perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu.
2. Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri
dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
3. Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara
yang terdiri dari berbagai kaum.

Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar dan
sistem pelajaran baru diwujudkan. Antara yang tercatat dalam penyata, iaitu:
1. Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang
mengandungi dua jenis; Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa
Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan
Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua.
2. Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa
perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang
murid atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa
perantaraan masing-masing.
3. Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan
kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun.
Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi
peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional
menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing.
Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E.E.C.
Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk
mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan
"vernacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan
dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195, 2008).
Laporan Razak 1956
Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran
Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan
cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam
cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa
perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah
dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008):
1. Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah
rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus
maju.
2. Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk
menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.
Selain daripada itu, jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guruguru dan nazir-nazir sekolah. Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru
akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi
dikenali sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Mengenai Bahasa Melayu
pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada Bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah. Oleh itu


Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua
sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. Satu Institut
Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru
Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di
Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. Bagi mengelola dan menjamin
kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu,
jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian
Pelajaran yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk
memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah.
Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan
yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah
Melayu bagi murid-murid di semua sekolah menengah, mengadakan pelajaran
menengah lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik.
Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata
Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada
yang bercorak Tanah Melayu, dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang
sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara
perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui
bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan satu lagi detik
bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang menuju kepada suatu Dasar
Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang
bersatu dan sebuah negara yang aman damai.
Zaman Pascamerdeka (1957-1970)
Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan
satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal
berdasarkan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi
teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang
menggariskan Bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula
oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada
penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan
kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar (Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006, ms. 17).
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 Zaman Kemas Kini
Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib,
Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan
Jawatankuasa Pendidikan 1956. Pada 18 Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik
Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama sembilan orang anggota

Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. Mereka ialah :


1. Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi,
2. Menteri Kehakiman,
3. Tun Leong Yew Koh,
4. Menteri Perdagangan dan Perusahaan,
5. Encik Mohd. Khir Johari,
6. Penolong Menteri Pelajaran,
7. Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan,
8. Penolong Menteri Buruh,
9. Encik V. Manickavasagam,
10.Senator Koh Kim Leong,
11.Encik Mohd. Dahari Ali,
12.Ketua Menteri Pulau Pinang,
13.Datuk Wong Pow Nee dan
14.Encik Abdul Ghani bin Ishak.
Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah :
1. untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan
oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei, 1956;
2. mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar
Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran
peringkat rendah dengan percuma; dan
3. mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem
pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang utama.
Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar
yang akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk
masalah kewangan dan latihan guru. Orang ramai, badan-badan pelajaran, dan
sebagainya diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat tentang Dasar
Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu.
Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah
Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan

separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya


Bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua
sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. Kementerian Pelajaran telah
mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan
menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian)
Sekolah 1956. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib
untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah
bermula pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di
Tingkatan Satu diajar dalam Bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian pendidikan
bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan
percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan
pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan
masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan
peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke
sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar
yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat
mulai tahun 1992
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan
sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah
pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Walau bagaimanapun,
selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan
Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan. Pada tahun 1979,
semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan
pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. Laporan ini
telah:

Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca,


menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur


disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia ; pendidikan menengah atas


melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran


keseluruhan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi
memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini

menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi


membentuk pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus
peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, Bahasa
Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. Pada tahun
1980, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu
hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam
Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. Di
institusi pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat
dilihat dari tiga aspek: pertama, Bahasa Melayu sebagai mata kursus; kedua,
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai
satu pengajian dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya.
Penggunaan Bahasa Melayu di universiti merupakan lanjutan daripada
pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki
universiti pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam Bahasa
Melayu pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua
pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam Bahasa Melayu.
Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991, penggunaan Bahasa Melayu dalam
pendidikan baik pada peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan
universiti terlaksana dengan lancar.

You might also like