Biografi Dato Usman Awang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 44

BIOGRAFI DATO DR.

USMAN AWANG
Julai 31, 2009

Bak kata pepatah Melayu, harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama.
Biarpun hampir sedekad beliau pergi meninggalkan kita, namun dari lembaran karya-karya agung
yang dinukilkan, kehadirannya tetap dirasai. Semasa hayatnya, beliau terkenal sebagai seorang
penyair hebat dan ahli drama yang prolifi k. Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi,
antara nama pena beliau yang termasyhur. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Dr. Dato
Usman Awang.
Meniti Ranjau Kehidupan
Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman Awang. Tokoh
ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor
Darul
Takzim. Ibunya, Halimah, meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan
yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh. Usman Awang menerima
pendidikan setakat darjah enam Sekolah Melayu sahaja. Faktor kemiskinan tidak mengizinkannya
mengecap kejayaan yang lebih baik. Beliau pernah menuntut di daerah Kuala Sedili (1936),
Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940). Ketika Jepun melanda Malaya pada tahun 1942,
Usman Awang memerah keringat sebagai seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian
beliau menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura.
Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Beliau pernah menjadi budak pejabat di
Pejabat Tali Air Segamat. Kemudian memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas
beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Selepas itu, Usman Awang

menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau
menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.
Melangkah ke Dunia Persuratan Melayu
Pada tahun 1951, beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di Melayu Raya
selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Sesudah itu beliau bekerja di
Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran
bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat
menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu.
Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian
beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya
ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi
pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Bermula pada Mei
1982,beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sehingga bersara
pada bulan Julai 1985.
Antara Karya Hebat
Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan penulisan
sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan
perikemanusiaan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik, ia acap kali
menjadi pilihan anak-anak sekolah juga masyarakat awam dalam sebarang upacara mendeklamasi
sajak. Antara sajaknya yang cukup popular ialah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga
Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua. Manakala novel penulisannya yang masyhur sehingga
kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk
Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu,
drama beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di
Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.
Petikan esiswa Ogos 2009
5 Komen |

Biografi Penyair, Usman Awang | Tagged: Biografi Usman Awang,Usman Awang |

Dikirim oleh Admin

Prosa Air Mata


Mac 19, 2008

Bahawasanya air mata


tiadalah ia memilih tempat untuk jatuh
tidak pula memilih waktu untuk menitis

Pautan Kekal

Air mata adalah kepunyaan bersyarikat


dipunyai oleh orang-orang melarat yang tinggal
di dangau-dangau yang buruk oleh tukang sabit yang masuk
ke padang yang luas dan ke tebing yang curam,
dan juga oleh penghuni-penghuni gedung-gedung yang permai
dan istana-istana yang indah.
Bahkan di situ lebih banyak orang menelan ratap dan memulas tangis.
Luka di jiwa yang mereka hidapkan, dilingkung oleh tembok dinding
yang tebal dan tinggi, sehingga yang kelihatan
oleh orang luar atau yang mereka ketahui hanya
senyuman saja,
padahal senyum itu penuh dengan kepahitan
~ Usman Awang
5 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Usman Awang permata Melayu yang sukar diganti


Februari 12, 2008

Oleh: AZMAN ISMAIL


USMAN Awang. Nama ini tidak hanya sebahagian daripada khazanah keilmuan Melayu. Tetapi ia
juga merupakan permata intelektual yang dimiliki oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Dalam sejarah kepengarangannya, Allahyarham berkarya bukan hanya di atas nama kaum Melayu
semata-mata tetapi juga merentas sempadan etnik dan sistem kepercayaan atas nama
kemanusiaan serta kesejagatan.
Persoalan besar yang sentiasa diutarakan olehnya ialah bagaimana pengarang menjadi lidah
masyarakat dalam menyuarakan hak, rasa, pandangan dan kepentingan mereka kepada kelompok
yang berkuasa.
Bagaimanapun, Allahyarham tidak meletakkan perjuangan masyarakat bawahan dalam wacana
konflik. Sebaliknya ia disampaikan melalui ketajaman pena dan kehalusan kata.
Sebagai pembaca, kita jangan mengharapkan pemikiran Allahyarham diterapkan dalam karyakarya berbau penentangan dan kekerasan. Sebaliknya, keadilan dituntut melalui kejernihan akal
rasional.

Sesekali bila membaca karya-karya Allahyarham sama ada genre puisi, novel mahupun drama
pentas, ia akan mengingatkan kita pada Justice is Conflict, karya Stuart Hampshire.
Dalam erti kata, sama seperti Hampshire, Usman berpandangan bahawa kejernihan akal rasional
dalam memperjuangkan keadilan adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat.
Oleh itu, karya-karya Allahyarham setia mendukung semangat persahabatan sebagaimana jiwa
kemelayuan itu sendiri. Menikam dalam kelembutan kata-kata dan kepetahan bermain bahasa.
Seperti yang diungkapkan oleh penulis, Zaen Kasturi, Allahyarham merupakan permata intelektual
Melayu yang lahir atas semangat kesedaran untuk memperjuangkan masa depan dan jati diri
bangsanya.
Kata-kata dalam puisinya adalah lambang Melayu sejati yang cinta akan akarnya.
Keterpesonaannya tertancap kukuh pada alam yang melahir, membesar dan mendewasakannya.
Jiwa puisinya adalah jiwa Melayu tulen. Cintanya tidak mengenal batas. Daripada nelayan dan
buruh kasar
sehinggalah Melayu yang menduduki kepimpinan tertinggi, dia menegur menerusi kata-kata
lembut dan menusuk, katanya.
Zaen berpendapat, membaca karya Allahyarham, terutama puisi-puisinya, kita tidak berasa marah
atau terhina akan tegurannya itu.
Malahan seharusnya berterima kasih kerana dia memberikan kita rasa untuk berfikir bahawa kita
harus menjadi Melayu yang kenal peribadi sendiri.
Oleh hal yang demikian itu, karya-karya Allahyarham akan tetap subur sebagai khazanah bangsa
yang begitu berharga. Memang Allahyarham adalah sebutir permata di dalam kesusasteraan tanah
air yang sukar dicari ganti.
Hari ini, setelah enam tahun pemergiannya, perjuangan dan idealismenya dalam memartabatkan
bahasa, kesusasteraan dan kemanusiaan sentiasa hidup dan mekar mewangi.
Pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mohamad Mokhtar
Abu Hassan berkata, kekuatan utama Allahyarham ialah unsur kritikan sosial dalam karyakaryanya.
Allahyarham dalam beberapa karyanya melontarkan kritikan terhadap kepincangan-kepincangan
dalam birokrasi serta terhadap segelintir pemimpin yang tidak jujur.

Namun, teguran tersebut dilontarkan dalam kerangka pemikiran Melayu yang sentiasa berlapik
dan bersopan. Kehalusan kata sentiasa menjadi keutamaan kepada Allahyarham.
Semangat untuk membela nasib orang Melayu dalam karya-karya Allahyarham cukup kuat. Ia
ditulis dalam bahasa yang mudah tetapi memadai untuk menyedarkan semua pihak.
Inilah kelebihan yang ada pada beliau. Dengan bahasa yang mudah, ringkas tetapi padat, karyakaryanya mampu menegur banyak pihak secara halus serta berlapik, katanya.
Di sisi lain, Mohamad Mokhtar berpendapat karya-karya Usman membuktikan Allahyarham
berfikiran jauh dalam melihat pelbagai isu khususnya berkaitan dengan masa depan orang Melayu.
Kebanyakan isu yang diutarakan tidak hanya menggambarkan situasi semasa. Sebaliknya juga
idealisme untuk memajukan orang Melayu pada masa depan.
Pandangan-pandangan seperti ini tidak banyak ditemukan dalam penulis-penulis Melayu yang
sezaman dengan Allahyarham. Apa yang diutarakan adalah isu semalam, hari ini dan masa depan.
Saya rasa ini kekuatan utama dalam karya-karya Allahyarham. Ia membuktikan Usman seorang
pengarang yang berpandangan luas meskipun tidak mempunyai pendidikan tinggi, tambahnya.
Pandangan-pandangan Zaen dan Mohamad Mokhtar sebenarnya hanyalah contoh kecil daripada
segudang jasa Allahyarham dalam memartabatkan bahasa, sastera dan masa depan orang Melayu
sendiri.
Bagaimanapun, berapa ramai barangkali antara penyanjung, peminat dan pengagum Usman yang
terus mengingati makna sebenar 29 November dalam erti kata `pergi sebutir permata keilmuan
Melayu?
Usman tidak hanya sekadar pengkarya besar yang pernah dilahirkan oleh sebuah negara bernama
Malaysia tetapi juga seorang pemikir agung yang merentasi zamannya.
Ketika meletus peristiwa permogokan Utusan Melayu pada Oktober 1961, Allahyarham dan temanteman seperjuangan menunjukkan harga diri yang tinggi demi masa depan bahasa dan orang
Melayu.
Di Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50), suara Allahyarham begitu lantang memperjuangkan
maruah bahasa Melayu. Begitu juga ketika Peristiwa Keranda 152. Peranannya telah
membangkitkan kesedaran kepada banyak pihak supaya tidak memperlekehkan bahasa
kebangsaan itu.

Ketika kampus universiti di negara ini bergolak, Allahyarham turut meletakkan dirinya dalam
peristiwa berkenaan. Beliau menunjukkan keprihatinan sebagai seorang manusia yang hidup dan
sedar kepada persekitarannya.
Kesimpulan ringkas, pengkaryaan dan perjuangan Allahyarham sentiasa dekat dengan dunia
nyata, dan di mana perlu menyatakan pendirian melalui tulisan yang beralas tetapi tetap
mengesankan.
Kini sudah beberapa tahun Allahyarham meninggalkan kita. Namun, ketajaman pena dan
kehalusan bahasa beliau tidak pernah mengikuti jasadnya. Ia terus subur, sesubur jasanya yang
ditabur demi kelangsungan bangsa Melayu dan negara Malaysia.
1 Komen |

Artikel, Biografi Penyair, Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Uda Dan Dara ~ Usman Awang


Disember 26, 2007

Uda dan dara


Bersumpah keramat cinta
Wajah seri terukir
Berbiduk hilir kasih
Uda dan dara
Bersanding tak berpelamin
Tempat yang berwali
Di laut malam saksi
Daraku nantikan abang
Emas ringgit membakar kita
Uda hamba tunggu angin lalu
Uda dan dara
Bersanding di pusara
Nisan yang bersabda
Keramat kisah cinta
~ Usman Awang
Berat kupikul sakit kutanggung, ibu, tetapi Dara hanyalah satu tak dapat ditukar ganti, tak dapat
dijual beli. Jika begini penanggunganku kerana Dara, maka relalah hamba menerimanya.

2 Komen |

Usman Awang | Tagged: Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Pahlawan Kemerdekaan ~ Usman Awang


Ogos 21, 2007

(Kepada Pahlawan Pahang)


PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya
Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang
Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat
Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.
~ Usman Awang
(Dalam Puisi-puisi Pilihan, DBP)
20 Komen |

Puisi Patriotik, Usman Awang | Tagged: Usman Awang |

Dikirim oleh Admin

Salam Benua ~ Usman Awang


Ogos 14, 2007

Pautan Kekal

I
MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain
II
Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas
III
Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin
IV
Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini

V
Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua
Usman Awang
1970
English Translation:
Greetings to the Continent
I
They separate us
the passports visas frontiers all names for barriers
they rob us with their laws
sending bullets wrapped in dollars
forcing us to choose
and choose we must
there is no other way
II
Friend, you have chosen guns and bullets
many leaders prefer their dollars
for this you must soak your clothes
red grass, red river
childrens weeping
the blood of the exploited
III
You squeeze cactus and grind stones
to make food and drink
girls toil decorated in dust
little children sling on their weapons
you darken the sky with exploding pipelines

others sing in prisons


for the freedom of Palestine
IV
We strive in drying rice fields
daring peasants have begun to clear the virgin jungle
small beginnings in a cloudlike calmness
a calmness that nips us in the bud
we the few are still learning
from all your experiences,
and our own
we shall consolidate the May eclipse
at the true target
of this archipelago
V
Greetings
without visa
passport
golf
colour
to humanity, people,
of all continents.
Usman Awang
1970
(Translated by Muhammed Hj Salleh)
6 Komen |

Usman Awang | Tagged: Usman Awang |

Dikirim oleh Admin

Korban Tanah Air ~ Usman Awang


Ogos 10, 2007

Biar dia telah pergi


Atau gugur ke persada ibu
Yangtakkan kembali
Meninggalkan bakti dan jasa

Pautan Kekal

Dia hanya seorang mata-mata


Atau perajurit yang berbakti
Meninggal bingkisan jasa
Pada bangsa dan ibu pertiwi
Dia gugur di medan perjuangan
Di tengah-tengah hutan belantara
Atas kuburnya ditabur kembangan
Disiram dengan air mata
Kekasih yang menuggu dia
Putus cintabisikan jiwa
Usman Awang
1984
2 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Dunia Yang Senyum ~ Usman Awang


Ogos 9, 2007

(Surat Buat Khrushchev dan Eisenhower dalam Pertemuan)


Siapa pun juga kita, merah atau apa warna,
Dan di mana juga berada, mengenal bahagia neraka.
Tuan bisa mengeti kerana dunia kepunyaan bersama.
Di antara kita dan dunia yang mesti hidup,
Ada dua manusia dalam satu denyut,
Kuasa yang besar padanya segala terpaut.
Keliling kita udara pecahan atom,
Kilang-kilang kawah api bukan untuk senyum;
Ke mana berlindung bila muntah suaranya meraung?
O dengarlah harapan yang banyak ditumpahkan,
Suara cinta-damai tebang bersayap membumbung.
Jadikanlah senapang itu kecapi dan gitar
Petiklah, bukan candit bedit yang pelurunya bergegar.
Gantilah bom-bom itu dengan bola mainan anak-anak,

Panggillah pemuda dan gadis-gadis menari


Di tangan mereka bunga-bunga warna-warni
Dunia yang senyum bakal kita miliki.
Usman Awang
1959
2 Komen |

Usman Awang | Tagged: Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Pak Utih ~ Usman Awang


Ogos 8, 2007

I
Punya satu isteri mau dakap sampai mati,
Lima anak mau makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.
Kulit tangan tegang berbelulang,
Biasa keluarkan peluh berapa saja,
O Pak Utih, petani yang berjasa.
Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Dan Mak Utih bisa panggil dukun kampung,
Lalu jampi matera serapah berulang-ulang.
Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dara diikat bersilang.
II
Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.
Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,


Ayam panggang yang enak di depan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.
Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?
Usman Awang
1954
English Translation
Father Utih
I
He has one wife whom he embraces until death
five children who want to eat everyday
an old hut where an inherited tale is hanging
a piece of barren land to cultivate.
The skin of his hands is taut and calloused
accustomed to any amount of sweat
O Father Utih, the worthy peasant.
But malaria comes hunting them
even though he offers a million prayers
and Mother Utih calls the village medicine man
for magic formulas, curses repeatedly chanted.
The medicine man with his reward goes home
with money and a pullet tied together.
II
In towns the leaders keep shouting
of elections and the peoples freedom
of thousand-fold prosperity in a sovereign state
a golden bridge of prosperity into the world hereafter.
When victory brightly shines
the leaders in cars move forward,

their chests thrust forward


O! the beloved subjects wave their hands.
Everywhere there are banquets and festivities
delicious roast chicken is served
chicken from the village promised prosperity.
Father Utih still waits in prayer
where are the leaders going in their limousines?
Usman Awang
1954
(Translated by Adibah Amin)
3 Komen |

Usman Awang | Tagged: Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Mahkota Cinta ~ Usman Awang


Ogos 6, 2007

Ladang kita air mengalir di segala liku


tanaman subur menghijau dan rumput-rumput baldu
ia datang matanya bintang suaranya lagu
membawa khabar mesra salam dari ibu
Kucintai tanah ini kerana kami di sini
rumah kecil tapi telah didirikan oleh lelaki
teguh dan keramat seperti gunung besi
ladang tercinta, kubenam hati di sini
Tumbuh segala kasih berbuah berbunga
ladang comel sekarang milik kita bersama
akan lahir manusia baru sudah bernama
setia, putera kasih mewarisi mahkota cinta!
Usman Awang
1966
( Dipetik dari Antologi Puisi Bintang Mengerdip, DBP )
10 Komen |

Usman Awang | Tagged: Usman Awang |

Dikirim oleh Admin

Pautan Kekal

Suasana ~ Usman Awang


Ogos 3, 2007

Seorang perempuan bersamfu hijau


dari tingkap dapur rumahnya berteriak
dan bertanya sambil membungkus Nien Kau
lalu tertawa mengangkat tudung periuk
wap panas menjulang harum kanji nasi
Dan dari rumah sebelah terdengar suara lunak
perempuan berbaju kurung menjawab senyum
sedang jari-jarinya lincah mengisi ketupat
dan sesekali menyudip serunding di kuali
segar selera dicecah baunya yang wangi.
Dari kejauhan suara-suara muda yang riang
pekikan dan tertawa di antara letupan mercun
dan kedua ibu saling memandang dan tersenyum
tanpa seruan pura-pura dari pentas-pentas politik
hati mereka bersalaman dan saling berpelukan
atas kesederhanaan rasa dan nasib yang sama.
Esoknya kuih pau dan ketupat bertukar pinggan
mereka saling menerima dan memberikan kepunyaan
dan dari kedua telaga hati berkocak mesra
mengucapkan Kong Hee dan Selamat Hari Raya

Usman Awang
1965
( Dipetik dari Antologi Puisi Bintang Mengerdip, DBP )
1 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Mahasiswa ~ Usman Awang


Ogos 2, 2007

Mahasiswa dari kota tanah air


bangunlah!
angkat matamu dari buku

lampaui dinding lampaui tembok


semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini


sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik


atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

Usman Awang, September 1961


2 Komen |

Usman Awang | Tagged: Usman Awang |

Dikirim oleh Admin

Cinta Ladang Getah ~ Usman Awang


Julai 30, 2007

Jika ladang-ladang getah


yang kita tumpahkan kasih ini
tiada menerima lagi dan terpisah
kita akan membunuh ketakutan,
sebab bumi adalah terbentang di mana-mana
untuk kita menyemai benih
kemanusiaan yang telah ternoda

Tidak ada yang dapat membunuh cinta ini,


tidak ada, sebab pembunuhnya telah mati.
USMAN AWANG Antologi Duri & Api
Tinggalkan komen |

Usman Awang |

Dikirim oleh Admin

Ibuku ~ Usman Awang


Julai 27, 2007

Pautan Kekal

Pautan Kekal

IBUKU mempunyai seribu mimpi


Yang dipikulnya tiap hari
Sambil menimangku ia pun menyanyi:
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Jangan masuk lokap.
Ibuku tidak mengenal buku dan sekolah
Tiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur sawah
Menggaru betisnya yang dikerumuni lintah.
Hatinya selalu teringat
Suaminya yang mati melarat
Setelah dikerumuni lintah darat
Ibuku tangannya kasar berbelulang
Mengangkat bata-bata bangunan
Wajahnya dibedaki debu berterbangan.
Ibu tidak pernah mengenal supermarket
Tinggal di bilik sempit
Upahnya buruhnya sangat sedikit
Ibuku tidak punya TV
Tidak berpeluang pula menontonnya
Tak pernah mengikuti laporan parlimen
Atau ceramah bagaimana menambah jumlah penduduk
Tidak pula tahu adanya forum kemiskinan
Atau pertunjukan masak-masakan
Dengan resepi yang sangat menakjubkan
Ibuku setiap pagi berulang ke kilang
Bekerja dengan tekun hingga ke malam
Mikroskop itu menusuk matanya dengan kejam
kaburlah mata ibu diselaputi logam
Ibuku tidak tahu tentang hak asasi
Apalagi tentang seni dan puisi.
Jika ditanya makna melabur
Nama-nama saham yang menjanjikan makmur
Atau tentang dasar pandang ke timur,
Ibu tersenyum menunjukkan mangkuk bubur
Yang melimpah kanji beras hancur

O ibuku sayang
Di negerimu kau menumpang.
Sesekali kudengar ibu menyanyi
Pantun tradisi caranya sendiri:
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Tak boleh jadi menteri
Usman Awang
( Dipetik dari Puisi-puisi pilihan Usman Awang)
9 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Pesan ~ Usman Awang


Julai 26, 2007

Jika kau berikan dengan kedua tanganmu


yang mengalir dari hati dan kandungan
dari ujud rasa yang maha agung
akan ku tatang ia di dulang hatiku.

Telah kita tunggu sejak pertama kali hati menguntum


tiada terusik oleh segala selisih rasa
sebab ia tinggi mengepak di puncak menara
dengan kedamaiannya dalam jalinan setangkai senyum.

Bila ia menjelma dengan suaranya memanggil nama bapa


bisikkan padanya segala kisah yang tercipta
antara ibu dan ayah yang mewujudkan nama setia.

USMAN AWANG Singapura, Jan 1964


Antologi Duri & Api
2 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Salji Hitam ~ Usman Awang

Julai 25, 2007

dedaunan pine
di remang bulan merah
berjajar
mengisi sesak kota
bergerak dan bergerak
seperti perpohonan di mata macbeth
di sini salji lain warna
hitam
Hitam
HITAM
warna paling gagah
itulah warnanya
tidak gugur dari bintang
bukan turun dari langit
mengalir dari arus sejarah
tulang-tulang
HITAM
membajai ladang-ladang subur
amerika makmur
salji hitam
HITAM
hitam sekali warna
gaung gema
WE SHALL OVERCOME
di selatan di utara
di mana saja
mengusapi luka-luka sejarah nenek-moyang
hari ini
sekarang ini
paling gemilang
salji hitam.

~ Usman Awang
Tinggalkan komen |
Dikirim oleh Admin

Usman Awang | Tagged: Usman Awang |

Pautan Kekal

Satu Mei ~ Usman Awang


Julai 24, 2007

Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja


Merekalah membina batu-bata
Membancuhnya dengan titik peluh
bangunan tinggi itu masih jua meminta
lalu diberikanlah nyawanya.
Merekalah yang menyedut udara kotor
Racun gas itu berbaur di rongga
menjalari saraf pernafasannya
menghentikan detak jantungnya
segalanya untuk upah beberapa sen cuma.
Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang
debu dan serbuk logam berterbangan
hari demi hari berkumpul bersarang
di jantung dan paru-parunya
jentera kilang itu masih lagi meminta
lalu kudunglah jarinya
lalu kudunglah tangannya
lalu kudunglah nyawanya
segalanya untuk upah beberapa sen cuma.
Merekalah menggali perut bumi yang sakit
lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga
tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati
menimbusi membungkus tubuh para pekerja
melindunginya dari pemerasan kejam
upah yang diterimanya sekadar beras segenggam.
Merekalah mewarisi pusaka zaman
seluar sehelai baju bertampal
tikar buruk di sudut bangsal
tulang selangka dapat dibilang.
Mereka kini menyedari kekuatan diri
Mengubah wajah sebuah negeri
Menukar nama seorang menteri
Di matanya api di tangannya besi.

~ Usman Awang

Tinggalkan komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Majlis Amanah Rakyat ~ Usman Awang


Julai 23, 2007

Sebuah nama keramat


Lahir dari percikan amarah
suatu bangsa yang mundur sosio-ekonominya
masih menadah tangan
menjadi peminta di tanah airnya
yang hampir sepuluh tahun merdeka.
Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA-Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan
Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan
Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.
RIDA yang berdetik pada tahun 1953
Ketika bara nasionalisma marak menyala
Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka
Suara Bumiputera yang semakin keras bergema
Kemunduran dan kemiskinan yang ketara.
Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima
Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama
Merumuskan segala duka nestapa bangsa
Bahawa kita memiliki telaga
Mengapa masih memegang talinya
Sedang orang mencapai timba
Maka segala gaung amarah dileburkan
Menjadi sumpah amanah suatu wawasan
Pada detik 1966 yang menentukan
RIDA pun dikerandakan dalam sejarah
Untuk sebuah nama baru yang keramat
Majlis Amanah Rakyat
Kini lebih 25 tahun telah berdetik
MARA mencapai kedewasaan usia
Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan
Menilai kembali keberkesanan
AMARAH dan Amanah Rakyat yang dipahatkan

~ Usman Awang
1 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Doa ~ Usman Awang


Julai 5, 2007

( Khas untuk puteri-puteri TKC )


Jika malam ini tiada bulan
tanah Seremban
kau masih tetap bercahaya
dari sinar mata dan bening wajah
pelajar-pelajar dari istana ilmu
Kolej Tunku Kurshiah
Hari ini manis belajar dari buku
dan suara mesra dari guru
bersedialah untuk esok
yang menunggu kedatanganmu
untuk belajar dari hidup
mungkin bahaya dari kemuliaan darjat
mungkin air mata dan pedih luka
Tapi apapun arus gelombangnya
berdiri di bawah bendera keberanian
di bumi kebenaran kemanusiaan
laksana permata yang mengukir kehalusan budi
Maha wangi istana ilmu
bening ombak sambut dan tirai selendang
daulat seorang permaisuri
keramat seorang wali
semoga dalam rahmat dan lindungan Ilahi
~ Usman Awang
Dedikasi buat puteri-puteri Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.
Tinggalkan komen |
Dikirim oleh Admin

Usman Awang |

Pautan Kekal

Beli Buatan Malaysia ~ Usman Awang


Julai 4, 2007

Sekiranya kami rakyat negara ini berjanji


membeli barangan buatan Malaysia
Bagaimana pula anda,
Para pemilik para pengarah para pengurus
Syarikat-syarikat pengeluar terbesar Malaysia
membeli dengan wang yang anda terima dari kami?
Kami rakyat bersetuju sekiranya Malaysia
ingin maju dan jaya, pekerja kita
mendapat pekerjaan dengan gaji selesa
maka kami sendiri mesti membeli
dan menggunakan barang buatan negara kami
Ertinya rakyat jelata senantiasa perlu membayar
harga yang agak tinggi untuk mendapat
barangan yang kadangkala bermutu tidak tinggi.
Maka lebihan yang mesti kami bayar ini
membolehkan anda melonggokkan keuntungan besar
di samping memperoleh ganjaran yang juga besar.
Kami rakyat ingin pula mengetahui
Bagaimanakah anda membelanjakan dividen
dan pendapatan dari harga mahal
yang semuanya datang dari saku kami
yang membeli pengeluaran Syarikat anda?
Kami ingin bertanya pula
Adakah anda juga membeli barang buatan Malaysia?
Mari kita mulakan dengan pakaian yang anda pakai
Di manakah pakaian itu dijahit?
Dan pakaian dalam yang menyaluti
bahagian-bahagian penting dan sulit tubuh anda itu
anda beli di mana dan buatan mana?
bagaimana dengan pakaian isteri anda?
Baju dan pakaian dalamnya yang tentu mahal itu
dari jenama apa dan buatan mana?

Bagaimana dengan rumah anda?


Adakah kerusi meja itu hasil tangan tukang Malaysia?
Adakah jubin dan segala perkakas bilik air
dan tandas tempat anda melepas itu diimport?
Dan putera-putera anda, adakah mereka sedang menuntut
di sekolah rendah dan menengah di luar negeri?
Bercakap tentang negara kita yang indah ini
di manakah anda menghabiskan cuti bersama keluarga?
Tentang kekayaan pula, di manakah anda melabur?
Cerahlah masa depan anda!
Orang-orang seperti anda sangat mementingkan kesihatan
Adakah anda mendapat rawatan perubatan di luar negeri?
Adakah anda dan keluarga anda dirawat
dengan biaya Syarikat?
Apakah Syarikat anda menggunakan perkhidmatan
jurubina (arkitek) Malaysia atau jurubina asing,
dan jurubina tempatan sekadar untuk mendapatkan tandatangan mereka saja?
Dan sebagai pelanggan berapakah jumlah
yang perlu anda bayar untuk peguam asing?
Mungkinkah anda begitu baik hati dan pemurah
dengan konsultan asing, tetapi begitu berkira
dan kedekut apabila anda mesti membayar konsultan tempatan?
Pertanyaan lain yang amat dekat dengan hati nurani
saya sebagai penulis, ialah: Pernahkan anda membeli
dan membaca buku puisi, cerita pendek dan novel
yang ditulis oleh penulis Malaysia?
Adakah lukisan yang tergantung di dinding perbadanan,
syarikat atau rumah anda itu ciptaan pelukis
Malaysia atau salinan daripada pelukis-pelukis asing?
Bahasa apakah yang anda gunakan dalam pertuturan sehari-hari?
Pernahkah anda menghadiri teater tempatan
atau mendengar majlis pembacaan puisi
yang semuanya adalah buatan Malaysia?
Saya pasti Syarikat anda akan menyokong derma amal
jika ia ditaja oleh para Menteri dan Diplomat.
Anda pun cukup berjasa untuk membawa masuk
artis asing. Anda sanggup pula membayar

meskipun harganya ratusan ringgit bagi sesebuah


kerusi untuk menonton dan mendengar lagu-lagu
dalam bahasa Itali yang dinyanyikan oleh suara-suara
Amerika, meskipun anda tidak mengerti maknanya.
Begitu hebat,tetapi berapa pula yang telah anda
sumbangkan kepada artis tempatan? Berapa pula
kepada penerbitan drama tempatan yang kita namakan buatan
Malaysia?
Sudah pasti kami memang membeli barang buatan Malaysia
Tetapi anda, anda sendiri bagaimana?
Adakah anda menyokong dan membeli barang buatan Malaysia
atau anda sebenarnya sekumpulan manusia aing
yang memilik pasport Malaysia.
Usman Awang
1984
~ Puisi-puisi Pilihan Usman Awang (Edisi Pelajar)
1 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Bunga Popi ~ Usman Awang


Jun 15, 2007

Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,


rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.
Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,
kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan,
dalam kesepian.
Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,
hilang pergantungan, hilang pencarian,
hidup kebuluran,

ribuan janda, ribuan kcewa, ribuan sengsara,


jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.
Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!
Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah,
penuh kengerian.
Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!
Usman Awang
1955
In English Translation :
Poppies
From blood, from pus that rots in the soil,
from skeletons that have lost their lives,
snatched by weapons,
the result of war maniacs who kill love,
the red flowers bloom beautifully,
requesting to be adored.
Those who live on are remnants of life,
full of sufferings,
wizened, bent, deformed, maimed and blind,
war in retrospect is full of horrors;
they remember now,
in bitterness,
in solitude.
Others lost children, husbands and sweethearts,
lost their sources of support, their livelihood,
they live in starvation,
thousands widowed,
thousands disappointed,

thousands tormented;
millions of orphans live on, and beg.
The war maniacs have killed all love!
war raged and found profit in colonial lands!
war raged and killed babies in their cradles!
war raged, and destroyed cultural values
Poppies are the flowers of fallen soldiers,
flowers drenched red with blood,
full of horrors.
We hate war,
full of killing!
we cry for a never-ending peace!
Usman Awang
1955
(Translated by Adibah Amin)
Sajak Bunga Popi itu merupakan nukilan Sasterawan Negara Datuk Usman Awang akan
peperangan. Nukilan beliau pada tahun 1955 itu hasil inspirasi daripada pemerhatiannya terhadap
pergolakan dunia pada masa itu.
8 Komen |

Usman Awang | Tagged: Sajak Bunga Popi, Usman Awang |

Dikirim oleh Admin

Jiwa Hamba ~ Tongkat Warrant


Mei 15, 2007

Menung seketika sunyi sejenak


kosong di jiwa tak berpenghuni
hidup terasa diperbudak-budak
hanya suara melambung tinggi
Berpusing roda, beralih masa
berbagai neka, hidup di bumi
selagi hidup berjiwa hamba
pasti tetap terjajah abadi

Pautan Kekal

Kalau hidup ingin merdeka


takkan tercapai hanya berkata
tetapi cuba maju ke muka
melempar jauh jiwa hamba
Ingatan kembali sepatah kata
dari ucapan seorang pemuka
di atas robohan Kota Melaka
kita dirikan jiwa merdeka
~ Tongkat Warrant (Usman Awang)
~ Dipetik dari Puisi Baharu Melayu
Tinggalkan komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Kurang Ajar ~ Usman Awang


April 21, 2007

Sebuah perkataan yang paling ditakuti


Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar
~ Usman Awang
Tinggalkan komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Puisi Pendek Dari Usman Awang

April 15, 2007

Keris di atas batu


air menjulang buih
seribu dagang lalu
berapa yang menoleh?
~ Usman Awang
5 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Mereka Telah Bangkit ~ Usman Awang


April 11, 2007

Mereka telah bangkit


Dari buku yang dibacanya
Dari tembok yang melindunginya
Dengan bendera dan lilit kepala
Mereka telah bersuara
Demi bumi tanahair yang subur
Demi Islam yang mengajar hidup berani
Demi janji yang kini telah dimungkiri
Mereka sekarang telah bangkit
Di tengah-tengah gelombang zaman
Dari keperibadian yang telah tertindas
Untuk masa depan warisan keturunan
Dari BAHASA lidah zaman hidup kita
Kebangkitan ini pancang detik batu-tanda
Untuk pelaksanaan SATU BAHASA
Yang berdaulat menyinar mutiara
~ Usman Awang
Tinggalkan komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Gadis Dan Ayat Suci ~ Usman Awang


April 1, 2007

Suara yang manis dalam bisik daun-daun


Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam
Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi
Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta)
Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci
Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnya
Di mana lagu dan suara menjangkau pula
Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata
Disaputnya langit di atas awan berarak
Gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak
Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung
Melayang manis mencapai bukit-bukit gundul
Menurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucuk
Dari ranum dalam kembang-kembang segar senyum
Ah, merendah pula ia meratai bumi Tanahair
Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga
(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)
Membawa para malaikat menjengah dada manusia
Hidup yang damai dari keyakinan dan cinta
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali
Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Gadis cacat dan ayat suci beralun
Meski tidak melihat, malah itulah pula
Kesuciannnya syurga hidup perdamaian manusia
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali
~Usman Awang
1 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Thaurah Palestin ~ Usman Awang


Mac 26, 2007

Saudaraku Rakyat Palestin


Semangatmu lebih waja dari kereta kebal Israel
Genggaman tanganmu lebih kuat dari bom Zionis

Kau berikan cakrawala baru


Thaurah Palestin
Dengarkan di mana-mana suara menjawabnya
Perjuangan berani yang tak terkalahkan
Suara rakyat sejagat mengutuk penindasmu
Lihat jutaan mata terbuka sudah
Siapa tulang belakang menjulang kekejaman
Yang membunuh anak-anakmu
Saudaraku Rakyat Palestin
Tiba-tiba airmata jadi bara
Tiba-tiba anak-anak jadi dewasa
Tiba-tiba bilik kuliah jadi api
Senjata musuh sekadar dapat mematikan
Tetapi tidak berhasil membunuh semangat kepahlawanan
Penjara musuh sekadar memagari insan
Tetapi tidak dapat menahan gema menjerit keberanian
Yang dijawab oleh jutaan suara kebenaran
Semuanya dengan satu slogan
Mara Palestin
Thaurah Palestin
Karya : Allahyarham Datuk Usman Awang
3 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Ke Makam Bonda ~ Usman Awang


Mac 24, 2007

Kami mengunjungi pusara bonda


Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat


Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
~Usman Awang
3 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Mata Ayah ~ Usman Awang


Mac 15, 2007

Kujabat mesra tangan ayah


Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.
Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah


Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.
Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
~Usman Awang
6 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Dari Bintang Ke Bintang ~ Usman Awang


Mac 8, 2007

Ketika mata saling menyapa senyum berbunga


Tasik hati mu mencecah jiwaku mesra
Betapa debar dada kurnia alam kasih bertakhta
Kau datang tanpa suara, menjamahku tanpa sabda
Subur laksana ladang petani di lereng gunung
Ranum menguntum dalam wujud rasa maha agung
Mata yang memberi hati ini penuh menanti
Kureguk kasih menghadapi hidup seluruh berani
Kini kulihat kepalamu tersandar di jinjang pelamin
Rambutmu tersanggul terandam mengilau di cahaya lilin
Gemersik kainmu membisikkan bahagia malam pengantin
Melimpah tumpah bahagia dalam tawa teman keliling
Ketika malam kulihat matamu pada bintang
Senyummu melambai di gemilang sinar bulan
Dari bintang ke bintang kunantikan lagumu
Hanya kerdipan dalam bisu suara hatiku bimbang
Jika aku berdiri di muka jendela hati terluka
Bulan sedang mengintai di balik awan kusapa
Angin yang datang dari pelaminmu kutanya
Ia bisa mengabarkan saat adinda sedang bahagia

( 1960 Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara, DBP 1991)


Tinggalkan komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Guru O Guru
Mac 6, 2007

Puisi Guru Oh Guru Usman Awang


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat cikgu kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
43 Komen |

Usman Awang | Tagged: Puisi Guru, Puisi Guru Oh Guru, Sajak Hari Guru, Usman Awang |

Kekal
Dikirim oleh Admin

Balada Terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Sebuah Bandaraya ~


Usman Awang
Mac 5, 2007

Beringin tua di pinggir jalan raya


di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya.
Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
geregasi teknologi menyerangnya
dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi
sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara Beringin rebah ke bumi.
Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang
dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:
Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang.

Pautan

Namaku Beringin pohon tua yang terbuang


dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan.
3 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini ~ Usman Awang


Februari 28, 2007

Dalam keruncingan manusia bimbang curiga


terbanglah ia menjelajahi dunia
putih sayapnya melambai cinta damai
bersih bulunya mengibar panji hidup bersama
Merpati putih, jelajahlah dunia ini
hembuskanlah udara baru yang kau hirup dari malam
bunga-bunga mekar menguntum
bibir-bibir segar tersenyum
Siapa manusia yang tiada ptus ada
hiruplah udara baru yang segar berkembang
isilah dunia ini dengan keyakinan perdamaian
hembuskan nafas pada malam yang lena
Siapa manusia yang pernah berkhianat
jadilah debu yang terbang mengakhiri hayat
duniamu tenggelam bersama patung-patung usang
di cermin hidup ini wajahmu telah menghilang
~ Usman Awang
3 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Penjual Air Batu ~ Usman Awang


Februari 14, 2007

Pelan-pelan di pinggir jalan kota,


Penjual air batu suaranya ditelan deru kereta,
Ia bisa ditulikan dengan pekikan hon-hon,
Tuan-tuan yang terganggu bisa pula menghamun.

Undang-undang ialah suatu kekuasaan,


Yang biasanya untuk orang-orang bawahan,
Dan berseraklah orang-orang pakaian seragam,
Memburu tangkapan yang melanggar aturan.
Anak-anak di bawah kolong, perutnya kosong,
Ah ayah belum pulang, manakah dia?
Isteri menanti dengan hati separuh bingung,
Tunggulah, betapa ia pulang jua.
(Sampai gelap merangkak menghampiri,
Penjual air batu belum pulang lagi)
Tapi berapa kali tangkapan terjadi,
Ia usahakan untuk berjual mencari rezeki.
Bilakah ruang keadilan memberi isi,
Para penjaja dalam hayatnya wajah berseri?
Bila nanti undang-undang jadi perlindungan,
Semua manusia tanpa kasta menerima keadilan
~ Usman Awang
1 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Jentayu Yang Luka ~Usman Awang


Februari 12, 2007

Untuk Wan Azizah)


Tiba-tiba dia bangkit
Dengan kelembutan yang tetap sopan
Berdiri di barisan paling hadapan
Sebagai pahlawan keadilan
Lama dulu wajahnya tersembunyi
Di belakang pemimpin berani sang suami
Mengintip dengan mata kecilnya
Segala tingkah dan senyuman pura-pura
Si pengampu yang bermuka dua

Si penyembah yang berjiwa hamba


Si pengemis segenggam laba
Dia adalah jentayu yang luka
Terbang mengepak menyonsong gumpalan awan
Mencakar menjeritkan kebebasan dan keadilan
Mencabar dunia yang semakin kejam.
~Usman Awang
~ditujukan puisi ini kepada Wan Azizah.
Tinggalkan komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Kekasih ~ Usman Awang


Februari 8, 2007

Akan kupintal buih-buih


menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari


menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
~Usman Awang
9 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Duri dan Api


Februari 7, 2007

Kawan-kawanku yang dikasihi


semalam kita bertemu kembali memadu
ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
kita tidak menerima apa yang ada
yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.
Lagu kita telah mulai terpancar
ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar
di luar udara basah dalam matari bersinar
semua antara kita lagunya seluruh sedar.
Apakah ini derita diri dalam mimpi
atau kenyataan pahit menjepit
pada lena yang membunuh kehidupan manusia
sama-sama kita rangkul menguji diri.
Kawan-kawanku yang dikasihi
di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.
Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
di mana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

Oleh: Usman Awang.


(Catatan pertama Pemogokan Utusan Melayu)
1961
1 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Gadis Kecil
Februari 6, 2007

Tubuh itu mengingatkan daku


sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar matari pagi
Demikianlah gadis kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.
Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.
Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya

sekali lagi dia tersenyum dan berkata:


jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.
Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewas
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?
Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.
~Usman Awang
Tinggalkan komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Selamat Hari Lahir


Februari 6, 2007

SAUDARA ANWAR IBRAHIM


(Selamat Hari Lahir)
Palu telah dijatuhkan
Lama sebelum tanganmu terikat ke belakang
Kau gegar aras kayangan
Kekuasaan yang mula tergoncang
Sekali tanganmu terancung ke udara
Sejuta teriakan menyambutnya
Sekali suaramu terpancar ke angkasa
Sejuta gelombang gema menyahutnya
Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.

Demi sumpah perjuangan


Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.
~Usman Awang
1 Komen |

Usman Awang |

Pautan Kekal

Dikirim oleh Admin

Melayu Usman Awang


Februari 1, 2007

Melayu itu orang yang bijaksana


Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan


Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan


Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
~ Usman Awang
5 Komen |

Usman Awang | Tagged: Usman Awang |

Dikirim oleh Admin

Pautan Kekal

You might also like