Sejauh Mana Penggunaan Tenaga Nuklear Di Malaysia Berbanding Tenaga Bersumberkan Termokimia Dan Elektrokimia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEJAUH MANA PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA BERBANDING

TENAGA BERSUMBERKAN TERMOKIMIA DAN ELEKTROKIMIA.

Tenaga nuklear kadang kala di sebut sebagai Tenaga Atom, ialah sejenis tenaga yang mengikat
nukleus sesebuah ataom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti
pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Tenaga nuklear ini dihasilkan dari
reaksi nuklear ( iaitu bukan letupan ) terkawal. Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan
nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk
menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Henri Becquerel iaitu seorang ahli fizik Perancis telah menemui tenaga nuklear pada tahun 1896
iaitu ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam gelap
berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X yang baru sahaja
ditemui pada tahun 1895.
Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma iaitu pereputan radioaktif yang
melibatkan satu proton atau neutron dalam nucleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan
samada zarah-zarah, sinaran electromagnet ( seperti sinar Gamma ) , neutrino atau kesemuanya
sekali. Proses yang kedua ialah pembelahan nuklear iaitu proses yang membelah satu nucleus
berat menjadi dua nucleus yang lebih ringan, dan proses yang ketiga ialah proses pelakuran
nuklear yang menggabungkan dua nukleus atom untuk membentuk satu nukleus yang berat.
Pada tahun 2005 , tenaga nuklear membekalkan sebanyak 6.3% tenaga dunia dan 15% kuasa
elektrik dunia. Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun menggunakan 56.5% elektrik yang
dihasilkan oleh loji nuklear. Pada tahun 2007, IAEA melaporkan terdapat 439 reaktor nuklear di
dunia yang beroperasi di 31 buah negara.

Kemajuan pesat di seluruh dunia telah mendorong pelbagai negara untuk mengaplikasikan
tenaga nuklear di negara mereka sendiri, dimana negara-negara maju seperti Amerika Syarikat
dan Rusia telah lama menggunakan sumber janakuasa nuklear. Ini juga telah mendorong
kerajaan Malaysia untuk menggunakan tenaga nuklear di Malaysia pada tahun 2021 apabila
Malaysia dijangka menghadapi krisis tenaga, dimana sumber bahan asli seperti petroleum, gas
asli dan arang batu akan mengalami kesusutan dan habis.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyatakan terdapat lima lokasi telah dikenalpasti oleh
kerajaan bagi membina stesen janakuasa tenaga nuklear iaitu satu di Kedah, Perak, Terengganu
dan dua di Johor. Bagi suatu negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia, tenaga
elektrik adalah satu elemen penting dalam pembangunan di mana ianya boleh dijana dengan
arang batu, gas asli dan sistem hidro, tetapi tenaga nuklear di Malaysia boleh membekalkan
berjuta kali ganda daripada sumber tenaga yang sedia ada dengan menggunakan jumlah yang
sedikit. Lagipun kandungan sumber uranium iaitu bahan bakar tenaga nuklear adalah lebih
banyak di bumi ini dan boleh bertahan sehingga 100 200 tahun lagi.
Tidak seperti tenaga sumber asli yang lain, tenaga nuklear tidak menghasilkan karbon dioksida
yang menyebabkan pemanasan global dan bersesuaian dengan dasar kerajaan untuk
mengurangkan 40% daripada pencemaran karbon dioksida pada tahun 2020. Walau
bagaimanapun penggunaan teknologi nuklear di Malaysia masih lagi boleh dikira berada di
peringkat yang minima lagi jika dibandingkan dengan penggunaan tenaga yang berasaskan
termokimia dan elektrokimia. Antara bidang-bidang yang telah menggunakan tenaga nuklear di
Malaysia ialah seperti bidang pertanian , perubatan dan bidang pembuatan.
Melalui bidang pertanian , teknologi nuklear merupakan salah satu teknologi moden yang
berkembang dengan pesat. Pemanfaatan teknim nuklear pada tanaman boleh digunakan untuk
pembaikan jenis-jenis tanaman melalui mutasi dengan radiasi. Menurut seorang Pegawai
Penyelidik Kanan MINT ( Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia ) iaitu Dr.Rusli
Ibrahim, terdapat banyak kajian yang dijalankan menjurus kepada pembangunan bidang
pertanian dan industry asas tani di negara kita. Antara teknik-teknik yang telah dibangunkan
dalam bidang pertanian ialah seperti mutasi aruhan, kajian racun serangga, pengurusan
pengairan, kajian sampingan agro, kendalian lepas tuai dan pengawetan makanan.

Penggunaan tenaga nuklear dalam bidang pertanian telah banyak membantu para petani dalam
meningkatkan hasil tanaman mereka dan seterusnya pendapatan mereka. Antaranya ialah tenaga
nuklear telah dapat digunakan bagi mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan. Sinaran Gamma
juga telah diaplikasikan di bidang pertanian . Ini kerana sinar Gamma dapat memandulkan
serangga perosak ya ng menjadi musuh para petani ini. Secara tidak langsung bilangan serangga
perosak ini akan dapat dikawal. Teknik ataupun kaedah mutasi aruhan juga dapat menghasilkan
baka tanaman yang lebih baik. Mutasi merupakan satu proses di mana gen atau mana-mana
turutan DNA mengalami perubahan dalam strukturnya. Proses mutasi tidak biasa berlaku dalam
alam sekitar biasa dan jika ianya terjadi sekal;ipun ia akan memakan masa yang agak lama dan
berlaku pada kadar yang rendah. Tetapi dengan penggunaan sinar Gamma dan sinar X mutasi
boleh dipercepatkan melalui induksi oleh agen mutasi sama ada secara kimia atau fizikal.
Tanaman seperti padi, kacang tanah dan kacang soya, biji benihnya merupakan bahagian yang
paling popular dan berpotensi untuk diradiasi dfengan sinar Gamma yang dihasilkan daripada
unsur Cobalt-60. Radiasi juga boleh dilakukan secara akut dalam masa yang singkat dengan
kadar dos yang tinggi seperti dalam pengkulturan tisu tumbuhan . Buat masa ini penggunaan
tenaga nuklear dalam bidang pertanian telah Berjaya menghasilkan beberapa tumb uhan mutan
baru seperti pisang, padi, kacang tanah, dan juga tanaman hiasan yang mempunyai ciri-ciri yang
lebih berkualiti seperti hasil yang tinggi, pokok rendah, matang awal, rasa lebih enak dan ciri-ciri
yang lebih menarik, khusus bagi tanaman hiasan seperti perubahan warna bunga dan daun ,
pokok renek dan lain-lain lagi.

Selain dari bidang pertanian , bidang perubatan juga turut menggunakan tenaga nuklear secara
meluas. Antaranya ialah melalui bidang radiologi. Melalui bidang ini penggunaan alat
pengimejan bioperubatan, imbasan sinar X dan juga ultra sound telah dipraktikkan. Manfaat
terbesar pengimejan perubatan ialah ianya membolehkan diagnosis dilakukan tanpa sebarang
prosedur yang memerlukan pembedahan . Sebelum adanya teknologi tersebut, diagnosis hanya
dapat dibuat secara tidak langsung melalui gejala atau symptom penyakit ataupun melalui biopsi.
Namun , pengimejan perubatan membolehkan penyakit kronik seperti kanser diketahui lebih
awal.
Sinar X juga banyak digunakan dalam bidang perubatan. Sinar X yang digunakan untuk tujuan
pengimejan bioperubatan adalah sinar berkekuatan tinggi yang mempunyai tenaga antara 12
hingga 120 kv. Pengimejan sinar X lazimnya dibuat dengan satu sumber sinaran dan pengesan
terdiri daripada filem foto, sintilator ataupun terkini diod semikonduktor digunakan . Dengan
adanya sinar X ini mesin-mesinnya telah dibekalkan di setiap hospital kerajaan di Malaysia.
Ianya telah dapat membantu ramai pesakit yang memerlukan penggunaan khidmat mesin sinar X
ini. Selain mesin sinar X , Florouskop juga banyak digunakan dalam bidang perubatan di
Malaysia. Florouskop adalah variasi pada radiografi dimana imej unjuran dibentuk pada
pengesan yang terdiri daripada paparan fluorescent. Florouskop terkini menggunakan kamera
video berSASKAN Charge Couple Device (CCD) dan membolehkan imej dimanipulasi secara
digital. Tenaga nuklear sebenarnya telah banyak memainkan peranan dalam bidang perubatan ini
dimana selain yang disebutkan di atas banyak lagi kegunaannya seperti alat pengimbas CAT dan
laser yang digunakan untuk membuat diagnosis penyakit, radioisotope fosforus pula dapat
merawat tumor otak dan dengan bahan-bahan nuklear ini juga pensterilan alatan perubatan lebih
sempurna.Ini semua akan meningkatkan taraf kesihatan penduduk di Malaysia .

Penggunaan tenaga nuklear di Malaysia juga digunakan dalam bidang pembuatan. Penggunaan
teknologi nuklear dalam bidang pengeluaran sarung tangan contohnya telah membantu memberi
sumbangan yang besar kepada industri sarung tangan di Malaysia. Bagi industri minyak dan
sektor marin pula, teknologi Non Destructive Testing (NDT) yang menggunakan tenaga nuklear
melalui peralatan seperti sinar Gamma dan sinar X telah digunakan untuk mengesan kecacatan
atau kerosakan yang berlaku pada paip-paip minyak atau gas. Teknologi ini dipelopori oleh
Agensi Nuklear Malaysia dan beberapa syarikat swasta yang lain. Bidang komunikasi juga turut
memanfaatkan penggunaan tenaga nuklear ini terutamanya bagi satelit dan juga internet.
Walau bagaimanapun penggunaan teknologi nuklear di Malaysia pada ketika ini masih lagi
belum mencapai tahap maksima. Penggunaan tenaga yang bersumberkan termokimia seperti
bahan api ataupun bahan bakar yang digunakan secara meluas oleh pelbagai sektor industri, dan
juga oleh orang awam. Penggunaan tenaga yang bersumberkan termokimiayang terbesar adalah
melalui diesel dan petroleum yang diperolehi melalui proses penyulingan petroleum setelah
minyak mentah yang digali dari dasar lautan diperolehi. Bahan ini menjadi pilihan di Malaysia
yang pertamanya adalah kerana ianya lebih murah dan mudah untuk diperolehi berbanding jika
tenaga nuklear di gunakan untuk menjana enjin kenderaan ataupun bagi menghasilkan tenaga
elektrik. Lagipun teknologi yang dimiliki oleh Malaysia masih belum mampu mempraktikkan
penggunaan tenaga nuklear secara meluas. Pada masa sekarang tenaga elektrik masih lagi
dijanakan dengan menggunakan bahan api sebagai penggerak utama di setiap stesen janakuasa.
Walaupun hidroelektrik ada dihasilkan tetapi ianya masih belum mencukupi untuk menampung
keperluan rakyat Malaysia yang semakin bertambah dan sektor industri yang semakin
berkembang yang menuntut bekalan elektrik secara banyak dan konsisten.
Secara amnya penduduk Malaysia masih lagi mentah tentang tenaga nuklear. Kebanyakkan dari
mereka hanya tahu tentang penggunaan tenaga yang diperolehi berasaskan proses termokimia
dan elektrokimia. Ini kerana kurangnya pendedahan tentang nuklear dan jika adapun yang tahu
hanyalah sebilangan kecil sahaja. Kebergantungan rakyat Malaysia kepada tenaga bersumberkan
termokimia ini adalah amat tinggi kerana ia mencakupi seluruh kehidupan mereka . Apabila
disebut sahaja tentang nuklear dan radioaktif masing-masing akan merasa takut dan skeptikal
mengenainya. Ini kerana mereka akan mengaitkan nuklear dengan bom atom dan kesannya
terhadap Nagasaki dan Hiroshima. Itulah yang menjadi punca tentangan apabila kilang Lynas
yang bertanggungjawab menguruskan sisa bahan radioaktif hendak dibina di negara kita dahulu
sehingga menuntut pihak kerajaan melakukan penjelasan kepada penduduk sekitar. Bahan api
fosil yang murah dan mudah diperolehi menjadikan tenaga nuklear sesuatu yang begitu mahal
dan tidak relevan untuk digunakan di Malaysia. Namun begitu kerajaan telah mula
menggerakkan usaha untuk merealisasikan penggunaan tenaga nuklear di Malaysia contohnya
penubuhan Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) pada 11 Januari 2011 berperanan
sebagai pelaksana program tenaga nuklear Malaysia.

Langkah kerajaan Malaysia untuk mengaplikasikan penggunaan tenaga nuklear di Malaysia


mempunyai pro dan kontranya kerana , walaupun pada dasarnya penggunaan tenaga nuklear di
Malaysia adalah hanya untuk tujuan keamanan sahaja seperti yang dinyatakan oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai
Keselamatan Nuklear di Kuala Lumpur pada tahun 2012, ia masih lagi mempunyai beberapa
keburukannya. Antara beberapa kebaikkan penggunaan tenaga nuklear ialah , tenaga nuklear
dapat menjana tenaga elektrik dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang
panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum
dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium akan menghasilkan lebih banyak tenaga
untuk jangka masa yang panjang. Satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga
berbanding penggunaan beberapa juta tan arang batu atau pun beberapa juta tong minyak.
Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan elektrik melalui tenaga nuklear
tidak akan mencemarkan udara kerana loji-loji nuklear ini tidak akan membebaskan gas-gas
rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi. Pembinaan loji nuklear
tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang tenaga nuklear akan
menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah.Selain
daripada itu tenaga nuklear juga memberi banyak manfaat dalam bidang pertanian , perubatan
dan pembinaan seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Kemajuan dalam bidang tenaga
nuklear ini telah banyak mendatangkan manfaat kepada rakyat Malaysia dalam membantu baik
dari segi ekonominya mahupun dari segi peningkatan tahap kesihatan rakyat secara amnya.
Walaubagaimanapun, penggunaan tenaga nuklear ini juga mempunyai beberapa sisi gelapnya
juga. Antara perkara-perkara yang mungkin akan berlaku dengan meningkatnya penggunaan
tenaga nuclear berbanding tenaga berasaskan termokimia dan elektrolisis ialah seperti
pencemaran radiasi daripada bahan nuklear. Radiasi ini boleh merosakkan sel badan manusia dan
boleh mengakibatkan kanser serta kecacatan pada bayi-bayi yang baru lahir jika ibunya terdedah
kepada radiasi. Perkara yang paling ditakuti sekiranya kita menggunakan tenaga nuklear ialah
apabila berlakunya kemalangan diloji nuclear yang akan mendatangkan kesan radiasi kepada
penduduk sekitar yang akan menyebabkan kematian dan juga akan berlaku mutasi genetik serta
penularan penyakit-penyakit yang timbul hasil daripada terdedah kepada radiasi terlalu lama.
Kebocoron di loji nuklear ini telah dan pernah berlaku dibeberapa buah negara seperti di reactor
nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada tahun 1979, Chernobyl, Ukraine pada 1986,
Loji di Tokai Mura di Jepun pada 1999, United Kingdom pada tahun 2000 dan yang terbaru ialah
di Fukushima Jepun. Kes-kes seperti ini masih lagi memberi kesan kepada mangsa-mangsa yang
berada di tempat-tempat tersebut walaupun sudah lama berlaku kerana kesan radiasi mengambil
masa yang lama untuk hilang dan mencapai tahap selamat kepada manusia. Dari segi ancaman
peperangan pula, perlumbaan untuk membina senjata-senjata nuklear akan menjadi satu
ancaman yang besar kepada keselamatan dunia kerana kesan dari penggunaan senjata nuklear ini
amat dahsyat kesannya dan ini telah terbukti di Nagasaki dan Hiroshima sewaktu perang dunia

kedua dahulu. Inilah yang membimbangkan kebanyakkan rakyat Malaysia apabila teknologi
nuklear ini disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
Kesimpulannya penggunaan tenaga nuklear di Malaysia adalah satu langkah kehadapan yang
diambil oleh kerajaan untuk mengatasi krisis tenaga suatu hari nanti serta ia juga merupakan satu
usaha untuk mempelbagaikan lagi kegunaan nuklear bagi tujuan kesejahteraan hidup rakyat
Malaysia dari segala segi. Namun melihat kepada kesan-kesan yang mungkin terjadi akibat dari
penggunaan tenaga nuklear ini mungkin sedikit mengerunkan rakyat Malaysia amnya.
Kebergantungan kepada tenaga yang dihasilkan dari proses termokimia pula telah terbukti
kesannya dengan peningkatan kadar pencemaran udara serta kemusnahan alam yang diakibatkan
dari usaha untuk mendapatkan bahan mentah bagi diproses untuk mendapatkan tenaga yang
diperlukan. Sebenarnya terdapat tenaga alternatif yang boleh kita gunakan yang lebih baik dan
kurang risikonya seperti tenaga suria, geoterma, ombak angin dan hidroelektrik. Tenaga-tenaga
gantian ini juga dikenali sebagai tenaga hijau dan ianya bersifat tidak akan habis kerana ia adalah
tenaga yang boleh diperbaharui .

You might also like