Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teknik-Teknik Pembelajaran Koperatif

Para sarjana telah memperkenalkan pelbagai teknik untuk mengendalikan pembelajaran


koperatif yang menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbeza-beza. Diantara teknikteknik yang kerap disenaraikan di dalam literatur ialah Belajar Bersama (Learning Together) oleh
Johnson dan rakan-rakan di University of Minnesota, Pembelajaran Pasukan Pelajar ( Student
Team Learning) oleh Slavin dan rakan-rakan di Johns Hopkins University, Jigsaw oleh Aronson
dan rakan-rakan di University of Texas, Penyiasatan Kumpulan ( Group Investigation ) oleh
Sharan dan rakan-rakan di Tel Aviv University.
Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan
dengan meluas sebagai suatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan
sosialisasi (Cohen, 1994).
Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja
secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus (Johnson & Johnson, 1991);
Lyman & FZ

oyle, 2000).

Menurut Slavin (1995), pembelajaran koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama


untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan dalam fokus ini
pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk mengembangkan perasaan satu kumpulan
dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran.
Pada asasnya pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah yang menggunakan
pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan
penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah matematik.
Kaedah ini juga mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri. Selain daripada
pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah yang semaksimum
mungkin, mereka juga boleh bersosialisasi. Namun begitu sebagai seorang guru, apa yang
diperhatikan ialah guru-guru tidak gemar mengajar secara kumpulan sebagaimana yang
diharapkan. Kedudukan para pelajar dalam bilik darjah, suasana persekitaran, kekangan masa
dan tumpuan untuk menghabiskan sukatan mendorong guru-guru beralih semula kepada kaedah

pembelajaran tradisional. Akan tetapi menurut Zahrah (1996), interaksi antara guru dan pelajar
dalam kerja kumpulan menentukan tahap pencapaian objektif pengajaran guru. Interaksi dua hala
dan secara kumpulan merupakan iklim sosial pembelajaran yang paling berkesan.

Pada masa pelajar bekerja bersama-sama, mereka akan belajar untuk saling memberi
dan menerima bantuan, berkongsi idea, mendengar penjelasan pelajar yang lain dan mencari cara
baru bagi menyelesaikan masalah matematik bersama.

2.1

Ringkasan

Kesimpulannya, telah banyak kajian kes dijalankan oleh para pengkaji dan kajian tersebut
menunjukkan wujudnya kesan yang positif terhadap pelajar dari segi sikap, minat, keseronokan
untuk mempelajari mata pelajaran matematik dengan lebih mendalam dan peningkatan
pencapaian dalam kemahiran penyelesaian masalah dan aktiviti metakognitif. Bab berikutnya
memperihalkan tentang metodologi kajian yang
koperatif.

digunakan dalam kaedah pembelajaran

You might also like