Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KRL 3033

Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


TAJUK

Teknik Hafalan Sifir Pelbagai Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan


Karak.

GROUP UPSI53(A142PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

MOHD HAIZAD BIN AWALUDIN

D20112054390

0122556400

NAMA PENSYARAH/PENYELIA : DR CHE NIDZAM BINTI CHE' AHMAD


TARIKH SERAH

: 5 APRIL 2015

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Dalam bab ini, perbincangan adalah mengenai definisi, teori atau model yang
berkaitan dengan pembolehubah -pembolehubah yang dikaji dan tinjauan kajian- kajian yang
lalu serta beberapa laporan pembacaan ilmiah oleh pengkaji yang berkaitan dengan
pembolehubah yang selari dengan tujuan kajian yang dijalankan. Selain itu, persoalanpersoalan yang dikemukakan memerlukan sokongan-sokongan yang jitu daripada kajiankajian literature. Dalam kajian ini, tinjauan-tinjauan akan lebih tertumpu kepada kajian yang
berkait rapat dengan kemahiran sifir dan sejauh manakah teknik hafalan sifir pelbagai dapat
dilaksanakan di kalangan pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Karak. Selain itu, kajian ini
mampu meningkatkan penguasaan sifir pelajar ke tahap yang lebih baik dan memotivasikan
pelajar kelas tahun 4 untuk menghadapi ujian dan peperiksaan.

2.2

Teknik Hafalan Sifir Pelbagai di SK Karak

Sekolah Kebangsaan Karak adalah sebuah sekolah rendah gred B di dalam daerah
Bentong, Pahang. Sejarah Sekolah Kebangsaan Karak bermula pada tahun 1925. Ketua
Kampung iaitu Datuk Ibrahim bersama-sama anak buahnya telah mendirikan sebuah surau
atau madrasah ( dikenali sebagai Madrasah Tinggi ) dan sebuah sekolah. Tapak untuk
membina sekolah ini adalah tanah kepunyaan Datuk Ibrahim sendiri ( atas nama anak
lelakinya Wah b. Ibrahim ). Sekolah yang dibina itu telah mendapat kelulusan Jabatan
Pelajaran Pahang pada tahun 1926 . Pada ketika kelas dimulakan, bilangan murid- muridnya
ialah antara 30 ke 40 orang sahaja dengan seorang guru kampung.

Pada tahun 1931 Datuk Ketua Kampung telah mencadangkan agar Sekolah Kampung
Karak ini diserahkan kepada kerajaan, iaitu Pejabat Pelajaran Pahang,Kuantan. Dengan itu
pada 1hb Oktober 1932 pihak Jabatan Pelajaran telah menghantar seorang guru kerajaan
sebagai Guru Besar. Beliau ialah Encik Abdul Aziz bin Ahmad . Memandangkan bilangan
murid bertambah ramai, kerajaan telah menghantar seorang lagi guru penolong pada 25hb
Mac 1933.

Pada tahun 2014, bilangan pendidik di sekolah ini seramai 27 orang dan staf sokongan
sekolah seramai 4 orang. Bilangan pelajar sehingga bulan Mac 2015 pula ialah seramai 300
orang. Pelajar adalah penduduk di kampung dan juga terdiri daripada anak-anak guru-guru

dan anak-anak staf sokongan sekolah ini. Keputusan matapelajaran matematik UPSR bagi tiga
tahun berturut-turut mendukacitakan. Keputusan UPSR tahun 2012 menunjukkan peratusan
keseluruhan lulus matapelajaran matematik ialah 90% dan kualiti bilangan yang mendapat A
ialah 20%. Pada tahun 2013 peratus kelulusan matapelajaran matematik menurun mendadak
sehingga 76% dan kualiti bilangan A juga menurun menjadi 15%. Pada tahun 2014 keputusan
UPSR untuk matapelajaran matematik sekali lagi menurun dengan kelulusan hanya 70% dan
bilangan A 15.2%.

Selaras dengan itu, satu program peningkatan keputusan matapelajaran matematik


telah dilaksanakan secara rasminya oleh Panitia Matematik SK Karak pada awal tahun 2015.
Dalam mesyuarat panitia matematik bil-1, bertarikh 15 Januari 2015 terdapat beberapa
perkara dan aktiviti yang dirancang bagi peningkatan keputusan matematik di SK Karak.
Jadual 2 menunjukkan Carta Gantt program dan aktiviti yang telah dirancang oleh panitia
matematik SK Karak pada tahun 2015.

Bil

Aktiviti

Jan

Fe
b

01

MESYUARA
T PANITIA

02

BULAN
MATEMATI
K

03

PROGRAM 1
SIFIR

04

1 KARAK
PROGRAM
MENTO

Mac

Apr

Me
i

Jun

Jul

Ogo

Sept

Okt

Nov

Dis

MENTI
05

SIFIR
UJIAN DAN
PEPERIKSA

06

AN
PEPERIKSA
AN
PERCUBAA
N DAN

07

UPSR
KELAS
BIMBINGAN

08

TAHUN 6
BENGKEL
MATEMATI
K TAHUN 5
DAN 6

Jadual 2 : Carta Gantt Program Panitia Matematik SK Karak 2015

Justeru itu, pihak panitia matematik SK Karak telah memberi fokus kepada pelajarpelajar dari tahun 4 lagi sebagai persediaan mereka menghadapi persekolahan menengah.
Aktiviti berteraskan kemahiran sifir dijadikan perkara utama dalam meningkatkan keputusan
matapelajaran matematik. Kemahiran asas sifir sangat penting kepada pelajar untuk
menguasai matematik. Masalah yang dihadapi oleh pelajar di dalam menyelesaikan soalan
-soalan yang melibatkan operasi darab yang mana berpunca daripada masalah sukar untuk
menghafal dan mengingati sifir darab yang dipelajari. ( Saiful, 2010).

Menurut Abu Bakar (2007) dalam kajiannya terhadap kumpulan pelajar yang diajar
menggunakan kaedah petak sifir telah menunjukkan peratus peningkatan yang tinggi iaitu
42.96% berbanding kaedah tradisional penghafalan iaitu 19.68%. Dapatan ini menunjukkan

bahawa kaedah petak sifir lebih berkesan dalam proses pembelajaran asas darab matematik
tahun 4. Beliau menggunakan kaedah petak sifir yang memudahkan pelajar menjawab soalan
berkaitan darab dan bahagi. Walaubagaimanapun pihak pengkaji tetap dengan pendirian
bahawa kaedah teknik hafalan sifir pelbagai yang akan dilaksanakan lebih mendatangkan
kesan yang positif di kalangan pelajar tahun 4 SK Karak.

Satu program kajian tindakan telah dilaksanakan pada tahun 2013 mengenai
peningkatan sifir di kalangan pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Karak. Program ini telah
dilancarkan oleh Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Karak dan dilaksanakan oleh Pn
Aliza Irani binti Ali dan Pn Salina binti Bappu guru matematik tahun 4 pada tahun itu.
Melalui program kajian tindakan yang dijalankan, pihak sekolah mengharapkan program
tersebut dapat diterapkan dan diamalkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan
Karak yang lain. Dalam kajian tindakan tersebut 90% pelajar tahun 4 telah berjaya menghafal
sifir 0 hingga 12.

Justeru itu, teknik hafalan sifir pelbagai yang merangkumi sifir berirama, sifir terbalik
dan mento-menti sifir yang akan dilaksanakan adalah kesinambungan daripada kajian
tindakan yang telah dijalankan pada 2013 yang lepas. Cikgu Anis (2011) pula menyatakan
jika pelajar gagal mengusai sifir dengan baik, maka seseorang pelajar itu sukar untuk
mendapat kecemerlangan dalam matematik. Begitujuga jika tidak menguasai sifir maka
kemahiran membahagi juga pasti gagal dikuasai.

2.3

Konsep Teknik Hafalan Sifir Pelbagai

Teknik hafalan sifir pelbagai terdiri daripada hafalan sifir berirama, hafalan sifir
terbalik dan mento menti sifir. Untuk melaksanakan ketiga-tiga teknik ini, para pelajar tahun 4
perlulah mengikut langkah-langkah yang telah dirancang. Langkah pertama dimulakan
dengan teknik sifir berirama. Setelah mahir teknik sifir berirama pelajar menggunakan teknik
sifir terbalik sebagai langkah kedua. Langkah ketiga dan yang terakhir ialah mento menti sifir.

2.3.1

Teknik Hafalan Sifir Berirama

Teknik hafalan sifir pelbagai yang digunakan untuk menghasilkan pelajar tahun 4 yang
hafal dan mahir sifir. Teknik hafalan sifir yang pertama digunakan ialah hafalan sifir
berirama. Sifir berirama ini bertujuan menarik minat pelajar untuk menghafal sifir
menggunakan unsur nyanyian , bermain dan seni. Menurut Zawati (2009) di dalam artikelnya
menyatakan sebagai seorang guru kita sentiasa berfikir untuk melakukan yang terbaik didalam
kelas. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bermacam-macam kaedah yang disarankan
dalam pedagogi pengajaran antara kaedah yang menarik adalah menyanyi. Murid-murid
mudah untuk menghafal dalam nyanyian.

Di samping berhibur dalam nyanyian, secara tidak langsung pelajar akan menghafal
sifir. Dalam menghafal sifir secara nyanyian , pihak pengkaji akan mempelbagaikan kaedah
nyanyian dengan mengambil tema nasyid, bunyi-bunyian haiwan, bunyi-bunyian kenderaan
dan lagu-lagu yang terkenal. Pelajar-pelajar akan bermain sambil menghafal sifir. Belajar
melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada
mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanakkanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa
dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main
merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan
sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja
kanak-kanak.

Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui


bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada
murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.

Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke


tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman
yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

Teknik sifir berirama yang akan dijalankan bertujuan menarik minat pelajar terhadap
sifir. Pelajar akan mempersembahkan sifir berirama mengikut kreativiti irama mereka sendiri.
Secara tidak langsung, mereka akan mempelbagaikan irama sifir tersebut. Sifir berirama
paling sesuai digunakan pada permulaan pelajar ingin mengenal sifir.

2.3.2

Teknik Hafalan Sifir Terbalik

Teknik hafalan sifir terbalik ini diubahsuai daripada sifir yang biasa. Jika sebelum ini
pelajar telah menghafal sifir berirama iaitu dari 0 sehingga 12 tetapi sifir terbalik digunakan
untuk pelajar yang telah menghafal sifir secara sifir berirama. Sifir terbalik masih
menggunakan cara penghafalan cuma bermula dari 12 sehingga 0. Sifir terbalik menguji
pelajar supaya lebih menggunakan kemahiran mengingat. Contoh Sifir terbalik untuk sifir 5
seperti yang ditunjuk dalam Jadual 3.

Sifir 5
12 X 5
11 X 5
10 X 5
9X5
8X5
7X5
6X5
5X5
4X5
3X5
2X5
1X5
0X5

60
55
50
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0
Jadual 3 : Sifir Terbalik Sifir 5

Dalam proses penghafalan sifir terbalik ini, pelajar-pelajar akan menggunakan


kemahiran mengingat mereka. Mengingat dan menghafal merupakan satu bentuk kemahiran
yang perlu dikuasai oleh pelajar jika ingin berjaya dalam pelajaran. Kemahiran mengingat
atau menghafal merupakan kemahiran mengingati semula isi-isi pelajaran dan fakta-fakta
yang telah dipelajari sebelum ini menurut Cikgu Aniza.( 2009) dalam blognya bertajuk
Kemahiran Belajar.

Faktor penting yang membantu proses mengingat atau menghafal ialah kefahaman
tentang sesuatu bahan yang dibaca dan dipelajari. Kemahiran mengingat atau menghafal

banyak dibantu oleh deria pendengaran dan penglihatan yang baik. Dalam hal ini, maklumat
atau informasi diterima daripada deria dan disimpan dalam otak. Kemahiran mengingat dan
menghafal membantu informasi yang diterima disimpan dalam ingatan kekal dan mampu
digunakan semula pada masa yang diperlukan.

2.3.3

Teknik Mento Menti Sifir

Setelah pelajar tahun 4 menguasai langkah yang pertama dan kedua, guru akan
memilih beberapa orang pelajar untuk dianugerahkan sebagai maharaja sifir. Istilah maharaja
sifir ini merujuk kepada pelajar yang telah diuji dan berjaya mencapai tahap yang
dikehendaki. Maharaja sifir ialah pelajar yang mahir kedua-dua teknik hafalan sifir pelbagai
yang telah didedahkan sebelum ini. Mento ialah pelajar yang dipilih sebagai maharaja sifir
dan menti pula ialah pelajar yang masih lemah sifir. Tugas mento ialah membimbing mentinya
supaya mahir sifir. Pelajar akan belajar bersama rakan sebaya yang juga dikenali sebagai
pembimbing rakan sebaya (PRS).

Menurut Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Balung, Tawau pada tahun 2012,
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar
dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang
memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional. Di samping itu melatih

mereka membantu diri sendiri. Selain itu, khidmat pelajar membantu pelajar merupakan
satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan
paling memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang. Dengan itu mereka merupakan
orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masalah.

Program mento menti sifir yang akan dilaksanakan ini sebenarnya diubahsuai daripada
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang banyak dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Menurut Dr Mastura Badzis (2013) dalam artikelnya di dalam berita harian, secara umumnya,
proses sosialisasi berlaku secara semula jadi dan kebolehan ini diperoleh melalui amalan
seharian dan pengalaman positif berurusan dengan orang di persekitarannya. Dalam usaha
kanak-kanak belajar untuk bersosialisasi dalam konteks berkawan atau membina hubungan
persahabatan, banyak aspek yang perlu difahami dan dikuasainya terlebih dulu, lebih-lebih
lagi jika itu kali pertama, menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Kebolehan kanak-kanak untuk membina persahabatan atau berkawan dengan rakan


sebaya juga bergantung kepada keseluruhan perkembangan dan kefahamannya dalam aspek
perkembangan lain berkaitan. Contoh, jika dilihat aspek emosi, seseorang kanak-kanak
berupaya membina persahabatan sekiranya dia ada keyakinan diri untuk mendekati kanakkanak lain.

2.4

Kajian-kajian Lepas Yang Berkaitan

Pengkaji telah membuat beberapa kajian mengenai kemahiran sifir melalui


pembacaan, pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran, analisa keputusan
matapelajaran matematik dalam peperiksaan dan juga mencari beberapa maklumat berkaitan
kaedah dan teknik kemahiran sifir dari kajian-kajian yang telah dilaksanakan. Kajian
Tindakan Aliza dan Salina (2013) mengenai kemahiran sifir tahun 4 SK Karak telah menjadi
langkah permulaan dalam kajian ini. Dalam kajian tindakan yang dijalankan oleh mereka telah
menggunakan kaedah hafalan sifir yang biasa digunakan. Dalam kajian tindakan tersebut
didapati pelajar tahun 4 SK Karak pada tahun 2013 dapat meningkatkan kemahiran sifir
mereka dengan lebih baik lagi.

Penggunaan buku sifir dalam kajian tindakan tersebut sangat berkesan. Pihak pengkaji
sekali lagi akan menggunakan buku sifir dalam ketiga-tiga teknik hafalan sifir pelbagai
sebagai rujukan. Penambahbaikan yang akan dilakukan terhadap buku sifir tersebut ialah akan
menjadikan program buku sifir sebagai pertandingan. Pertandingan yang akan dijalankan ialah
pertandingan buku sifir paling kreatif dan cantik. Tujuan pertandingan buku sifir diadakan
supaya dapat menarik minat pelajar tahun 4 dalam menggunakan buku sifir sebagai bahan
bantu dalam melaksanakan teknik hafalan sifir pelbagai.

Kajian tindakan oleh Mohd kamaruddin Hj kassim (2008) yang menggunakan


kaedah CBIG dalam menghafal sifir telah berjaya mencapai objektif kajian beliau. Kaedah
CBIG merupakan kaedah menghafal dengan menulis semula sifir sebelum menjawab ujian.
Perlaksanaan kajian ini adalah dianggap berjaya mendedahkan pelajar kepada masalah
menghafal sifir. Berdasarkan perbandingan antara ujian pra dan ujian pos , menampakkan
peningkatan ketara antara sampel terbabit. Walaupun beliau menggunakan kaedah yang tidak
sama seperti yang akan dilaksanakan oleh pengkaji, cara perlaksanaan kajian akan dijadikan
rujukan dalam penghasilan kajian ini.

Seterusnya Rafidah dan Azilah (2007) juga telah menjalankan kajian terhadap
meningkatkan penguasaan sifir bagi murid tahap 1 menggunakan petak keting-keting. Dalam
perlaksanaan petak keting-keting tersebut terdapat juga proses penghafalan sifir. Jika pelajar
tidak menghafal sifir asas yang mudah seperti sifir 2 dan 5 mereka berkemungkinan tidak
dapat membuat petak keting-keting tersebut. Pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pos yang
dilakukan oleh mereka menunjukkan beberapa peningkatan. Kebolehan pelajar menggunakan
petak keting-keting adalah satu cara kemahiran kinestetik yang memperkukuhkan kemahiran
matematik pelajar-pelajar.

You might also like