Adab Ikhtilaf Dalam Islam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

*~ ADAB IKHTILAF DALAM ISLAM ~*~

Manusia bebas untuk berfikir dengan anugerah akal kurniaan Allah S.W.T. Menggunakan
nikmat akal dengan cara yang betul dapat membawa kepada kebaikan. Kita juga dikurniakan
nafsu sebagai satu keperluan tetapi nafsu banyak mengarah kepada kejahatan. Akal dan nafsu
sentiasa berlawanan antara satu sama lain. Akal semata-mata tidak menjamin sebarang kebaikan,
jika tidak dipandu oleh Syariat Allah S.W.T.
Umat Islam hari ini bukan sahaja menghadapi serangan berbentuk fizikal, tetapi yang amat
membimbangkan ialah pertembungan yang bersifat perdebatan. Sehingga apa yang telah
dinyatakan oleh nabi S.A.W bahawa perselisihan dikalangan umatku adalah satu rahmat kadangkadang berlaku sebaliknya iaitu menjadi perpecahan. Ini bukan sahaja akan membinasakan
kefahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri, malah pemikiran dan ritual ibadah mereka
juga turut menjadi sasaran.
PENGERTIAN IKHTILAF
Ikhtilaf dalam bahasa arab membawa maksud : tidak sependapat atas sesuatu perkara. Dalam
ertikata lain setiap orang mengambil yang berbeza samada dalam perkataan maupun pendapat.
Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama. Oleh itu setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf.
Sementara Khilaf ialah pertentangan atau berlawanan. Maka ia memberi makna sama dengan
ikhtilaf walaupun maknanya lebih umum.
Al-Imam al-Syatibi berpendapat bahawa :
Al-Klilaf ialah suatu yang lahir dari hawa nafsu yang menyesatkan dan bukan hasil dari mencari
objektif syarak dengan mengikut dalil-dalinya. Ikhtilaf pula ialah:
1. Pendapat-pendapat yang lahir dari ulama mujtahahidin dalam masaalah-masaalah ijtihadiyyah
yang tiada nas qat'ei padanya.
2. Pendapat-pendapat terhadap masaalah-masaalah yang berlaku diantara dua pihak yang jelas
bertentangan menurut pandangan mujtahidin disebabkan tersembunyi sebahagian dalil-dalil dan
tidak ditemuinya.
PANDANGAN FUQAHA MENGENAI KHILAF
Para Fuqaha telah menggunakan al-Ikhtilaf dan al-Khilaf dengan makna yang sama iaitu: "
Sesuatu yang tidak disepakati oleh para fuqaha dalam masalah-masalah ijtihadiyah ( masalah
yang tida nas ) tanpa memandang betul atau salah atau ganjil pendapat yang dikemukakan".
Jika ijtihad itu betul mendapat dua pahala dan jika salah mendapat satu pahala. Menjadi satu
adab yang dilakukan oleh mereka bahawa mereka tidak menyalahkan diantara satu sama lain
bahkan menghormati antara sesama mereka.
Dr. Yusof Al-Qardawi telah memberikan pandangan bahawa memberikan kefahaman yang
diharapkan mestilah diserahkan kepada ulama' yang jauh dari pemerintah pada sudut pengaruh
kuasa dan penghormatan. Mereka lebih dipercayai melalui ketulenan ilmu dan kekuatan mereka
terhadap pegangan agama.
Oleh yang demikian Syariat Islam telah meletakkan prinsip-prinsip bermuzakarah, berdailog dan
berbincang dalam sesuatu perkara. Perbincangan mestilah beasaskan akal yang sihat, disiplin
ilmu, sumber hukum syariat dan bukan secara agakan, sentimen, kepentingan sesuatu dan emosi.

Saturday, 29 September 2012


http://bahagiakuredhamu.blogspot.com/2012/09/adab-ikhtilaf-dalam-islam.html

You might also like